Nak tau tak?
Dulu... ada seorang pelayan yang berkerja tidak henti-henti di restoran kecil belakang rumah usang tu.
Masa dia habis berkerja, ramai orang tanya kenapa dia berkerja tidak henti-henti sedangkan tak ada seorang pelanggan pun di sana.
Pelayan tu membalas, "Pelanggan? Ada jer. Setiap hari pasti penuh dengan pelanggan. Tapi... saya tak sarankan awak semua ke sana. Pelanggan di restoran situ istimewa."
Seluruh penduduk kejiranan itu berasa hairan. Siapa yang makan di situ? Penuh? Tak pernah-pernah tengok sesiapa masuk ke kedai tu.
Bila ditanya kepada si pelayan itu lagi, "Restoran tu tak penuh waktu siang tapi malam. Siang memang kurang tapi ada. Awak semua memang tak nampak sebab mereka datang sewaktu awak semua memandang cahaya."
Cahaya? Matahari? Kenapa macam permainan teka-teki ni? Macam puzzle pun ada.
Jadi... bagi menghilangkan persoalan di benak fikiran mereka... seluruh penduduk kejiranan itu berkumpul di belakang restoran. Mereka ingin melihat siapa yang makan di restoran itu.
Namun, walau selama mana mereka menunggu, tidak ada seorang pun pelanggan datang. Dengan perasaan marah mereka berjumpa lagi kepada si pelayan.
Si pelayan hanya menjawab, "Mereka cuma datang apabila awak semua sibuk bersiap untuk bertemu hari esok."
Bersiap untuk hari esok? Tengah malam? Bukankah waktu itu di mana semua orang tidur?
Jadi pada malam berikutnya, dua orang pasangan isteri datang untuk menghilang persoalan mereka. Penduduk lain sudah tidur kerana hanya memikirkan tidak mungkin.
Jadi, tepat pada pukul 12 malam, seseorang datang dan memasuki restoran itu. Kemudian, restoran itu penuh dengan bunyi makanan di masak seperti sebuah pesta kecil diadakan.
Pasangan isteri itupun masuk ke dalam restoran. Namun malangnya, ada sesuatu perkara kita tidak patut tahu bukan?
Penduduk bandar itu cemas. Kerana apa? Kerana pasangan isteri itu didapati meninggal dengan keadaan yang mengerikan sekali. Seluruh anggota mereka tidak sempurna. Organ dalaman juga hilang dan hanya usus perut sahaja dibiarkan keluar.
Sejak dari itu, seorang demi seorang penduduk bandar itu hilang. Polis yang hadir untuk menyiasat juga hilang.
Sejak itu, bandar itu dikenali sebagai Bandar Kematian.
Yang peliknya...
Hanya pelayan itu sahaja tidak mati. Apabila polis bertanya, pelayan itu menjawab sambil tersenyum, "Itu kerana mereka telah melanggar peraturan restoran saya."
Share this novel