Diatas dek aircraft carrier IZN Industrious, dua buah pesawat pengangkut bersiap sedia berlepas apabila menerima arahan dari kru di menara kawalan.
Skuad Hasril berada di dalam salah satu pesawat DC-47 "Arch", duduk berbaris, bermasam muka dan diam.
Lampu menyala merah. Pesawat mula menambahkan kelajuan sebelum berangkat ke langit meninggalkan dek IZN Industrious.
Sgt.Farhan [Jumpmaster] mula berjalan ke pintu lalu menyanyi;
"You was just a rookie and you surely shook with fright.
"You checked all your equipment and make sure your pack was tight.
"You had to sit and listen to those awful engines roar..."
Askar-askar yang ada turut ikut menyanyi;
"and We ain't gonna jump no more!"
Iszran bersiap lalu memegang rifle dan memandang Izuwan serta Hasril yang duduk di depannya.
Sgt.Farhan nampak lampu diod bertukar daripada merah ke hijau;
"Is everybody happy?"
Beliau mengalirkan air mata dan memandang kearah luar.
Wira-wira Zehir dengan nada berani menjawab;
"Ya!"
Satu demi satu berdiri dari tempat duduk masing-masing.
Sgt.Farhan menepuk bahu kiri setiap seorang sambil memberikan arahan oral;
"Green light! Jump!"
Hasril terjun keluar apabila tiba gilirannya;
"Geronimo!"
Izuwan mengikutinya;
"Geronimo!"
Apabila tiba giliran, Iszran berdiri melihat ke luar;
"..."
Dia terlihat sebuah pesawat pejuang terkena tembakan AA dan jatuh ke kawasan hutan.
"Green light go!"
Jumpmaster memberi isyarat tangan dan kata-kata kepadanya.
Iszran masih berdiri kaku, hatinya berdebar, perasaan takut menyelibungi dirinya.
"Green light go, private..!"
Jumpmaster memberi isyarat kali kedua.
Iszran kembali ke asal dan terkejut, dia mengangguk kepala;
"Gero-!"
Tiba-tiba pesawat tersebut terkena tembakan AA, semua yang berpaut dengan segala objek yang ada di sekeliling mereka.
DC-47 terbang dalam keadaan senget, engin 2 tidak lagi berfungsi dan kelajuannya terus bertambah.
Iszran berpaut pada pemegang pintu, sedutan angin begitu kuat menariknya.
Payung terjun terbuka sebaik saja tali statik terlepas ketika dia terkeluar.
Tatkala jatuh dengan begitu perlahan, dia berdoa dan meminta perlindungan dari sang pencipta.
Apabila memandang ke kanan, dia melihat anggota seunit sudah mati terkena tembakan. Jasad itu turun ibarat daun yang gugur.
Kemudian di sebelah kirinya, ada pula anggota yang maut oleh tali payung terjun sendiri. Tali tersebut menjerut leher seterusnya mematahkan tengkuk si pemakai. Payung membalut mayatnya dan jatuh menjunam ke atas tanah.
Iszran terpaksa mengawal dan menukar arah pendaratan ke tempat lain kerana kehadiran askar-askar Elimina melepaskan tembakan tanpa henti kearahnya;
"Argh!"
Lengan kiri serta peha kanan terkena peluru musuh, trajektori pendaratan berubah lagi kemudian dia terlanggar dahan-dahan pokok.
"!!!"
Dia menarik pisau, memotong tali payung dan jatuh ke sungai dan menahan sakit luka yang masih mengeluarkan darah.
"Find that zehirian soldier! He might be still alive!"
Kedengaran suara askar musuh semakin dekat, dia menarik nafas lalu mengapungkan badannya atas permukaan air.
Tidak lama kemudian, tiga orang askar Elimina menjumpainya di situ.
"He's over here! Probably dead."
Kata askar Elimina 1.
"Let me check his bag, might have valuable items."
Celah askar Elimina 2.
Askar Elimina 3 berdiri diam dan merenung mayat yang terapung di depan matanya.
"His rifle are strange. This not the usual m1 they usually use against us.
"Looks like it's jammed. Not like I can use it..."
Askar Elimina 2 mengambil rifle yang dikotori oleh lumpur.
"This guy bring jar of dried fruit and canned food. Yes!"
Askar Elimina 1 membuka penutup balang kaca yang ditemui dalam beg.
Askar Elimina 3 menghampiri mayat tersebut, memutarkan badan untuk meghadapnya.
Iszran terus menahan nafas, mengelakkan lakonannya terbongkar dan mati dibunuh.
"..."
Askar Elimina 3 memalingkan wajah dan memutarkan badan untuk memeriksa dua rakannya yang lain;
"Are you guys done? Let's go back, they need our help."
Mereka bertiga memanjat naik ke tebing sungai, membawa makanan dalam balang di tangan.
Iszran dengan perlahan-lahan bernafas guna mulut kemudian mula naik ke tepian. Dia mengambil apa yang berbaki, termasuk rifle-nya dan bertenang seketika.
"...
"Verdamnt."
Bisik Iszran melihat bekalan makanannya diambil. Tapi itu yang perlu dia bayar untuk terus hidup dalam situasi ni.
Tidak jauh dari situ sebuah pesawat tempur terhempas. Iszran bergegas untuk memeriksa keadaan penerbangnya.
Ketika dia sampai di bangkai pesawat, tiga askar Elimina yang sama sudah menangkap juruterbang.
Ada yang menendang perut Si Juruterbang bahkan luka pada kaki kirinya sengaja mereka tusuk guna pisau untuk menghiburkan hati.
Iszran memasangkan skop pada Type-9 Pawaka Rifle, bertiarap di atas tanah. Dia menggunakan dahan pokok yang patah di depan matanya sebagai "stand" untuk kestabilan;
"..."
Dia memberikan perhatian akan sasaran, menunggu waktu terbaik untuk menembak.
"Fuu..."
Dia bersedia seterusnya mula "cocking" dengan menarik dan menolak semula bolt ke belakang dan ke depan.
Tiada sesiapa yang menyedari kehadirannya, itu penyamaran terbaik buat masa sekarang.
Bila dua daripada tiga musuh berada selari dengan "crosshair", Iszran menekan picu.
*Pang!*
Askar Elimina 3 tersentak melihat kedua-dua rakannya jatuh ke sungai.
Tembakan rambang dilepaskan kearah semak-samuk, satu per satu kelopak bersilih ganti.
*Cocking*
*Pang*
Iszran berdiam sekejap lalu berdiri dari tempat persembunyian untuk melihat semua sasaran tadi.
"Siapa kau?!"
Si Juruterbang mengacukan pistol kearah prebet itu.
"Private iszran. Iza 203rd infantry battalion. Rifle div."
Iszran menunjukkan lencana di lengan kiri uniformnya.
Si Juruterbang menghela nafas, berasa lega mendengar nama itu;
"Terima kasih...
"Aku dah tak boleh berdiri, tolong angkat aku ke sana."
Beliau menunding jari kearah bangkai pesawat.
Tanpa bercakap apa-apa, dia mengangkat Si Juruterbang ke situ dan mengisi peluru rifle.
"Mana kawan-kawan kau? Apa dah jadi?"
Tanya Si Juruterbang.
"DC-47 kami kena tembak, aku sempat lompat keluar...dan jatuh di sini.
"Sekarang aku nak ke timur, mungkin battalion 284 dah sampai di pekan..."
Jawab Iszran.
"Aku tak nak susahkan kau, pergilah dan tolong kawan-kawan kau...."
"Das mutterland tak bazirkan bahan mentah untuk disia-siakan, aku akan bawak kau ke sana untuk dibawa balik ke aircraft carrier.
"Jadi sekarang... Kau tengok belakang aku, aku tengok belakang kau."
Iszran mendukung Juruterbang di belakangnya sebelum bergerak ke timur.
Mereka berdua terus waspada dan mengelak ke kawasan berumput tinggi.
"Namaku hasan. Terima kasih sebab sanggup buat begini..."
Si Juruterbang bercakap.
"Shii..."
Iszran melutut dan mendengar bunyi datang dari semak di depan mereka.
Dari arah berlawanan, Izuwan dan Hasril memunculkan diri;
"Isz! Baguslah masih kau hidup lagi!"
Hasan diberikan rawatan awal oleh Izuwan tatkala Iszran dengan Hasril memeriksa kedudukan mereka menggunakan kompas dan peta.
"Sarge...apa kita nak buat sekarang?"
Izuwan menanya sebaik siap melakukan rawatan terhadap Hasan.
"Elimina masih pegang semua laluan di belah timur. Mana-mana jalan mesti ada anti-tank gun...
"Walaupun rancangan pertama gagal, kita teruskan misi. Pakai jalan lain. Kita akan basah tapi sekurang-kurangnya hidup...
"Dekat hujung paya ni, kita akan bergabung dengan kor armor diraja. Gerak dan waspada dengan sekeliling kita..."
Hasril memberikan taklimat dan mengetuai skuadnya.
Kumpulan mereka bergerak di sepanjang tepian sungai cetek dan berasa gemuruh kerana tiada bunyi tembakan atau letupan kedengaran.
Mereka terserempak seorang askar, tergantung atas pokok dan beg payung masih terpasang pada badannya.
"Kesian, mesti kena tembak pagi tadi..."
Izuwan berdiri di belakang kawannya.
"Cuba periksa nadi... Kalau kalau dia hidup lagi..."
Hasril memberi cadangan.
Iszran memanjat pokok dan memotong tali payung kemudian dia menyedari ada lagi tali lain yang terikat pada badan itu;
"Shi-!"
Saat dia menyedari sesuatu, badan sudah jatuh atas tanah dan ada pin bersaiz kecil tergantung pada ranting kayu;
"Booby trap!!!"
Dia terus melompat ke sungai kemudian badan itu meletup dengan teriakan ramai-ramai datang dari sekeliling mereka.
Kumpulan kecil askar berani mati menyerang dari segenap arah membawa bayonet dan pedang.
"Tsk!"
Hasril menembak jatuh askar musuh yang cuba mendekatinya.
"Ambush..!"
Izuwan melawan menggunakan rifle dan menikam musuh dengan bayonet.
Semakin banyak askar Elimina datang, melepaskan tembakan rifle dan submachine gun kearah mereka.
"Elimina Gloria!!!"
Seorang askar musuh berlari secara melulu kearah mereka dari belakang sambil mengacu bayonet ke hadapan.
"!!!"
Iszran memalingkan wajah dan memutarkan badannya menyedari ada musuh datang dari belakangnya.
"Jaga-jaga!!!"
Hasan menepis bayonet charge tersebut kemudian menghunus pisau dan menikam leher askar musuh.
Semua berlaku dengan pantas, sebutir bom mendarat dan meletup berhampiran mereka.
Hasril bergegas mendapatkan anak-anak buahnya;
"Bangun! Kita kena lari dari sini!"
Iszran memeriksa Hasan yang terkena banyak serpihan bom, dia membantu Izuwan untuk bangun;
"Papah hasan! Aku akan jaga belakang kamu! Ikut hasril!"
Kumpulan itu cuba mencari jalan keluar terdekat agar dapat bertemu kor armor diraja dengan lebih cepat.
Aksi kejar mengejar berlaku, Hasril melontarkan bom asap untuk memberi masa keluar dari situ.
"Bertahan hasan!
"Buka mata! Jangan tidur!"
Izuwan memastikan Hasan tidak terlelap saat dipapah.
Iszran datang membantu untuk memapah agar dapat bergerak lebih cepat.
"Fire!"
Lapan askar Elimina datang dari tepi mula menembak.
"Kiri!"
Hasril menukar jalan supaya tidak terkena peluru.
"Ah!"
Izuwan tersadung pada akar pokok menyebabkan yang lain juga terjatuh ke tanah.
Keadaan bertambah buruk dan peluang untuk hidup amat rendah. Iszran tangkas bangun, mengangkat rifle untuk "neutralise" ancaman.
Dalam keadaan fixed bayonet, dia menunggu musuh dan menikamnya tepat pada perut.
Pada masa yang sama, Hasril membantu Izuwan dan bersama-sama menarik Hasan ke belakang pokok sebelum membantu.
Dari arah selatan, sepasukan askar beruniform celoreng muncul dengan mengejut;
"Freundliche Einheit! Gebt Feuerunterstützung!"
("Unit sekutu! Bagi tembakan sokongan!")
Rupanya pasukan bantuan, dua orang anggota mengangkat Hasan ke tempat selamat.
Iszran, yang memakai dialek sama di kampung halamannya datang dekat kepada ketua pasukan itu;
"Danke. Vorsicht vor ihren Hinterhalten. Sie könnten überall sein."
("Terima kasih. Jaga-jaga dengan askar penghendap. Mereka boleh ada di mana-mana saja.")
"Verstanden. Rückzug, mein Team wird Ihnen danach folgen."
("Faham. Berundur, pasukan ku akan ikut kamu dari belakang.")
"Danke. Gesundheit."
("Terima kasih. Semoga tuhan merahmati kamu.")
Iszran berundur ke selatan, dia mengejar Hasril dan Izuwan.
Pasukan bantuan berundur ke lokasi yang sama, Battalion Kor Armor DiRaja menjemput mereka di tepi jalan.
"Kita kena jalankan operasi di sini juga!"
Cadang Izuwan kepada medik.
"Tolong saya tenangkan dia dan hentikan pendarahan."
Medik segera melutut, terus bersiap untuk memulakan prosedur rawatan kecemasan.
Hasan terkulai lemas, dia memandang wajah orang di sisinya;
"Iz..."
Iszran datang kepada Hasan dan memegang tangannya;
"Bukan sekarang, rehat dulu dan bertenang..."
Dia menepuk pipi Hasan yang sejuk dalam sentuhannya;
"Jangan tidur, hasan!"
Hasan cuba untuk mengungkap sesuatu;
"...iz..."
Dia memegang kolar uniform Iszran dan menariknya dekat untuk mendengar apa yang mahu disampaikannya;
"Iz... Poket ku... Hantar pada keluarga....ku..."
Genggaman tangannya menjadi lemah dan melepaskan Iszran. Dia menutup mata dan tidur untuk selama-lamanya.
Sebak kerana tidak sempat memenuhi impian kawan baharunya, dia mengalirkan air mata;
"Hasan! Hasan! Jangan hasan! Hasan!"
"Isz! Kita kena teruskan misi."
Hasril datang menarik bahu anggotanya yang sedang mengalami kejutan moral.
Iszran terduduk, menutup wajah dengan kedua-dua telapak tangan. Menangis teresak-esak dan mulutnya terkumat-kamit;
"Maafkan aku hasan. Maafkan aku..."
Dua orang medik mengusung mayat ke dalam LVT dikendalikan oleh unit perubatan.
Awan kelabu mula terbentuk, menangisi pemergian seorang wira bangsa dan meraung-raung dengan bunyi guruh yang bersilih ganti.
Iszran bertenang sekejap dan kembali menatap mayat Hasan;
"....."
Dia meletakkan pistol atas dada Hasan sebagai penghormatan terakhir.
Kemudian mengambil sekeping surat dari poket seluar Hasan.
Izuwan mengerutkan muka dan memandang ke timur, kepulan asap tebal memenuhi udara.
"Kita kena gerak ke pekan, battalion kelima dah tawan balik tempat tu.
"Masuklah."
Medik memanggil mereka untuk memanjat masuk ke dalam LVT.
Sepanjang perjalanan, tiada sesiapa bersuara dan bunyi enjin memenuhi telinga mereka.
Iszran mendapat rawatan akan luka lengan dan kakinya.
Tiba saja di Pekan Kemboja, Hasril melaporkan keadaan skuad kepada Mejar Adzwan menggunakan radio.
Iszran dan Izuwan membantu askar lain menolak penghadang ke tepi jalan supaya mechanised unit boleh bergerak ke hujung pekan.
Pada waktu petang, hari yang sama, faksimili diterima Panglima Kasturi sebelum berangkat ke Istana Diraja Kesuma untuk menghadap maharaja.
Dari Bazaaria Barat, kereta api bergerak laju ke Kota Pakma.
Beliau duduk atas sebuah sofa, menyilang kaki sebelum membaca isi kandungan dokumen tersebut.
Ianya berbunyi;
"Pekan kemboja jatuh balik ke tangan kita. Operasi Kemboja memasuki fasa terakhir, lapangan terbang adalah sasaran seterusnya dan arus peperangan akan berubah untuk selama-lamanya.
"Sebahagian besar musuh mula berundur ke kawasan hutan, lokasi masih belum diketahui. Kita masih cuba perolehi maklumat dari semua tahanan, akan dimaklumkan segera kelak.
"Tiada lagi kapal-kapal dari elimina memasuki zon air kemboja, selepas cubaan mereka dipatahkan oleh tentera laut lima kali sejak beberapa minggu lepas.
"Saya berbakti demi ibu pertiwi. Kemenangan sudah pasti."
Senyuman sinis terukir pada wajah Sang Panglima, beliau hanya diam. Pengiring berdiri di sebelah beliau, hanya menanti sebarang arahan...
Dua bulan lama baru ada bab baru, maaf. Aku fikir untuk tambah "a little bit extra spice" dalam bab kali ni. Jadi aku signed untuk belajar "few foreign words." aku sangka senang, tapi "backfire"... Aku masih blur nak use "die, der, das"... Apa-apa pun, maaf lambat terbitkan bab baru. terima kasih setia tunggu. Jumpa lagi next chapter. Have a nice day. by the way, lirik yang sergeant farhan nyanyi tu bertajuk "What a helluva way to die." check it, it's a tough song to be honest. but I like it. Auf Wiedersehen. Bis bald. (goodbye. see you soon.)
Share this novel