Mimi dan Ziana telah sampai ke Kelab VVIP. Ada yang datang menaiki motorsikal berkuasa tinggi. Ada juga yang datang menaiki pacuan empat roda di iringi oleh pengawal peribadi masing-masing. Lagak jalan masing-masing dengan curut di mulut. Ada juga yang melontarkan senyuman manis kerana dapat kebebasan dari cengkaman harimau berantai betina di rumah. Pesta itu terasa seperti baru dilahirkan bagi yang telah berkeluarga. Terasa bujang, bebas, lupa akan tanggungjawab seharian dan yang paling penting dibelai manja oleh “Sugar Baby” yang hadir bersama. Ada juga yang bertukar-tukar pasangan. Inginkan perisa yang berlainan. Ziana turun dari kereta dan dia melihat begitu ramai lelaki kaya sekitar 40 an ke atas. Meskipun perut boroi tidak mengapa asalkan kaya. Sampai sahaja di situ Mimi memperkenalkan Ziana kepada teman baik “Sugar Daddynya”. Sahabat “Sugar Daddy” Mimi namanya Remy. Dia terpegun dengan kecantikan Ziana.
BERSAMBUNG
Share this novel