"Dhia jaga diri nanti ye.. Ingat dengar cakap suami apa yang suami suruh buat ikut je asalkan tak berlanggar dengan syarak. Jaga makan minum suami, hormat suami, kalau ada masalah bincang baik-baik jangan sesekali tinggikan suara dengan suami ingat tu." pesan mak leha kepada anak bongsunya yang akan pulang ke KL bersama zafril.
"Adik, kau jangan nak mengada merajuk bagai ehhh nanti kang tak memasal akak kena jadi cikgu untuk laki kau." seloroh kak nia.
"Diam lah kau! Mak jaga diri tau nanti kita call okay.." ucap dhia sambil memeluk maknya.
"Dah nanti sesak jalan banyak kereta. Insyaallah kita jumpa waktu resepsi nanti. Zaf jaga anak mak ni baik-baik ye..." pesan mak leha lagi kepada anak dan menantunya.
"Baik mak nanti apa-apa call zaf dengan dhia ye mak. Assalamualaikum." ucap zaf seraya menyalami tangan mak mertuanya.
Sayu pandangan mak leha mengekori pemergian kereta zafril. Dia sangat yakin zafril mampu melindungi dhia. Setelah itu mak leha dan kak nia melangkah masuk semula kedalam rumah kerana keluarga zafril masih ada didalam.
Zafril pulang ke KL terlebih dahulu sebab dia perlu membawa dhia untuk memasuki rumah baharu mereka hadiah pemberian dato' hisham sempena perkahwinan anaknya.
Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Dhia sebenarnya sedang melawan mabuk keretanya atau 'carsick'. Dia cuba menahan sakit di kepalanya tetapi tak boleh. Dia tertinggal minyak angin di rumah malang nasibnya ketika ini.
"Awak....." seru dhia sambil memicit kepalanya yang berdenyut.
Zafril yang dengar akan panggilan dhia memandang dhia sekilas. Melihatkan keadaan dhia yang mengerutkan wajah itu menimbulkan kerisauan dalam diri zafril.
"Dhia awak okay tak?!" soal zafril cemas.
Dhia merasakan isi perutnya ingin memuntahkan sesuatu mula menekup mulutnya menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya menepuk lengan zafril meminta untuk berhenti.
Zafril memberhentikan keretanya ditepi jalan lalu dengan pantas dhia keluar daripada kereta. Dhia memuntahkan segala isi perutnya. Zafril yang turut keluar dari keretanya menggosok perlahan badan belakang dhia sambil membaca sedikit ayat al-quran. Dia menarik dhia yang selesai membuang segala isi perutnya menuju ke kereta lalu mendudukkan isterinya di kerusi penumpang hadapan.
"Dah ke belum?" soal zafril seraya menghulurkan sebotol air mineral kepada isterinya yang sedang lemah.
Dhia menganggukkan kepalanya selepas meminum air pemberian suaminya. Tidak boleh disangkal lagi tekaknya begitu pahit ketika ini. Dia mengangkat kedua belah kakinya masuk kedalam kereta.
Zafril merendahkan kerusi yang diduduki isterinya supaya dhia boleh baring dengan selesa sambil memakaikan seatbelt untuk dhia. Dia kembali masuk kedalam keretanya lalu memakai seatbelt untuk dirinya.
"Kita pergi klinik ye.." beritahu zafril sambil menutupi tubuh isterinya dengan jacket yang telah tersedia didalam keretanya.
"Takpe... Saya carsick je ni... Saya terlupa nak bawak minyak angin tadi..." beritahu dhia sambil memandang kewajah suaminya yang begitu risau dengan keadaannya.
Zafril menganggukkan kepalanya lalu menyambung perjalanannya ke KL. Baru 5 minit dhia sudah tidur disebelahnya akibat pening yang dirasai. Zafril singgah ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli makanan buat dhia. Setibanya dia ke keretanya kelihatan dhia sudah sedarkan dirinya.
"Awak pergi mana?" soal dhia perlahan sambil membetulkan kerusi yang didudukinya.
"Saya belikan roti dengan air kotak untuk awak. Nah makan ni buat isi perut kosong tu." arah zafril sambil menghulurkan sebungkus roti jagung yang telah dibuka kepada isterinya.
Dhia menyambut huluran zafril sambil mengucapkan terima kasih. Dia sedikit terharu dengan tingkah laku zafril yang begitu mengambil berat akan dirinya.
Setelah memastikan dhia menjamah roti yang dibelinya tadi zafril kembali meneruskan perjalanannya.
Hampir satu jam setengah perjalanan akhirnya mereka tiba di rumah yang baru sahaja selesai dideko. Zafril memandang wajah tenang dhia yang sedang terlena disebelahnya. Zafril mengamati wajah bersih isterinya selama 5 minit sebelum dhia mula tersedar dari lenanya.
"Kita dah sampai ke?" soal dhia yang masih mamai sambil membetulkan tudungnya.
"Dah jom masuk." ajak zafril lalu membuka pintu keretanya.
Melihatkan dhia yang masih belum keluar dari keretanya, dia bergerak ke arah dhia lalu membuka pintu kereta dari arah luar.
"Taknak keluar ke..." duga zafril sambil membuka seatbelt yang dipakai isterinya lalu mencapai handbag milik dhia.
"Haa... Okay..." dhia keluar dari perut kereta dengan keadaan yang masih pening akibat carsick tadi. Dengan langkah yang longlai dhia menggagahkan diriannya.
Zafril yang hanya memerhati tingkah isterinya akhirnya memaut dan memimpin lengan isterinya ke muka pintu. Dhia hanya membiarkan sahaja perbuatan zafril. Nak taknak dia kena pasrah kalau tak tumbang dia dekat situ.
Dengan alunan bacaan doa zafril dan dhia melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat yang diberikan oleh dato Hisham.
Rekaan rumah yang sungguh elegan dan cantik menghiasi rumah banglo tersebut. Ruang tamu yang luas dilengkapi dengan tiga buah sofa, meja kopi, television serta dapur yang luas. Manakala dihalaman rumah terdapat sebuah kolam renang dan meja rehat untuk minum petang. Ditingkat atas terdapat 4 buah bilik tidur dimana salah satunya ialah bilik tidur utama buat zafril dan dhia. Terdapat juga sebuah bilik kerja dan bilik stor.
"Besarnya rumah ni awak!" terkejut dhia melihat rumah yang terlampau besar boleh dipenuhi semua saudara mara.
Zafril tersenyum melihat tingkah dhia yang baginya comel.
"Haah besar, dah jom naik atas." Zafril memimpin dhia menaiki tangga menuju ke bilik tidur utama.
"Wahh!!!! Luasnya!!!!!" teruja dhia semakin bertambah melihat bilik tidur yang luas dinding berwarna kelabu, langsir berwarna navy blue. Ia sememangnya menimbulkan suasana sejuk di dalam bilik itu.
"Saya nak angkat beg dekat kereta." beritahu zafril lalu meninggalkan dhia.
Dhia berjalan menuju ke bilik wardrobe yang terdapat di dalam bilik tidur itu. Sebaik dia membuka pintu bilik itu terdapat banyak rak baju yang besar dan masih kosong dikiri dan kanan. Juga terdapat sebuah cermin panjang yang tersedia didalam bilik itu. Terdapat juga rak menyimpan barang kemas dan berharga seperti jam dan handbag.
'Ni semua kosong ni kejap lagi aku kena kerah tenaga lah ni....' bicara dhia dalam hati.
Setelah itu dhia melangkah ke balkoni luar. Sangat tenang suasana disitu dirasakan dhia. Dia boleh melihat kolam renang dari balkoni tersebut.
Zafril yang tiba dalam bilik sambil menjinjing bagasi miliknya dan isterinya. Tersenyum dia melihat dhia yang sedang berdiri di balkoni sambil memandang kearah langit.
"Buat apa?" soal zafril yang berdiri di sebelah isterinya.
"Ambil angin. Awak beli ke rumah ni?" tanya dhia sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin.
"Papa bagi hadiah kahwin... Jom masuk.." ajak zafril setelah melihat dhia yang struggle menahan tudungnya di bahagian dada daripada terselak.
Dhia mengikuti zafril masuk kembali kedalam bilik selepas menutup sliding door. Dhia memandang zafril yang sedang duduk diatas katil sambil membuka tudung bawal yang melilit kepalanya.
"Awak rest lah dulu saya kemas baju dalam wardrobe." ucap dhia sambil menarik bagasi miliknya dan encik suami menuju ke bilik wardrobe.
Hampir 30 minit dhia mengemas baju miliknya dan suami, dia keluar daripada wardrobe room untuk mandi. Tersenyum dia memandang wajah suaminya yang kepenatan sedang tidur diatas katil.
Seusai mandi dia turun kebawah untuk memasak makanan tengahari. Tapi sayangnya peti sejuk kosong. Barang kering juga tiada. Dia terpaksa membatalkan niatnya untuk memasak. Dia kembali ke bilik tidurnya untuk mengejutkan encik suami.
"Awak... Awak..." dhia mencuit lengan suaminya berulang kali.
Zafril yang merasakan tidurnya diganggu mencelikkan matanya memandang kewajah dhia disebelahnya.
"Kenapa?" soal zafril yang masih mamai sambil membetulkan posisi baringannya kepada duduk.
"Saya nak masak makanan tengahari tapi takde barang. Peti ais kosong." adu dhia memandang kearah jarinya yang sedang bermain bersama cincin nikahnya.
Zafril yang fokus memandang wajah dan tingkah laku isterinya tersenyum manis sebelum mengusap kepala isterinya.
"Saya mandi sekejap then kita keluar ye." beritahu zafril yang mula bangun menuju ke bilik air. Seketika dia berhenti lalu memalingkan wajahnya kearah dhia yang sedang memandang wajahnya.
"Nak join saya ke??..." usik zafril kepada isterinya yang sudah merah muka menahan malu.
"Jangan nak mengada ye!" marah dhia dengan pantas memalingkan wajahnya.
Zafril kemudian menuju kebilik air untuk mandi manakala dhia bersiap dengan tudungnya.
Zafril menolak troli manakala dhia mengambil barang kering dan basah yang diperlukan. Zafril tidak berapa tahu cara memilih sayur dan ikan yang segar. Dengan adanya dhia segalanya menjadi mudah kerana dhia sering mengikut mak leha membeli sayuran dan makanan laut di pasar.
"Awak tunggu sini sekejap. Saya nak ambil gula dengan tepung." arah dhia kepada suaminya yang hanya menganggukan kepalanya.
Dhia menuju ke bahagian gula dan dapur. Selepas mengambil apa yang diingini dia berlanggar dengan seorang lelaki yang berpakaian sut hitam.
"Sorry encik saya tak sengaja..." ucap dhia serba salah lalu memandang kewajah lelaki yang dilanggarnya tadi. Terkedu dhia memandang wajah lelaki tersebut. Lelaki tersebut juga terkejut memandang wajah wanita yang dilanggarnya tadi.
"Sayang..." ucap zafril seraya mendapatkan isterinya yang sedang menahan amarahnya.
"Abang... Jom dah settle dah..." ucap dhia sambil meletakkan bungkusan gula dan tepung kedalam troli lalu memaut lengan suaminya.
Zafril terkedu mendengar perkataan yang disebut oleh dhia. Tersengih dia pertama kali dhia menggelarnya abang hehe.
Lelaki tadi hanya membatu mendiamkan diri sambil memandang pemergian pasangan suami isteri tersebut.
'Dhia... Maafkan aku....' ayat itu hanya diucap didalam hatinya.
Dhia mengemas kesemua barangan yang baru dibeli kedalam peti sejuk dengan bantuan 'assistant' zafril asyraf.
"What do you mean by 'abang'??" sengaja zafril mengusik isterinya yang sedang mengemas sayur-sayuran.
"Awak reti siang ikan tak?" soal dhia kepada suaminya untuk mengubah topik. Jika diingatkan balik situasi tadi memang tidak dia ingin mengeluarkan perkataan 'abang'.
"Sayang... Abang tak reti siang ikan lah..." beritahu zafril sengaja memanjakan ton suara untuk mengusik isterinya.
"Tak reti dah duduk diam-diam jangan kacau saya." arah dhia tegas menahan malunya.
"Okay okay... Let 'abang' siangkan ikan ni." tak puas lagi dia mengusik isterinya yang sedikit lagi meletup menahan malu.
Dhia mencubit geram lengan zafril kerana malu yang menyerangnya.
"Reti ke tak ni???" soal dhia dengan curiga.
"Tahu abang selalu tengok mama buat." lincah tangan zafril membersihkan sisik ikan selangat yang baru dibelinya tadi.
"Tch.." geram dhia dengan suaminya yang menggelar dirinya sebagai abang. Tak lain tak bukan sengaja mahu mengusiknya.
"Awak nak makan apa harini?" tanya dhia yang berdiri di sebelah suaminya.
"Hmmm selangat masak apa je?" soal zafril semula kepada dhia.
"Asam rebus okay ke?" cadang dhia sambil mendongak memandang wajah zafril.
"Hmmm okay boleh je sayang...." usik zafril lagi.
Dhia menghadiahkan pukulan pada bahu suaminya yang tak kesudah asyik mengusiknya.
"Abang makan je semua yang sayang buat!"
"Ishhh diamlah...." marah dhia lalu kembali mengfokuskan dirinya untuk memasak.
Setelah 30 minit akhirnya hidangan tengahari sudah terhidang. Bukannya dhia memasak sorang diri tapi zafril banyak membantunya sedikit sebanyak mengurangkan penat isterinya.
Asam rebus ikan selangat, kobis goreng dan sambal belacan bersama hirisan timun terhidang diatas meja makan. Zafril membaca doa makan lalu menyuakan suapan pertama kedalam mulutnya.
Dhia yang menunggu komen daripada juri tak berbayar semakin berdebar.
"Okay tak?" soal dhia nervous.
"Sedap... Sayang masak apa pun abang suka..." jawab zafril sambil mengusik isterinya yang berada disebelahnya.
Zafril menyuakan nasi kearah dhia.
"Taknak... Awak makan lah saya boleh makan sendiri." tolak dhia lembut.
"Sayang...." tegas suara zafril kalini. Dia hanya risaukan dhia yang masih belum makan selepas memuntahkan semua isi perutnya.
Dhia tiada pilihan hanya membuka mulutnya untuk suaminya menyuakan makanan.
"Good wife..." ujar zafril lalu kembali menyambung makannya sambil menyuapkan isterinya.
Dhia yang ingin makan sendiri dihalang oleh zafril dengan alasan nanti banyak pinggan kena basuh. Akhirnya dhia hanya pasrah dengan arahan suaminya itu.
sweet zafril has began ~
Share this novel