Bab 1-dua2 kantoi

Romance Completed 204114

Hazel Haufa.......!!!!
Suara lantang Tengku Que Iskandar bergema menyeru nama Hazel Haufa.Kali ini suara garau itu benar-benar mengugat tiang keberanian Hazel yang selalu berani melawan dan bertingkah dengan seketul lelaki itu..Kelihatan muka Que merah padam dengan aura keras dan bengis menahan marah mungkin..Nicholas dan Andrew yang mengikut dari belakang juga kelihatan menikus kerana terkejut walaupun sudah dapat dijangka apa yang akan terjadi..

Urat leher Que yang tegang kelihatan berdenyut2 dan dadanya berombak laju menahan nafas agar amarahnya tidak meletup dirumah agam ayahandanya.Langkah besar Que menghampiri Hazel yang sedang berbual mesra dengan adik iparnya Tengku Isabella..Tertangguh gosip mereka kerana terkejut dengan ngauman singa jadian ini..

"You pergi mana tengahari tadi hah?",Que menahan suaranya yang mahu menengking tapi tangan sasanya sudah mencengkam kuat tangan halus Hazel supaya menghadap mukanya.Tengku Isabella mula cuak bila abangnya yang sudah mula menunjukkan sisi ganasnya.

"Saya keluar lunch tadi dengan Bella,kenapa tak boleh ke?",Hazel menjawab berani walaupun hatinya sudah kecut ketakutan.

"Siapa yang bagi you kebenaran keluar rumah,ada minta izin I dulu ke?",tangan kanannya mula mencengkam pipi mulus Hazel hingga kelihatan merah.Hazel juga sudah tidak boleh bersuara bila pipinya dipicit kuat.

"Abang Que,I'm sorry Bella yang minta akak temankan Bella lunch and shopping tadi",Isabella cuba memujuk abangnya untuk meleraikan tangan sasanya dari muka Hazel namun belum sempat dia menyentuh tangan abangnya,jelingan maut serta pandangan membunuh sudah mematikankan niatnya."Abang please abang",rayunya lagi,tangannya mula menarik tangan abangnya walaupun dia mengigil takut tapi dikuatkan juga hati kerana salahnya yang mendesak Hazel menemaninya untuk keluar berlibur.

"Stop Bella! you know my rules right?".
"My wife belongs to me,do you understand sister?",Tengku Que Iskandar mengingatkan adiknya juga berbaur amaran.
"Abang gila!Abang jahat!"Tengku Isabella mula memprotes dan memukul abangnya hingga tanpa sengaja Que tertolak adiknya ke sofa menyebabkan Hazel mula naik berang..Tangannya yang bebas automatik melepaskan tamparan kuat dipipi Tengku Que Iskandar..

"Sir!!!,Nicholas dan Andrew terjerit dan terkesima dan pada detik itu masing-masing terdiam seribu bahasa,umpama istilah 'ada malaikat lalu',keadaan membeku.Hazel juga menggigil kerana terkejut,jelas bibirnya mengeletar..Tiba-tiba tangan berurat kekar Que terangkat untuk membalas pukulan namun terhenti bila dia tersedar siapa didepannya..

"Tamparlah,kenapa berhenti?",cabar Hazel berani sambil matanya tepat memandang wajah lelaki didepannya yang jelas kelihatan merah padam.

"Jangan cabar aku Hazel,you know nothing ape yang aku mampu buat pada kau",sinis jawapan Que namun tangan kembali merentap tangan Hazel n dibawa tangan halus itu ke bibirnya,satu ciuman singgah ke tapak tangan Hazel yang menamparnya tadi,kemudian tangan itu mula diramas kasar.

"Lepaskan tangan saya,sakitlah!",dengus Hazel garang,tangannya tak henti-henti memukul tangan keras Que dengan menggunakan tangan kiri yang masih bebas.

"Awak dengar ke tak ni,lepaskan tangan saya!"marah Hazel makin kuat memberontak bila Que mula bergerak menariknya ke arah tangga untuk ke biliknya di atas apabila kelihatan daddynyaTengku Benjamin Adame,disusuli bondanya Sharifah Mariah keluar menjenguk pertelingkahan mereka..Tengku Isabella yang melihat daddynya terus berlari ke atas untuk mengadu.

"Que,kenapa ni bising-bising?"tegur Tengku Benjamin Adame yang sudah jemu melihat perangai panas baran anak lelaki keduanya ini,berbeza dengan abang sulungnya Tengku Que Izham yang lebih bersifat lembut dan penyayang,desis hati tuanya sedih bila terkenangkan arwah anaknya..

"Que,sudahlah tu,kesian Hazel,lepaskan tangan dia sekarang!"Tegas bondanya berkata seraya menarik tangan Hazel yang dicengkam kuat anaknya.Jatuh kesian melihat raut wajah kesakitan menantu kesayangannya diperlakukan sebegitu.

"What have you done,too much Tengku Que Iskandar!",bidas Sharifah Mariah sambil membelek kulit tangan Hazel yang sudah berbirat kesan merah kebiruan.Tengku Que Iskandar berdengus marah apabila daddy dan bondanya mencampuri urusan rumahtangganya.Matanya tepat memandang wajah sendu milik Hazel yang dipeluk erat oleh bondanya.

"Masuk bilik sekarang",Que bersuara keras memberi arahan,tidak suka ditentang.Dia berlalu ke arah tangga.Baru mulakan langkah,daddynya bersuara memanggilnya.

"Que,sekejap",panggil daddynya yang sedari tadi hanya memerhatikan gelagat anaknya walaupun tidak berkenan dengan segala tindak tanduknya.Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan menantunya.Kadang-kadang hati tuanya berbisik,wajarkah tindakannya menikahkan Hazel dengan Que selepas seminggu kematian anak sulungnya iaitu tunangan Hazel Haufa.Tengku Benjamin Adame tidak rela Hazel jatuh ke tangan yang salah kerana amanah yang dia pegang secara rahsia selama ini..Hazel sudah dianggap anaknya sendiri kerana ibubapa kandungnya merupakan sahabat karibnya,namun rahsia itu perlu dijaga rapi demi keselamatan Hazel.Kematian mereka yang dirancang dengan terperinci sehingga pihak polis juga percaya ianya kemalangan yang tragis.

"Que berpaling memandang pelik daddynya yang kelihatan jauh mengelamun.

"Yes dad, anything"?dingin dia bersuara kerana amarahnya masih berbaki.

"Dad",ulang Que agak kuat sedikit menyedarkan daddynya ke alam nyata.

"Yup,yup,daddy ada perkara nak dibincangkan,jumpa daddy dekat hall",Tengku Que Iskandar akur walaupun hatinya masih terbakar demi mengingatkan video yang dihantar oleh orang suruhannya yang diarah mengikuti setiap pergerakan Hazel,hatinya panas bila dilihat tangan Hazel dipegang oleh lelaki lain,adiknya Tengku Isabella pula hilang ke mana waktu itu..

Que bergerak menuju ke arah Nicholas dan Andrew yang masih setia menunggu ketua mereka.Setelah menyampaikan arahan ringkas,mereka mengangguk faham dan berlalu dari rumah agam Tengku Benjamin Adame.Mereka perlu mencari tahu lelaki yang dijumpai Hazel sebelum mereka pula yang dihukum oleh ketuanya itu.

"Sementara menunggu Que,Tengku Benjamin Adame membelek akhbar,matanya menangkap satu artikel yang bertajuk "BAYI TERCAMPAK SEBELUM KERETA MELETUP".Dengup jantung tuanya berdetak laju kerana peristiwa itu mirip kejadian lalu yang menimpa keluarga Hazel Haufa.Kenderaan mereka dikatakan terjunam ke dalam gaung sebelum kereta meletup menghapuskan segala bukti yang ada.Namun Tengku Benjamin Adame percaya mereka disabotaj oleh pihak tertentu kerana ibu kandung Hazel adalah pewaris empayar yang mempunyai kekayaan yang cukup lumayan.Harta Pusaka itu kini diuruskan oleh orang kepercayaan Tengku Benjamin Adame sebelum diserahkan kepada Hazel Haufa setelah terjamin keselamatannya.Hazel Haufa juga tidak pernah tahu menahu akan hal ini kerana Tengku Benjamin Adame terpaksa merahsiakan identiti Hazel yang sebenarnya bagi mengelakkan musuh menghidu keberadaan Hazel.Maka ketika masih bayi,Hazel diserahkan ke rumah kebajikan selama 2 bulan sebelum Opah mengambilnya sebagai cucu angkat.Opah merupakan orang suruhan Tengku Benjamin Adame yang diamanahkan untuk menjaga dan mendidik Hazel menjalani hidup seperti orang biasa tanpa kemewahan tapi mencukupi segala keperluannya.

Namun ajal,maut dan jodoh tiada siapa yang boleh menyangkal.Anak sulungnya Tengku Que Izham bertemu Hazel Haufa ketika menuntut di sekolah berasrama penuh.Hazel berusia 16tahun ketika itu,mungkin cinta mereka umpama cinta monyet sahaja namun mereka membuktikan perhubungan mereka yang kekal sehingga berjaya memegang segulung ijazah dan hampir menjejaki gerbang perkahwinan .Tapi sayang jodoh mereka bersulamkan ajal.Tunangan Hazel diserang hendap dan ditembak sebelum kereta hilang kawalan.Tragedi itu juga dirahsiakan dari pengetahuan Hazel,dia hanya tahu berlakunya kemalangan biasa yang meragut nyawa tunangannya.

"Duduk Que",Tengku Benjamin Adame bersuara apabila kelibat Que menghampirinya sambil melipat akhbar yang dibaca tadi hingga menggembalikan nostalgia lama.

Tengku Que Iskandar berjalan lambat-lambat menghampiri daddynya yang kelihatan santai menghirup kopi.Que melabuhkan punggungnya berhadapan daddynya yang kelihatan tenang sedangkan dirinya mula gelisah menanti bait-bait ayat yang akan meniti dibibir tua itu,sedang dirinya berteka-teki,daddynya membuka mulut bertanya.

"Que,siapa gadis ni?",daddynya bersuara tenang sambil meletakkan sekeping gambar di atas meja dihadapannya.Bulat mata Que tatkala melihat gambarnya yang dipeluk oleh Jasmine dikelab malam ternama Star Club ketika dia melepak bersama kawan-kawannya Eric,Taufiq dan Noah.Sungguh dia tak percaya gambar itu bole sampai ke tangan daddynya..Baginya gambar itu hanya sekadar gambar kerana dia tahu kejadiannya yang sebenar seperti apa,walaupun gambar itu kelihatan intim seolah-olah mereka sedang bercumbu.

"Angkara siapa?",bisik hati kecilnya namun mulutnya masih terkunci tidak menjawab pertanyaan daddynya.Mukanya juga diketatkan bagi menutup rasa gelisah,bimbang jika Hazel tahu mengenai gambar intimnya itu.Tiba-tiba terdengar suara lembut Hazel menegur dari belakangnya.Mukanya berubah pucat,air ludahnya terasa berpasir melalui anak tekaknya.

"Shit!Shit!"terpacul makian tanpa sedar.

"Language son,language!",bidas daddynya tersenyum sinis menyedari kelakuan anaknya seperti cacing kepanasan.

Kelembutan bukan ertinya lemah,kekasaran juga tidak bermakna kekejaman. Cinta memerlukan sedikit kekasaran demi mempertahankan kebahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience