KERETA berjenama Audi berwarna putih yang dipandu seorang anak muda meluncur laju di jalanan. Tiba di persimpangan, ia membelok memasuki ke satu kawasan yang menempatkan deretan bangunan pejabat. Kereta itu kemudian berhenti di salah satu petak parkir yang terletak di hadapan sebuah syarikat.
Seorang anak muda dilihat keluar dari kenderaan tersebut. Gayanya cukup ringkas. Sekadar berkemeja polos warna putih, berseluar ‘slack’ hitam dan dipadankan bersama sepsang kasut kulit dari warna senada.
Sambil menekan ‘lock’ ke pintu kereta, lelaki muda itu menanggalkan kaca mata hitam yang dipakai lalu disangkut di tengah kolar kemeja. Langkahnya kemudian diatur menuju ke pintu sebuah syarikat yang berada di hadapannya.
Mikael Adam, menyandang jawatan sebagai Ketua Pengurus di sebuah syarikat pembinaan sejak setahun yang lalu. Sebelum itu dia bekerja di luar negara. Terpaksa pulang ke tanah air setelah dipinta oleh kedua ibu bapa untuk mewarisi legasi perniagaan keluarga. Kedengaran sangat 'klise' seperti babak di dalam drama.
Masih muda, berwajah tampan, berpendidikan tinggi serta datang dari keluarga berada merupakan pakej lengkap untuk lelaki seperti Mikael. Namun, adakah dia mempunyai ciri-ciri seperti watak seorang hero di dalam drama?
Tiba di aras utama pengurusan, Mikael berjalan melintasi meja setiausahanya. Seorang gadis cantik bertubuh tinggi lampai persis ‘supermodel’ menyambut ketibaannya dengan seulas senyuman manis.
"Good morning, Mr Mikael."
Salam yang diberikan tidak bersambut. Sebaliknya, dibalas dengan satu arahan ringkas.
"Masuk bilik I."
Gadis yang bergelar setiausaha itu akur lalu masuk ke bilik tersebut sebelum duduk di kerusi berhadapan meja kerja bosnya sambil menyilang kedua belah kaki.
"You look so handsome today," ucap si gadis bersama senyuman menggoda.
Mikael berdesis sinis. Sebetulnya dia sudah muak menerima pujian sebegitu. Lansung tidak terkesan di hati.
Wajah gadis di hadapannya dipandang dalam-dalam. Cantik dan menarik. Baru sahaja bekerja sebagai setiausahanya hampir seminggu yang lalu. Ini adalah setiausaha yang entah untuk kali keberapa. Mikael sendiri tidak ingat. Rasanya ini yang tercantik di antara semua wanita yang pernah menjadi setiausahanya.
Kebanyakan mereka dipilih dan diambil bekerja oleh mamanya sendiri. Memang mama sangat pandai memilih pakej seorang setiausaha. Tetapi, setakat ini tiada lansung yang benar-benar menepati seleranya.
"You cantik. Young and talented. I rasa you patut jadi supermodel instead of my secretary," ucap Mikael memulakan bicara.
Gadis itu tersenyum bangga menerima pujian berkenaan.
"Thank you. I tahu I cantik. Tapi, I tak nak jadi model. I suka jadi secretary you. Sebab I nak berada dekat dengan someone yang ‘handsome and attractive’ macam you.” Si gadis membalas dengan selamba sambil menjeling manja.
Mikael menahan deruan nafas yang berombak di dada. Sedikit tergoda nafsu lelakinya dengan liuk lentok si gadis. Namun, cepat-cepat dia membuang perasaan yang sedang bergelora di hati. Ada perkara utama lain yang perlu dia selesaikan dengan segera.
"Look, I tak nak buang masa sesiapa. Could you please tell me who you are? The real you?" soal Mikael dalam nada serius.
Riak wajah gadis itu serta-merta bertukar. Senyuman manja dan jelingan menggoda tadi sudah tiada. Sebaliknya diganti dengan raut penuh kegusaran.
"Apa maksud you?"
Mikael lantas mengeluarkan telefon pintarnya. Jemari disentuh ke skrin. Satu fail yang memaparkan sebuah video berdurasi beberapa minit dibuka sebelum telefon tersebut dihadapkan ke arah gadis itu.
Jelas terlihat anak matanya yang membutang. Seraya itu dia memandang ke wajah Mikael dengan perasaan terkejut dan serba salah.
"I... I can explain it to you..." ucapnya dalam nada bergetar.
Mikael mengetap bibir. “Tak perlu. Just pack all your stuff and leave this company now!"
"Wait. You dah salah faham tentang video ni. You kena dengar dulu I explain. Please," ucapnya merayu.
"Apa yang you nak explain?! Tentang hubungan you dengan Datuk Nazir? Tentang macam mana syarikat ni boleh terlepas tender 50 juta to your sugar daddy company? Atau nak explain tentang macam mana you masuk ke syarikat ni sebagai spy?!” Bertubi-tubi soalan dikemukakan Mikael. Nada suaranya mula meninggi.
Gadis setiausaha itu tunduk diam membisu. Memang benar semua yang dinyatakan oleh Mikael. Dia masuk ke syarikat berkenaan sejak seminggu yang lalu sebagai ‘pengintip’. Semuanya baik-baik sahaja dan berjalan lancar. Namun, tidak menyangka tembelang itu akhirnya pecah.
"Listen. I'll tell you something..." ucap Mikael sambil mendekatkan mukanya berhampiran wajah gadis itu. "...hidup you sia-sia dengan apa yang you buat ni. You've got nothing. You're just a ‘puppet’ for your sugar daddy!"
"Enough!" bentak gadis itu. "...you don't know me. And you don't have any right to judge who I am!”
Mikael tersenyum sinis. “I dah tahu siapa you yang sebenar. Sekarang you boleh berambus!"
Gadis itu bangun berdiri bersama wajah yang berang sambil memandang ke arah Mikael. Geram dan marah kerana perkara yang dirancang tidak berjalan seperti yang direncanakan.
"You ingat I hadap sangat kerja sebagai your secretary kat sini, huh? Your company will never compete with Nazir's Holding!"
"Get your feet out of here. Get out now!" Kedengaran jeritan suara Mikael seperti halilintar bergema di seluruh ruang bilik kerja tersebut.
Dengan wajah mencuka gadis itu melangkah keluar sambil menghentak-hentak tumit tinggi ‘stilleto’ yang dipakai meninggalkan ruang kerja Mikael.
Sebaik sahaja kelibat gadis tadi hilang dari pandangan, bersama dengusan nafas menahan amarah Mikael melaung memanggil nama seseorang.
"Salina!"
Seorang wanita yang berusia awal lima puluhan terkocoh-kocoh muncul di bilik kerja berkenaan beberapa saat kemudian.
"Ya, Encik Mikael?"
Wanita bernama Salina itu tercegat di hadapan Mikael. Dia sendiri terperanjat saat mendengar jeritan anak muda itu sebentar tadi. Entah apa yang dimarahkan sangat Salina sendiri kurang pasti.
"Ask Marina to see me now!"
"Baik, Encik Mikael. Saya panggilkan Marina," jawab Salina akur menurut perintah sebelum berlalu keluar.
Mikael menanti di kerusi. Dia meraup wajahnya dengan tapak tangan beberapa kali. Perasaan geram dan marah masih bersisa. Mungkin tidak akan hilang untuk hari ini.
Seorang wanita lain yang berusia lingkungan empat puluhan muncul di bilik itu tidak lama kemudian. Marina yang merupakan Pengurus di Bahagian Sumber Manusia syarikat tersebut mengetuk ke pintu dengan hormat sebelum masuk lalu mengambil tempat di hadapan meja Mikael. Hatinya pasti gementar setiap kali dipanggil ke bilik ketua pengurus itu.
"Selamat pagi, Encik Mikael. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
"Terminate my secretary.” Ringkas arahan yang diberikan Mikael.
Marina tersentak. Dalam hati sempat dia melepaskan keluhan. Termasuk yang ini sudah berapa puluh kali dia menerima arahan serupa. Baru sahaja beberapa minggu lalu Marina diarahkan memecat setiausaha sebelum itu atas beberapa alasan yang tidak logik. Tidak sangka yang terbaharu ini juga akan dipecat. Atas alasan apa pula?
Nak kata tidak menepati citarasa Mikael, rasanya gadis setiausaha yang terbaharu ini yang terbaik pernah diambil. Datang dengan pakej lengkap iaitu cantik dan berpengalaman. Bukankah itu ciri-ciri seorang setiausaha yang diinginkan oleh bos seperti Mikael?
“Er... may I know the reason, boss?"
"She's a spy. Our tender lost to Nazir's Holdings because of her!" ucap Mikael dengan suara lantang. “…masa you buat hiring process, you tak siasat dulu ke dia ni siapa?!"
Mendengarkan maklumat tersebut, wajah Marina bertukar terkejut. Dia sendiri baru tahu tentang apa yang disampaikan oleh Mikael.
Lantas Mikael meletakkan telefon pintar miliknya di hadapan Marina sama seperti yang dilakukan sebentar tadi untuk menunjukkan bukti berkaitan dakwaannya. Agar wanita ini tahu sebab-musabab kenapa dia mengarahkan gadis setiausaha tadi dipecat.
Bulat mata Marina sebaik menonton video yang berlayar di skrin telefon. Dia mengangkat wajah memandang ke arah Mikael dengan perasaan serba salah.
"I'm sorry, Encik Mikael. Actually, hiring process kali ni dibuat sendiri oleh Datin. She was hired by Datin," ucapnya memberitahu perkara sebenar agar tidak disalah-erti.
Mikael mendengus kasar sambil mengetap bibir.
"If she's hired by Datin, then you tak boleh siasat dulu ke siapa staf tu? This is a simple thing. Is it necessary for me to instruct you on what you should do? Come on, you're the HR Manager. Don't be that kind of stupid!" jerkah Mikael.
Apabila sedang marah, Mikael tidak peduli siapa yang sedang berada di hadapannya. Biar pun orang tersebut jauh lebih tua daripadanya.
Wajah Marina mengendur. Sedih bercampur kecewa. Mikael yang masih muda berusia dua puluhan lansung tidak menghormatinya.
"Saya minta maaf sekali lagi, Encik Mikael.” Perlahan kedengaran nada ucapan Marina.
"You beritahu Datin, I tak nak secretary lagi. Enough!" Tingkah Mikael dengan lantang sebelum bangun dan melangkah keluar meninggalkan bilik kerjanya. Mahu menghilangkan ‘mood’ marah yang memenuhi ruang hati.
Marina terkebil-kebil memandang kelibat tubuh Mikael yang menghilang di sebalik dinding bilik kerja dengan perasaan berbelah bahagi. Dia membuang keluhan. Apalah yang mampu dilakukan. Dia hanya seorang kakitangan biasa. Segala kata-kata amarah dan herdikan seorang bos terpaksa ditelan.
DATIN SOFIA merenung lama ke wajah Pengurus Bahagian Sumber Manusia itu. Dia sedang sibuk meneliti bajet kewangan terkini syarikat saat Marina datang menemuinya.
"Saya minta maaf, Datin. Saya terlepas pandang. Saya betul-betul tak tahu setiausaha yang baharu tu seorang pengintip," ujar Marina kepada wanita korporat yang merupakan Pengarah Eksekutif di syarikat tersebut.
Wajah Marina dipandang dengan perasaan bersalah. Wanita itu sudah lama bekerja dengannya. Datin Sofia tahu apa yang berlaku bukan salah Marina. Dia sendiri terkejut saat menerima satu hantaran video oleh anak lelaki tunggalnya Mikael melalui aplikasi WhatsApp tadi.
Gadis bergelar setiausaha terbaharu Mikael diambil bekerja olehnya sejak seminggu lalu selepas menjalani sesi temuduga santai di sebuah restoran. Sebetulnya, gadis itu sendiri yang datang menemuinya merayu untuk bekerja di syarikat ini.
Memiliki paras rupa menarik dan berpengalaman sebagai setiausaha di sebuah syarikat antarabangsa membuatkan Datin Sofia beranggapan ia adalah pakej lengkap untuk diletakkan sebagai pembantu di sisi Mikael.
Jawatan setiausaha kepada Mikael diwujudkan atas alasan mempunyai seseorang untuk menjaga jadual dan keperluan anaknya sebagai Ketua Pengurus. Selain itu, setiausaha Mikael juga bertindak mengawal-selia setiap pergerakan ke mana sahaja lelaki itu pergi kerana mudah untuk Datin Sofia mencari di mana anaknya berada.
Seorang demi seorang gadis silih-berganti menjadi setiausaha Mikael. Namun, kebanyakan mereka tidak tahan bekerja bersama lelaki itu. Sikap Mikael yang cerewet, panas baran, ego dan suka cakap lepas membuatkan rata-ratanya hanya bertahan sebentar sahaja.
Disangkakan setiausaha yang terbaharu paling menepati citarasa Mikael. Tidak tahu pula gadis itu rupa-rupanya seorang pengintip sehingga menyebabkan syarikat mereka kehilangan peluang memperoleh sebuah tender bernilai jutaan ringgit. Memang Datin Sofia akui salahnya sendiri kerana cepat sangat mempercayai seseorang.
"This is not your fault, Marina. I admit this was my mistake. I'm the one who misread that girl."
Marina berasa sedikit lega mendengar kata-kata Datin Sofia kerana wanita itu tidak menyalahkan dirinya.
"Should we hire a new secretary, Datin? Saya risau kalau yang datang nanti sama macam yang baru ni. Dan tadi Encik Mikael cakap tak nak ada lagi secretary untuk dia."
Datin Sofia senyap seketika. Dia mengeluh sambil berfikir sesuatu.
Biar pun Mikael tidak bersetuju, dia tetap dengan pendiriannya. Dia akan letakkan juga seorang setiausaha untuk mengawal gerak-geri Mikael. Kali ini dia akan pastikan mendapat seseorang yang benar-benar menepati ciri-ciri yang diinginkan.
"Put a new advertisement on Jobstreet. Find a new one," ucap Datin Sofia.
Bulat mata Marina mendengar arahan yang diberikan. “Are you sure about this, Datin?"
"This is the last one.”
Share this novel
next please tq ..good luck
huh .sombong. ni mesti Hanna je dapat lembutkan hati bos gini