"DISEBABKAN kau dah kawen, dah ada isteri, dah nak ada family sendiri, jadi aku dah decide nak bagi bengkel ni pada kau. Lepas ni kau kena kerja lagi keras sebab kau nak bagi anak dara orang makan nasi. Bukan pasir" ujar Mikael seraya tertawa tipis.
Omongan Mikael mengundang tawa pada bibir Eirfan. Dia sedia maklum itu. Bahkan semenjak sebelum berkahwin lagi dia sudah berusaha semaksima mungkin untuk membahagiakan Natrah.
"Ya aku tahulah! Tapi kau tak main-main kan pasal keputusan kau ni?" Eirfan tampak ragu-ragu walhal dia yakin Mikael tidak pernah bergurau hal semacam itu.
"Eh eh! Bergurau pulak! Betullah. Anggap je ini hadiah perkahwinan kau dan Natrah dari aku dan Aliya. Sekaligus berkongsi rezeki dengan korang. Yelah, tak lama lagi aku nak jadi bapak" Wajah Mikael tampak sangat riang ketika mengungkapkan itu.
Eirfan mengangguk tanda faham. Dia harap maklum akan kehamilan Aliya yang sudah mencecah usia lima bulan itu. Pertama kali Mikael dikhabarkan berita gembira itu oleh Aliya, dia sempat pengsan kerana mengira Aliya bergurau. Eirfan tergelak kecil, mengenangkan nasib serupa yang bakal diterimanya suatu hari nanti. Arghhh tak sabarnya!!
"Tersengih-sengih erkk kau?" usik Mikael.
"Ingat bini.Mestilah sengih" sahut Eirfan walhal dia ketawa ketika mengingatkan reaksi Mikael lima bulan lepas.
"Macam dia sorang je ada bini. Tak boleh jadi ni" Mikael tak mahu mengalah.
"Yelah, teringat bini satu hal. Teringat hal kawan baik aku. Sempat pengsan masa dapat tahu dia nak jadi ayah" sakat Eirfan diiringi gelak tawanya.
Mengingatkan peristiwa tersebut, tawa Mikael pecah jua. Sempat dia menyiku lengan Eirfan yang galak mentertawakannya.
"Suatu hari nanti kau akan rasa jugak saat indah tu bro! Aku doakan korang"
"Terima kasih bro. Untuk doa kau dan untuk hadiah ni. Besar nilainya buat aku" Eirfan titip ucapan.
Mikael mengangguk-angguk kepala.
"Ni..aku nak tanya sesuatu"
Kening Eirfan bertaut.
"Atok kau tu, kau tak rasa ke dia akan slow talk dengan kau untuk kembali ke ofis besar tu? Yelah arwah Ehsan kan dah takde. Kau pulak satu-satunya pewaris dia. Syok oww duduk atas kerusi besar ,lepas tu arah orang buat tu buat ni. Eeee bestnyerrr jadi bos" Mikael terbayang-bayang sekiranya dirinya di posisi Eirfan.
Kata-kata Mikael membatukan Eirfan seketika. Dia tak pernah terfikir akan perkara itu. Kerana dia tahu sangat fiil Datuk Elias. Lelaki itu begitu membencinya. Masakan kehadiran dia diperlukan di situ, apatah lagi bagi menjawat jawatan penting dan besar seperti itu.
"Entahlah El! Aku malaslah nak fikir pasal perkara tu. Aku happy kerja sini. Walaupun tak sebesar gaji dulu, tapi hati dan hidup aku tenang. Tu dah lebih dari cukup"
"Tapi kau kena ingat. Kau je pewaris atok kau. Kalau bukan kau, siapa lagi dia nak harapkan? Sebab tu kau kena sentiasa bersedia. Takut-takut atok kau tu datang jumpa kau dan merayu macam-macam"
Omongan Mikael dibiarkan sahaja tanpa sebarang ulasan. Sebaliknya otaknya sudah mula berfikir mengenai perkara itu. Tidak mustahil perkara itu akan berlaku tetapi bersediakah dia?
"LOVE, Hubby dah balik"
Melihatkan Natrah berdiri di sinki, cepat-cepat dia mendapatkan isterinya. Tubuh Natrah segera dikunci. Rambut Natrah dikucup perlahan. Wangian itu mengharukan hatinya.
"Kejap lagi makan ye? Love nak potong timun ni kejap"
"Nak Hubby tolong?" Tangan Natrah yang sibuk memotong timun digapainya lembut.
"Hubby...orang tengah buat kerja ni" Natrah jadi tak keruan dengan perilaku mengada-ngada Eirfan itu.
"Kerja apa? Tak nak buat berdua dengan Hubby ke?" Nada suara Eirfan kedengaran nakal dan manja. Pinggang Natrah sudah dipaut.
"Ngadalah dia ni!" Tubuh Eirfan ditolak.
"Hubby, lepaslah! Tak siap karang kerja ni "
Natrah menggeliat tatkala bibir Eirfan mula hinggap di belakang badannya.
"Hubby!!" Natrah separuh terjerit apabila bibir Eirfan laju hinggap di lehernya.
"What?? I'm doing my 'job' right now" Eirfan tekankan perkataan 'job' tersebut.
"Gelilah! Hishh Hubby ni!"
Eirfan tertawa lantas melepaskan tubuh isterinya. Teringat janjinya pada Natrah semalam, niat yang satu terus dibatalkan.
Selesai memotong timun, Natrah letakkan di dalam pinggan kecil lalu dibawa ke meja makan.
Hidangan di atas meja sudah tersedia. Usai membasuh tangan di sinki, Eirfan menarik kerusi lantas duduk di hadapan Natrah.
Tak menunggu lama, kedua mereka menjamu selera. Lauk-pauk yang dimasak oleh Natrah sungguh menarik minat Eirfan.
"Love, Hubby ada surprise"
"Surprise? Apa dia?"
"Tadaaa" Eirfan mengajukan segugus kunci kepada Natrah.
"Kunci?"
Eirfan mengangguk. "El hadiahkan bengkel dia tu untuk Hubby. Katanya sebagai hadiah perkahwinan kita. Mulanya macam nak menolak tapi El bersungguh-sungguh nak bagi"
"Waaa Hubby dah jadi bos sekarang. Sibuklah Hubby kita lepas ni. Hu hu.." Natrah pura-pura merungut namun dalam hati dia begitu gembira dengan berita tersebut.
"Ngada erkk?? Bos ke kuli ke, Hubby tetap Eirfan yang dulu. Yang sentiasa ada dengan Love dan melindungi dia selalu" ucap Eirfan seraya menggapai tangan isterinya lalu dibawa ke bibir. Lama. Sehingga pandangan keduanya bersatu dalam rasa yang sarat dengan cinta.
Tatkala hati mulai berdebar dengan renungan si suami, ingatan Natrah kembali ke masa lampau. Di mana dia mulai kehilangan segala-galanya. Renungan tajam dan serakah Ehsan mulai mengisi ruang mindanya. Menjadikan dia insan paling lemah dan kerdil semula.
Melihat Natrah tak terkutik dengan mata yang terpejam, Eirfan menarik Natrah untuk duduk di ribanya. Pipi gebu itu diusap lembut.
"Ja...jangan apa-apakan saya..Sa...saya me..merayu"
Getaran dan dan nada ketakutan pada suara Natrah menyentakkan Eirfan. Wajah Natrah yang sudah mulai basah dek air mata direnung kembali. Dahinya berkerut. Apa yang sedang ada dalam fikiran Natrah ketika itu?
"Love..Love.." Pipi itu diusap lembut.
"Saya mohon...jangan apa-apakan saya.. Please...please..." Natrah separuh merayu dengan mata yang masih terpejam.
"Love...Love..."
"Tolongggg...Saya merayu...isk isk isk..."
"Love!!" Nada Eirfan sedikit mengeras.
Lantaran itu, Natrah mencelikkan mata dan terkebil-kebil melihat Eirfan di hadapannya.
"Hubby" panggilnya sayu lantas tubuh itu didakap erat.
"Love takut. Dia...dia..datang..."
"Siapa yang datang Love?" Kepala Natrah diusap penuh kasih sayang.
Natrah terdiam. Dia bencikan nama itu, apatah lagi jika harus menyebutnya.
"Love..siapa yang datang?"
"Ehsannn..." Perlahan-lahan suara itu menyahut dalam getar yang tak dibuat-buat. Jelaslah, Natrah masih berada dalam ketakutan saat nama dan wajah itu hadir.
"Ehsan takkan ganggu kita lagi. Hubby kan ada? Hubby janji, dia takkan ganggu kita lagi"
Bak memujuk anak kecil, Natrah mengangguk dengan kata-kata Eirfan. Lama dia mengongoi dalam dakapan suaminya sehingga akhirnya dia terlena.
Eirfan menghela nafas panjang. Malam kedua mereka sebagai suami isteri dan tiada apa yang berlaku. Natrah seakan tak mengizinkan dirinya disentuh. Namun Eirfan memahami keadaan itu. Dia yakin, isterinya masih trauma dengan kejadian lampau. Oleh itu, dia takkan sesekali memaksa Natrah. Dia akan tetap menunggu sehingga Natrah sendiri bersedia sepenuhnya.
USAI meletakkan Natrah di atas katil, Eirfan berbaring di sisi. Wajah Natrah yang lena ditenung lama. Semakin lama wajah itu ditatap, semakin dalam rasa dan sayangnya pada wanita yang sudah bergelar isterinya itu.
Bukan mudah untuk melepaskan Natrah dari kisah lampau mengerikan itu. Sebagai seorang suami, dia akan tetap berusaha untuk membantu Natrah melupakan segala yang buruk sebelum ini. Dia tahu jalannya tak mudah. Namun dia percaya pada ketentuan Ilahi.
Usaha takkan mengkhianati hasil. Orang yang berusaha tanpa lelah pasti akan menemui jalannya.
Terdengar bunyi esakan Natrah di sisi. Eirfan menarik tubuh Natrah ke dalam dakapannya lalu diusap manja belakang isterinya. Belaian manja tersebut berjaya meletakkan Natrah kembali dalam lenanya.
Eirfan tersenyum manis. Dahi Natrah dikucup. Dia teringat akan peristiwa malam semalam di antara mereka berdua.
"HARI ni dah malam. Malam pekat pulak tu. Hubby rasa mengantuklah. Nak kena tidur awal nampak gayanya ni" Eirfan mula memberikan kiasan.
"Love tak ngantuk lagi. Kalau Hubby nak tidur, Hubby tidurlah dulu"
Natrah tak memahami maksud kata-kata suaminya. Sebaliknya dia lebih suka duduk di hadapan televisyen dan menonton drama.
Eirfan mengeluh. Dia menggaru-garu kepalanya. Otaknya mula berfikir cara untuk mengajak Natrah tidur tanpa memberitahu akan kemahuannya yang satu itu. Pantas, Natrah didekati.
"Love tengok cerita apa?"
"Korea"
"Title?"
"Stairway To Heaven"
"Ohhh cerita ni" Eirfan mula minat akan cerita tersebut.
Natrah toleh ke arah suaminya. "Hubby tahu?"
"Tahu sangat-sangat. Dan minat gilerrr dengan cerita ni. Ni cerita pasal sepasang kekasih yang terpisah dari kecik kan? Lepas tu perempuan tu hilang ingatan. Bila memasing dah besar, lelaki tu cari perempuan tu balik. Tapu banyak dugaan yang berlaku"
Natrah mengangkat sebelah keningnya.
"And ended up, perempuan tu meninggal. Cerita ni sedih"
"Alaaaa Hubby ni spoiler betullah! Baru je nak layan, konon-konon baru first time tengok. Apalah Hubby ni!" Natrah sempat membebel.
Eirfan ketawa dengan bebelan isterinya.
"Laaaa nak buat camne? Dah drama ni dulu famous. Sebut je Stairway To Heaven, semua orang tahu"
"Alamakkk!!" Natrah menutup mata dengan kedua tapak tangannya.
Eirfan memandang ke arah skrin televisyen. Dia tergelak kecil dengan gelagat isterinya. Kissing scene rupanya!
"Hubby..." Natrah panggil Eirfan.
"Ye?" Eirfan toleh sekilas ke arah Natrah yang masih menutup matanya.
"Dah habis ke?"
"Apa yang habis?"
"Scene dorang tu"
Eirfan gelak lagi. "Kalau tak habis kenapa?"
"Tukarlah channel! Love seganlah"
"Segan apanya?"
Gulp! Natrah menelan air liur. Babak-babak tersebut bukanlah satu hal yang besar pada dirinya. Dia sudah besar dan tahu berfikir. Cumanya jika babak tersebut ditonton bersama dengan Eirfan, itu yang bikin dia malu. Merinding bulu roma dibuatnya!
"Segan apanya Love?" Eirfan ulang pertanyaan dalam nada lembut. Lantas satu persatu jari-jemari Natrah dileraikan. Pandangan mereka bersatu.
"Errrr..." Natrah hilang kata-kata. Pandangan redup sepasang anak mata milik Eirfan menghanyutkan dia seketika.
"Masing-masing dah besar. Benda ni normal. Yang tak normal bila bukan suami isteri yang buat. Tapi kita..."
Eirfan berjeda. Perlahan-lahan, tubuhnya mendekati sang isteri. Mereka sangat rapat sehinggakan bunyi helaan nafas mampu didengari.
"Atau..." Senyuman sinis Eirfan memenuhi ruang wajahnya.
"Love tak tahu caranya. I can teach you...with pleasant!" sambung Eirfan dengan riak yang nakal.
Natrah kaku dan diam. Pesona Eirfan mengucar-kacirkan sekeping hatinya. Apatah lagi ketika tangan itu sudah mula hinggap pada wajah dan bibirnya.
"You know when people said love starts at first sight? But for me, seeing you each second makes me fall in love very deeper for you" Ucapan romantis tersebut mula mengikat Natrah satu-persatu.
"And I'm truly yours from that moment. I love you and always be Love"
Serentak itu, bibir Natrah bersatu dengan bibirnya. Tangan Eirfan mula bekerja. Tak menunggu lama, tubuh Natrah dibawa ke bilik dan diletakkan di atas katil.
Natrah mula menolak. Bayangan kelam lalu menghantui mimpi indah mereka. Dia tak bersedia untuk ke langkah selanjutnya. Dia benar-benar ketakutan.
Tatkala Eirfan menindihnya, dia laju-laju menolak tubuh sasa itu ke sisi lalu teresak-esak di birai katil. Dia tahu dia berdosa sudah menolak ajakan sang suami namun hatinya belum pulih sepenuhnya. Luka semalam masih lagi berbisa. Dia takut dan buntu.
Eirfan meraup wajah. Melihat akan ketakutan sang isteri, dia mula memahami rentak Natrah. Dia mulai mengerti keinginan si isteri. Nafas dihela panjang. Perlahan-lahan Natrah didekati.
"Kita tidur ye? Lupakan apa yang dah berlaku tadi. Hubby mintak maaf. Hubby agak gelojoh" Kepala Natrah diusap.
Teresak-esak Natrah dalam tangisannya. Wajah tenang Eirfan ditatap.
"Hubby marah ke?"
"Taklah!" Laju Eirfan menjawab. Sejujurnya dia tak marah kerana perkara seperti itu memerlukan persediaan dan persetujuan kedua belah pihak. Jika satu pihak belum bersedia, maka satu pihak lagi harus memahami.
"Hubby okey je. Kecewa sikit je" akui Eirfan.
"Maafkan Love!" Natrah tunduk mencium tangan suaminya.
"Hubby maafkan. Its okay. Slow-slow okay? Nanti kalau Love dah ready, just tell me. Hubby tak nak Love rasa terpaksa atas alasan tanggungjawab dan kewajipan. I want you to feel free and ready. Than we can make it with love and patiently" Eirfan ukir senyum nakal.
Terangguk-angguk Natrah tanda menyetujui kata-kata suaminya. Tubuh Eirfan dirangkul erat.
"Tapi...kalau Love peluk selalu macam ni, Hubby tak tahulah Hubby boleh tahan iman ke tidak. Dapat bini comel macam ni, pastu peluk-peluk kita pulak, Allah dugaan betul!!" Eirfan bergurau dengan ketawa kecilnya.
