MAB 39: OUR KINGDOM

Romance Completed 901126

Terpisat-pisat Zahran bangun sebelum melirik jam di pergelangan tangan saat mendengar bunyi tangisan teresak-esak di sebelahnya. Arianna yang sedang berbaring membelakangkannya dipandang dengan dahi berkerut.

“Arianna…” Dengan suara yang masih serak kesan baru bangun tidur, Zahran menyentuh bahu isterinya itu.

Siapa sangka, suara dan sentuhan lembutnya itu membuat tangis Arianna semakin menjadi-jadi.

“Arianna, kenapa ni?” Perlahan Zahran menarik bahu Arianna supaya mengadap ke arahnya, namun Arianna enggan. Merapatkan selimut ke tubuh, Arianna teresak-esak tidak tahu apa punca.

“Kenapa ni? You had a bad dream?” tanya Zahran sambil memeluk tubuh Arianna dari belakang.

Arianna geleng.

“Habis tu, kenapa? Sakit?”

Geleng lagi.

Menganggap Arianna tidak mahu bercerita, Zahran mengeratkan pelukannya tanpa bertanya apa-apa. Apatah lagi dia sangat mengantuk kerana persidangan tadi selesai menjelang pukul dua pagi. Esok seawal pukul sepuluh pagi dia perlu menaiki penerbangan ke Jakarta.

“B…”

Zahran yang sudah hampir terlelap, hanya menjawab dengan gumaman.

“I rasa berdosa…”

Zahran membuka mata. Arianna masih membelakangkannya.

“Why?” tanyanya.

“Tadi…” Suara Arianna mula kedengaran sebak semula. “…I makan ayam…”

Zahran tidak menyela, namun otak bijaknya sudah boleh meneka punca Arianna menangis. Apa Arianna menyesal kerana makan dua ketul ayam KFC siang tadi?

“Malam ni I tak boleh tidur B. Panas, rimas, tak selesa. I berdosa ke makan ayam tu?”

“Mana ada orang berdosa makan ayam,” jawab Zahran sambil melonggarkan pelukannya apabila Arianna mengatakan dia panas, rimas, dan tidak selesa.

“Tapi…”

“Mungkin badan you tak biasa terima protein haiwan, sebab tu you rasa tak selesa. Kalau makan ayam tu berdosa, bertimbun-timbunlah dosa I. Silap-silap neraka dah buka pintu.”

Tertawa Arianna dengan tangis yang masih bersisa mendengar jawapan Zahran. Entah suaminya itu bergurau atau serius kerana nadanya tidak terdengar seperti bergurau.

“Tapi I rasa berdosa, B…”

“Arianna…Tak perlu rasa berdosa. Selagi you makan makanan yang halal, you takkan berdosa. I malas nak cerita tentang ekosistem tengah-tengah malam ni. Tapi kesimpulan akhirnya, you kena tahu yang makan ayam bukan satu dosa sebab ayam memang dicipta Tuhan untuk dimakan.”

Arianna diam. Namun jawapan Zahran sedikit sebanyak melegakannya. Masih ada sedikit rasa bersalah kerana siang tadi dia tidak berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk menikmati dua ketul ayam KFC itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan seleranya sehingga dia menginginkan sesuatu yang bertentangan dengan amalannya sejak kecil.

Ketika otaknya masih berfikir-fikir dan separuh hatinya masih menyesali tindakannya makan ayam siang tadi, Arianna tiba-tiba teringat sesuatu. Cepat-cepat dia menegakkan tubuh lalu mencapai telefon di atas meja di sisi katil.

Zahran turut bangun bersandar pada kepala katil sambil menjeling skrin telefon Arianna dengan dahi berkerut. Penasaran dengan apa yang dicari isterinya. Apa Arianna mencari dalil tentang makan ayam?

“B!!!” Arianna tiba-tiba terjerit membuat Zahran hampir terlonjak jatuh dari katil. Mujur tidak gugur jantung. Urut dada dia sambil beristighfar beberapa kali.

“B, period I dah lambat lima hari. Do you think I’m pregnant?”

Teragak-agak Zahran mahu menjawab. Jawab tidak, bimbang Arianna kecewa. Jawab ya, bimbang Arianna berharap pula.

“B, you jangan tidur dulu. I pergi check.” Arianna bangun dari katil, laju melangkah ke bilik mandi setelah mengambil alat penguji kehamilan di dalam laci meja bersebelahan katil.

Zahran pula mengeluh berat. Dia mengantuk, mahu tidur dan mengumpul tenaga untuk bekerja esok, Arianna menyuruhnya jangan tidur pula. Namun, Zahran menurut juga. Tersengguk-sengguk dia menahan kantuk sehingga tanpa sedar dia terlelap.

Jeritan Arianna beberapa minit kemudian membuat roh Zahran yang sudah melayang keluar dari tubuhnya dan sedang merewang entah ke mana seperti dipanggil pulang secara mengejut. Sontak mata yang layu kuyu menjadi segar bugar. Lagi-lagi dia mengusap dada. Mungkin rohnya berlari pulang tidak cukup tanah saat mendengar jeritan Arianna sehingga jantungnya berdegup kencang. Berdenyut kepala dek kerana darah yang menyerbu naik.

“B, there’s two lines…” Melabuhkan duduk di birai katil, Arianna menunjukkan alat penguji kehamilan itu kepada Zahran.

“Serius?” Berbinar mata Zahran melihat dua garis merah itu.

Arianna mengangguk laju. “Esok I nak pergi check up.”

“Tak boleh.”

“Kenapa tak boleh?”

“Tunggu I balik dari Jakarta.”

“Alah…Lama sangat nak tunggu.”

“Empat hari je.”

“Lamalah tu.”

“Apa kata you ikut I?”

“I kerjalah B.”

“Cutilah.”

Arianna diam, dengan raut wajah seperti berfikir-fikir. “Tak bolehlah B. Takut kalau naik flight nanti jadi apa-apa.”

“Kenapa nak fikir bukan-bukan?”

“Mestilah kena fikir bukan-bukan so that kita boleh beringat. Tak apalah, I tunggu you balik.”

“Okay.” Zahran menurut. “Tapi jangan senyap-senyap pergi tanpa I.”

“Okay.”

Zahran kembali merebahkan diri untuk menyambung tidur, namun lagi-lagi suara Arianna membuatnya terbantut.

“B…Are you happy?”

“Of course I’m happy,” jawab Zahran tanpa membuka matanya.

“Kenapa you nampak macam tak happy?”

“Apa yang you nampak sampai you kata I tak happy?” Zahran masih tidak membuka mata kerana jujurnya dia benar-benar mengantuk dan mahu tidur.

“You macam….Macam…Macam tak excited, tak senyum, tak ketawa…”

Kali ini Zahran terpaksa membuka matanya. Mendongak sedikit memandang Arianna yang masih bersila di sisinya dengan wajah sugul.

“Expectations yang you bayangkan tu semua dalam drama je. A real man will never show his excitement and joy by smiling, laughing, or cheering. If he did, then he’s a gay.”

Arianna tertawa perlahan. “You memang pandai cari alasan.”

“Betullah. Kalau I tak happy, I takkan suruh you tunggu I untuk pergi check up.”

Tersenyum Arianna dengan jawapan Zahran. “Betul ke?”

“Betuuul.”

“B…Yang pertama ni you nak anak lelaki ke perempuan?”

“I tak kisah. Lelaki ke perempuan ke sama je.” Zahran menjawab seadanya dengan mata separuh terpejam.

“Mana sama lelaki dengan perempuan. Kalau lelaki…”

“Arianna…” Zahran cepat-cepat menyela kata-kata Arianna sambil merentangkan tangan kirinya.

“Sini…” Memberi isyarat supaya Arianna berbaring di lengannya. Melayan ocehan Arianna, alamat tidak tidurlah dia sehingga ke Subuh.

Arianna menurut. Merangkak ke tengah katil dan berbaring di lengan suaminya itu.

“Hari tu kan you kata you macam dah terlintas nama yang you nak letak untuk anak kita kan?”

“Arianna…Apa kata you tidur dulu? Ibu mengandung kena tidur cukup,” ujar Zahran sambil menepuk-nepuk belakang isterinya itu supaya tertidur.

Melihat Zahran yang sudah tidak mampu mengangkat kelopak matanya, Arianna akhirnya akur. Menenggelamkan wajah ke dada Zahran, dia cuba melelapkan mata. Namun rasa panas dan rimas, membuat dia menjauhkan tubuhnya dari Zahran lalu bangun dan berbaring di sofa. Dengan baju nipis dan tanpa selimut, barulah dia boleh tidur dengan lena.

.
. .

SEHARI selepas Zahran pulang dari Jakarta, Arianna membuat pemeriksaan kandungan di hospital. Tiada apa-apa masalah dengan kandungan Arianna kali ini. Sempat Arianna melirik wajah Zahran saat doktor memperdengarkan bunyi jantung bayi mereka. Tergambar senyum nipis pada wajah suaminya itu, membuat Arianna turut tersenyum.

Beberapa hari selepas itu, Arianna dan Zahran mengajak keluarga mereka makan malam bersama sebelum mengumumkan berita itu.

“Oh my god, congratuations both of you,” ujar Datin Michelle tanpa dapat menyembunyikan perasaan teruja dari wajahnya. Bibirnya tidak mampu berhenti daripada mengukir senyum. Syukur kerana Arianna tidak perlu melalui kesukaran sepertinya untuk mendapatkan anak.

“Thank you, mommy.”

“Ari tak ada alahan apa-apa ya?” tanya PS Wahida.

“Tak. Tapi selalu rasa panas.”

“Malam-malam rasa macam tidur kat Kutub Utara,” sampuk Zahran. Setiap malam Arianna akan memasang pendingin hawa dengan suhu paling rendah. Kipas juga dipasang dengan kelajuan paling tinggi, membuat dia menggigil kesejukan.

“Kena minum banyak air. I dulu masa pregnant kembar, memang panas sangat. Bila bagitahu doktor, dia suruh I minum air masak banyak,” ujar Irdina.

“Really? Mengandung kembar mesti lagi panas kan?”

“Rasa macam nak berendam dalam air batu.”

Arianna terkekeh. Itulah yang dia rasa setiap hari. Pernah beberapa kali Zahran terpaksa tidur di bilik lain kerana suhu di bilik tidur mereka terlalu sejuk. Rasa bersalah juga dengan Zahran, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Setiap malam badannya berpeluh dan kerap juga dia mandi pada waktu tengah malam kerana tidak selesa tidur dengan badan melekit.

ENAM bulan berlalu dengan cepat. Perut yang semakin membesar membuat Arianna semakin tidak sabar menunggu kelahiran anak pertamanya itu. Bayinya sihat dan semuanya berjalan lancar. Zahran juga tidak pernah terlepas waktu untuk menemaninya membuat pemeriksaan. Dia tahu Zahran sangat sibuk, namun suaminya itu tetap meluangkan masa untuk melihat perkembangan bayi mereka.

Atas nasihat doktor juga Arianna sudah mula mengambil protein daripada haiwan. Kata doktor, dia perlu menambah berat badannya sekurang-kurangnya 12 kg kerana sebelum hamil berat badannya kurang. Agak sukar pada mulanya, namun perlahan-lahan dia mencuba demi bayinya.

“Do I look fat?” tanya Arianna sambil melihat tubuhnya di depan cermin. Blaus yang membalut tubuhnya diangkat sedikit sehingga menampakkan perutnya yang sudah membuncit.

Zahran yang sedang menyarungkan kemeja ke tubuhnya, melirik sekilas. Itulah aktiviti Arianna saban hari sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Melihat tubuh dan perutnya di depan cermin.

“Yeah.” Zahran tidak berbohong. Tidaklah terlalu gemuk, tetapi agak berisi berbanding sebelum hamil.

“Tapi tadi I timbang, Berat I turun sekilo tau.” Arianna sedikit merungut.

“Makan banyak-banyak. Vitamin jangan skip.”

“Dah makan. Vitamin pun tak skip, tapi kenapa tak naik jugak.” Arianna kelihatan kecewa. Seboleh-bolehnya dia mahu yang terbaik untuk bayinya supaya tidak ada apa-apa masalah yang timbul kelak.

Zahran yang sudah selesai berpakaian, mendekati isterinya itu. Tubuh Arianna dipeluk dari belakang sebelum kedua-dua tangannya bertaut di atas perut si isteri.

“Kalau you dah makan, vitamin pun tak skip, Inshaa’Allah takkan ada apa-apa masalah nanti. Don’t think too much okay?”

Arianna diam tidak berkutik. Masih gusar jika penurunan berat badannya itu akan menjejaskan bayi di dalam kandungan.

“Tak payah risau. Selagi baby bergerak, selagi you sihat, should be no problem.”

Arianna masih diam. Selagi bayi ini tidak lahir, selagi dia tidak dapat melihat dan memegang bayi itu, selagi itulah berbagai-bagai andaian tidak baik muncul dalam benaknya.

“Sebelum pregnant sampai sekarang, dah berapa kilo berat you naik?” tanya Zahran apabila melihat wajah Arianna yang masih berkerut risau.

“Enam.”

“Ok lah tu. Enam bulan naik enam kilo. Ada enam bulan lagi, sempatlah naik enam kilo lagi.”

“Apa enam bulan lagi. Tiga bulan lagi tau. You ingat I mengandung anak zirafah ke apa, mengandung sampai setahun.” Sebal Arianna menyiku perut Zahran.

“Oh ye ke…Salah kira.”

Tiada jawapan daripada Arianna. Entah kerana dia masih kecewa kerana berat badannya turun, atau sebal kerana Zahran tersilap kira.

“Apa kata you jangan aktif sangat. Rehat je dekat rumah. Makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur, sampai baby tu lahir. Nanti cepatlah badan tu naik.”

“Bosanlah makan tidur, makan tidur.”

“Ha tahu pun. So hidup je macam biasa. Buat aktiviti macam biasa, makan macam biasa, jangan lupa vitamin, selebihnya kita serah pada Tuhan.”

Lama Arianna terdiam sebelum lambat-lambat dia mengangguk.

“Baby will be okay,” ujar Zahran sambil mengusap lembut perut Arianna.

“I takutlah.”

“Takut apa?”

“Entahlah. Macam-macam yang I fikir. Bila I buka FB, IG, tengok newborn baby dengan macam-macam masalah, I jadi takut.”

“Kan I cakap tadi, jangan over thinking. Look how it destroys your happiness and mood. Sepatutnya you happy because he’s in here, bukan fikir benda-benda tak baik tentang dia. You’re mom. Apa yang mak fikir akan jadi satu doa untuk anak. So, fikir yang baik-baik.”

Arianna diam. Otaknya mula menyerap kata-kata Zahran yang membuat kebimbangannya sedikit sirna.

“Dah. Daripada you tengok FB, IG, yang buat you susah hati, baik you tengok I. I will always make you happy.”

Tersenyum Arianna dengan kata-kata Zahran. “Tapi you tak selalu ada dengan I.”

“Give me your phone.” Zahran tadah tangan, meminta telefon Arianna.

Arianna mencapai telefonnya di atas almari solek lalu dihulurkan kepada Zahran yang masih berdiri memeluk pinggangnya.

Dengan satu tangan masih di pinggang Arianna, satu tangan lagi Zahran menggeser skrin telefon Arianna.

“You nak buat apa dengan phone I?” tanya Arianna sambil mendongak sedikit memandang Zahran.

Tidak menjawab, Zahran sebaliknya melabuhkan dagunya pada bahu Arianna sebelum mengambil gambar swafoto mereka berdua. Kemudian foto itu dia jadikan penghias skrin telefon Arianna.

“Nah, kalau sedih tengok muka I,” ujar Zahran sambil menghulurkan semula telefon Arianna.

“I dah ada banyak gambar you dalam ni.”

“Tak sama. This is special for you.”

“Apa yang special?”

“Because every time you touch your phone’s screen, you will see me staring at you with my arms around my wife in that photo.”

“Awwhh…how sweet.”

“I know.” Zahran meleraikan pelukannya. “Now, are we ready?”

Arianna mengangguk sambil membetulkan blaus putih pada tubuhnya. Rambut yang sudah dipotong hingga ke paras bahu hanya dilurutkan dengan jemarinya. Setelah berpuas hati, barulah dia mencapai tas tangannya sebelum menghulurkan tangannya ke arah Zahran. Menyambut huluran tangan Arianna, Zahran menggenggam tangan isterinya itu sambil beriringan keluar dari bilik.

“You tahu siapa girlfriend Aaron?” tanya Arianna.

“Tak tahu. Malam ni baru dia nak introduce.”

“I’m happy that he finally found his true love.”

“Yeah, me too.”

ARIANNA dan Zahran menjadi orang terakhir sampai di Cantaloupe at Troika Sky Dining. Aaron, Seelan, Evangeline, Zahrin dan Irdina sudah berada di situ.

"Where's your girlfriend?" tanya Zahran apabila melihat Aaron datang bersendirian. Sedangkan katanya malam ini dia mahu memperkenalkan teman wanitanya.

Aaron tertawa perlahan. Sejak tadi dia diaju dengan pertanyaan yang sama oleh Zahrin dan Seelan. "Alah...Tak perlu excited sangat. She's someone you know la."

"Siapa?" Hampir serentak Zahran, Zahrin, dan Seelan bertanya.

Aaron terdiam sejenak, sebelum tersenyum penuh makna.
"Lily Ayana binti Zahrin Ashraff. Aku sanggup tunggu sampai dia 40 tahun," ujarnya.

"Sial kau." Zahran menyumpah. “Langkah mayat aku dulu la.”

Zahrin pula turun naik mata memandang Aaron seperti mahu menelannya hidup-hidup.

"I like Lily. Beautiful, cheeky, petah..." Terkekeh dia melihat wajah sebal Zahrin yang tidak berpuas hati dengannya.

"Tak ada masalah kau nak jadi menantu aku. Tapi aku ada satu syarat."

"Apa saja demi Lily," balas Aaron dengan mimik muka seperti layak dihayun kaki.

"Biar aku sendiri yang sunatkan kau."

Pecah tawa Aaron dan yang lain mendengar jawapan Zahrin.

"Okay daddy. Bius satu badan."

Jawapan Aaron itu membuat suasana semakin gamat, namun serta-merta sunyi sebaik sahaja seorang wanita muncul di meja mereka dengan senyum canggung.

Arianna pula bulat mata memandang wanita itu. “A…Amber?”

“Hai…” Amber menyapa semua yang sedang tidak berkedip memandangnya sebelum melabuhkan duduk di sebelah Aaron.

“Amber…” Arianna memandang PAnya itu dengan wajah tidak puas hati. Bukan cemburu, tetapi terkilan kerana Amber tidak memberitahunya.

“He's officially my boyfriend after he broke off the engagement with you. Masa dia masih tunang you, I tak kacau dia. Tak ada hati pun dengan dia.”

“No…That’s not what I mean. I mean…” Arianna kehilangan kata. Jelas dia kecewa kerana Amber menyembunyikan perkara itu daripadanya, sedangkan dia tidak pernah berselindung apa-apa dengan PAnya itu.

“I mean pagi tadi kita jumpa kan? Tapi you tak cakap apa-apa pun.”

“Because I want to make it a big surprise. Menjadi kan I punya surprise?” Amber menaik turunkan keningnya memandang Arianna, membuat sahabatnya itu menyengir sebal.

“When did you guys started it?” Zahran bertanya, tidak mahu Arianna dan Amber melanjutkan debat.

“Well…” Aaron mengingat-ingat, cuba mengimbas kembali pertemuannya dengan Amber. Ketika itu dia mabuk di bar. Minum demi melampiaskan rasa kecewanya selepas memutuskan pertunangan dengan Arianna. Kebetulan juga Amber berada di sana dengan kawan-kawannya.

Dia terlalu mabuk sehingga jatuh terjelepok ketika melangkah keluar dari bar. Oleh kerana dia bersendirian, Amber membawa dia pulang ke rumahnya. Dalam keadaan Amber juga yang setengah mabuk, mereka menghabiskan malam yang panjang bersama. Awalnya dia dan Amber bersetuju untuk menganggap itu sebagai hubungan satu malam. Namun, mungkin takdir sudah menetapkan jodoh mereka bersama, membuat pertemuan demi pertemuan selepas itu menjadi begitu bermakna. Ah, terlalu peribadi rasanya untuk bercerita sedetil itu kepada sahabat-sahabatnya.

“Senang cerita, it just happened…Dah jodoh, kan…” Akhirnya cerita pertemuannya dengan Amber disimpulkan dengan beberapa perkataan sahaja membuat semua yang berada di meja itu mendesah kecewa.

“So, bila nak kahwin?” Seelan pula bertanya.

Amber menayang cincin bertatah berlian di jari manis kirinya, membuat semua ternganga.

“Bila kau propose? Diam-diam je buat kerja,” ujar Zahrin.

“Dia propose depan pagar rumah I, pukul dua pagi, dengan muka I bertempek masker, baju tidur gambar mashimaro, kaki berlapik selipar jepun, berteman bunyi anjing menyalak mendayu-dayu…Oh, how sweet,” balas Amber dengan wajah jengkel. Dia sendiri tidak percaya akan menerima lamaran dengan cara begitu.

“Seriuslah?” Irdina menganga tidak percaya. Seelan, Zahran, Zahrin melamar isteri masing-masing dengan cara yang paling manis, perancangan yang mengambil masa bukan sekejap, alih-alih Aaron seperti membuat lamaran koboi saja.

“Lain daripada yang lain. So that bila ingat balik, I boleh ketawa sorang-sorang,” balas Aaron.

“Tapi you terima jugak lamaran dia.” Evangeline pula menyampuk dengan tawa yang masih bersisa. Tidak dapat diterima akal cara lamaran Aaron yang begitu konyol.

“Pukul dua pagi, I tengah mamai, dengan bunyi anjing mendayu-dayu macam nampak Pontianak, I just…Ermmm setuju jelah, biar dia cepat-cepat balik,” jawab Amber sebarang, membuat kepalanya ditunjal Aaron.

“But, as far as I remember, instead of asking me to leave, you invited me in afterwards,” balas Aaron membuat wajah Amber merona merah.

“Oh ye ke. Lupa. Yang I suruh balik tu, Ah Meng yang propose sebelum you,” jawab Amber, tidak mahu kalah.

“Hei, berapa orang yang propose you malam tu?” tanya Aaron.

“Tak ada. You sorang je.” Amber terkekeh.

“I’m happy for both of you,” ujar Arianna. Jujurnya dia lega kerana Aaron menemui cintanya. Dan wanita itu pula adalah sahabatnya yang Arianna tahu benar hati budinya. Amber gadis yang baik dan dia yakin akan menjadi isteri yang baik untuk Aaron.

“Thank you, Ari.”

“Okay, boleh kita order makanan sekarang? It’s all on me tonight,” ujar Aaron.

“Macam tulah baru kawan. I pray for your happiness, bro,” ujar Zahran sambil menepuk-nepuk bahu Aaron.

“Thank you. I will appoint you as my best man,” balas Aaron. Tidak ada dendam atau kebencian kerana dia sedar, Tuhan telah menetapkan Amber sebagai pasangan hidupnya. Bukan Arianna.

“Sure. No problem.”

Makan malam mereka berlangsung meriah kerana masing-masing sudah punya pasangan. Zahrin Irdina, Seelan Evengeline, Zahran Arianna, dan Aaron Amber. Berbagai-bagai cerita dan lawak jenaka yang membuat meja mereka agak riuh malam itu. Perselisihan yang pernah berlaku antara Aaron, Zahran, dan Arianna tidak langsung merenggangkan mereka apatah lagi membuat mereka canggung. Bak kata Saint Francis De Sales, A Quarrel Between Friends, When Made Up, Adds A New Tie To Friendship.

.
. .

HUB GAYA HIDUP BERKONSEP AEROSPACE AKAN DIBINA DI JOHOR BAHRU.

Ketika menggeser skrin melayari laman IGnya, mata Qaiser terhenti pada berita itu. Bukan berita itu yang menarik perhatiannya, tetapi gambar yang terpampang bersamanya. Gambar Arianna sebagai Pengarah Operasi Serantau Yun Hua bersama Zahran, CEO Imperial dan wakil pengarah daripada syarikat masing-masing.

Wajah Arianna berseri-seri dengan senyuman yang terukir pada bibirnya. Perutnya juga sudah kelihatan agak besar. Mungkin tidak lama lagi akan melahirkan. Dia sudah terputus hubungan dengan Arianna. Selepas menjalani rawatan di hospital, dia tidak bertemu dengan bekas teman wanitanya itu lagi. Berita perkahwinan Arianna pun dia tahu melalui Isha. Kata Isha, Zahran melamar Arianna di Imperial Langkawi pada malam tahun baru.

Kecewa? Ya, sudah tentu ada sedikit memandangkan Arianna pernah menempati tempat teristimewa dalam hatinya. Namun menyedari jurang antara dia dan Arianna terlalu jauh bagai langit dengan bumi, dia reda. Bak kata emak, pipit tidak mungkin mampu terbang bersama enggang. Walaupun dia tahu Arianna tidak pernah mempermasalahkan statusnya, namun sedikit sebanyak, lambat atau cepat, perkara itu akan sentiasa menjadi punca perselisihan andai mereka berkahwin.

Zahran adalah lelaki terbaik untuk Arianna. Sepadan dari segi status dan kedudukannya. Tidak akan ada sesiapa yang mempersoalkan kerana mereka sekufu.

Biarlah. Melihat Arianna bahagia saja, dia sudah cukup bahagia. Malah sejak dulu dia tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan Arianna. Dengan izin Allah, dia dapat melihat juga asbab bantuan daripada Arianna. Meskipun perlu menggunakan cermin mata dengan power lebih 400, namun dia bersyukur. Sangat bersyukur. Setidaknya keadaannya lebih baik berbanding dulu. Dia sudah menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dan sekarang mengambil PhD. Allah sudah mengatur cantik perjalanan hidupnya dan dia reda Arianna bukan ditetapkan untuknya.

Bukankah Allah telah berjanji; lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya.

Arianna baik, Zahran baik, dia juga baik. Cuma…Dia belum jumpa yang terbaik.

Jodoh itu pasti ada. Jika tidak di dunia, pasti di syurga.

.
. .

ARIANNA selamat melahirkan seorang bayi perempuan seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya. Malah selama tiga minggu ini dia masih berpuasa setelah doktor memastikan keadaan kesihatannya baik. Malah matlamatnya mahu menaikkan berat badan sebanyak 12 kg sepanjang tempoh kehamilan akhirnya tercapai. Mungkin kerana sepanjang tempoh berpuasa, dia makan semahu-mahunya sewaktu bersahur dan berbuka membuat tubuhnya naik mendadak di saat orang lain mengalami penurunan berat badan.

Tersenyum Arianna memandang bayinya di alam kotak bayi bersebelahan katilnya. Bertambah lebar senyumannya melihat Zahran yang sejak tadi asyik memandang wajah bayi mereka dengan telunjuknya dibiarkan berada dalam genggaman bayi yang tertidur nyenyak itu.

“I think she looks like me,” ujar Zahran selepas puas menganalisis wajah bayi yang baru berusia beberapa jam itu.

Arianna tertawa perlahan. Sudah lumrahnya begitu kan? Anak perempuan akan cenderung mirip bapanya. Dia juga lebih mirip mommy. Lily dan Lana juga mirip Zahrin.

“You dah ada nama untuk dia?” tanya Arianna. Mereka sudah sepakat, Zahran akan memilih nama pertama yang bermula dengan huruf A dan dia akan memilih nama kedua dengan huruf Z.

“Of courselah.”

“What is it?” tanya Arianna tidak sabar.

“Adwa. Maksudnya cahaya. You?”

“Adwa.” Arianna menggumam nama itu sambil mengangguk-angguk. Ringkas, sedap disebut dan didengar serta maksudnya cantik. “I pilih nama Zuleykha. Maksudnya cantik.”

“Adwa Zuleykha.” Zahran menyebut gabungan nama itu. “Nice.”

Arianna tersenyum sambil bertatapan dengan Zahran. “Are you happy?”

“I am more than happy. The feeling I feel right now, I can’t describe it in words. You know, I’ve always d of having a daughter, and now God has answered my prayer.”

“Daughter? Why daughter?”

“Sebab…I rasa daughter akan lebih rapat, manja, and attached to her daddy. And also I want to be a king in my own kingdom. I have queen, and I have princess.”

“Kalau macam tu, kita kena usahakan dapat crown prince pulak, so that so that no one dares to overthrow our kingdom.”

Zahran tertawa. “You masih ada hati nak lahirkan anak lagi?”

“Of course la. I masih muda dan I boleh lahirkan ramai anak lagi. I anak tunggal tau and I selalu berangan nak adik beradik yang ramai.”

“So bila boleh proses sorang lagi?” tanya Zahran.

“Apa kata tahun depan sorang lagi?”

Zahran tertawa. Tahun depan? Tidakkah terlalu cepat? Baru beberapa jam tadi dia melihat kesakitan Arianna untuk mengeluarkan seorang manusia. Sekarang bahkan Arianna seperti sudah melupakan kesakitan itu. Dia yang melihat pun masih tidak boleh lupa.

“Kita tunggu baby ni dua atau tiga tahun, then baru decide untuk anak kedua,” ujar Zahran.

“Kenapa? You takut kan?” Arianna terkekeh.

“Of courselah I takut. Blood everywhere, dengan you yang nampak sakit sangat, belum lagi tengok jarum, benang, …” Zahran menggeleng, tidak sanggup membayangkan semula apa yang berlaku di bilik bersalin tadi.

“Tapi berbaloi kan?”

“Sangat.”

“So, tahun depan ya?”

Zahran berdecit tidak suka. “Tunggu Adwa tiga tahun.”

“Dua tahun.”

“Empat tahun.”

“Okay fix. Tahun depan.”

TERNYATA Zahran tidak main-main apabila dia berkata mahu menunggu Adwa berumur tiga tahun sebelum melahirkan anak kedua. Buktinya, beberapa hari selepas Adwa menyambut hari lahirnya yang ketiga, Arianna melahirkan seorang anak lelaki yang mereka namakan Aqeel Zaqwan. Lengkap sudah kerajaan kecil mereka. Ada raja, permaisuri, seorang puteri dan seorang putera. Jika Allah memberi lagi rezeki anak, mereka terima. Jika tidak ada pun, dua orang ini sudah memadai.

Suatu ketika dulu, saat melihat Irdina bahagia bersama Zahrin, Zahran sering tertanya-tanya; Mungkinkah ada bahagia untuknya?

Sekarang persoalan itu sudah terjawab. Setiap orang ada bahagianya masing-masing. Allah itu adil dan tidak akan menganiaya hamba-hambaNya. Dia sudah menemui bahagianya. Bersama isteri yang tidak sempurna tetapi menyempurnakannya. Juga anak-anak yang akan membuat dia sentiasa berusaha untuk menyempurnakan kebahagiaan mereka.

Share this novel

norsila
2022-11-03 12:04:49 

Alhmdulillah tamat..hppy sgt...

Roshasniah Mustafa
2022-11-02 17:05:41 

Alhamdulillah.. happy ending...ade gak jodoh n zuriat zahran

Aisyah Esya
2022-11-02 10:49:55 

Alhamdulillah.. tamat akhirnya. x pernah mengecewakan walau permulaan cerita agak hambar akhirnya timbul minat dan cinta saya pada ari


NovelPlus Premium

The best ads free experience