BAB 5

Romance Completed 5304

Sarah sedang sibuk menyiapkan beberapa dokumen yang penting untuk mesyuarat projek Megah Raya. Bekerja sebagai Setiausaha menjadikan dia orang penting dalam setiap projek yang dijalankan. Sudah 4 tahun Sarah bekerja dengan Megah Raya Berhad. Pendek kata Sarah ni kira orang kuat jugaklah dekat Megah Raya. Mana taknya dari sebesar-besar jawatan Pengarah tu sampailah ke jawatan Pak Guard yang jaga bangunan ni semuanya Sarah kenal. Sarah nii peramah dan periang orangnya jadi dia ni mudah didekati. Sebab itulah dia disayangi oleh bosnya Dato Hamdan.

“Woit Sarah dah pukul 5 ni kau tak nak balik ke?”Tanya Wani salah seorang accountant syarikat.

Sarah melihat jam ditangan “Aah lah wani tak perasan pulak. Tak apa lah kau balik dulu, aku nak habiskan kerja ni.”

“Ok lah aku balik dulu, kau jangan lama-lama offis ni keras taw hahaha.” Wani terus melangkah meninggalkan offis.

Sarah menggelengkan kepala ‘Eleh nak takutkan aku lah tu. Lagi satu memanglah offis ni keras dah dibuat dari konkrit apelah wani ni. Cuba bagi logik punya cerita.’ gumam Sarah. Dia terus leka membuat kerja sehingga jarum jam sudah menunjukkan ke angka 10.

“Ya Allah dah pukul 10 malam gilalah aku tak sedar.” Sarah mula memerhatikan sekeliling dia merasakan sesuatu. Kata-kata Wani tadi mula kedengaran semula di telinganya.

Sarah segera mengemaskan meja dan mencapai beg tangannya. Dia segera keluar dari ofis. Sarah menekan butang lif dan turun ke tingkat parking. Sarah mula berasa seram tatkala melihat tiada sebuah kenderaan yang kelihatan di situ. Sarah berlari-lari anak dia segera masuk ke dalam kereta. Enjin terus dihidupkan dan mula bergerak keluar dari bangunan.

“Fuhh lega. Selamat tak ada apa-apa. Hisyk ni mesti balasan sebab takutkan Aisy hari tu.” Fikir Sarah. Masih terbayang lagi wajah Aisy yang demam keesokan harinya dan terpaksa ditahan di wad. Sesal betul Sarah. Gara-gara itu seminggu dia berulang alik ke hospital menemankan Aisy.

Sedang Sarah membebel tiba-tiba kereta Saga Flxnya mula tersenguk-senguk.

“Eh kenapa ni? Rosak ke?” Sarah mula panik. Dia segera memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Sarah cuba menghidupkan semula keretanya. “Sayangku janganlah macam ni, hiduplah yea.” Sarah memujuk keretanya dah gaya macam kereta tu boyfriend dia je.

Sarah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Misha. “Hello Misha…aku ni Sarah…Hello!..ala bateri habis pulak. Adoi macam mana ni.?” Sarah memerhatikan kawasan sekeliling mana tahu ada sesiapa yang lalu lorong ni.

‘Ya Allah kau bantulah hambamu yang lemah ni ..amin.’ Serentak selepas mengaminkan doa sebuah motorsikal datang melalui lorong tersebut. Sarah segera keluar dari kereta dia segera melambaikan tangan tanda meminta pertolongan.

Firham yang sedang menunggang motor terkejut melihat seorang gadis melambaikan tangan kepadanya. Firham memerhatikan gadis itu dari jauh. “Eh tu kan mak cik kampung tu. Apa dia buat dalam gelap ni?” Firham segera memberhentikan motor.

Sarah berlari-lari anak menuju ke belakang kereta, dia menghampiri penunggang tadi. ‘Eh macam kenal je motor ni.’ gumam Sarah. Langkahnya terhenti bila melihat penunggang tadi membuka topi keledar yang dipakainya. Sarah tergamam.

“Woi yang kau menung tu kenapa? dah terpesona dengan kekacakan aku.” jerit Firham. Sarah mencebik menyampah memandang wajah yang meloyakan tekak dia.

“Sorry, sikit pun aku tak terliur menengok muka kau. Perasan!”

“Alah tak payah jual mahal lah. Kalau suka kata suka tak payah nanti ternanti-nanti.” Firham ketawa.

Binggung Sarah mendengarnya. Sejak bila pulak si Aisy ni pandai bermadah-madah ni. Setahu si Sarah yang masuk kelas Sastera dulu dia. Si Aisy ni masuk sekolah Teknik. Pelik takkan baru jatuh motor otak dah tak betul kot.

“Dah lah meh aku tengok kereta kau tu.” Firham masuk ke dalam kereta dan membuka Hood hadapan.

“Kau reti ke? ni enjin kereta tau bukan enjin motor kapcai kau tu.” Sarah ragu-ragu dengan Aisy. Bukan apa karang kot salah baiki tak ke menganiaya diri namanya.

“Kau jangan bising boleh tak. Karang aku tak tolong baru kau tahu.” Jeling Firham. Geram!

Sudah setengah jam Firham cuba membaiki dia bukak sana-buka sini tapi satu pun tak menunjukkan hasil. Firham mula memikirkan sesuatu. Dia segera mengeluarkan telefon dan menelefon seseorang. Firham menghampiri Sarah yang sedap-sedap tidur di kerusi bahagian penumpang.

‘Hampeh punya minah aku dari tadi berpeluh tengok kereta dia, alih-alih dia boleh landing dekat kerusi ni.’ bebel Firham.

“Woit mak cik bangun!! kau boleh tidur dekat sini.” Sarah yang terkejut terus berdiri mendengar suara nyaring tadi. Sarah mengosok-gosok matanya berkali-kali.

“Dah elok ke?” tanya Sarah yang masih mamai. Firham menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Sarah.

“Kereta kau ni problem banyak. Aku dah call kawan aku nanti dia bawak lori tunda tarik kereta kau pergi bengkel dia. Kejap lagi sampailah ni.”

“Lah habis tu aku macam mana?” soal Sarah.

“Lah kau macam tu lah nak macam mana lagi. Nak aku apa kan kau.” soal Firham pelik.

“Isykk kau ni maksud aku macam mana aku nak balik. Besok nak pergi kerja naik apa pulak.”

“Balik ni aku hantarlah. Besok pandai-pandailah kau nak hidup.” Sarah mengeluh. Nampaknya besok kenalah dia mintak tolong Misha hantarkan.

Selang beberapa minit sebuah lori tunda datang. Rakan Firham memeriksa kereta terlebih dahulu sebelum mengarahkan pekerjanya menarik kereta Sarah. Sarah hanya memerhatikan keretanya dibawa pergi. Sayu sungguh hati Sarah belum pernah lagi dia berpisah dengan keretanya sejak Sarah membelinya 2 tahun lepas.

“Dah jom, aku hantar balik. Nanti bila dah siap kereta kau aku beritahu.” kata Firham. Dia segera menghidupkan enjin motor. Sarah segera naik ke atas motor. Dia kekok yelah selama ni mana pernah dia naik motor dengan lelaki, kalau ada pun dengan ayah angkat dan abang angkat dia aje. Sarah memegang palang besi di belakang. Dia berhati-hati.

Firham terus memecut dengan laju. Sarah menutup mata gerun dengan aksi melampau Firham langsung tidak fikir keselamatan. Patutlah accident kelmarin rupanya bawak motor macam pelesit. Padan muka jatuh motor hari tu! Hai laa.. malang betul nasib Sarah hari ni.

Firham memberhentikan motornya betul-betul di depan rumah sewa Sarah. Sarah segera turun dari motor. Sedang Sarah terkial-kial mahu turun entah macam mana bajunya tersangkut pada palang besi. Hampir sahaja Sarah mahu tersungkur nasib baik Firham cepat memeluk Sarah. Mereka berpandangan. Sarah tersedar dan terus menolak Firham. Sarah segera berpaling membelakangkan Firham.

Firham berpura-pura selamba. “Ok lah aku balik dulu. Besok kau pergi kerja pukul berapa?” soal Firham. Sarah memandang Firham hairan.

“Errrr..biasa pukul 7.15 aku dah gerak. Takut jammed.” Firham menganggukkan kepalanya dia mengusap dagu seperti berfikir sesuatu.

“Ok besok tunggu aku dekat depan ni. Aku hantar kau pergi kerja.” Sarah terkejut.

“Eh tak payah, aku boleh tumpang housemate aku besok.” Sarah memberikan alasan.

Firham merenggus. “Kalau aku kata aku hantar maksudnya aku hantarlah. Susah ke kau nak faham! Dah aku nak balik. Besok jangan lupa tunggu aku kat sini!” Marah Firham. Firham terus memecut laju meninggalkan Sarah yang masih terpingga-pingga.

“Isyk tiba-tiba je nak marah aku. Sakit betul hati!” bebel Sarah. Dia segera masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience