Bab 5

Romance Completed 53836

Cuaca sedikit mendung nampaknya pada waktu senja ini. Datin Rosmah masih menunggu kepulangan anak sulungnya sejak dari pagi tadi lagi keluar dan masih tidak pulang ke rumah. Amar Asyraf kamu pergi mana tadi?? Dah pukul berapa ni baru nak pulang? Dah tak jumpa jalan nak balik ke rumah ke? Marah Datin Rosmah dekat anak sulungnya itu apabila melihat jam sudah pukul 7.15 p.m. Amar baru saja pulang ke rumah. Amar mengeluh panjang sebelum membuka mulut kerana tidak mahu menyakiti hati mamanya itu. Dia berjalan menuju ke arah Datin Rosmah sedang asyik menonton drama pukul 7.00 p.m. yg ditayangkan di siaran TV3.

I'm Sorry Mama..Boy pergi rumah Syam tadi study..Alah..Bukan Boy pergi mana pun. Jawab Amar menggunakan panggilan manja 'Boy' yg selalu Datin Rosmah panggil kepadanya. Dia juga melabuhkan punggungnya di atas sofa sebelah mamanya. Di lempar beg sandangnya ke bawah kerana terlalu penat mengaguh basikal dari rumah rakannya itu. Amar belum mengambil lesen motosikal kerana Datin Rosmah mahu ia mengambil lesen sekali kereta selepas tamat sekolah menengah nanti. Sejak dari kecil lagi Amar di manjakan oleh mama dan papanya. Semua keperluan dan kehendaknya di penuhi saja oleh mereka berdua. Disebabkan itulah Amar tidak pernah mendengar cakap dan nasihat daripada Datin Rosmah jika ia hanyalah hal remeh saja.

Mama tengok kamu ni penat lain macam saja..betul ke pegi study tadi?? Jangan buat hal bukan-bukan Boy. Percubaan SPM pun belum habis lagi. Kan boy nak masuk tentera laut..nak jadi apa tu..haa Navi. Bukan senang tau nak skor semua A. Kalau miss sikit tu biasalah..papa boleh tolong serap Boy masuk sana. Kata Datin Rosmah setelah melihat Amar cuba melelapkan matanya di atas sofa itu. Keluarga mereka sangat beruntung kerana Dato' Rosli merupakan salah seorang timbalan menteri yg sangat terperanguh di dalam politik. Setakat guna kabel nak masuk ke universiti yg kita minat apalah sangatkan.

Ermm..Boy tahulah mama..jangan risaulah semua tu. Dah la, Boy nak naik mandi then tido. Penatlah study tadi. Jawab Amar terus bangun dan mencapai beg sandangnya itu. Malas dia mahu menunggu lama di situ untuk mendengar Datin Rosmah membebel lebih lama lagi. Datin Rosmah hanya mengeluh panjang saja apabila melihat perangai Amar langsung tak pernah berubah. Dia berharap sangat Amar tidak terlalu bebas dan selalu membuat banyak masalah saja di luar sana.

Arghh!!! Semak ahh aku rasa..Nak rest sikit pon tak boleh. Asyik nak membebel-bebel je memanjang. Kan seronok kalau adik aku semua lelaki. tak payahlah asyik nak membebel dekat aku je. Marah Amar seorang diri di dalam bilik tidurnya itu. Dia menghempas kuat badannya di atas katil. Kepalanya terasa sangat pusing untuk berfikir seketika. Alangkah bagus kalau aku tidur je dekat rumah Syam tadi..nyesal tolak. Bersuaranya lagi sebelum betul-betul melelapkan mata. Fikirannya terus memikirkan tentang perkara yg ia lakukan di rumah Syam. Tidak mungkin dia akan melupakan perkara itu dalam masa terdekat ini. Benda baru yg diajar oleh Syam itu amatlah membuatkan dirinya menjadi lelaki sejati.

.................................................................

Hari terakhir sebelum tamatlah Percubaan peperiksaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 tidak lama lagi. Inilah penentu sama ada mereka boleh menjadi pelajar target mahupun tidak di sekolah ini. Antara subjek tambahan yg disyorkan di sekolah itu ialah ENT, Perdagangan, sastera, dan Seni visual. Munirah tidak sabar mahu memulakan subjek tambahan pilihan iaitu Seni visual tidak lama lagi. Semasa dia mahu menyediakan peralatan melukis, baru Munirah sedar yg dia tidak membawa "watercolor". Habis puas Munirah membuang segala isi barangan dalam begnya tetapi masih tiada kewujudan warna air itu. Ohh damn it..Bersuara Munirah setelah mengingati semula kejadian pagi tadi semasa mahu berangkat pergi ke sekolah.

Kejadian pagi tadi....

Jam tangan menunjukkan pukul 7.05 a.m. kelihatan Munirah sangat kelam kabut kerana sudah lewat untuk berkumpul di perhimpunan bagi pelajar tingkatan 5 sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan. Cepat-cepat dia menyimpan segala peralatan seninya di dalam beg galas tepi supaya memudahkan kerjanya nanti di sekolah" Haa Irah..harinikan last day kamu examkan?? Subjek apa harini?? Tegur En Shukri yg baru sahaja terjah masuk ke dalam bilik Munirah. Dia masih lagi membutangkan kemeja di lengan bajunya. Terkejut Munirah melihat susuk tubuh abahnya itu cepat-cepat menolak beg galas tepinya ke bawah katil. Segera dia bangun dan mencapai beg sandangnya. Ehh abah..Selamat pagi..Harini ada subjek tambahan jee..tapi Irah adalah paper Kimia dan fizik nanti. Kata Munirah tergagapnya ke arah En Shukri yg sedang memandang hairan saja gelagat Munirah asyik memandang ke bawah katil itu. Owhh yeke..OKlah..good luck tau. Baca bismilah before start. abah tahu anak abah ni mesti boleh jawab punya. Jum abah hantarkan Irah pergi sekolah. Kebetulan abah lalu jalan yg sama ja nak pegi keje. Harini macam nak mendung ja..Nanti basah pula baju anak abah ni. Mika pun dah turun sarapan tu. Mari. Ujar En Shukri terus memberikan senyuman ke arah Munirah. Bukan selalu dia menghantar mereka berdua ke sekolah. tetapi harini mood dia baik sangat dan mahu berborak lebih erat dengan Munirah dan Mikhail. Terbutang mata Munirah seketika selepas mendengar semua itu dari mulut En Shukri. Dia tidak menyangka mood En Shukri tetiba baik sahaja hari ini. Selalunya dia akan sibuk dan lebih selesa pergi kerja sendiri memandangkan Munirah sudah ada lesen Motosikal. Jumlah..tercegak apa lagi dekat situ?? Kata En Shukri setelah melihat Munirah masih tidak beranjak dari katilnya itu. Dia hanya berdiri kaku sahaja di tepi katil tanpa berbicara apa-apa pun selepas melihat En Shukri masih menunggunya keluar turun ke bawah bersama-sama. Owhh okey..jum..Balas Munirah geramnya kerana terpaksa berjalan mendahului Abahnya dulu. Dilupakan segala peralatan melukisnya itu tanpa sedar kerana terlalu memikirkan cara-cara menyembunyikan semua itu dari pengetahuan abahnya. "

Ya Allah...macam mana ni..apa aku nak buat?? cakap Munirah sendiri masih lagi memikirkan cara-cara mendapatkan set peralatan melukisnya itu. Tak guna dia mahu marah lagi tentang kejadian di pagi harini kerana semua itu sudah pun berlalu. Okey semua pelajar sila beratur dan masuk ke dalam Dewan peperiksaan mengikut nombor meja masing-masing. Bersuara Cikgu Yusra yg menjadi Pengawas peperiksaan untuk subjek ini. Kelihatan Semua pelajar mula beratur dan membawa peralatan seni masing-masing kecuali Munirah yg sedang gelabah dan masih tidak tahu mahu membuat apa ketika itu. Irah..kau ok tak ni?? Tanya Kyra hairannya apabila melihat Munirah macam ada masalah saja. Wehh..Aku terlupa bawa peralatan senilah..macam mana ni?? Kau ada bawa lebih tak?? Gelabah Munirah terus menarik tangan Kyra ke tepi sedikit. Dia hanya bercakap perlahan saja supaya orang lain tidak mendengar percakapan mereka berdua. Seriously?? Omg..kau tahu kan yg kita tak boleh share semua benda ni?? Aku mana ada bawa lebih..kalau aku tahu kau tak bawa dah lama aku bawa lebih haa..so sekarang ni macam mana?? Jawab Kyra juga gelabah dengan situasi ini. Dia tidak sanggup melihat Munirah sedang menahan diri daripada menangis di situ. Dia betul-betul tertekan kali ini. Hanya disebabkan tidak membawa peralatan mungkin dia tidak boleh masuk ke dalam Dewan peperiksaan. Debuk!! Pada masa yg sama satu beg galas diletakkan di atas kepala Munirah. Belum sempat Munirah marah siapakah pelaku yg sanggup berbuat demikian terhadapnya , dia terkejut apabila melihat Mikhail yg berbuat begitu. Nah..lain kali kalau nak cover tu biar pro sikit. Nasib aku naik ambil beg tau masa tu..sempat juga aku jenguk bawah katil kau tu. haishh.. Kata Mikhail sinisnya apabila memandang kelopak mata kakaknya itu sudah dipenuhi butiran jernih air mata. Munirah dan Mikhail terpaksa berkongsi bilik memandangkan bilik baru Munirah masih lagi dalam penambah baikan. Bilik Mikhail agak besar sehinggakan boleh muat untuk meletakan dua buah katil dan juga ada ruang komputer lagi. Thanks Mika..aku tak tahu nak buat apa lagi kalau kau tak tolong aku. Ujar Munirah terus memeluk tubuh adiknya itu. Ada kalanya Mikhail ini berguna juga di dalam situasi terdesak. Sudahlah..semua orang dah masuk tu haa..Pegi buat lukisan yg elok2 sikit. selalunya buruk saja aku tengok. Jawab Mikhail cuba menahan malu apabila Kyra seronok saja melihat gelagat mereka dua beradik ini. Hanya Mikhail saja yg tahu dalam diam kakaknya ini mengambil subjek tambahan seni visual. Dia juga mengunci mulutnya supaya semua ini tidak diketahui oleh ibu bapa mereka atas permintaan Munirah. Lambat laung semuanya akan terbongkar juga bila keputusan peperiksaa SPM keluar. Di biarkan saja kakaknya mahu mengejar impiannya itu. Hehe okey adik..Maseh tau..sayang kau. petang nanti kita lepak MCD..aku lanjee..muahh..Tanpa teragak lagi Munirah terus melepaskan kucupan di pipi Mikhail. Cepat-cepat dia menarik tangan Kyra untuk masuk ke dalam Dewan peperiksaan. Jeda Mikhail seketika terus mengelap kesan ciuman tadi oleh Munirah. Siott betul ada kakak macam ni..malu aku..nasib tak ada orang nampak. Apa sajalah Munirah oii..Cakap Mikhail sendiri terus berjalan untuk pergi masuk ke dalam kelasnya semula. Walaupun selalu saja bertengkar dan bergaduh tetapi ada kalanya hubungan mereka berdua sangat akrab bila berkongsi masalah antara satu sama lain. Kebetulan dari jauh saja Cikgu Azhar melihat gelagat mereka bertiga di situ. Tersenyum dia sendiri apabila melihat hubungan adik beradik antara Munirah dan Mikhail itu.

Deyy Mika..tahulah ini semua aku lanja tapi tergamaknya kau order banyak gila siott..Marah Munirah kepada Mikhail selepas menempah pelbagai jenis menu Mcdonald itu. Dia memeriksa semula saki-baki duit saku yg disimpannya selama ini.

Hahaha..nama pun kau lanjee ann..memang lah. Alah tak payah berkira sangatlah. Nanti kau dah kahwin kau kena juga beri aku duit..aku ni kan satu-satunya adik bongsu kau. ahahaha. Nyakat Mikhail terus mengigit besar burger itu di depan Munirah. Dia seronok sangat apabila melihat muka Munirah merah padat ketika itu.

Fuhh sabar Irah..kau layan ja dia ni.. Ehh Kyra..makanlah sekali. Asal kau termenung je dekat situ. Tegur Munirah setelah melihat Kyra sedang asyik memandang ke sesuatu tempat saja. Sedikit makanan pun tidak di jamah olehnya. Mikhail juga perasaan akan riak wajah Kyra ketika itu terus melihat ke mana anak mata Kyra sedang memandang.

Perghh..ini berita sensasi ni..tu tengok tu sapa yg sedang dating sekarang. Tak sangka ehh dua-dua bujang akhirnya berbunga mekar juga. Bersuara Mikhail kuatnya apabila melihat Cikgu Azhar dan Cikgu Yusra sedang menjamu selera di sudut meja tidak jauh dari mereka . Munirah juga tertarik apa yg dikatakan oleh Mikhail terus memandang ke arah susuk tubuh dua pasangan yg sedang makan itu. Terkesima Munirah apabila melihat Cikgu Azhar dan Cikgu Yusra sedang ketawa dan berbual dengan rancaknya. Dari jauh mereka berdua tidak ubah seperti pasangan sejoli sahaja. Mikhail dan Kyra terus menikmati makanan itu sambil mata mereka tidak lepas memandang gelagat antara Cikgu Azhar dan Cikgu Yusra. Munirah hanya membuat tidak tahu saja malah tidak berminat langsung mahu menjaga tepi kain orang. Tidak tahu kenapa moodnya terasa tidak baik ketika itu. Daripada terasa lapar terus hilang seleranya mahu makan. Dia terus memasang earphone di telinganya. Dibiarkan saja Mikhail dan Kyra memandang hairan ke arahnya ketika itu.

Tetiba sahaja lagu sedih dendangan Shila Amzah keluar. Munirah hanya fokus dan mendengar saja setiap bibit nyanyian lirik itu.

"Kucoba mengerti
Siapa diriku
Di dalam hidupmu

Apa maunya lagi
Jika kau tak mampu
Mengingin cintaku

Biar berat 'ku menghadapi
Tidak 'kan kuulangi
Meminta hatimu

Tak pernah kusesali
Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu"

Oh Shitt....Bersuara Munirah agak kuat terus merentap kuat earphonenya itu. Terkejut Mikhail dan Kyra yg sedang menjamu selera di depannya. Mereka berdua terus memandang saja ke arah Munirah yg masih tidak senang duduk itu. Apa pandang-pandang?? Cepatlah bungkus saja semua ni. aku nak balik. kata Munirah terus bangun dan berjalan pergi dari situ. Dia tidak memandang langsung ke arah Cikgu Azhar dan Cikgu Yusra yg sudah perasan akan susuk tubuh Munirah sedang berjalan keluar. Mikhail dan Kyra juga berpandangan antara satu sama lain. Mereka tidak tahu kenapa Munirah marah sangat ketika itu cepat-cepat mereka berdua membawa segala makanan yg tidak habis dimakan untuk dibungkuskan sekali. Membazir sahaja jika dibiarkan begitu saja. Munirah melepaskan keluhan besar di atas motosikal miliknya itu. Tidak tahu kenapa dia rasa tidak selesa untuk berada lebih lama di dalam sana. Dibuangkan perasaan marahnya itu jauh-jauh agar dia tidak melepaskan semua itu di depan Mikhail dan Kyra nanti. Tidak tahu kenapa hatinya rasa tidak duduk senang apabila melihat Cikgu Azhar selalu ada di mana saja dia pergi. Perasan benci mula menjalar di hatinya. Belum pernah dia merasa benci dengan seseorang sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience