BAB 3

Humor Completed 7396

“Hari ni, kita ada tenaga pengajar baru yang akan menggantikan Encik Shahrizal.”ujar Encik Fariz selaku pengurus di kelas Muzik2u.

“Encik Shah pergi mana?”soal salah seorang pelajar di situ. Sarah bangun dan memandang pemuda itu.

“Wei Zack, dia balik kampung arr. Kau ni, bagilah peluang dia jumpa isteri terchenta dia. Asyik tengok muka kau yang tak handsome ni, tension dia hari-hari. Silap-silap, boleh masuk hospital gila tau tak”kata-kata itu disambut dengan hilaian ketawa mereka semua. Zack hanya menjelirkan lidahnya. Pehal pulak mamat ni main jelir-jelir lidah. Macam budak kecil. Baik masuk tadika kemas, cik abang ooi. Belajar balik A,B,C.

“Bertenang semua. Ha, Sarah. Mana awak tahu dia balik kampung? Memandai je awak ni.”ujar Encik Fariz pula.

“Saya tahulah. Dia baru sat telefon saya. Encik Fariz tak nampak ke?”soal Sarah.

“Hurmm, parah tu Encik Fariz kalau encik tak nampak. Dah tak lama lah tu”sampuk Arin. Sarah sudah tersenyum sambil menayangkan high-five kepada Arin. Mereka selalu membuli Encik Fariz kerana Encik Fariz ni bolehlah dikatakan sebagai ‘lurus bendul’. Tetapi, kefahamannya tentang dunia muzik membuatkan mereka hormat kepadanya.

“Eh, saya nampak. Siapa kata saya tak nampak”bohong Encik Fariz. Nasib kaulah Encik Fariz ooi dapat student yang terbaik dari ladang.

“Sahlah tu, memang dah tak lama la tu”Arin membuat muka serius.

“Maksudnya?”

“Maksudnya dah nak terkojol, faham”Sarah menayangkan muka 5 sen dia. 5 sen je? Muka aku sikit punya lawa, harganya 5 sen. Aku tayang muka 1000 lah.haha

“Enough. Sukanya awak berdua mengenakan saya. Takpe. Saya nak tengok kalau dengan tenaga pengajar baru ni, awak boleh buat macam tu ke tak.”Apa-apa jelah Encik Fariz ooi. Kalau dah bengang tu, cakap jelah. Tak payah sembunyi-sembunyi. Kitorang pun dah tak larat nak main sembunyi-sembunyi. Dah besar panjang. Tinggi kitorang pun dah macam galah kait buah pelam.

Seorang lelaki masuk ke dalam kelas itu. Pada saat itu, Sarah hampir-hampir pengsan. Dia memandang Arin. Tetapi, Arin hanya menayang muka selamba badaknya saja. Arin ni, kalau hari tu aku nak sumpah kau jadi bapak kerang terbusuk sedunia, sekarang ni aku rasa macam nak sumpah kau jadi badak sumbu yang tergemuk sedunia.

“Saya perkenalkan, ini Encik Danny. Dia tenaga pengajar baru tetapi hanya sementara sahaja di sini. Dan untuk pengetahuan kamu semua, Encik Shahrizal bukan balik kampung, dia melawat mak mertua dia yang ada kat hospital.”ujar Encik Fariz. Danny memaniskan mukanya sambil tersenyum ke arah Sarah. Sarah hanya menjelingnya. Ingat senyuman menggoda lah tu. Boleh jalan lah. Aku lebih sanggup tengok tenuk senyum dekat aku dari tengok kau senyum.

“Hai semua. Saya..”

“Waalaikumussalam, Encik.”Sarah menyampuk sebelum sempat Danny menghabiskan ayatnya. Dah tak reti bagi salam apa. Orang melayu ke orang Afrika ni?

“Sorry. Assalamualaikum and hai semua. Saya Daniel, but you all boleh panggil saya Danny. Saya akan mengajar anda semua bermula dari hari ni. Harap anda semua dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya berada di sini. Terima kasih.”ucap Danny.

“Huh, kasih tak diterima.”bisik Sarah sendirian.

“Baiklah, saya nak anda perkenalkan diri. Kita mula dari miss yang pakai baju kuning tu.”Sarah memandang bajunya. Warna kuning? Alah, bukan aku sorang je perempuan kat kelas ni? Eh, memang pun. Gulp!! Apsal takut ni Sarah. Chill je. Sarah bangun perlahan-lahan.

“Well, nama saya Sarah. Panggil Sarah.”Dia duduk kembali sambil tersenyum ke arah Arin. Arin hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

“Takkan Sarah je kot namanya. Umur? Tinggal dekat mana?”soal Danny lagi. Minah ni makin lama, makin comel aku tengok.

“Encik fikir ni agensi cari jodoh ke nak bagi nama penuh, alamat, umur. Nama saya Sarah. Panggil jelah Sarah. Orang bagi betis nak peha.”Arin menjelingnya. Tahulah bahawa Arin tidak suka percakapannya itu tadi. Peduli apa aku. Danny hanya tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Aku pasti akan dapat kau Sarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience