BAB 5

Romance Completed 4317

Ketika dia mendengar nama itu melintasi telinganya, langsung dia tidak menyangka wanita itu adalah wanita yang sedang berdiri di depan matanya ketika ini, wanita yang bertudung litup dan hampir sempurna menutup aurat.

Tidak disangka itulah nama Islam untuk wanita yang dulunya dikenali dengan nama Dahlia Samuel.

“Ingat saya lagi?” tanya Yusra lagi. Walaupun Dahlia langsung tidak menoleh pandang ke arahnya, anak matanya masih tetap fokus pada wajah itu. Dahlia tidak menjawab.

Sebaliknya hanya menundukkan wajah. Mana mungkin dia lupa Yusra, lelaki yang telah mendapat tempat di hatinya sejak sekian lama.

“Lama sangat kita tak jumpa. Ada banyak benda yang saya nak bualkan dengan awak. Hmm... awak free sekarang? Kalau free, kita keluar minum kejap boleh?” Yusra mencuba nasib.

“Hmm... sorry, sekarang waktu kerja.” Pendek jawapan Dahlia. Kekok dan gugup, itulah yang dirasakan sekarang. Yusra terdiam seketika.

Betapa rindunya dia dengan suara itu, namun dia tahu tidak sepatutnya membiarkan perasaan sendiri menguasai akal fikiran. Lagipun Dahlia seorang ajnabi yang tidak sepatutnya didekati dengan niat yang tidak baik. Nafas panjang dihembus perlahan.

“Kalau macam tu, lunch nanti?”

“Err...”

“Please...” Tidak sempat Dahlia menjawab, Yusra terlebih dahulu memintas. Tiada jawapan daripada Dahlia. Gadis itu diam membisu dengan wajah yang masih lagi tunduk.

“Lunch nanti saya datang ambik awak. Okey?” ujar Yusra. Masih tiada jawapan daripada Dahlia. Dia mahu menolak tapi entah kenapa bibir terasa berat sekali untuk menuturkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience