BAB 1

Family Completed 4316

Dunia ini ibarat pentas dan kita adalah pelakonnya. Begitu jga halnya dalam alama rumah tangga, ia juga ibarat satu pentas kritikal yang mana pelakonnya perlu ada ‘nyawa’ yang lebih untuk bertahan dan menjaga rukun dan harmoni rumah tangga.

Aku tak mahu lesu dan terjatuh seperti mereka yang lain rebah di pentas penceraian. Ini masanya aku lakukan dengan caraku sendiri.

Aku bukanlah wanita yang menongkat langit. Aku hanya Alisa yang mahu lelaki bernama suami itu berada di dalam lingkungan cintaku. Segalanya mungkin dan mustahil.

Tidak cukupkah rasa cinta dan pengorbanan yang aku lakukan selama ini. Zaril tahu ianya melukakan hatiku tetapi katanya dia hanya manusia biasa. Ya.... tiada manusia luar biasa selain Rasulullah...sayang!.

Menunggu cinta Zaril membuatkan hatiku semakin hancur dari sehari ke sehari sehinggalah......

“Alisa... bukan itu yang abang mahu dalam hidup abang. Dia datang secara tiba – tiba dan abang tak tahu mengapa. Abang tak berniat, sayang” Zaril menggenggam tanganku.

Aku tahu dia benar – benar berharap agar aku memaafkannya. Semudah itu? memaafkannya tanpa dia meninggalkan wanita bernama Suraya Imani itu. memadaikah???

Kata orang cantikku tiada tandingan dan aku bagai pinang dibelah dua apabila bersama Zaril tetapi mereka tidak tahu bukannya dua tetapi pinang di hatiku ini sudah berbelah hingga bengkok garisan asalnya. Aku tak perlu semua pujian, aku hanya perlukan dia!

“Kalau abang tak berniat,, abang takkan teruskan tuntutan nafsu abang tu” aku kalihkan pandanganku.

Merenung wajahnya melemahkan aku. Perlahan – lahan aku tarik tanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience