30

Romance Series 93218

Ramona melangkah laju menuju ke ruang pejabat Ezmal. Wajahnya kelihatan cemas. Namun belum sempat dia menolak daun pintu bilik itu, Sofiya terlebih dahulu menghalang tindakannya.

“Maaf Cik Ramona. Saya diberi arahan agar tidak membenarkan Cik Ramona masuk ke dalam." Ucap Sofiya penuh hormat.

“Who do you think you are? Hei, kau tahu tak aku ni siapa?" Soal Ramona angkuh.

“Tahu. Tahu sangat. Cik Ramona ni bekas tunang Encik Ezmal kan? Satu office ni tahu akan 'status' Cik Ramona sekarang." Sengaja Sofiya menegaskan perkataan 'status' itu bagi menyedarkan Ramona.

Ramona mendengus geram. Wajah Sofiya ditenung tajam sebelum dia menolak tubuh gadis itu kuat. Berbekalkan tenaga yang masih ada, Ramona merempuh masuk ke dalam bilik Ezmal dengan wajah yang bengis. Ezmal yang pada ketika ini sedang leka menyemak laporan di atas mejanya segera berpaling ke arah Ramona. Lagaknya kelihatan begitu bersahaja. Sedikit pun dia tidak terperanjat dengan kehadiran Ramona di situ.

“Ez..." Panggil Ramona lembut. Gayanya lebih ke arah mengada - ngada.

“Buat apa kau datang sini?" Soal Ezmal sinis.

Tanpa menjawab pertanyaan itu, Ramona segera mendapatkan Ezmal lalu dia melutut di hadapan lelaki itu. Kedua - dua kaki Ezmal dirangkul dan dipeluk erat. Tiba - tiba air matanya berguguran laju membasahi pipinya. Namun tindakan Ramona itu tidak sedikit pun berbekas di hati Ezmal.

“Lakonan apa pula kau nak buat kali ni Mona?" Perli Ezmal.

“Ez, tolonglah jangan layan I macam ni Ez. I terseksa. I terlalu rindukan you, Ez. Please give me a chance. Let me clear everything. I swear to you. I do love you so much, Ez. I'm begging you." Rayu Ramona semahu - mahunya. Air matanya tidak henti - henti mengalir.

Belum sempat Ezmal menjawab, tiba - tiba kelibat Sofiya muncul di dalam bilik itu. Wajahnya seperti ketakutan. Dia bimbang jika kehadiran Ramona itu bakal mengundang kemarahan Ezmal. Walhal sudah berkali - kali Ezmal memesan kepadanya agar tidak membenarkan Ramona menjejakkan kaki di biliknya.

“Err.. Encik Ezmal. Sa.. Saya minta maaf. Saya dah cuba untuk halang Cik Ramona masuk tapi.." Penjelasannya terhenti di situ. Sesungguhnya Sofiya berada di dalam ketakutan saat ini.

“It's ok, Sofiya. You can go now. Let me settled with her." Ujar Ezmal seraya menghadiakan senyuman buat Sofiya.

Sofiya mengangguk sebelum dia berlalu pergi. Kini tumpuan Ezmal kembali tertumpu ke arah Ramona. Gadis itu masih dalam tangisnya cuma bezanya kali ini tangisannya itu sudah berentak perlahan.

“What's wrong? Apa pulak yang terjadi kali ni?" Soal Ezmal sinis.

Wajah Ramona direnung tajam. Ezmal yakin pasti ada sesuatu yang terjadi kepada gadis itu sehingga membawa dia ke mari. Dia faham sangat dengan sikap Ramona yang satu itu.

Ramona tidak menjawab. Esak tangisnya masih mampu didengari walaupun perlahan. Wajahnya menunduk rapat ke lantai. Ezmal sedikit pun tidak menunjukkan respon simpati. Sebaliknya dia terus menjarakkan langkahnya dari Ramona. Wajah gadis itu dijeling tajam.

“Kalau kau takde apa - apa nak cakap, better kau keluar dari office aku sekarang. Aku tak ada masa nak layan drama kau tu." Arah Ezmal tegas.

Ramona sedikit terperanjat apabila disapa begitu. Perlahan - lahan dia mengangkat wajahnya menghadap Ezmal. Dia cuba mencari kekuatan untuk berterus terang dengan lelaki itu. Sejujurnya dia berasa sangat takut dengan penerimaan Ezmal. Malangnya dia tidak mempunyai cara lain. Ramona yakin hanya Ezmal sahaja yang dapat membantunya kali ini.

“Ez.. I'm pregnant." Ujar Ramona perlahan namun masih mampu didengari Ezmal dengan jelas.

Ezmal tertawa kuat. Suara tawanya berkumandang di setiap ruang pelosok bilik. Ramona semakin membungkam melihat reaksi Ezmal. Dia tahu Ezmal sedang mentertawakan dirinya. Sungguh dia terluka dengan tindakan lelaki itu saat ini. Namun dibuangnya perasaan terluka itu jauh - jauh. Ada misi penting yang harus diselesaikannya saat ini.

“Then? What should I do? Kau nak aku kahwin dengan kau kemudian jadi pak sanggup? Macam tu?" Soal Ezmal penuh menyindir.

“Ezmal please!! Hanya you je yang boleh tolong I sekarang ni. I tak boleh gugurkan kandungan I ni. Please Ezmal." Rayu Ramona lagi.

Kali ini Ramona kembali mendekati Ezmal. Lengan lelaki itu cuba digapai namun sepantas kilat Ezmal menepis. Dia kembali menjarakkan kedudukan mereka.

“Correction!! Kau sebenarnya bukan TAK BOLEH gugurkan kandungan kau tu. Tapi kau DAH TAK BOLEH nak gugurkan kandungan tu untuk kali ni. Betul tak? Sebab apa? Sebab kau dah banyak kali gugurkan kandungan kau tu kan??" Tempelak Ezmal.

Sekali lagi Ramona terperanjat mendengar telahan Ezmal. Benar! Apa yang diperkatakan Ezmal itu memang ada benarnya. Dia sudah tidak dapat menggugurkan kandungannya lagi buat kali ini kerana sudah masuk kali ketiga dia melakukannya. Hal ini akan mendatangkan risiko yang tinggi buat dirinya. Malah jika dia tetap mahu meneruskan proses abortion itu, Ramona akan berdepan dengan situasi di mana dia tidak akan dapat mengandung lagi di masa akan datang.

“Ma.. Ma.. Macam mana you tahu?" Soal Ramona gugup.

Pandangan mereka bertaut. Namun kali ini pandangan Ezmal lebih menggambarkan kebenciannya terhadap Ramona.

“Mona... Mona. Dalam keadaan sekarang ni pun kau masih juga nak menipu aku kan? Kau ingat aku tak tahu ke perbuatan terkutuk kau selama ni? Aku diam bukan beerti aku tak tahu apa - apa Mona. Banyak info yang aku dapat tentang diri kau. Kau jangan ingat kau je yang ada ramai kenalan kat KL ni. Kawan - kawan aku pun bersepah kat luar tu. Setiap kali kau buat perkara tak senonoh, ada je berita yang akan sampai kat telinga aku. Kau ni tak tahu malu ke Mona? Mana kau letak maruah diri kau?” Sindir Ezmal penuh dendam.

Ramona terkedu. Dia merasakan bagai ada satu batu besar yang menghempap kepalanya saat ini. Herdikan demi herdikan yang diterimanya membuatkan Ramona semakin tertekan. Sungguh dia terpikul dengan kata - kata Ezmal itu. Namun dia tiada daya untuk melawan. Sebaliknya hanya air mata yang mampu menemani dirinya saat ini.

“Kenapa kau menangis? Betul kan apa yang aku cakapkan ni? So, boleh aku tahu anak dalam kandungan kau tu benih dari jantan mana?? Yasir?? Ataupun jantan - jantan kaya yang bela kau selama ni??"

Ezmal berjalan mendekati Ramona. Wajah Ramona dipandang sekali lalu sebelum dia berjalan menuju ke arah pintu. Pintu biliknya dibuka sebagai tanda menghalau Ramona keluar. Dia sudah tidak mahu berbicara dengan gadis itu lagi. Baginya ini semua bukan masalahnya. Ramona seharusnya tahu bagaimana ingin menyelesaikannya sendiri dan bukannya dengan cara menagih simpatinya.

“Kau keluar dari bilik aku sekarang dan kau pergi cari bapa kepada benih di dalam perut kau tu. Jangan sesekali kau datang nak menagih simpati aku. Kau tak layak pun untuk dapat semua tu. Keluar!!!" Jerkah Ezmal kuat.

Ramona sedikit terperanjat. Wajah bengis Ezmal dipandang sekilas. Benarlah seperti yang disangkakannya sejak awal tadi. Ezmal tidak akan semudah itu untuk menerima dirinya. Apatah lagi dalam keadaan dia berbadan dua seperti ini. Bersama langkah yang perlahan, Ramona segera keluar dari bilik itu. Air mata mengiringi dirinya. Semua mata tertumpu ke arahnya kini. Ada yang tersenyum sinis, ada juga yang berbisik - bisik sesama sendiri. Ramona malu. Namun apa dayanya untuk melawan. Semua ini memang berpunca dari dirinya sendiri. Suka atau tidak dia harus menanggung akibatnya.

Ezmal terduduk menanggung sebak di hati. Jika mahu diikutkan, dia bukanlah sekejam itu. Namun dek kerana terluka dengan perbuatan Ramona, ianya telah mengubah personaliti dirinya. Tanpa Ezmal sedari, air matanya turut mengalir membasahi pipi. Namun ianya bukanlah air mata kesedihan tetapi ianya lebih kepada air mata kelukaaan. Sedikit demi sedikit esak tangisnya mula kedengaran di segenap ruang biliknya. Betapa dia ingin bersendirian saat ini tanpa diganggu sesiapa. Akhirnya dia tertidur keletihan akibat terlalu banyak menangis.

Share this novel

nmys2020
2020-02-23 23:11:19 

kesian Ezmal


NovelPlus Premium

The best ads free experience