DUA - 1

Romance Completed 56101

Adam memasuki bilik office yang sedang dingin seperti antartika itu. Liur ditelan bila melihatkan keadaan sekeliling yang berselerakkan. Dengan kaca yang pecah disana sini. Kertas yang bertaburan.

Mata akhirnya tertuju pada sebatang tubuh yang sedang duduk dengan dada yang sedang naik turun menahan amarah. "Tuan Ammar.."

Mata bak helang memandang tajam kearah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. "Kau dah jumpa perempuan tu?"

"Saya tak jumpa, tuan. Tapi saya dapat beberapa informasi tentang dia" Jawab Adam.

"Teruskan.."

Adam menghampiri lalu menghulurkan sampul surat berukuran A4 kearah bosnya. "Dia hidup susah, tuan. Ada dua orang adik yang sama sama masih sedang belajar untuk disara. Ibu bapa mereka pula sudah lama tiada kerana kemalangan. Baru diambil bekerja sebagai sales assistant oleh syarikat SKR.CO."

Ammar tersenyum mengejek. "Teruskan dengan rancangan asal."

Adam menganggukkan kepalanya faham. "Baik tuan." Terus dia keluar dari bilik office itu.

Keluar sahaja Adam, dia membelek sekeping gambar yang beserta dengan fail tadi. "Kau perlu bayar semuanya Adara" Mata penuh benci ditusuk pada gambar itu.

.

"Coffee dah sampai!" Teruja Adara menjulang beberapa plastik putih berisi coffee dan beberapa jenis kuih. Semua yang berada disitu hanya membuat tidak endah kewujudannya.

Adara menelan senyumnya bila tiada reaksi pekerja pekerja disitu. Cepat cepat dia menghantar coffee itu ketempat tempat mereka yang membuat tempahan.

"Asal kau lembab sangat?" Tempik Maya.

"Maaf Maya. Tadi sesuatu jadi."

"Alasan!"

"Betul, Maya. Saya tak tipu. Saya.." Kata Adara ingin memperjelaskan situasinya sebentar tadi.

"Tsk! Dah dah. Pergi sana!" Tolak Maya.

"Adara! Kau ingat aku tunggul ke nak tunggu kau? Mana breakfast aku?" Keras suara itu.

Adara segera berlari mendapatkan orang itu. "Ni.. ni.. ada ni." Dihulur plastik berisi secawan coffee dan roti. "Maaf Aimi."

Aimi menjeling menyampah. "Kau.. kalau tak boleh buat kerja, baik kau mengemis jelah. Semua benda terhegeh hegeh!"

Adara menunduk naif. "Maaf Aimi. Tadi saya.."

"Aku malas nak dengar semua alasan bodoh kaula. Dah. Berambos. Menyemak aku tengok kau ni."

.

"Adara!" Panggil Tuan Saiful.

Adara memanjangkan lehernya mencari kearah suara yang memanggil keras namanya. "Ya?"

"Masuk bilik saya sekarang!" Keras suaranya memberi arahan.

Sepantas kilat Adara ke bilik office Tuan Saiful. Sebelum masuk, sempat dia mengetuk pintu bilik itu. "Tuan nak jumpa saya?"

Wajah dingin itu hanya mengangguk lalu dicampak sebuah fail ke tubuh Adara. Cepat Adara menangkap fail keras itu. Walaupun sedikit sakit akibat terkena bucu fail tersebut ke pipinya. Tetapi diabaikan sahaja. Liur ditelan.

"Projek ni awak handle?"

Cepat cepat Adara meneliti fail itu bagi memastikan. "Yy.. Yaa tuan. Saya yang handle."

"Jadi boleh awak explain?"

"Maafkan saya tuan. Ss.. saya salah pandang. Nanti saya baiki semula.." Laju Adara memohon.

"Takpayah baiki Adara. Dah banyak kali awak buat silap. Bila saya tegur, awak cakap awak akan baiki semula. Sampai bila? Dah enam bulan Adara. Enam bulan awak kerja dekat sini. Sampai bila nak buat silap? Sampai bila nak pandai asik buat silap je." Tengking Tuan Saiful.

Adara menundukkan kepalanya. Takut mahu berpandangan mata dengan Tuan Saiful.

"Awak ada masalah apa sebenarnya Adara?"

"Tak.. takde tuan. Saya takde masalah." Balas Adara.

"Sepanjang awak kerja disini, kenapa saya rasa awak macam simpan banyak masalah?"

"Takde tuan"

"Haih, kalau macam ni lah, saya tak boleh nak simpan awak dekat syarikat saya ni" Putus Tuan Saiful.

Kepalanya terus diangkat. "Tuan.. Maafkan saya tuan. Saya janji, tuan. Lepasni saya akan belajar sungguh, tuan. Saya merayu, tuan. Jangan pecat saya.." Berlinang air matanya memohon.

"Maafkan saya, Adara. Saya terpaksa. Saya takperlukan pekerja macam awak"

"Tuan, tolong tuan. Saya perlukan kerja ni. Saya ada adik adik yang perlu disara. Tolong tuan. Kasihankan saya."

"Ni.." Diserahkan dua sampul surat kepada Adara. "Satu tu, gaji awak bulan ni dan lagi satu tu notis dua puluh empat jam. Kemas barang awak. Esok takperlu awak datang ke office lagi."

"Tuan.." Mengalir air matanya menahan rasa.

.

Adara keluar dari bangunan sederhana besar itu. Nafas lelah dilepaskan. Ini syarikat yang keempat dia interview. Mereka seperti tidak menerima pekerja buat masa sekarang.

Duduk diambil di sebuah tempat duduk yang berhadapan dengan sebuah tasik.

Sebenarnya, dia sudah lali dengan situasi ini. Dia seringkali bertukar tukar tempat kerja. Bukannya dia tidak boleh melakukan kerja. Dia hanya perlukan sedikit masa untuk belajar. Oleh itu majikan terus terusan memecat dirinya yang tidak sampai setahun bekerja dari syarikat ke syarikat lainnya. Yang dia sedikit musykil, alasan mereka memecat semua alasan yang sama. Seperti ada seseorang yang sengaja membuat dirinya seringkali tidak diterima mana mana syarikat sekali pon.

Telefon berdering. Dia pantas menekan butang hijau bagi menjawab panggilan itu.

"Akak sihat?" Soal seseorang dihujung talian.

"Sihat. Aida macam mana? Belajar okay?"

"Okeyy kak. Akak jangan risau. Aida dengan abang okeyy je kat sini."

"Baguslah. Belajar rajin rajin, okey. Ada masa akak lawat Aida dengan Aidil dekat sana."

"Suara akak macam penat je. Akak carik kerja lagi?" Rendah suara Aida dihujung talian.

Adara menundukkan kepalanya. Dia mengangguk bagi menjawab soalan itu.

"Akak kena buang lagi ke kak? Kenapa dorang buat akak macam ni?" Keluh Aida.

"Takpelah Aida. Mungkin ni ujian untuk akak."

"Haih. Akak takpayah carik duit untuk kitorang kak. Cukup untuk akak je. Kitorang kat sini boleh carik duit sendiri. Waktu cuti pon kitorang ada buat kerja sambilan. Akak jangan risau okeyy" Terdengar suara seorang budak lelaki dihujung talian.

"Okey abang. Jaga Aida baik baik tau. Akak percayakan abang."

"Okeyy akak. Jaga diri akak."

.

"Tuan, Adara ada ikut interview." Ujar Adam.

Ammar senyum sinis. "Senang nak pancing kau Adara." Monolog Ammar dalam hati.

"Suruh dia hadap aku sekarang."

"Baik tuan" Adam terus keluar dari bilik itu dan terus ke bilik menunggu untuk memanggil Adara.

"Adara?" Panggil Adam.

Adara mengangkat wajahnya. Adam tersenyum nipis. "Bos saya panggil."

Adara membuat wajah tidak percaya. 'Bukan aku sorang je interview. Bos nak jumpa aku?' Bisiknya.

Adara hanya mengikuti langkah Adam ke sebuah bilik office. Sebelum masuk, Adam mengetuk untuk meminta izin masuk.

"Masuk!" Garau suara itu memberi arahan. Adara sudah menelan liur. Dengar suara pon dah buat meremang satu badan. Inikan nak jumpa tuan punya suara.

Perlahan lahan tubuhnya dibawa ke bilik office itu. Besar biliknya. Susun atur pon cantik. Cuma kombinasi warna yang agak kelam. Sesudah memerhati sekeliling, mata terhenti pada lelaki tampan yang sedang kusyuk menghadap laptop itu.

"Tuan Ammar. Ni Adara." Adam memperkenalkan.

Ammar mengangkat wajahnya. Wajah dingin ditunjukkan. Mata meneliti Adara dari atas sampai bawah.

Wanita berbaju kurung dengan berambut panjang sengaja dibiar lepas. Dan berkasut tumit tinggi anggaran 3 inci.

"So Adara?"

Adara mengangkat wajahnya.

"Awak tahu kenapa saya panggil awak terus kesini?" Soal Ammar serious.

"Tak tuan. Boleh saya tahu kenapa ya?" Balas Adara polos.

Jelas Ammar mengerutkan dahinya sedikit. Diperhatikan wajah wanita itu dalam lalu memandang kearah Adam.

"Awak tak tahu saya siapa?"

Adara meneliti wajah itu lama. Dia menggeleng.

Ammar menyimpan penasarannya.

"Saya pilih awak untuk jadi Personal Assistant saya. Tugas yang perlukan awak menyediakan segala kelengkapan saya termasuk makan dan pakai saya dirumah."

"Tuan.. Saya.."

"Kenapa? Awak dah kawin? Ada suami dekat rumah?"

"Eh bukan tuan. Er.."

"Kalau takde, awak tinggal setuju je. Takpayah nak dalih dalih. Saya bukan jenis orang yang berhemat."

"Er baik tuan." Pantas Adara menjawab.

"Dan lagi satu. Kerja awak tak memerlukan awak untuk berada dipejabat melainkan hanya dirumah."

Adara mengerutkan dahinya. "Maksudnya?"

"Awak perlu duduk pindah ke rumah Tuan Ammar, Adara."

Gadis itu diam seketika. Memikirkan sesuatu hal.

Ammar mengisyaratkan sesuatu pada Adam. Adam pantas mengerti. "Oh ya Adara. Ini ada beberapa perjanjian yang perlu awak sign.." Adam menyerahkan fail kepada Adara.

Tanpa ragu, Adara terus menurunkan tanda tangannya di bahagian yang disediakan tanpa membaca isi kandungan fail itu.

Adam memandang Ammar dalam diam. Ammar kelihatan tersenyum mengejek kearah gadis itu.

Sesudah itu, Adara menyerahkan semula fail tersebut.

"Kalau dah takde pape, saya keluar dulu tuan?" Pinta Adam.

Ammar mengangguk membenarkan.

"Mari Adara." Ajak Adam.

"Esok awak terus ke rumah saya, Adara" Pesan Ammar.

Adara mengangguk mengerti.

Adam membawa keluar tubuh gadis itu dari bilik office Ammar. "Okey listen here. Awak jangan terkejut dengan apa yang bakal terjadi dalam masa terdekat ni, Adara. Awak perlu bersedia." Pesan Adam.

"Saya tak faham."

"Tuan Ammar bukan orang biasa seperti yang kita sangka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience