Lupakan dia .

Short Story Completed 8929

Iem, dan izz menjadi lebih tegas dan hati mereka sangat benci akan Wan yang telah menyakitkan hati adiknya itu. Manakala, irham dan irman mempunyai rancangan mereka sendiri , untuk membalas dendam kepada Wan. Rasa benci mereka membara lagi apabila melihat telefon iera yang tertera nama 'SAFUAN' yang menelefon adik mereka sebanyak 20 kali sehari.

Mereka memulakan misi membalas dendam mereka , dengan memasang perangkap untuk Wan. Iaitu, membayar seorang perempuan untuk mendekati wan.
Dan tidak syak lagi, Wan tidak menolak perempuan itu.

Di sebuah restaurant.


Wan duduk sendirian disebuah meja Tiba tiba, dia didatangi seorang perempuan cantik dan mereka berbual.Irham Dan irman berpuas hati melihat wan memasuki perangkap mereka. Dan mereka mendail nombor seseorang. ' bang, wan dah masuk perangkap heheheh' kata irham.

Tidak lama selepas itu, mereka memanggil seorang lelaki, untuk berlakon menjadi teman lelaki kepada perempuan yang duduk dihadapan seorang lelaki itu .
Mereka membayar lelaki itu , cash.

Lelaki berbadan sado itu mendekati perempuan itu dan wan. ' sayang, u buat apa kat sini?' tanya lelaki itu lembut kepada perempuan itu. Lalu perempuan itu memandang ke arah irham dan irman. Irham dan irman memberi isyarat supaya turut berlakon dengan lelaki itu.

' baby, u pergi mana tadi,.penat I cari tau' kata perempuan itu lagi. ' sayang. laki ni Siapa pulak?' tanya lelaki itu lembut lagi. ' entah la biy, dia mengatal dengan I tadi. siap mintak number I lagi tu ' kata perempuan itu mengadu.

Di sudut lain, irham dan irman merakam apa yang terjadi .Sehingga melihat Wan ditumbuk sehingga berlebam, dan mereka pun beredar.

Setelah selesai mengenakan Wan, mereka pergi ke arah iera untuk memujuk nya. Tidak lama kemudian, Iem dan izz pun menyertai mereka.

Mereka memasuki bilik iera, Setelah mendapat kebenaran iera. ' iera , dah makan?' tanya irham. ' dah mandi?'tanya irman. 'iera dah okay sikit?' tanya izz . Bermacam macam soalan yang dilemparkan oleh abangnya kepada nya.

' dah, iera okay je. ' kata iera dengan paksaan. 'Iera. abang Iem ada satu permintaan,' kata iem .' apa dia abg ?' Tanya iera. 'Lupakan dia. ' kata Iem . ' dia ?' tanya iera lagi. ' Lupakan dia, lupakan semua kenangan bersama dia, lupakan masa yang Iera luangkan bersama dia. Lupakan MOHD SAFUAN !' kata iem tegas.
n 'iera dah cuba sedaya upaya iera nak lupakan dia bang, tapi hati iera ni dah tak dapat nak dibaiki lagi bang, sakit nya Allah je tau bang. Iera dah banyak bersabar, Iera dah tak tahan lagi bang' kata iera dan akhirnya air matanya jatuh.

Lalu abang abangnya meninggalkan iera sendiri untuk menenangkan diri dahulu. Dan ya mereka berbincang diruang tamu. ' kita nak buat apa ni?' tanya izz. Semua terdiam seketika memikirkan idea.

Dan tiba tiba, kakak iera menyampuk. 'apa kata, kita hantar iera ke overseas. dan tukar number phone dia supaya si wan tu tak kacau dia lagi.' cadang Kak Raa Kakak iera yang pertama.

' Bernas jugak idea Akak ni. ' puji irham. ' biasa lah..tengok la siapa ni' kata Kak Raa yang berasa riak dengan ideanya. ' Tapi, iera mana boleh pergi sendiri . Mesti berteman la .takut dia berkawan dengan orang pelik ' kata Izz penuh risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience