Bab 16

Horror & Thriller Completed 4404

"Maisarah mana kau ni? Tolong lah muncul kan diri. Tolong lah Maisarah." Fathihah mengeluh sendiri.

Selepas mereka ditinggalkan Inspektor Amran tadi, mereka sudah membuat keputusan untuk berpecah dan mencari Maisarah. Jam sudah menunjukkan pukul 6:50p.m. Sudah 5 minit tamat waktu persekolahan. Para pelajar semua sudah pulang ke rumah masing masing. Hanya tinggal beberapa orang guru dan pegawai polis serta mereka berenam sahaja yang masih berada di dalam sekolah itu.

Fathihah berangan. Dia memikirkan tentang Maisarah. Tiba tiba dia seperti terlihat kelibat Maisarah berlari menuruni tangga. Fathihah mengekori dari belakang. Fathihah menjerit jerit nama Maisarah tetapi tidak diendahkan oleh Maisarah. Maisarah teruskan berlari.

Dihadapan tandas perempuan, Fathihah melihat Maisarah pengsan dan terbaring di atas lantai. Dia mengejutkan Maisarah tetapi Maisarah tetap tidak bangun. Fathihah menjerit meminta tolong.

Semua pegawai polis, guru guru dan rakannya segera datang mendapati Fathihah. Mereka terkejut melihat Maisarah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pihak polis menelefon ambulans. Maisarah dibawa ke hospital dan alhamdulilah dia dalam keadaan yang stabil.
Tiga hari kemudian Maisarah sedarkan diri. Maisarah telah koma selama tiga hari. Pihak polis menyoal siasat Maisarah apa yang berlaku ke atas dirinya yang sebenarnya. Maisarah menceritakan segalanya. Pihak polis, ibu bapa dan rakannya bagai sukar hendak percaya. Tapi jika itu yang diceritakan oleh Maisarah, apa lagi yang mampu mereka lakukan? Tak kan pihak polis mahu menangkap hantu?

Selepas sebulan, Maisarah kembali bersekolah seperti biasa. Di sekolah Maisarah sudah tidak lagi bermain permainan seperti itu. Maisarah menjalani kehidupan sekolah hariannya seperti biasa. Tetapi dalam diam Maisarah sering melihat sesuatu yang dia sahaja yang boleh nampak. Sesuatu yang tidak ada orang yang percaya. Sesuatu yang menyorokkannya sebelum ini. Sesuatu itu juga sering memanggil nama Maisarah. Maisarah hanya mendiamkan diri walaupun sebenarnya dia dalam keadaan takut

"Maisarah~"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience