Bab 54

Romance Series 80702

Siang hari ku bagaikan malam,
Pelangi pun berwarnakan kelam,
Inikah yang di namakan patah hati.

Tak ingin ku jalani,
Cinta yang begini
Yang ku tahu cinta itu indah….

Tak ingin ku rasakan
Jiwa yang tak tenang.
Ku mahu kau tetap di sisiku…

Bait-bait lirik lagu yang di nyanyikan oleh Afgan itu seperti memahami perasaannya saat ini. Ya, yang Nurjihan tahu cinta itu indah. Terlalu indah yang di ciptakan oleh Tuan Syed Iqwal kepadanya. Tapi…yang baru di siarkan berita sebentar tadi itu apa ? Apakah ada alasan di balik semua ini ?

Sungguh dia buntu untuk memujuk diri sendiri saat ini…

DARI jauh matanya tidak lepas dari memandang Lelaki yang berada di depan sana yang sedang berseronok bergelak ketawa di hari bahagianya yang baru setapak melangkah untuk ke alam rumah tangga bersama wanita lain !

Tahukan semua yang ada di dewan ini tentang siapa lelaki itu ? kalau la mereka mengetahui yang lelaki tersebut sudah mempunyai seorang isteri pasti bukan ucapan tahniah yang di berikan tetapi bisikkan kecaman ! Sungguh mendidih hatinya saat ini mengenangkan perasaan Nurjihan. Bayangan senyuman manis di wajah gadis itu terlayar di mata menggantikan pandangan kosong yang terarah ke hadapan sana.

Melihat Tuan Syed Iqwal yang bergerak menuju ke arah luar dewan, tanpa berlengah dia juga bergerak mengikuti. Lelaki itu harus dia berdepan !

Jarak yang semakin mendekat itu pantas dia bertindak dengan mencapai bahu Tuan Syed Iqwal dan menghenyakkan badan lelaki itu rapat ke dinding di tengah laluan menuju ke tandas.

Sepasang matanya terjegil memandang Megat Haider yang sedang menahan amukan dengan menggengam kolar bajunya. Di lepaskan nafas sedikit bila sakit menahan hentakkan di dinding itu.

“Apa kau nak ?” Tanya Tuan Syed Iqwal tidak kalah menatap ke arah mata Megat Haider yang begitu dekat jarak wajah di antara mereka.

“Apa niat kau bertunang dengan Qisya sedangkan kau dah berkahwin ?.” Megat Haider menambahkan cengkaman di leher Tuan Syed Iqwal.

“Aku dah berkahwin atau tidak itu bukan urusan kau. Jangan cuba-cuba nak masuk campur. Jaga hal kau sendiri.”

Megat Haider tergelak sinis.

“Kalau aku dedahkan status kau pada Qisya, itu adalah hal aku juga sebab dia kakak aku. Betul tak ?.”

Terdiam Tuan Syed Iqwal. Dia hanya menahan getaran amarah terhadap ugutan dari Megat Haider itu.

“Kenapa kau diam ? Eh kau dengar sini, kalau kau rasa kau nak main-mainkan perasaan Jihan, kau lepaskan dia. Kau tu tak layak langsung untuk dapat dia dan Jihan pun tak layak untuk hidup dengan lelaki dayus macam kau. Sia-sia saja hidup dia !.”

Mendengarkan nama Nurjihan di sebut, sungguh menyebabkan dia naik radang saat ini. Tangan Megat Haider di tepis. Jari telunjuknya tepat di acukan terarah ke batang hidung Megat Haider.

“Huh ! rupanya kau masih simpan angan-angan kau untuk memiliki Jihan. Nampaknya aku kena ingatkan kau banyak kali, yang Jihan tu aku punya. Kau tak payah nak mimpi yang aku akan lepaskan dia. Kau hadam kata-kata aku ni baik-baik !.”

Terus di rempuh badan Megat Haider yang terkebil-kebil menahan kesabaran dengan kata-kata Tuan Syed Iqwal.

Tahukah rasa sakit bila tidak dapat memiliki ? bertambah sakit bila mengetahui yang tersayang itu bakal sengsara hidupnya selepas ini.

Kau tunggu Syed Iqwal..aku takkan biarkan semua ini berlarutan.

SETELAH enjin kereta di matikan, Tuan Syed Iqwal berjalan melepasi Benjamin yang sedang fokus mencuci kereta yang ada di garaj tersebut.

Dia hairan bila tiada sapaan dari Benjamin yang selalu bersuara menyapanya saat setiap kali mereka berselisihan. Langkahnya mati, dia berpusing semula kebelakang.

“Ben, Jihan dah balik ?” Soal Tuan Syed Iqwal cuba menegur dahulu.

Benjamin hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. malas melayan pertanyaan tersebut.

Pergi jelah check dekat dalam. Buat apa tanya dekat sini ? gumam hati lelakinya.

Hairan.

Benjamin tak pernah seperti ini. Dia tidak mahu berlama di situ. Biarlah..dia tidak kisah kerana sudah membayangkan wajah yang di rindu saat ini harus di cari.

“Jihan ?.” Cuba memanggil nama si isteri saat pintu bilik di buka.

Tiada.

Aik kemana menghilang ?

Melihatkan Syifa yang sedang mengelap besi pemegang laluan bertangga itu di hampirinya.

“Syifa, ada nampak Jihan ?.”

Terhenti gerakan tangan yang memegang kain pengelap itu bila mendengarkan suara yang menegur dari arah belakang.

Syifa menggeleng sekilas lalu menyambung semula kerjanya.

Tuan Syed Iqwal cuba mencari kesabaran yang tersisa saat ini. Kenapa semua orang yang berada di dalam rumah ini pulaukan dia ? apa yang sedang berlaku ni ?

“Apa geleng-geleng ? Tak boleh bercakap dah ?.”
Syifa menggeleng lagi. Sambung tugasan tambahan saat ini iaitu mengabaikan kewujudan Tuan Syed sepertimana yang lakukan terhadap Nurjihan.

“Baik awak bagitahu saya Jihan ke mana sebelum saya potong gaji awak.”

Ha ? potong gaji ?! Terkedu Syifa.

Ah, lantak la…yang penting sekarang ini dia sakit hati. Tidak sampai hati melihat wajah sugul Nurjihan tadi.

“Kalau Tuan Syed nak potong gaji saya, potonglah ! Saya tak kisah. Bulan ni saya dah kaya.” Bidas Syifa.

Huh ? Eh…eh dia ni.

“Eh, awak ni..macam tu pulak eh ? Saya Tanya lagi sekali ni, mana Jihan ? sebelum saya ….”

“Apa-apa ? sebelum apa? Ergh…pergilah tengok dalam bilik saya tu. Dah jangan kacau saya nak buat kerja lap tangga ni. Nanti tak pasal-pasal sekali dengan Tuan Syed saya lap !.”

“Marah betul ye awak ni…apa kena la haih …”
Gumam Tuan Syed Iqwal dan bergerak turun ke bilik pembantu yang berada di sebelah dapur itu.

Marah la . Dah ada bini baik pastu cantik lagi sibuk nak bertunang dengan orang lain ! lelaki memang tak cukup 1 ke ? Syifa mengerling majikannya itu dari belakang.

Apa masalah orang-orang dalam rumah ni pun dia tak tahu. Bencana apa yang menyebabkan angin taufan kemarahan melanda pada semua orang yang ada di rumah ini ?

Pintu kamar pembantu rumah itu di buka perlahan, dia tersenyum melihatkan Nurjihan yang sedang lena di ulit mimpi. Baru pukul 8 malam. Awal betul gadis itu tertumbang lena di atas katil.

Wajah yang mulus itu di sentuh perlahan.

"Sayang...bangun. Kenapa tidur bilik orang ni?.. Bilik kita kan ada." Bisik Tuan Syed Iqwal perlahan.

"Ermm...." Sentuhan tangan yang mengganggu lenanya itu di tepis perlahan. matanya masih terpejam.

"Bangun la..." Panggil Tuan Syed Iqwal semula.

Tiada respond, Nurjihan masih enak di buai lena.

Tidak menunggu lama. Tubuh kecil itu di cempungnya mengangkat Nurjihan keluar dari bilik itu. Mana boleh lena malam kalau tiada isteri kesayangannya itu di sisi. Ah, dia tidak peduli. Harus di bawa gadis ini naik ke bilik atas.

Terasa lenanya di ganggu dengan hentakkan yang di rasa. Dia membuka mata.

"Tuan Syed ! turunkan saya !!"

Terkejut bukan kepalang bila dirinya berada di dalam dukungan Tuan Syed Iqwal saat ini dan telah berada di dalam kamar tidur mereka.

"Eh..eh.."

Tidak terimbang tangan yang menampung badan isterinya itu bila Nurjihan memberontak ingin turun.

"Kenapa bawa saya naik ? saya nak tidur dengan Kak Syifa."

Hairan jadinya bila mendengarkan kata-kata Nurjihan itu.

"Kenapa ? awak dah bosan tidur dengan saya ke ?. Saya ni tau suami awak, bukan Syifa. Kenapa nak tidur dengan dia pulak ?".

Mata Nurjihan berkaca. Dia menunduk meneku lantai.

"Tuan Syed kan dah nak ada isteri baru."

Terdiam seketika. Masakan dia lupa pasal pertunangannya siang tadi ? ramai pula wartawan yang hadir di majlis tersebut. Pasti berita itu sudah tular. Patutlah semua orang di rumah ini moody semacam.

Ouh jadi semua nak boikot la ni ? tunjuk perasaan.

"Kenapa Tuan Syed bertunang dengan orang lain ? Saya ni tak cukup bagus ke nak jadi isteri Tuan Syed ? Apa kurang saya ? boleh bagitahu ?." Tanya Nurjihan mencari sepasang mata itu untuk menatapnya semula.

Masih diam. Tuan Syed Iqwal tidak beriak.

"Lepaskan saya kalau Tuan Syed rasa dah tak perlukan saya. Tamatkan kontrak tu."

Sepantas kilat wajah Nurjihan di pandang.

"Bukan macam tu."

"Habis tu macam mana ? saya ni siapa dekat hati Tuan Syed tu ?". Tanya Nurjihan dan dada Tuan Syed di tekan kasar oleh jari telunjuknya.

"Saya ada alasan saya sendiri untuk bertunang dengan Qisya. Tapi bukan bermakna saya cintakan dia." Tuan Syed Iqwal bersuara perlahan.

"Untuk apa Tuan Syed ? Dendam pada Megat Rusydi ?".

Tuan Syed Iqwal menggangguk.

"Sampai bila nak biarkan dendam itu bersarang dalam hati ? cukup-cukup la Tuan Syed. Lepaskan. Ikhlaskan. Hargai apa yang ada sekarang ini. Hidup Tuan Syed dah lengkap dan sempurna."

"Belum,....belum lagi Jihan. Lena saya tak selamanya aman dengan kebahagiaan Megat Rusydi di luar sana. Sakit hati saya bila terkenangkan kematian arwah papa dengan cara yang macam tu."

"Jadi dengan dendam tu boleh puaskan hati Tuan Syed ? boleh nyenyakkan tidur Tuan Syed setiap malam ?"

Tuan Syed Iqwal mengganguk.

"Baik . Selain tinggal, saya tak ada pilihan lain ke ?". Tanya Nurjihan pasrah.

"Tak ada. Awak harus tetap berada di sisi saya. Walau apa pun keadaan. Saya takkan sesekali lepaskan awak pergi."

Bengkak hati Nurjihan mendengarnya.

"Kenapa perlu sampai bertunang ? Saya ni dah tak penting ke untuk tahu ?" Air mata yang di tahan jatuh juga.

"See, saya tak nak awak tahu. Tengok macam ni, saya tak kuat tengok bila awak menangis depan saya."

Air mata di pipi itu di seka perlahan oleh Tuan Syed Iqwal. Hatinya galau.

Habistu, bila aku menangis belakang kau itu, kau kuat la ? Hatinya bagai di hiris sembilu tajam.

Nurjihan menggeleng, dia tidak sukakan alasan itu. Dia ingin melangkah pergi.

"Jihan !". Badan Nurjihan di rangkul laju dan erat. Hangatnya terasa pelukan dari lelaki itu

Nurjihan termati langkah. Lemas dalam dakapan.

"Awak nyawa saya. tolong bagi saya sokongan dengan terus berada di sisi saya Jihan."

Tubuh yang di tahan itu berusaha untuk dia lepaskan. Tuan Syed Iqwal terduduk di sisi kaki Nurjihan. Dia tahu tindakannya bertunang dengan wanita lain itu keterlanjuran. Habis, itu saja cara yang ada untuk cepatkan keadilan yang di tunggu-tunggu.

"Please bagi saya masa sendiri. Saya tak nak tidur sini malam ni." Terlepas jua Nurjihan dari dalam dakapan lelaki itu.

Hati wanita mana yang sanggup di duakan walaupun tanpa kerelaan lelaki itu. Permainan yang di atur ini adalah sebuah perjudian kepada rumah tanggannya. Bantera rumah tangga yang sedang tenang berlayar kini bakal tergoyah di pukul ombak. Siapa yang akan jamin di kemudian hari bakal baik-baik sahaja ? Sungguh dia bukan Tuhan untuk tentukan apa yang bakal terjadi.

Pintu bilik itu di buka kasar oleh Nurjihan.

"Omak kau tergolek !"

Terkejut Syifa dan Benjamin bila pintu bilik itu di buka dengan secara tiba-tiba dari dalam dan menyebabkan mereka yang sedang mencuri-curi dengar itu jatuh tergolek di hadapan Nurjihan.

Mata Tuan Syed Iqwal di kecilkan melihat perangai kedua-dua pembantunya itu.

Mereka yang tertangkap perbuatan itu cepat cepat bangun. Dan bergerak pergi. Ketakutan bila melihat keadaan tegang di wajah pasangan suami isteri itu.

Silap timing la pulak !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience