Chapter 11

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 11

***

20 tahun lalu

"Alhamdulillah, encik dapat anak perempuan." Kata doktor wanita itu selepas keluar dari bilik bersalin. Mahu saja Mustafa melonjak gembira tapi ditahan kerana masih di dalam hospital. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik menjenguk isterinya.

"Abang..." Sapa isterinya. Mustafa mengucup dahi isterinya dan mengucapkan terima kasih kerana berkorban menanggung kandungan sembilan bulan itu. Kena pula ini anak sulungnya. Pada usia 30 tahun memang impiannya memperoleh zuriat. Tidak kisah lelaki atau perempuan.

Di rumah, Arjuna membelai cucu sulungnya yang sedang tidur. Begitu indah ciptaan Tuhan ini. Tenang dan sempurna. "Kau sudah berikannya nama, Mustafa?"

"Belum, pak. Sofea juga tidak tahu mahu letak nama apa."

"Aku, merasakan untuk letak namanya... Surya. Umpama matahari. Bukan kretek Indonesia itu." Cubaan berseloroh agak gagal kerana Mustafa sibuk membaca novel. Jadi, tidak sampai.

"Surya Mustafa. Hm... Boleh saja, pak. Asalkan tidak pelik maksudnya."

*

"Aku ada perkara yang ingin sampaikan kepada kau, Mustafa." Arjuna memanggil Mustafa yang sedang ralit mendodoikan Surya. Isterinya pula sedang tidur.

"Ada apa, pak?" Mustafa membontoti bapanya ke bilik bapanya. Arjuna menyelongkar almari pakaiannya mencari sesuatu. Setelah jumpa, dia tersenyum.

"Cincin apa tu, pak?"

"Cincin ni, milik atuk angkat kau, Tuk Karim Surya..."

"Jadi Surya asalnya dari nama dia?"

Arjuna mengangguk perlahan. "Cincin ni cuma warisan turun temurun daripada dia. Dia mahu berikan kepada anak kau."

"Tapi kenapa keluarga kita pak?" Mustafa merasa ada sesuatu dengan cincin itu kerana fizikalnya yang agak unik. Bukan calang-calang cincin.

"Anaknya, ada. Cuma tidak bersama dia. Cuma bapak. Jadi dia beri cincin ini kepada anak kau. Berikan kepada Surya, ketika dia berusia 19 tahun nanti." Arjuna memaksa Mustafa untuk menerima. Mustafa cuba menolak kerana berasa tidak sedap hati. Terpaksa terima.

***

"Ada sesuatu pada cincin ni." Encik Basri mengatakan pendapatnya setelah membelek cincin tersebut. Adila, Salwa dan Rizal cuma berteleku di hadapan Encik Basri.

"Macam mana tu?" Salwa masih samar-samar.

"Ya. Cincin ni bukan cincin biasa. Tapi cincin warisan dan orang yang terpilih akan menerima sesuatu."

"Sesuatu? Apa dia encik?"

"Saka." Rizal menjawab mudah dengan persoalan Adila.

"Tapi kes Surya ni lain. Macam bukan sakanya saja yang mahukan dia. Tapi ada benda lain." Encik Basri menyatakan apa yang berlaku. Kerana dia dan Rizal memperoleh mimpi yang lebih kurang sama. Cuma Rizal lebih kerap dan terperinci.

"Saya rasa Surya tak jauh dari kampus kita." Rizal yakin.

Perbincangan mereka berakhir apabila Encik Basri dipanggil untuk ke pejabat ketua pusat pengajian. Mereka bertiga pula menuju ke kelas masing-masing. Aishah dan Fatihah masih menyimpan rasa bersalah semasa berselisih dengan mereka bertiga.

"Aku minta maaf..."

"Eh... Tak apa. Bukan salah kau. Sebab dia yang mahu." Fatihah masih pucat meskipun sudah seminggu Surya menghilang. Tapi, dalam seminggu ini bermacam perkara boleh berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience