Hari ini merupakan hari bersejarah bagi Anis Raihanna. Maklumlah, bakal bertunang atas permintaan keluarga.
Dia hanya bersetuju tanpa membantah kerana dia percaya akan pilihan orang tuanya. Dia pun bukan memilih sangat tentang pilihan hidupnya tetapi tidak jika pilihannya hidup itu ialah Afiq Raihan!
Ya memang tidak sama sekali dia mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu. Sedang dia leka dengan perasaannya,suara ibunya menerjah ke dalam gegendang telinga.
''Nis, cepatlah turun...Pihak lelaki dah sampai tu..Jom ikut ibu.'' arah ibunya seraya menarik tangannya lantas dia mengikuti langkah ibunya.
''Ibu, Nis nampak cantik tak hari ni bukan apa bu takut la kalau lelaki tu lari bila tengok Nis."ujarnya tiba-tiba. Dia cuma risau sekiranya bakal tunangnya tidak dapat menerima dirinya.
''Anak ibu sentiasa nampak cantik. Nak tahu sebab apa? Sebab ibu pun cantik. Jadi kecantikan ibu turunlah pada anak ibu seorang ni.'' seloroh Puan Aimi terhadap anak tunggalnya bagi menghilangkan gelisah gadis itu.
Seloroh Puan Aimi membuatkan Anis ketawa tidak lama kemudian. Dia berasa lega sedikit selepas mendengar seloroh ibunya.
Sampai sahaja di ruang tamu,dia melihat ahli keluarganya berkumpul bersama keluarga pihak lelaki. Nampaknya mereka telah meneruskan majlis.
Tiba-tiba, dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya, Afiq Raihan yang merangkap sepupunya. Pada mulanya, dia menjangka hanya Mak Ngah dan Pak Ngah yang datang, sebab sepupunya tu jenis workaholic sikit. Tak sangka pulak dia datang.
'Aduh, mamat ni sibuk la takkan tak ada kerja lain nak buat sampai nak datang. Dulu,bukan main payah nak datang umah, sibuk katanya' getus hati Anis.
Gadis itu bukan tidak suka akan kehadiran lelaki itu tetapi dia risau jika lelaki itu bercakap buruk tentang dirinya kepada bakal tunangnya.
Tak ke naya dia nanti, dah la dia tak kenal sangat bakal tunangnya. Bayangkan apa jadi kalau Afiq Raihan memang buat macam tu.
Haih, mintak dijauhkan lah. Doanya di dalam hati.
"Anis, jom bakal mak mertua kamu nak sarungkan cincin tu."Kata-kata ibunya menghentikan lamunannya buat seketika dan kembali ke realiti.
Terkebil-kebil dia berjalan kearah bakal mak mertuanya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman kepada wanita yang sebaya dengan ibunya itu.
Dia mengambil tempat dihadapan wanita itu lantas tangannya dihulurkan kepada bakal mak mertuanya. Lalu,tangannya disambut lembut oleh bakal mak mertuanya, Puan Hazwani.
Wanita itu kelihatan amat gembira bersama dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Lalu, wanita itu menyarungkan sebentuk cincin pada jari manisnya yang runcing itu.
Memang tidak dinafikan, cincin itu terletak elok pada jarinya dan kelihatan sesuai dengan dirinya.
''Sekarang, Anis dah jadi tunang anak umi. Umi harap Anis dapat terima segala kekurangan yang ada pada Iskandar,anak lelaki umi,tunang kamu, Anis.'' kata-kata Puan Hazwani bagai menyentuh hatinya. Dia hanya membalas dengan anggukan.
'Oh,nama tunang aku Iskandar' getus hatinya. Apa punya tunang la kau Anis, tunang sendiri pun taktau nama itu belum lagi rupa dia mesti kau tak tau jugakkan.Dia mengeleng kepala.
Bukannya, ibunya tidak menyuruh dia berkenalan dahulu dengan tunangnya tetapi dah beberapa kali. Namun dia yang tidak mahu, mahukan 'surprise ' katanya.
Ha, sekarang terima la kau punya 'surprise' tu. Entah-entah muka macam bangla tunang kau tu. Padan muka kau Anis Raihanna,ketegaq lagi kan. Inilah padahnya!
''Oi, minah tergeleng-geleng kepala dari tadi dah kenapa?!
Gila ke,kesian kat tunang kau dapat minah gila macam kau" kata lelaki itu tanpa serba salah.
Lalu lelaki itu menghamburkan tawanya melihat muka cemberut gadis itu. Dia sememangnya suka menyakat gadis itu sehingga menjadi hobinya. Kerana jika dia tidak menyakat gadis yang bernama Anis Raihanna tu memang tak sah hidup!
Dia amat kenal dengan suara tu!
Siapa lagi kalau bukan Afiq Raihan!
Sepupu yang paling dia benci kerana suka sangat menjengkelkan dia dengan perangai tak semengah dia tu.
Rasa nak luku jer tau anak Pak Ngah ni. Ya Allah! Kuatkanlah kesabaran aku..
''Lantak akulah pakcik..sibuk je hal orang, cara kau cakap macam aku bertunang dengan kau. Kau tau tak!'' bidas gadis itu ingin menang.
Yelah, pikir aku tak reti nak balas ke hah?! Tu baru sikit belum kena yang lagi teruk. Mahu lelaki itu menangis tak berlagu nanti.
Amboi,yakinnya kamu Anis!Nanti terbalik pulak jadinya baru kau tahu. Bisik hati kecilnya.
??????
Dari tadi Afiq Raihan memerhatikan gelagat gadis itu.Dia berasa tidak percaya bahawa gadis itu akan bertunang. Dia hadir hari ni pun kerana didesak oleh keluarganya. Jika tidak, pasti mahu saja dia menyiapkan semua kerjanya yang bertimbun di office.
'Macam tak percaya,kau dah nak bertunang Hana. Lepas ni, mesti aku payah nak jumpa kau dah' ujarnya perlahan. Risau jika ada yang mendengar. Tak ke nanti orang kata dia gila.Hahaha
Bibirnya menguntum senyuman apabila melihat senyuman manis milik Anis Raihanna. Sejujurnya, dia paling suka melihat gadis itu tersenyum tetapi dia menafikan kerana ego.
Usai sahaja, jari gadis itu disarungkan cincin oleh bakal mak mertua gadis itu. Pihak lelaki sudah mula mengundur diri. Majlis juga akan berakhir tidak lama lagi.
Situasi ini seperti memberi peluang untuk dirinya menyakat gadis itu. Tanpa teragak-agak,dia melangkah ke arah gadis yang bernama Anis itu.
'Hana, tunggulah..kau fikir aku nak biar jer kau happy. Takkan aku benarkan.'omelnya perlahan lalu dia tergelak sinis.
Baru sahaja dia hendak menegur gadis itu. Tiba-tiba,Anis mengeleng-gelengkan kepalanya.Ya,dia mendapat idea untuk menyakat gadis itu.
'Oi, minah tergeleng-geleng kepala dari tadi dah kenapa?! Gila ke,kesian kat tunang kau dapat minah gila macam kau..'' kata Afiq Raihan dengan nada memerli.
Sempat juga dia menjeling gadis dihadapannya ini. Sengaja dia ingin menambahkan minyak pada api kemarahan gadis itu yang semakin marak.
Namun, sebaliknya yang jadi apabila melihat muka Anis yang cemberut itu. Dia menghamburkan tawanya dengan sepuas-sepuasnya apabila berjaya menyakat sepupunya tu.
??????
Tanpa mereka sedari, seseorang memerhatikan mereka berdua dari tadi. Tipulah kalau dia tak berasa cemburu melihat kemesraan tunangnya bersama dengan lelaki lain.
''Is, Jom balik,nanti kamu sembang la pulak dengan tunang kamu tu." kata Puan Hazwani.Sengaja dia mengusik anak terunanya tu.
''Yerlah umi.. Jom,abah mana?"ujarnya pula kepada umi.
''Abah dalam kereta dah, jom cepat nanti lambat pulak sampai rumah." kata Puan Hazwani.
Mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan pekarangan rumah tersebut.
??????
''Angah, tidur je lah sini. Dah lewat ni,takut la jadi apa-apa yang tak elok." kata Puan Aimi kepada adiknya, Encik Zafran.
''Yerlah kak,Zhaf tumpang tidur sini yer.. Tapi tak boleh lama-lama, maklumlah Afiq kan kena uruskan syarikat Zhaf. Lagipun,mesti banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. ''terang Encik Zhafran dengan berhati-hati kepada Puan Aimi. Risau jika kakaknya tersinggung kerana tak dapat berlama di rumah kakak nya tu.
''Takpa,akak faham. Lagipun,dapat juga la akak jumpa kamu sekeluarga. Yelah,sejak Afiq bekerja dengan kamu,jarang akak jumpa dia. Rasanya,akak last jumpa dia masa Afiqah lahirkan anak pertama dia kan?'' ujar Puan Aimi panjang lebar.
''Hmm, betul la tu kak''ujar Encik Zhafran. Sememangnya,dia mengakui yang Afiq sibuk menguruskan syarikatnya kebelakangan ini.
Sampaikan dia terpaksa mendesak anak lelaki itu mengambil cuti bagi menghadiri majlis pertunangan anak saudaranya ini. Jika tidak, memang sudah pasti anak lelakinya tu tidak dapat menghadiri majlis ni.
??????
''Bu, betul ke pak Ngah tidur sini? Sampai bila Bu? Pak Ngah balik bila? ''bertubi-tubi soalan diajukan kepada ibunya. Yelah, takde angin takde ribut tiba-tiba tidur sini.
Sejujurnya, dia tak kisah jikalau pak Ngah tidur sini. Maklumlah,dah beberapa kali juga mereka tumpang tidur dirumahnya.
Cuma, masalahnya sekarang ni Afiq Ngek Ngok tu ade sekali. Kalau mamat tu takda,takde dia tanya banyak-banyak. Buat bazir air liur je.
''Macam tak biasa pulak kamu Anis,dah banyak kali dah Pak Ngah tidur sini. Lagipun,Pak Ngah balik pagi esok. Dia tak boleh berlama kat sini sebab Afiq banyak kerja yang perlu diselesaikan.'' terang Puan Aimi dengan tenang bagi menjawab persoalan anak tunggalnya.
Anis bersorak gembira mendengar penjelasan ibunya.
''Oh, kalau macam tu takpelah. Anis,masuk tidur dulu yer bu.Assalamualaikum''ujar Anis lembut. Lantas tangannya bersalaman dengan ibunya sebelum dia pergi.
??????
''Pa,kenapa tak balik KL je terus.Esok,Afiq ade meeting penting tau." kata Afiq dengan nada yang tenang tetapi tegas.
''Mak Long, yang suruh papa bermalam kat sini. Yerlah,dah lewat ni Fiq, buatnya jadi apa-apa kamu nak bertanggungjawab?
Lagipun, kamu kan jarang balik apa salahnya kalau duduk sini.Ramai orang yang nak jumpa kamu, kamu tahu? Kesian, mak long dah lama dia tak jumpa kamu. Kalau papa dengan mama tak desak kamu balik,mesti kamu tak datang majlis pertunangan Anis kan?" jelas Encik Zhafran kepada anaknya, Afiq Raihan.
Dia sebenarnya mahu anaknya faham sebab dia bermalam di rumah kakaknya.
''Oh, macam tu takpelah pa.Fiq minta maaf sebab sibuk sangat sejak kebelakangan ni yer sampai lupa nak spend time dengan family '' ujarnya lembut kepada papanya.
Ada benarnya juga kata papanya tu, dia berasa sedikit menyesal dengan sikapnya yang workhaholic tu. Yelah, sampai lupa nak spend time dengan family sendiri. Dia tersengih sumbing.
Lega hati Encik Zhafran mendengar kata-kata anak terunanya tu. Dia bersyukur mempunyai anak seperti Afiq yang sentiasa merendah diri dan hormat pada ibu bapa.
''Takpelah, Fiq papa maafkan.Jangan ulang lagi ye nanti kesian bakal menantu papa yelah kamu ni workaholic sangat.''seloroh Encik Zhafran. Dia tergelak kecil melihat reaksi anaknya.
''Apa papa ni, sampai ke situ pulak.. Nanti ada jodoh,Afiq kahwin la..Fiq, masuk tidur dulu eh, assalamualaikum '' ujar Afiq Raihan lalu bersalaman dengan papanya.
''Iyer la tu Fiq. Waalaikumusalam" ujar Encik Zhafran sebelum berlalu pergi ke kamar tidurnya.
Afiq mengeleng-gelengkan kepala apabila kata - kata papanya menerjah ke dalam mindanya.Bab kahwin ni dia tak berapa minat.
Yelah, sejak adiknya, Afiqah,mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata, ibubapanya tidak peduli sangat tentang dirinya.
Dia pun masih tidak mempunyai calon jadi dia hanya ingin membujang buat sementara ini. Memandangkan, ibu bapanya pun tidak memaksa.
Baru saja dia ingin masuk ke dalam bilik tidur, dia ternampak Anis menonton televisyen di ruang tamu. Dia tersenyum nakal.
Dia melangkah perlahan ke arah gadis itu. Terpapar di skrin cerita hantu. Afiq memang sedia maklum yang Anis ni jenis yang penakut. Dia berniat ingin mengenakan Anis.
''Anis...anis...'' panggil seseorang dengan sangat perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga Anis.
''S...siapa t..tu? ''soal Anis tersekat-sekat kerana ketakutan.
Afiq Raihan menahan dirinya daripada tergelak apabila mendengar kata-kata Anis sebentar tadi.
'Hana, hana.. Kau garang tapi penakut kau tau tak! Omel Afiq Raihan sendirian.
'Ya Allah, selamatkan lah aku daripada syaitan yang direjam.'Doa Anis didalam hati. Amin
Usai saja, dia mengaminkan doanya, tiba-tiba kedengaran seperti sesuatu terjatuh.
''Buk!''
Jelas ada sesuatu yang terjatuh. Anis memberanikan diri dengan bangun dari sofa. Lalu dia memulakan langkahnya ke arah tempat sesuatu itu jatuh tadi
Satu.. Dua.. Tiga...
''Ahhhhhhhhhhhhhhhh! '' jerit Anis apabila Afiq Raihan berada di depannya dengan bedak penuh satu muka.
Afiq Raihan terkejut dengan reaksi Anis. Tapi lawak pun ada bila tengok muka Anis terkejut tadi. Hahaha
''Oi,minah diam lah.. Jangan jerit dah nanti terbangun semua orang. Ni akulah, Afiq!'' ujar Afiq Raihan membisik kepada Anis.Yelah, duk menjerit dari tadi bukan dia buat ape pon.
''Jangan kacau aku..Ibu tolong Anis! Ada hantu kacau Anis.."ujar Anis dengan nada yang terketar-ketar.
Serius dia memang takut gila sekarang.Apa yang dikatakan oleh hantu tu pun dia tak dengar. Dia menutup matanya dan berpeluk tubuh.Mulutnya seperti ingin menjerit sekali lagi.
Tetapi kali ini, dihalang oleh tangan seseorang.
''Hana, ni akulah Afiq..Janganlah jerit dah, sakit telinga aku ni.Buatnya semua orang bangun macam mana. '' bebel Afiq Raihan kepada Anis Raihanna.
Terdengar saja, suara Afiq Raihan dia lega buat seketika. Dia menarik tangan Afiq yang menutup mulutnya dari tadi.
''Ish, kau ni nak bergurau tak kena tempat lah!'' marah Anis.
Nasib baik, dia tak menangis depan Afiq tadi. Kalau tidak,sampai tahun depan kena perli dengan ngek ngok tu.
Baru saja, Afiq Raihan ingin membalas.
Baru mereka sedar kedudukan mereka yang terlalu rapat.
Sehingga Afiq dapat merasa hembusan nafas Anis pada mukanya.Begitu juga,bagi Anis.Jantung mereka berdegup begitu kencang sekali. Mereka terdiam buat seketika bagai sedang melayan perasaan.
Afiq Raihan bagai tersedar dari mimpi menjarakkan dirinya daripada Anis.
''Sorrylah, aku saja je kot kacau kau. Aku memang nak tidur dah tadi tapi nampak kau pulak tu tak jadi nak tidur.'' terang Afiq selamba tanpa serba salah pulak tu. Sebenarnya mahu menutup rasa malunya tadi.
''Tapi, kalau kau tengok muka kau terkejut tadi serius lawak do.” ujar Afiq lagi. Dia tergelak kecil.
''Kau memang! Dah lama tak rasa kena dengan aku agaknya! Aku tumbuk kang baru tau! ''marah Anis lagi.
"Siapa jer tak marah kalau kena macam tu. Dahlah buat salah lepastu selamba mintak maaf dengan pakej kene gelak lagi. Cuba cakap siapa je tak marah! Geram tahu tak!'' omel Anis perlahan namun tetap didengari oleh Afiq Raihan.
''Alah, chill lah. Aku gurau jer. By the way, congrats la dah bertunang!'' ujar Afiq Raihan. Lalu, melangkah pergi meninggalkan kan Anis di ruang tamu. Tak kuasa dia nak pujuk minah tu, dah ada tunang kan suruh la tunang pujuk!
Anis Raihanna melihat Afiq Raihan berlalu pergi dengan ekor matanya saja.
Malas dia nak merajuk lama-lama. Pada masa yang sama, dia terharu juga kerana Afiq Raihan mengucapkan tahniah kepada dirinya.Dia tersenyum.
''Tak sangka walaupun dia tu suka cari gaduh rupanya dia still caring. '' puji Anis di dalam hati.
Baru saja,dia ingin tidur. Satu notifikasi masuk.
'Ting'
'Afiq Ngok Ngek'
Aduh, aku baru puji tiba-tiba mesej. Aku ingatkan dah tukar nombor. Lantaklah. Seraya itu,aku membuka peti mesej.
Mata aku membulat.Dia memang cari nahas! Aku dah mengepal penumbuk.
Kau tahu ape dia hantar!
Woi, minah jangan happy sangat dah bertunang.Aku bukan apa, tapi aku kesian dekat tunang kau dapat minah sewel macam kau ni!????-Afiq Ngok Ngek
Rasa macam nak lempang jer muka dia sekarang tau tak!
Afiq Raihan berasa lega dapat mengusik Anis buat kali terakhir. Dia dah sedia maklum yang selepas ini dia tak dapat jumpa dengan gadis itu lagi.
Selamat tinggal, Anis Raihanna.
Share this novel
sampai episode 41 je ke