"Hubbyyyyyy!!!!"
RENGEKAN Natrah memecahkan lamunan Eirfan. Dia toleh ke arah sang isteri yang masih lagi lena. Baby face Natrah sungguh buat dia tak tahan iman. Namun kerana janjinya pada Natrah, dia harus terus bersabar.
"I love you" Eirfan ucap dalam senyumnya. Setiap inci wajah Natrah dikucup berulang kali.
"I love you too..."
Eirfan tersentak mendengar ucapan itu. Dia pandang wajah Natrah namun isterinya masih lena. Sudahnya, dia ketawa kecil. Natrah mengigau rupanya!
Laju saja tubuh Natrah ditarik ke dalam pelukannya. Malam itu ,mereka lena dalam dakapan masing-masing.
TERGESA-GESA Hasma dan Azizah keluar dari kedai runcit tersebut. Masing-masing menjinjit beg plastik yang berisi barang makanan dan keperluan. Mereka baru saja selesai membeli-belah barang keperluan untuk stok sebulan.
Azizah letak barang-barang tadi di tempat duduk belakang. Kemudian dia mengeluh sendiri. Aduhh, ni macam nak pindah rumah dah ni! Penuh tempat duduk belakang.
Hasma buka pintu bahagian pemandu dan hidupkan enjin keretanya. Barang-barang tadi dia letak ke sisi sahaja.
Barannya menjadi-jadi tatkala ada sebuah kereta Range Rover seolah sengaja parking di hadapan keretanya dan sekaligus menghadang jalan keluarnya.
"Siapa pulak takde pelajaran buat double parking ni?!"
"Hasma ,barang hang ni banyak sangatlah! Aku nak letak celah mana? Aku taruh kat bonet na?"
"Ye ye! Lantak kaulah!" jawab Hasma lantas keluar dari perut kereta.
Range Rover berwarna hitam dengan tinted gelap tersebut didekati. Dia lekapkan wajahnya pada cermin kereta tersebut. Takde orang!
Enjin kereta pula tak dihidupkan. Memang takde sesiapa pun yang menunggu dalam kereta tersebut.
"Haishhh, dungu betullah orang ni! Kalau ye pun nak double park, tinggallah nota ke apa ke. Senang nak contact! Ni tak.Tinggal kereta macam tu je. Aku langgar jugak dengan king MyVi aku tu baru padan muka. Haihhh!!"
Hasma sudah membebel. Dia melihat sekeliling, kot-kot ada sesiapa yang berjalan ke arahnya. Senanglah dia bersiap-siaga nak serang terus!
"Haishhh dia pergi mana ni?! Beli barang ke buat barang? Apa ke lama bebenor!"
"Cik..sorry cik. Saya..."
Seorang lelaki tampan dan tinggi mendekati Hasma. Tak berkedip matanya menatap pesona tersebut. Dark and tall! Very masculine! Ehhh apa ni Hasma! Back to reality!
"Saya apa ye? Encik tahu tak, gara-gara encik double park depan saya, saya dah bazir masa selama..." Hasma tilik jam di pergelangan tangannya.
"10 minit tahu tak?" Hasma atur suara yang rasa tersekat di kerongkong.
"Sorry cik. Tadi saya ada emergency..."
"Emergency? Habis tu saya ni tak emergency ke? Emergency ke apa ke, at least tinggallah nota kecik supaya senang saya contact encik. Jangan mentang-mentang encik drive kereta mewah ni, encik semudahnya nak langgar peraturan jalan raya. Orang lain pun pengguna jalan raya jugak tahu tak? Be considerate sikit tak boleh ke?" cantas Hasma tanpa sempat lelaki tadi bercakap.
Sudahlah cuaca panas, dia pula kepenatan. Penat tubuh badan bercampur penat emosi! Lapar pulak tu! Silap-silap haribulan, lelaki itu dimakannya.
Lelaki tadi buat aksi mengunci bibir. Melihat akan radang Hasma dengan wajah yang berbahang, dia tahu dia telah melakukan kesilapan besar. Silap besar parking di hadapan kereta gadis itu! Tetapi setahu dia, dia ada meninggalkan nota kecil sebelum berlalu tadi.
"Awak jangan nak sindir-sindir saya! Saya lapar ni tahu tak? Karang tak nasi, tak lauk masuk dalam perut ni, awak yang saya ngap tahu?!"
Lelaki tadi buat gaya surrender. Dia mengerutkan dahi. Dah bila pulak aku sindir dia?!
"Hasma..." Azizah cepat-cepat mendapatkan Hasma. Saat terpandang wajah lelaki tadi, langkahnya terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.
"Wulamakkk!! Macho ya ampunnnn!!" ucap Azizah tanpa segan-silu.
Beg tangan yang disangkut di bahu, Hasma ambik lalu hempuk ke kepala Azizah. Haaa padan muka! Menggatal!
Lelaki tadi tergelak. Menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.
"Ni kalau aku berdiri sini sampai dunia nak kiamat pun aku takdak heran..mokk relaaa"
Bibir Hasma menyenget. Masak sangat dia dengan perangai Azizah yang pantang nampak lelaki segak dan bergaya. Mulalah tu...
"Cik..." Lelaki tadi pandang Hasma sambil mengemas kot bajunya.
"Cik double park, sekali lagi saya nak mintak maaf atas kekhilafan saya. Saya betul-betul maksudkannya. Saya takde niat nak curi atau bazir masa cik yang 10 minit tu. Tapi saya betul-betul ada emergency tadi. Lagipun, parking tadi penuh. Dah alang-alang saya berhenti depan kereta cik, jadi saya buatlah double park. Sekali lagi, saya mintak maaf ye?"
Nada dan intonasi lembut lelaki tersebut seakan menggugat hati Hasma yang kepanasan. Tutur kata dan kemaafan yang dihulurkan juga kedengaran ikhlas.
"Tapi, kalau bab yang nak ngap saya tu, risau pulak saya ni. Jadi sebelum saya kena ngap betul-betul, ada baiknya saya cau dulu. Assalamualaikum"
Ucap lelaki tersebut dengan mengenyitkan matanya. Dia berjalan ke arah keretanya sambil memakai kaca mata gelap.
"Hihhhhh, geramnya aku! Cik double park?"
Hasma lihat kereta tersebut laju sahaja meluncur ke destinasinya. Macamlah si Hasma tu betul-betul nak ngap dia! Dungu punya orang!
"Yang kau sengih-sengih ni dah kenapa?" Hasma menyiku lengan Azizah yang bak kera sumbang itu.
"Aura dia...pesona dia...wangian dia..."
"Dah dahlah tu kome oiii!! Orang tu dah hilang bayang, nun jauh di sana. Tak usahlah kamu dok aura pesona sangat" tempelak Hasma seraya menuju semula ke keretanya.
"Alaaa orang nak berangan sikit pun tak bolehlah hang ni! Bosan betuilah!"
Azizah menapak ke pintu sebelah.
"Ehh lupa pulak. Has, ni ada kertas kecik terselit kat wiper belakang hang. Tak tahulah siapa dok usha hang, siap letak nombor telefon lagi. Amboii hang Hasma! Jual minyak dagu ka lani?" Nota kecil bertukar tangan.
"Minyak dagu kepala bana hang!" Hasma mengajuk gaya percakapan Azizah.
"Alamakkk!!" Hasma katup mulutnya.
"Awat?? Betul-betul ka minyak dagu?"
"Aku dah salah anggaplah!"
"Pasai pa pulak?"
Azizah mendekati Hasma dan membaca nota kecil tersebut.
"Cik, maaf saya double parking. Ada emergency case. Apa-apa hal, do contact me at this number. Ilham".
Azizah dan Hasma saling berpandangan.
"Ha ha tak tahu siapa buat. Ha ha tak tahu siapa buat" Azizah sudah menyanyi di hadapan Hasma. Namun nadanya lebih ke arah mengejek.
"Ha ha hang tanggunglah sendiri. Aku tak tahu.. ha ha hang tanggunglah sendiri"
Hasma menggigit bibir. Kesal dengan perbuatan dan kata-katanya sendiri.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...dia sudah menanggung malu sendiri. Aduilah Hasma oiii!
Share this novel