USAI majlis pengebumian Ehsan, kini mereka sibuk dengan majlis tahlil pada malam hari. Kebanyakan yang hadir adalah ahli keluarga terdekat, saudara mara, jiran tetangga dan beberapa staf TK Corporation. Hasma dan Azizah turut berada di situ.
Selesai pula dengan majlis tahlil, kedua mereka duduk jauh dari pandangan orang. Keduanya masih tidak mempercayai dengan apa yang telah terjadi. Bahkan kematian Ehsan juga tidak mereka ketahui. Apa yang pasti, mereka dengar dari segelintir berkata yang kematian Ehsan adalah kerana strok haba. Entah ya atau tidak, mereka hanya mengangguk kerana tidak punya kuasa untuk lebih menyoal mengenai itu.
"Macam tak percaya kan? Macam baru semalam aku jumpa dengan arwah"
Azizah mengangguk kepala, menyetujui kata-kata Hasma.
"Itulah tu. Aku ni sampai lani dok terbayang ja dengan muka arwah yang ketat tu. Macam tak percayalah aku yang arwah dah takda"
"Kau rasa arwah meninggal sebab apa? Betul ke sebab strok haba?" Hasma seakan meragui dengan penjelasan tersebut.
Azizah terdiam. Dia tak boleh nak kata apa sebab dia tak berada di tempat kejadian.
"Tak taulah aku! Pasai pa hang dok tanya? Hang tak percaya ka?"
"Entahlah! Susah pulak aku nak percaya dengan khabar ni. Yelah, arwah hilang masa Ara hilang kan? Lepas tu Ara masuk hospital. Ehh, tiba-tiba pulak dengar berita yang arwah dah takde. Tak pelik ke tu?"
Terkebil-kebil mata Azizah dengan penjelasan daripada Hasma itu. Akalnya sukar nak mencerna dengan apa yang Hasma cuba sampaikan. Dia buntu dan dan nampak dungu!
"Eishhh susahlah nak cakap dengan kau ni!" gerutu Hasma tatkala melihat wajah Azizah yang kebingungan itu.
"Aku tak faham apa yang hang dok cakap. Tapi satu je yang aku nak tau. Awat Ara tak mai? Tapi si Eirfan ada mai pulak?"
Kelibat Eirfan yang baru tiba dan bersalaman dengan semua yang ada di situ menarik perhatian Azizah. Pantas juga Hasma menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Azizah itu. Eirfan tampak segak dengan kurta hitam dan seluar slacknya. Tampak gayanya dia keseorangan. Tiada Natrah menemani. Ehh tapi Ara kan kat hospital? Dan siapa pula gadis cantik berbaju kurung pink di belakang Eirfan itu?
"Siapa perempuan tu? Marka Eirfan ka?"
Hasma menyiku lengan Azizah.
"Marka?" Hasma tak faham.Wajahnya tampak blur!
"Aweklah maksud dia!"
"Awek Eirfan tu Aralah! Apalaa hang ni!" Hasma tiru cara Azizah bercakap.
"Eh eh! Gedik pulak aku tengok minah tu. Awat dia dok pegang-pegang si Eirfan tu haa?" Azizah mengepul penumbuk. Wajahnya seakan menahan amarah dengan gelagat perempuan yang bergendengan dengan Eirfan itu. Tampak sangat Eirfan kelihatan tak selesa apabila didekati gadis itu.
"Gedik nak mampuih!! Aku tibai gak minah tu karang!"
"Ishhh kau ni!! Takyah nak lebih-lebih sangat"
"Bukan akulah yang melebih-lebih. Tu...tu..." Azizah juih bibir ke arah Eirfan dan gadis tersebut.
"Jomlah sapa Eirfan!" ajak Hasma. Sekalian hendak jadi reporter tak bergaji he he he..
"STOP it Suraya! Jangan sentuh I! I tak suka" Wajah Eirfan keruh saat Suraya tak tahu akan batas dirinya. Dari tadi gadis itu membontoti setiap langkahnya. Bikin dia naik rimas sahaja!
"Sorry..I ingat nak ajak you berbual" rayu Suraya dengan suara manjanya.
"I nak balik" putus Eirfan. Sebenarnya rancangan dia untuk menolong apa yang patut tetapi melihatkan keadaan Suraya seperti itu, dia batalkan saja niatnya.
"Laaa you baru je datang. Takkan nak balik dah"
"I tak selesa bila you ada dekat I. Kalau you datang sini dengan niat yang baik, so let it be. Tapi kalau tak, I akan balik. I boleh datang lain hari"
Eirfan sudah berpaling dan hendak menuju ke keretanya. Tetapi langkahnya dihalang oleh Suraya.
"Yes, I datang sebab you! You tak tahu atau pura-pura tak tahu? Ke you nak I explain satu-satu?"
Eirfan mengeluh. Tak habis-habislah Suraya ni! Dari arwah Ehsan masih hidup sampai arwah dah meninggal, gadis itu masih tetap memburunya. Memang selama ini dia ada memberi harapan kepada gadis itu? Setahu dia tak ada pulak! Suraya sengaja hendak mengada-ngada! Haihhh rimaslah!
"I tahu dan I tak berpura-pura. Sebab tu I nak mengelak dari you supaya you tahu yang I tak suka dan tak nak bagi harapan palsu pada you. So please Suraya! Just stop it. I nak kawen. Biarkan I hidup dengan jalan I. And you pun boleh pilih hidup you sendiri"
Suraya tersengih. Kawen? Dengan perempuan macam tu? Dia sudah tahu segala-galanya kerana sempat menguping perbualan antara Kak Atie dengan Mastura tadi. Takkanlah dia nak kalah dengan perempuan macam itu?
"Sorry? I tak salah dengar ke? You nak kawen?"
''Yes, I nak kawen!" tekan Eirfan dengan riak serius.
Sedikit sebanyak kenyataan itu merubah riak pada wajah Suraya.
"I know everything about her! You nak kawen dengan perempuan macam tu ke? Come on lah Eirfan! She is not up to your standard!"
Eirfan menarik nafas panjang-panjang. Bercakap dengan Suraya hanya membuatkan nafsu amarahnya berkeroncang. Orang seperti Suraya takkan mampu faham perasaan dan situasi mereka.
"Buang masa cakap dengan you! And please, do have some respect on her!"
"Eirfan! Baru datang ke?" sapa Hasma dengan senyuman lebar. Azizah pamer wajah menyampah ke arah Suraya.
"Ye. Tapi rasa nak balik. Ara dah menunggu saya"
"Aaaa yes.. Baik you balik sekarang. La ni Ara dok calling-calling I, dok habaq yang dia rindu you setengah mati. Hishh orang kalau dah fall in love, apa pun tak boleh kan?"
Azizah seakan menyindir. Senyuman sinis sengaja dia bagi pada Suraya.
Hasma hendak buat aksi mual pula tatkala Azizah bahasakan 'you' 'I' dengan Eirfan. Rasa nak tergelak ada jugak tapi dia tahan saja kerana dia tahu Azizah memang sengaja. Ha ha ha...
Suraya baran mendengar omongan Azizah. Dia berpeluk tubuh sambil mendengus kasar.
"Awat?? You panaih ka? You nak ayaq sejuk? Pi ambik sana. Tu...dalam tu...tempat-tempat makcik berkumpul. Pi lah.. pi pi.." Azizah mengusir Suraya. Tubuh gadis itu sengaja ditolaknya sehinggakan Suraya hampir hendak terjatuh.
"Eeeee!! Apa ni!" bentak Suraya geram.
"Apa?! You nampak panaih sangat ehhh. I nak buat baik pun tak boleh ka?"
"Eihhh!! You berdua ni siapa ha?" Suraya beralih ke arah Eirfan dan memaut lengan tersebut.
Mata Azizah tersembul keluar melihat perlakuan Suraya. Dasar tak tahu malu punya betina! Tunggu hang!
"Kami berdua pengawal a.k.a BFF Ara!" tekan Azizah sambil menolak tangan Suraya yang sudah memaut lengan Eirfan.
Azizah dan Hasma sudah berdiri di hadapan Eirfan sambil menyilang tangan ke dada. Wajah mereka cemberut memandang Suraya. Gelagat mereka tak ubah seperti sedang melindungi Eirfan daripada orang jahat.
Eirfan sorok tawa. Tak mahu Suraya anggap mereka main-main.
"You..." Suraya maju setapak mendekati Eirfan. Namun Hasma dan Azizah pula maju dua langkah ke hadapan bagi menghalangi langkah Suraya.
"Apa?? Kau nak jumpa Eirfan, kau kena hadap kami dulu" sampuk Hasma setelah lama membatu. Berguna jugak badan plus size mereka. Hi hi hi...
"Eeeeee!!!" Suraya hentak kaki dengan wajah cemberut. Dia berlalu ke kereta dan meninggalkan mereka di situ.
"Fuhhh, nasib baik awak berdua datang. Jenuh saya nak melayan si Suraya tu"
"Siapa dia tu?" soal Hasma.
"Suraya. Ex colleague saya dengan arwah dulu"
"Suraya?? Bukan ka tu bekas tunang arwah dulu kan?" Azizah teringat akan soal itu. Wajah Suraya dan kes pertunangannya dengan arwah Ehsan pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dulu.
Eirfan mengangguk kepala.
"Huiii lawa naa kalau tengok depan-depan. Putih melepak kulit dia" puji Azizah jujur. Tapi betullah Suraya itu cantik orangnya. Kalau berdiri sebelah arwah Ehsan, memang macam pinang dibelah dua.
Hasma mencebik bibir. "Cantik je tak guna kalau hati tu busuk"
"Huishh dahsyat hang na?! Dapat hidu bau busuk hati orang"
"Tak hidu pun boleh tahulah!" Hasma tak mahu mengalah.
"Dah dah! Korang ni asal berjumpa je mesti gaduh kan? Betul ke Ara ada call?" Eirfan pandang wajah Azizah.
Azizah tersengih bak kera sumbang. Kepala yang tak rasa gatal sengaja digaru-garu.
"Dok ehh..Saja jaa buat excuse sebab marka tu buat hal!"
Eirfan tergelak. Dah agak dah!
"Marka! Marka! Tu murka tau?!" tempelak Hasma lagi. Ketiga-tiga mereka kemudiannya ketawa tanpa mengendahkan orang yang lalu-lalang di situ.
"YOU tak nak jumpa sesiapa ke? Kawan-kawan Datin you ada datang. Bawak saguhati sekali"
Datuk Elias mendekati isterinya. Jari-jemari putih itu digenggam seeratnya.
Datin Jenny teresak-esak. Ternyata dia masih lagi dibanjiri dengan kesedihan. Tak sudah-sudah dia menangisi kepermegian Ehsan. Dia terasa seperti baru semalam dia melahirkan Ehsan dan melihat Ehsan bertatih berjalan.
"Tangan I ni..." Datin Jenny melayangkan kedua tangannya ke udara.
"Selalu dodoi dia. Selalu dukung dia. Selalu manjakan dia. Tangan ni jugak yang selalu sambut dia tiap kali dia jatuh. Tiap kali dia rasa kalah. Tapi sekarang ,tangan ni jugak terpaksa lepaskan dia perlahan-lahan. I sedih! I betul-betul terluka!"
Air mata Datin Jenny sudah berpusu-pusu tonjolkan diri masing-masing. Tak tertahankan sebak di hatinya dengan apa yang barusan terjadi.
Datin Elias di sisi setia menemani.Dipaut perlahan bahu sang isteri dengan linangan air mata yang turut sama memahami kehendak hati isterinya.
"Dia dah pergi. Kita kena lepaskan dia. Walaupun perit..." bisik Datuk Elias ke cuping telinga isterinya.
"Where were we when he needed us the most?"
"Jen...." Pertanyaan Datin Jenny menyentakkan hati Datuk Elias.
"Apa salah kita selama kita besarkan dia? Salah ke didikan kita? Kurang apa lagi yang kita dah bagi dia sampai dia tinggalkan kita dengan luka macam ni?"
Pertanyaan demi pertanyaan isterinya hanya dibiarkan tak berjawab. Dia tak punya jawapan untuk semua persoalan tersebut. Kerana dia juga masih tercari-cari di mana silap dan khilaf mereka selama membesarkan Ehsan selama ini.
"Kita salah bang. Kita salah. Betul kata arwah. Kita yang patut dipersalahkan. Kita yang kena corakkan dia tapi kita guna cara yang salah. Kita salah..kita yang salah. Sekarang kita yang kena tanggung akibatnya"
"Kita akan betulkan semuanya Jenn. I promise you. We'll fix things up!"
BANYAK perkara indah berlaku pada hari itu. Setelah Natrah discaj dari hospital, keesokan harinya mereka terus diijabkabulkan dalam majlis yang sangat sederhana. Dengan sekali lafaz, Natrah sah menjadi milik Eirfan.
Bahtera rumah tangga mereka sudah pun bermula. Meskipun Natrah kelihatan agak janggal, namun Eirfan masih tetap mampu menguasai keadaan dengan berlagak tenang. Walhal dia punya gelabah sudah melebihi paras maksimum.
"Masuklah Love"
Melihat keadaan ruang tamu yang tampak elegan namun bersih, sepasang anak mata milik Natrah seakan terus jatuh cinta dengan susun atur rumah itu.
Tampak kecil dan sederhana tetapi cukup bermakna bagi dirinya. Pandai Eirfan menjaga dan membersihkan rumah.
"Cantiknyalah rumah ni!" puji Natrah dengan mata bersinar-sinar.
"Biasa je Love. Tapi In Shaa Allah akan terisi dengan cinta dan kasih sayang" Nada suara Eirfan berbaur nakal namun tidak dapat ditangkap oleh Natrah yang asyik dengan keindahan rumah kecil mereka.
"Ni rumah kita ke? Macam mana awak beli? Ataupun awak sewa? Berapa bulanan dia?"
"Amboi, banyaknya soalan dia!"Eirfan tergelak. Natrah ditarik ke sisi lalu keduanya duduk di atas sofa.
"But first of all, please address me as Hubby!" pinta Eirfan sedikit manja.
Bergetar hati Natrah dengan nada Eirfan itu. Lain maciammmm sajaaa..
"Errr..." Natrah teragak-agak.
"Haaa cepatlah! Panggil Hubby!" desak Eirfan.
"Ye Hubby" Natrah malu-malu.
Eirfan tersengih. Dia bahagia sekali semenjak mengangkat lafaznya pagi tadi.
"Okay. To answer all your questions. Ni memang rumah kita. Tapi bukan rumah sewa atau bukan orang bagi. Rumah ni memang saya dah beli dari sebelum kita kawen lagi. Saya kumpul duit. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dari tanah, jadilah bukit sampailah saya mampu beli rumah ni" Eirfan cuit hidung mancung Natrah.
Dalam diam, Natrah mengagumi lelaki tersebut. Tak disangka rupa-rupanya sejauh itu Eirfan membuat rencana masa depan mereka.
"Walaupun rumah ni kecik, saya harap kita mampu mengisinya dengan penuh kasih sayang dan redha Allah" Eirfan tunduk mencium dahi Natrah.
"In Shaa Allah Hubby" sahut Natrah penuh sebak. Tak disangka dirinya masih bernilai di mata seorang lelaki yang tulus hatinya seperti Eirfan.
"Errr, boleh peluk tak ni?" tanya Eirfan. Lebih kepada mengada-ngada!
Natrah ketawa. "Ngada! Sinilah!!"
Natrah sudah mendepakan kedua tangannya dan memberi ruang untuk lelaki itu memeluknya.
Kedua mereka tertawa penuh bahagia. Dengan harapan bahagia yang dicipta bakal berkekalan selamanya.
Share this novel