18

Short Story Completed 49967

Aku terbaring terus di atas katil bercadarkan kain sutera merah sebaik sahaja aku sampai ke rumah ini. Ya Allah, letih masih terasa.

Kalau aku yang duduk sahaja dari tadi ini pun letih, apakan lagi Farish. Mesti 10 kali ganda lagi letih dari aku. Mana tidaknya, sejak-sejak aku terlantar di hospital dia tak henti-henti ke hulu ke hilir bergerak ke sana ke sini demi memberi keselesaan kepadaku.

Apa yang aku minta akan dia cuba tunaikan tapi benda yang aku tak minta pun akan dia buat juga demi keselesaan aku. Haish, mana nak dapat insan yang baik hati seperti Farish Mikael. Satu dalam sejuta agaknya.

"Sayang... Are you okay?"

Suara Farish mengejutkan aku dari terlelap buat seketika tadi. Terus aku terduduk di atas katil sambil menggosok-gosokkan kelopa mataku.

"Eh, you tidur ke tadi. I'm so sorry... Kalau you masih penat nak rehat, rehat lah. I taknak ganggu you." Ucapnya dengan riak wajah mula bertukar jadi serba salah.

Aku tersenyum, lantas menggelengkan kepala dengan pantas.

"Eh, takdelah. Saja pejamkan mata. Nak baring kejap je ni sebab tiba-tiba belakang rasa sakit." Ucapku sambil merengangkan otot.

"Kalau you rasa letih lagi, rehatlah. I taknak paksa you ke you nak I urutkan belakang you sekarang?" Ucap Farish yang sudah menyentengkan lenggan bajunya hingga ke siku.

"Eh, tak mau tak mau. Tak payah susahkan diri." Balasku pantas dengan bola mata terbuka luas.

Dia hanya tersenyum apa bila aku menolak. Dia perlahan-lahan merangkak di atas katil lalu terus merebahkan tubuhnya di belakangku. Dia mengemaskan pelukannya dari arah belakang. Kakinya berpaut elok di atas pahaku sambil-sambil itu, tangan kanannya memicit-micit dahiku tanpa kata. Ahhh, sedap.

Aku memejamkan mata untuk menikmatik keenakkan apa bila diurut oleh Farish.

Aku kian melayan berat mata...

Mataku kian terpejam...

Farish... Terima kasih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience