Rate

Bab 15 Perbincangan

Drama Completed 203293

"Pak Cik kenalkan,saya Mohamad Haziq kawan Izara" Kata Haziq sambil memadang pada Kamal ayah Izara yang berada di depan muka pintu bersama Izara.

"Oo kamu ni la kawan Zara yang nak jumpa saya hari ni. Kalau macam tu masuk la,boleh la kita sembang-sembang dekat dalam. Zara kamu pergi buat air jangan nak tercegat dekat situ je" Kata Kamal sambil memadang anak gadisnya yang asik memerhatikan Haziq yang berada di depan pintu.

"Ya la...Pak Cik, Zara pergi buat air dulu tau. Pak Cik masuk la sembang dengan ayah" Kata Izara sambil mengukir senyuman manis pada Haziq.

Haziq membalas dengan memberikan senyuman kembali pada Izara. "Adui segaknya Pak Cik Haziq ni bila senyum pada aku ni,"bisik hati Izara. Izara mula melangkah kakinya ke arah dapur membuat air untuk di hidangkan pada ayahnya dan kekasih hatinya.

Sementara Kamal agak hairan kerana Izara memanggil Haziq dengan pangilan Pak Cik. Sedangkan Haziq ini adalah teman lelaki pilihan Izara." Pelik sungguh dengan Izara ni katanya Haziq ni kekasih hatinya,tapi kenapa panggil Pak Cik pula. Agaknya budak zaman sekarang ni suka panggil Pak Cik kut"Bisik hati Kamal.

Kamal melangkah kakinya ke arah ruangtamu,Haziq mengikuti Kamal dari belakang. Sampai di ruangtamu Kamal duduk di sofa yang sudah agak lusuh. Haziq juga duduk di sofa sebelah Kamal.

"Sudah berapa lama kamu kenal dengan Izara ni?" Tanya Kamal pada Haziq.

"Saya kenal dengan zara dari mula dia kerja di bengkel Nordin" Jawab Haziq tanpa berselindung.

"Oo,lama juga la kamu kenal dengan Zara ni. Umur kamu berapa dan kamu kerja apa sekarang ni? Tanya Kamal lagi sambil memadang pada Haziq.

"Umur saya bulan depan nak masuk 30 tahun. Saya kerja biasa je ikut kontraktor buat bangunan dekat selangor."Kata Haziq.

"Oo Pak Cik lahir bulan 1 ya. Izara lahir bulan 8 lambat lagi la nak sambut hari lahir Izara ni. Pak Cik pula masuk tahun baru dah boleh sambut hari lahir" Kata Izara sambil meletakkan dulang air diatas meja.

"Zara kamu tu duk diam je, tak payah nak menyampuk" Kata Kamal pada Izara.

"Ala,Zara tak sengaja la termenyampuk. Okay,lepas ni Zara diam je dengar ayah bersembang berdua." Kata Izara pada ayahnya sambil melabuhkan pungungnya di sofa yang tidak jauh dari ayahnya.

Sementara Haziq hanya memerhatikan saja tingkah laku dua beranak tersebut di depannya. Tak lama kemudian ibu tiri Izara keluar dari dapur membawa sebekas agar-agar yang sudah siap dipotong untuk dijamu pada Haziq.

"Maaf la, ni je la yang ada." kata ibu tiri Izara pada Haziq.

"Eh,tak pa je tak payah susah-susah" kata Haziq.

"Kamu ni serius ke berkawan dengan Izara ni atau hanya main-main?."Soal Kamal lagi sambil memadang pada Haziq yang nampak tenang je dari tadi.

Tidak seperti Izara yang kelihatan hatinya tidak beberapa tenang. Izara juga dari pagi sebelum Haziq datang agak serba tak kena.

" Saya serius nak kawan dengan Izara anak Pak Cik. Saya juga ingin menyunting Izara menjadi isteri saya kalau Pak Cik setuju la. Izara ada cerita tentang hutang Pak Cik yang masih belum langsai. Saya akan bantu jika Pak Cik izinkan saya dan Izara di satukan sebagai suami isteri."Kata Haziq sambil memadang pada Kamal dan Izara.

Kelihatan Kamal terdiam dan memikirkan apa yang Haziq katakan tadi. Sementara Izara pula gembira tak terkira kerana Pak Cik Haziq kesayangannya meminta kebenaran pada ayahnya untuk menyunting dirinya menjadi isteri. Izara merasakan seolah-olah bagaikan mimpi.

"Izara,kamu betul-betul ni nak kahwin dengan lelaki ni?" Tanya Kamal pada anak gadisnya itu.

"Iya,Izara sanggup jadi isteri dia" Jawab Izara dengan malu-malu.

"Dah tuan punya diri setuju tak boleh nak kata apa la. Pak Cik terima je jika kamu berdua dah nak kahwin sangat"Kata Kamal.

"Tapi keluarga saya kalau boleh tak mahu ada majlis besar-besar. Cukup sekadar acara nikah yang sederhana saja." Kata Haziq pada Kamal.

"Terpulang kamu berdua la, Pak Cik ikut je. Nanti bawa la wakil dari pihak kamu datang untuk berbincang apa yang patut." Kata Kamal.

"2 minggu lagi Mak Su dan Wan saya akan datang untuk berbincang dengan Pak Cik" Kata Haziq.

"Bagus la kalau macam tu." Kata Kamal.

Hampir dekat satu jam juga Haziq berada di rumah Izara bersembang dengan Kamal ayah Izara. Barulah Haziq meminta diri pada kamal untuk pulang. Walaupun pada mulanya Kamal mengajak Haziq makan tengahari bersama. Tapi Haziq menolak kerana telah berjanji dengan Wan akan makan bersama. Kerana esok Haziq akan pulang kembali ke Selangor.

Setelah Haziq pulang Izara masuk ke dalam biliknya. Izara tak berhenti mengukir senyuman di bibirnya. Izara menghempas diri di atas tilam lalu berguling-guling kerana terlalu gembira. Sambil tangannya memeluk bantal busuknya yang selalu bersamanya bila ia ingin tidur.

"Kalau aku kahwin dengan Pak Cik Haziq, tak boleh dah la aku nak peluk kau bantal busuk" Bebel mulut Izara sambil mencium bantal busuknya yang dari umurnya 7 tahun itu. Bantal busuknya itulah peneman Izara waktu malam. Bantalnya sudah berapa kali ibu tirinya ingin buang kerana sudah terlalu lusuh dan agak berbau. Tapi bila tidak ada bantal busuk tersebut Izara tidak boleh tidur. Kerana itu ibu tiri dan ayahnya membiarkan saja. Hanya kekadang bantal busuk Izara akan di ganti sarungnya.

"Nanti aku nak bagitahu pada Ardiana dan Darwisya. Tentang aku akan kahwin dengan Pak Cik Haziq. Tak sabar nak jumpa mereka berdua ni" kata Izara pada dirinya sendiri.

----------

Sampai di rumah Wan,Haziq melihat Mak Su sepertinya baru selesai memasak dan sedang menghidang makanan di atas meja makan. Wan yang melihat cucunya itu masuk ke dalam rumah terus bertanya. Mak Su pun datang dekat pada Haziq ingin mengetahui apa yang berlaku semasa Haziq berjumpa dengan Kamal.

"Macam mana tadi jumpa dengan bakal mentua?" Soal Wan pada Haziq.

"Alhamdulillah... Bakal mentua terima Haziq jadi menantu dia. Dia pun setuju dengan permintaan Haziq supaya hanya mengadakan upacara pernikahan yang sederhana tanpa majlis yang besar"Kata Haziq pada Wan.

"Bagus la kalau macam tu. Tak lama lagi tamat la zaman bujang kamu ya." Kata Mak Su tumpang gembira anak saudaranya itu bakal bergelar suami tak lama lagi.

"Mak Su dalam 2 minggu lagi ,Mak Su dan Wan datang la rumah keluarga Izara untuk berbincang tentang tarikh dan urusan lainnya." Kata Haziq.

"Ya la,2 minggu lagi Wan dan Mak Su akan pergi ke rumah kamal untuk bincang urusan kamu tu" Kata Wan.

"Okay la macam tu, sekarang ni jom kita makan dulu. Mak Su dah siap hidang dah pun.Nanti lepas makan kita sambung sembang pula." Kata Mak Su sambil mula melangkah kakinya ke meja makan.

"Jom Haziq kita makan dulu, Wan pun dah lapar ni" kata Wan sambil berjalan ke arah meja makan.

"Ya lah" Kata Haziq sambil berjalan mengikuti Wan dan Mak Su menuju ke meja makan.

Sebelah malamnya Haziq membuat pangilan video call pada mak dan abahnya. Haziq memberitahu bahawa ia sudah memjumpai perempuan yang bakal menjadi isterinya di kampung Wan.Haziq juga memberitahu bahawa 2 minggu lagi Wan dan Mak Su akan pergi ke rumah bakal isterinya untuk berbincang tentang urusan pertunangan dan pernikahan.

Mendengar bahawa anak bujangnya bakal menamatkan zama bujangnya. Rahim dan Samsiah sangat gembira hingga menitiskan air mata. Akhirnya Haziq dapat juga menemui jodohnya. Rahim dan Samsiah berharap Haziq akan dapat melupakan kenangan lama yang selama ini menghantui Haziq.

Kerana kenangan itu Haziq kerap terjaga tengah malam kerana bermimpi kejadian yang membuatkan keluarganya dan keluarga sepupunya bermusuh. Bila Haziq sudah mula melupakan kejadian 13 tahun lepas. Sehingga Haziq bertemu dengan seorang perempuan dan mereka mengikat tali pertunangan. Rupanya sepupunya tidak boleh terima Haziq telah melupakan kenangan yang terjadi dahulu. Sepupunya mengugut Haziq bahawa ia akan melakukan sesuatu pada tunangnya. Kerana rasa cinta pada tunangnya Haziq rela memutuskan pertunangannya.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience