BAB 1

Humor Completed 3970

Aku membayangkan seorang teman untukku bebas berlari, menemani ke mana saja. Tidak perlu yang sempurna, aku menerima kekurangannya asal dia boleh menerima kekurangan ku dan paling penting mencintai ku dan mencintai Illahi? Aku perlukan teman itu, yang boleh membuat aku lari dari duka ditanggung berseorangan dan memimpinku di dalam suka dan duka.

“Apa ni? Dah berapa kali saya cakap yang saya bukan budak sekolah” jerit Tasnif. Bengang betul hatinya bila lelaki di depannya tak pernah berhenti menghalangnya dan cakap dia budak sekolah.

“Jangan kencing abang ya…ni tempat majlis untuk orang dewasa bukan budak sekolah”ulang Nadhim. Dia selaku penyelia majlis terpaksa memantau perjalanan majlis tersebut. Majlis reunion pelajar uitm Negeri Sembilan bacth 2009-2011. Hanya pelajar untuk batch itu sahaja dibenarkan hadir. Tasnif dah mengaru kepala. Elok-elok rambut tadi kemas kini sedikit serabut. Tension. Kenapa tak habis-habis orang gelarnya budak sekolah. Dia dah 23 tahun okey. Dah kerja pun.

“Hello, encik abang kalau tak percaya nak ambik IC ni” Tasnif mengeluarkan kad pengenalan dari beg sandangnya. Kad pegenalan dengan kasar diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu sebelum merepuh lelaki itu.

“Aku bukan budak sekolah la” bebel Tasnif kegeraman.

“Oit Tas, asal ni membebel sorang-sorang?” tersentak Tasnif apabila ditegur dengan mengejut. Nafas di tarik bila melihat orangnya menegurnya itu amat-amat dikenali.

“Mana kau pergi hah? Asal tak tunggu aku dekat pintu. Tak pasal aku dah kena tahan. Balik-balik dengan gelaran budak sekolah tension aku!” macam peluru berpandu Tasnif bercakap . Sikit pun tak bagi peluang dekat Afifah untuk mencelah.

“Ala relax la. Aku nak cepat tadi nak pi toilet tunggu kau tak muncul-muncul so, aku gerak dulu la. Kau pun satu dah tahu yang diri tu macam budak sekolah pergi pakai macam ni siapa suruh…” Tasnif memandang tubunhya. Baju t-shirt dikenakan dengan kardingan dan seluar jean. Okey what. Simple but nice.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience