22.

Romance Completed 46610

Mateen melihat Post yang dihantar oleh Aura didalam status whatsappnya.

"Apa?" Mateen terkedu melihat gambar yang dipost oleh Ex Wifenya.

"Airport?" Tanya Mateen lagi.

Dia menghubungi namun tiada jawapan. Akhirnya dia menghubungi Auni dan bertanyakan apa yang dilihatnya dalam status Aura.

"Kau tahu kan apa kerja budak montel tu. Mestilah dia pergi atas sebab kerja." Kata Auni lagi.

"Kalau atas sebab kerja aku tak kisah tapi kalau atas sebab lain?" Tanya Mateen.

"Maksud kau Kahwin?" Tanya Auni mengena.

"Yelah. Walaupun ia buat pada aku malam tu, Namun aku tetap sayangkan dia." Kata Mateen.

"Lagi senang kalau dia kahwin lepas tu kau bayar suami dia untuk ceraikan dia then kau kahwinlah dengannya. Habis kau tak payah fikir tentang Cina buta lagi." Kata Auni.

"Kau ingat. Kalau lelaki tu taknak lepaskan dia?" Tanya Mateen.

"Kau je yang tergilakan dia Mateen. Sapa nak dengan budak hodoh tu." Kata Auni.

"Betul juga. Aku nakkan dia sebab budi je. Kalau tak aku taknak dia." Kata Mateen membuka pekung didada.

"Jadi macam mana dengan pernikahan kita?" Tanya Auni.

"Ofcourse on Baby." Kata Mateen.

Sebulan Aura berada diLabuan. Dia mulai menyewa sebuah rumah di jalan pohon batu. Villa Palm Beach menjadi pilihannya kerana dekat dengan pantai.

"Yup." Selepas menjawab salam dari Hani.

"Kau mau aku ambil kau kah ni?" Tanya Hani.

"Takpe ke?" Tanya Aura.

"Sejalan jua kan." Kata Hani.

"Ok bolehlah. Aku bersiap" putus Aura.

Setiap hujung minggu mereka hanya berkerja secara Oncall.

Hani sampai didepan pagar rumahnya dan membunyikan Hon.

"Kejap lah." Kata Aura.

Hani ketawa melihat Aura yang berlari kecil menuju kepintu pagar.

"Kau anitah betabiat(Lambat sangat) kan." Kata Hani.

"Mana ada kau yang cepat sampai." Kata Aura. Mulai masuk kedalam kereta MyViilil Hani.

"Eh ada Sis Mayang Email kau kah?" Tanya Hani yang mula memandu.

"Ada aku baca. Lusa kan kita mesti turun ke platform." Kata Aura.

"Haah. Pasal atulah aku bawa kau ni beli barang keperluan." Kata Hani.

Hani sama sepertinya seorang jurutera.

"Ye aku tahu. Thanks tau." Kata Aura.

"Kang sebelum balik aku bawa kau dekat kelab Fitness aku selalu pergi. Lepas tu aku bawa kau pekena Satay berubut disini." Kata Hani.

"Hah?" Aura tak pernah fikir apa itu berubut.

"Aku on asal kau jangan bagi aku makan racun sudah." Kata Aura.

Kini Aura mulai menjaga bentuk badannya. Badannya tidal lagi sechubby dulu. Kini dia mulai menjaga permakanan dan bersenam sekali sekala bila ada waktu terluang.

Jika dilihat, Dia lebih cantik dengan wajah putih kemerahan bentuk badan yang boleh dikatakan jauh lebih berbentuk dari Auni. Auni kalah aset didepan.

Penghantaran Uthman ke Labuan ditangguhkan atas beberapa sebab. Dia kini sedang dalam perjalanan dihantar ke Lahad Datu Sabah kerana ada pelancong yang diculik beberapa hari lepas dan Kumpulan lanun masih bebas berada dikawasan Pulau Simabul.

"Uth hati-hati kat sana. Lupakan Aura dulu. bertugas demi negara." Kata Irma.

Uthman datang ke Banglo Keluarganya sebelum dia berlepas ke Lahad datu.

"Ye Mie." Balas Uthman.

"Baba tahu anak Baba boleh." Kata Roslan.

"Uth." Panggil Luthfan lalu memeluk tubuh adiknya.

"Maafkan aku Uth. Aku tak bermaksud nak merampas Melati dari kau." Kata Luthfan.

"Melati bukan siapa siapa lagi dihati aku Fan. Dekat hati aku kini hanya ada nama Aura." Kata Uthman.

Melati yang mendengar mengalirkan Airmatanya. Dia tahu jika waktu tu dia tak menggoda Luthfan semua ni takkan terjadi Mungkin kini dia dah bergelar isteri pada seorang Jeneral Uthman Ayyan.

Uthman meninggalkan keluarganya buat kesekian kalinya. Kali ni mungkin lama kerana lepas dari Sabah dia akan terus ke Labuan selama 4 tahun bertugas.

Aku tetap akan mencarimu Aura. Walaupun dimana kau berada. Kau adalah tulang rusukku yang dijadikan olehNya. Bisik hati Uthman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience