SEMBILAN

Other Series 3280

Sudah hampir tiga bulan dia tiada memdapat apa-apa berita tentang Iman Daniela. Dia keresahan pada awalnya. Dia cuba menghubungi Iman tetapi tidak berjaya. Sambungan tidak pernah dapat. Dia dapat merasakan yang Iman Daniela telah menyekat nombor telefonnya.

Di pernah cuba untuk menggunakan nombor lain untuk menghubungi Iman Daniela tetapi tidak pernah diangkat sekalipun. Mungkin juga dia sengaja kerana ingin mengelakkan diri daripadanya.

Sebenarnya ketika dia ternampak Iman Daniela di pasaraya dan terserempak di bank pula beberapa hari selepas itu, dia sebenarnya sedang berkursus di kawasan itu selama dua minggu.

Bukan kepalang girang hatinya bila kembali bertemu dengan Iman Daniela pada waktu itu. Jujurnya dia merasakan ada sesuatu perasaan yang istimewa pada gadis itu.

Lemah lembut, manja yang tidak dibuat-buat dan ada keras kepalanya. Daripada jauh dia memerhati, Iman hanya bersuara manja dengan rakan-rakan perempuan yang rapat dengannya. Apabila bercakap dengannya atau rakan-rakan sekerja lelaki yang lain, Iman cuba bersuara tegas. Tetapi nakalnya tetap ada.

Bila saja mendengar Iman bergurau senda dengan rakan-rakan lelaki satu jabatan dengannya, ada rasa cemburu di dalam hatinya. Tetapi dia tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa kerana pada masa itu hatinya berkeras untuk tidak mahu ada apa-apa komitmen berkaitan perempuan.

Cukuplah dia ada wanita-wanita istimewa iaitu ibu, kakak dan neneknya dalam kehidupannya. Walaupun ibunya sering memperkenalkan anak-anak rakannya untuk dia jadikan isteri, tetapi dia menolaknya dengan baik.

Hanya neneknya yang tahu tentang perasaannya pada Iman Daniela dan neneknya juga ada berniat untuk mengenali Iman Daniela yang telah menarik perhatian cucu kesayangannya.

Jujurnya, bagi Hairi, Iman menarik kerana peribadinya. Jika dibandingkan paras dengan mana-mana perempuan yang pernah dikenalinya, Iman biasa-biasa saja. Dan buat pertama kali dalam hidupnya dia merasakan seseorang itu menarik kerana perwatakan dan peribadinya.

Dia keliru. Karmila juga gadis yang sangat baik. Kerana ibunya dia memilih untuk mengenali Karmila. Ketika hatinya tertarik pada Iman Daniela dulu, dia sudah mula cuba mengenali hati Karmila. Karmila memang cantik. Jiwa mudanya juga ketika itu berkeras untuk meneruskan perkenalan dengan Karmila.

Itu jugalah antara sebab dia tidak memberi apa-apa harapan pada Iman Daniela.

Hatinya terasa menyesal. Entah kenapa jiwanya meronta ingin bertemu dengan Iman Daniela. Jujurnya dia mula rindu pada gadis itu. Tapi dia juga sudah ada Karmila. Bagaimana?

Hairi buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience