Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.
Aku melangkah masuk ke bangunan pejabat setinggi enam belas tingkat itu untuk melapor diri di salah sebuah syarikat yang menghuni bangunan itu. Syukur setelah beberapa bulan menjadi penanam anggur berjaya, akhirnya aku diterima bekerja di sebuah syarikat yang cukup dikenali di tanah air.
Mega Holdings. Namanya sahaja sudah melambangkan bagaimana gahnya syarikat ini. Ia menjadi titik permulaan untuk aku merubah masa depan aku. Pelbagai perasaan muncul, gementar, teruja dan entah apa-apa lagi. Graduan yang tiada pengalaman bekerja seperti aku pasti akan tahu apa yang sedang ak rasai ketika ini.
"Hazel, ya?" sapa seseorang wanita apabila ternampak aku seperti tidak tahu kemana hala hendak dituju. Aku angguk. "akak yang telefon semalam supaya awak datang lapor diri hari ni. Panggil Kak Wati je.
" Panggil Hazel je, kak". Kami bersalaman.
"Dekat sini Hazel jadi assistant akak. Kita bukan buat kerja admin saja. Syarikat ni ramai lelaki, diaorang tak suka buat kerja remeh-temeh. Kitalah yang kena buat semua. Quotation, staff's claim, over time, bayar bill, bayar loan bank dan lain-lain.
Kak Wati hulurkan sekeping kad nama kepadaku. Kalau ada apa-apa benda yang urgent boleh hubungi dia terus. Kalau nak MC pun cakap dengan dia Encik Rashid. "
" Bos sorang lagi? " tanyaku.
" Bos besar kita Dato' Seri Haji Abdul Jalil. Dia pemegang syer terbesar. Encik Rashid dan Dato' Seri tu biras. Dato' Seri jarang masuk ofis. Dia serahkan kerja pada anak dia, Encik Hezree". Masa Hazel interview tempoh hari Encik Hezree tak dapat bersama sebab ada urusan penting.
Oh, Aku tergeman seketika apabila mendengar nama Hezree di sebut membuatkan aku teringat kepada seseorang. "Sihatkah lelaki itu sekarang?","Marah lagikah dia kepada aku?".
Lalu Kak Wati memanggil namaku "Hazel.. Hazel.. okay ke ni?".
Aku angguk. "Saya okay Kak Wati. Kenapa Kak Wati?".
Akak nak tunjukkan bilik Hazel. Jom. Perlahan-lahan aku mengikut jejak Kak Wati. Maka bermula la tugas aku pada syarikat ni.
Share this novel