BAB 34

Romance Completed 13565

Pagi Ahad itu Aqisha sudah awal-awal keluar rumah. Puan Maisarah faham benar Aqisha memerlukan masa sendiri setelah perbincangan malam tadi. Gadis itu terus meluru masuk ke dalam bilik tanpa mengiakan atau menolak pinangan itu. Pada pagi itu, gadis itu pula terburu ingin keluar. Katanya ingin menenangkan diri.

Aqisha bingung samaada dia harus menerima atau menolak permintaan ibu Tengku Emran. Ibu Tengku Emran terlalu baik baginya tapi haruskah dia berkorban kerana itu? Mamanya juga berharap dia menerima permintaan tersebut. Lalu bagaimana dengan hati dan perasaannya? Haruskah dia mengorbankan masa depannya demi lelaki tersebut? Apakah dia mencintai Tengku Emran?

"Arghhhhhhhh! Stressnya! Ya Allah.."

Stereng kereta dihentak kasar. Kepala nya ditekan kuat. Fokus memandunya tiba-tiba melayang. Kereta diberhentikan di tebing jalan. Nasib baik jalan raya pada hari ini agak lenggang. Aqisha menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Berulang kali perkara itu dilakukannya. Setelah berasa sedikit lega, dia kembali memandu menuju ke destinasinya.

° ° ° ° ° °
Toktoktok!

"Assalammualaikum.."

Sapa satu suara dari arah luar seraya mengetuk pintu rumah Puan Maisarah. Puan Maisarah bergesa membuka pintu dan menyahut salam. Kelihatan sesosok tubuh yang dikenalinya berdiri di hadapan pintu.

"Eh Tengku Emran.. Jemputlah masuk.. Auntie buatkan minum.."

"Tak mengapa auntie.. Saya datang ni nak cari Aqisha. Dia ada tak? Semalam saya call dia, telefon dia dimatikan.."

"Laa yeke... Qish takde.. Dia baru je keluar tadi.. Kamu lambat 10minit.."

Tengku Emran mengaru kepala yang tidak gatal. Kemanakah gadis itu?

"Dia kemana auntie? Saya ada benda nak bincang dengan dia.."

"hmm.. Entahlah Em.. Auntie pun taktau dia kemana.. Dia cakap nak tenangkan diri aje.."

Sekali lagi Tengku Emran mengaru kepala. Dia berfikir sejenak. Ahaaa! Aku tahu dia kemana. Tiba-tiba akalnya mengingatkannya.

"Emmm takpela auntie.. Sampaikan salam saya kepada uncle.. Saya minta diri dulu.."

Pantas tangan tua itu disalamnya lalu dia pun bergesa mendapatkan kunci kereta dan meninggalkan pekarangan rumah. Nasib baik aku dah mandi. Getus hati Tengku Emran.

° ° ° ° °

Aqisha memarkir kereta dengan cermat. Setelah pasti keretanya diparkir dengan elok, dia keluar dan menuju ke arah kerusi yang disediakan untuk pengunjung "Palm Beach". Angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambut ikal mayang separas pinggangnya cukup membuat dirinya sedikit kesejukan. Aqisha hanya mengenakan baju t-shirt dan seluar jeans pagi itu. Dia lupa membawa cardigan kerana terburu-buru keluar rumah.
Kedua tapak tangan disatukan dan digosok-gosok kuat untuk menghasilkan haba. Setelah meraih sedikit haba, kedua tangannya dialihkan dan Aqisha berpeluk tubuh.
Suasana di pantai itu tenang sekali. Hanya terdapat beberapa orang manusia sahaja bersantai dan ada juga yang bermandi manda di air laut.

Uishh pagi pagi macamni pun mandi jugak ke? Getus hatinya. Ralit Aqisha memerhati gelagat manusia di hadapan serta kiri kanannya. Ada juga beberapa kanak-kanak ditemani ibu bapa masing sedang berlari berkejar kejaran. Aksi jatuh bangun kanak-kanak tanpa kenal rasa sakit itu menjadi sorotan mata Aqisha. Begitu indah pemandangan itu dan tanpa dia sedari, ada sesosok tubuh yang menghampirinya.

"Seronok kan pagi-pagi macamni kita dah disaji dengan karenah kanak-kanak?"

Aqisha tersentak dengan suara garau itu. Lelaki itu melabuhkan punggung di sisi Aqisha seraya menyarungkan jaket panas yang sentiasa ada dalam keretanya ke badan Aqisha.

"Sejuk waktu ni... Awak pakailah.. Nanti masuk angin.."

Tengku Emran lantas mengukir senyum kepada Aqisha yang terpinga-pinga dengan aksi yang dia lakukan tadi.

"No wonder la awak cakap tempat ni sangat menenangkan jiwa. Memang sangat tenteram suasana kat sini.."

Wajahnya ditoleh ke arah Aqisha sekilas setelah kepalanya tertinjau suasana di pantai itu. Mata mereka bertaut untuk seketika tapi pantas Aqisha melarikan pandangan dan menghadap kanak-kanak tadi semula. tengku Emran tersenyum simpul seraya turut memandang ke arah kanak-kanak tadi.

"Awak buat ape kat sini? Takde apa yang menarik kat sini."

Aqisha lantas bersuara.

"Saya datang sini nak jumpa awak lah. Siapa cakap takde ape yang menarik kat sini? Ada.. Yang di sebelah saya ni lah daya tarikan saya.."

Tengku Emran berkata demikian tapi masih memandang ke hadapan. Aqisha yang sedikit tergamam dengan bicara Tengku Emran pantas bersuara.

"Awak balik lah Emran.. Jangan ganggu saya nak bertapa disini.."

"Kalau awak nak bertapa dekat sini, izinkan saya menemani awak. Izinkan saya jaga makan minum awak, keselamatan awak. Saya taknak kalau-kalau awak bertapa disini, ada orang jahat kacau awak. Biarlah saya jadi bodyguard peribadi awak.. Boleh kan?"

Wajah Aqisha ditatap lembut. Gadis itu nampak kurang senang dengan kata-katanya.

"Awak merepek apa ni Emran? Jangan main-main lah. Awak ingat saya suka ke diganggu?"

Aqisha membalas geram. Tengku Emran masih lagi tidak berkalih memandang wajah Aqisha.

"Awak ingat awak seorang yang tak suka diganggu? Saya pun taksuka bila bayang-bayang awak asyik menganggu tidur malam saya. Pagi-pagi hari pun bayang-bayang awak tak penat ganggu saya tahu tak?"

Wajah Aqisha berubah riak. Pelik dan bercampur tidak percaya lelaki dihadapanya sekarang seolah bukan lagi lelaki poyo yang dikenalinya. Tengku Emran tahu riak wajah itu. Dia menarik nafas kemudian menghembusnya kuat.

"Saya cintakan awak Aqisha Riana. Saya nak jaga awak sampai akhir hayat saya. Kali pertama saya jumpa awak, saya seakan terbuai dengan wajah awak,fizikal awak. Tapi satu aje, bahasa awak tak mencerminkan wajah yang mok tetapi comel awak. Perangai? Nauzubillah.."

Aqisha sedikit kebingungan tapi kemudian pantas teringat kejadian ketika mereka terserempak di pasar ikan itu.

"eh hello.. Awak hampir jatuhkan Oppa saya tau tak? Dahlah cakap diri tu pembawa nasib baik tapi selama saya bersama awak, takde nasib baik yang saya dapat pun. Poyo, berlagak lebih. Perasan pulak tu.."

Aqisha mencebik. Bibirnya sudah sedepa panjang ke hadapan.

"Tarik mulut tu masuk balik. Kalau tak, saya kiss. Biar ape orang kat sini nak kata. Awak yang pancing saya buat benda diluar keinginan saya."

Amaran Tengku Emran serba sedikit mengerunkan Aqisha. Pantas bibirnya ditekup dengan kedua belah tangan. Jelingan maut dihadiahkan kepada Tengku Emran. Tampak lelaki itu tertawa geli hati melihat aksi Aqisha. Bertambah geram lah hati Aqisha. Cubitan kuat singgah di lengan Tengku Emran dan lelaki itu mengaduh sakit.

"Aduh.. Awak janganlah main cubit-cubit depan orang ramai.. Nasib baiklah awak comel.. Kalau tak, jangan harap saya terpikat dengan wajah ni."

Pipi tembam Aqisha dipicit kuat. Naik merah pipi Aqisha.

"amboi main kasar nampak.. Nah terima la balasan dari ku.."

Pinggang Tengku Emran menjadi sasarannya. Dia tahu Tengku Emran geli digeletek di bahagian pinggang maka dia pun mengeletek Tengku Emran sehingga lelaki itu tertawa geli.
"Qish qish geli geli. Janganla."

Tengku Emran cuba menahan tangan gadis itu dari mengeleteknya tetapi Aqisha pantas mengelak. Idea nakal Tengku Emran muncul. Badan gadis itu ditolak ke belakang sehingga menyebabkan separuh badan Aqisha terbaring di kerusi. Niat Tengku Emran hanya untuk menolak gadis itu ke belakang tetapi badannya turut terdorong dan tertindih Aqisha. Wajahnya hampir sekali dengan wajah Aqisha dan bibir mereka hampir bertemu. Aqisha yang tergamam dengan tindakan refleks Tengku Emran dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Mata mereka bertaut untuk beberapa saat apabila Tengku Emran tersedar dan berdehem kuat. Tengku Emran kembali mengatur posisi duduknya. Wajahnya dipalingkan ke sisi.
Aqisha turut membetulkan duduk.

"Maaf. Saya tak sengaja."

Tengku Emran laju bersuara bagi mengelak salah faham Aqisha. Tangan kanan Aqisha sudah ditekap ke dada, cuba menenangkan degupan jantungnya. Aqisha menarik nafas dalam, mencari kekuatan untuk bersuara.

"Tak mengapa.. Saya nak balik."

Aqisha berdiri seraya melangkah melewati Tengku Emran yang tergamam melihat aksinya.
Tengku Emran pantas berdiri dan mengejar langkah Aqisha. Lengan gadis itu segera dicapai.

"Tunggu, Aqisha Riana."

Halang Tengku Emran. Langkah Aqisha terhenti. Dia segera menoleh ke belakang, memandang tepat wajah Tengku Emran.

"Selama ni memang saya tak sedar awak telah bertakhta di hati seorang lelaki bernama Tengku Emran. Tetapi apabila wajah awak adalah wajah yang saya ingin tatap setiap hari, saya mulai sedar saat itu. Bila sehari saya tak tengok wajah mulus ni..."

Kata katanya terhenti. Pipi Aqisha disentuh dan dielus lembut. Angin sepoi-sepoi bahasa saat itu seolah faham perasaannya terhadap Aqisha.
Tengku Emran memejam mata sejenak dan mengumpulkan kekuatan.

"saya rindu bila tak tengok awak.. Rasa kehilangan.. Awak seolah melengkapi hidup saya.. Kali pertama jumpa awak dekat pasar ikan, saya terus tertarik dengan awak. Sayangnya kita berjumpa hanya untuk seketika. Dalam hati saya berdoa, moga dipertemukan lagi dengan gadis yang telah menambat hati saya. Ternyata doa saya dikabulkan apabila saya jumpa awak tengah "oncall" dengan seseorang. Dan sekali lagi saya terbuai dengan keindahan Allah dan tidak sedar bahawa di depan saya ada lopak air. Saya terlanggar lopak air tu dan awak pula yang jadi sasaran.."

Aqisha yang kusyuk mendengar Tengku Emran berkata-kata tadi cuba memintas percakapan lelaki itu apabila sedar lelaki itulah yang menyebabkan basah lebur balik ke rumah.

"ouhhhh... Jadi awak yang.."

Belum sempat dia menghabiskan kata, bibirnya ditekup dengan jari telunjuk Tengku Emran.

"shhhhh... Let me finish my speech first then you may talk."

Sepasang mata Aqisha ditatap. Begitu dalam panahan mata Tengku Emran sehingga menyebabkan jantung Aqisha kembali berdegup kencang.

"Mula-mula saya ingatkan perasaan saya pada awal pertemuan cuma sebatas suka dan mungkin hanya kebetulan doa saya dimakbulkan. Tetapi bila tahu awaklah gadis yang saya jumpa di pasar itu dan awaklah yang hidup berjiran dengan saya, saya tak rasa ini cuma kebetulan. Awak adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk saya, Aqisha Riana.."

Aqisha tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya terusik dengan bicara Tengku Emran. Wajah itu masih ditatapnya, lama.

"Saya cintakan awak.. Sangat mencintai awak.. Cuma saya sedar, saya bukan lelaki pilihan hati awak.. Saya terima hakikat andai awak memilih untuk menolak pinangan saya.. Awak ada hak awak sendiri untuk menolak.. Saya bukan siapa-siapa untuk paksa awak terima saya. Saya.. Saya.."

"Shhhhh..."

Kali ini giliran Aqisha pula meletakkan jari telunjuk di bibir Tengku Emran. Lelaki itu seolah tergamam sebentar tetapi kemudian dia seolah tertunggu kata-kata Aqisha yang seterusnya.

"First, awak ni banyak sangat cakap. Second, awak suka menyakitkan hati saya. Dan third...."

Wajah Tengku Emran kaku. Dia menanti ayat Aqisha yang seterusnya.
Aqisha kemudian tersenyum lantas membelakangi Tengku Emran dan berjalan laju. Tengku Emran yang pelik serta geram dengan Aqisha yang tidak habis mengucapkan kata-kata pantas berlari mengejar dan menyaingi langkah Aqisha. Gadis itu ditahan dari melangkah.

"Third.. Kenapa?"

Soal Tengku Emran. Aqisha tersenyum geli hati dan masih enggan menjawap. Tengku Emran naik geram dengan kelakuan Aqisha.

"Cik mok.. Janganlah main-main.. Cakap biarlah habis.."

Tengku Emran berpeluk tubuh dan memalingkan wajahnya ke sisi. Bibirnya dijuihkan, panjang sedepa. Aqisha tersenyum geli hati lalu wajah Tengku Emran diraih dan dipaksa menghadapnya. Sepasang anak mata itu ditatapnya lama seraya bersuara.

"Third....."

Aqisha masih cuba mengusik Tengku Emran dengan memanjangkan sebutan third. Lelaki itu masih sabar menanti jawapannya.

"Third.... Saya pun cintakan awak dan saya terima pinangan awak.."

Sejurus selepas itu dia berlari ke arah keretanya dan meninggalkan Tengku Emran yang terkedu dengan kata-kata Aqisha.

"Di..di...dia terima aku??"

Soal Tengku Emran sendirian. Dia menampar wajahnya sendiri. Sakit. Bermakna aku tidak bermimpi. tengku emran kemudiannya mendepangkan kedua tangan. Kedua tangan dijulang silih berganti seperti aksi bersorak pemain bola sepak yang menjaringkan gol.

Aqisha yang melihat aksi Tengku Emran tertawa geli hati.

"Memang dasar Poyo!!"

Aqisha bersuara nyaring ke arah tengku Emran. Tengku emran terhenti dari membuat aksi bersoraknya lalu menoleh. Sebuah senyuman diadiahkan kemudian kedua tapak tangan dilekapkan ke bibir lalu dilepaskan ke arah Aqisha. Aksi "flying kiss".

Aqisha tersenyum simpul lau membalas melakukan aksi yang sama.
Di dalam hatinya berdoa.

"Ya Allah.. Aku mohon kau berikanlah kami kebahagiaan sepanjang kami meniti kehidupan berumah tangga kelak Ya Allah. Jadikan aku isteri yang taat akan perintah suami serta kurniakanlah kami keturunan yang soleh dan solehah.. Aamin.."

/TAMAT/

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience