8 : Balik Kampung?

Drama Series 5510

Dortmund, Jerman...

SEORANG wanita tersenyum sendiri melihat gambar dua anak kecil tersengih comel terpapar pada telefon canggih miliknya. Rindu benar dia kepada kedua anak itu. Seorang anak perempuan merupakan anak kandungnya, manakala anak lelaki tua 2 tahun dari anaknya adalah anak tirinya.

Anak perempuannya saat ini berada di Malaysia. Jarang sekali mereka anak beranak dapat berjumpa. Ada pun, hanya perkara penting yang dibincangkan. Setelah kematian sang suami pertama, hubungan dia dengan anak perempuannya mula lenggang. Ditambah pula keputusannya untuk berkahwin dengan duda anak satu membuat anak gadisnya bertambah dingin dengannya.

Kehadiran PAnya membuat Madam Jasmine cepat kesat air jernih dipipi. Wajah yang sedia anggun dimaniskan. Dia seorang wanita profesional dan berwawasan. Anggun dan awet muda walau umur mula masuk angka 40.

"Yes, what's the matter?" soalnya kepada PAnya.

"Tuan Muda nak jumpa, Madam." balas setiausaha itu.

"Now?"

"Ya, Madam. Saya dah beritahu yang madam tak mahu diganggu tapi dia tetap berkeras. Atau madam nak saya beritahu sekali lagi?"

Jasmine senyum sekali. Anggukkan diberi tanda keizinan. PAnya pamit penuh hormat kepada bos besar di syarikat tersebut.

Tak sampai tiga minit, muncul seorang pemuda berwajah seperti mat salleh. Berambut keperangan dan bermata biru cair. Wajahnya tampan turun dari ayahnya membuat Jasmine tersenyum senang dengan kehadiran anak tirinya yang dianggap seperti anak sendiri. Anak itu sudah dijaga sejak umur 6 tahun sampai la meningkat remaja seperti sekarang.

"Any problem, honey?" tanya wanita itu lembut.

Santai saja pemuda bernama Rafael Louis itu duduk bersilang kaki di sofa empuk lagi mewah disitu. Belakang kepala bersandar pada sofa.

"Raf nak jumpa dia, Ma. I'll inform you about the flight to Malaysia." ujar Rafael bersama muka tanpa secarik senyum itu pandang mamanya kejap.

"Okay."

"Okay?" kening Rafael menaik. Agak pelik kerana selalunya bukan mudah nak dapat persetujuan dan keizinan dari wanita itu.

Jasmine tertawa kecil. "Yeah, okay. Tapi sorry honey. Mama tak dapat ikut. Faham kan kerja mama?"

"Hmm, I know." Rafael angguk faham. Dia tak kisah pulang sendiri sekalipun. Dia hanya mahu ketemu satu-satunya adik walaupun adik tiri. Tetapi adik yang satu itu sudah dia anggap bagai nyawa. Dia sanggup berikan apa jua untuk penuhi keinginan adik tersayang.

Dia tahu setelah dewasa ini, hubungan mereka agak renggang kerana jarak yang jauh dan lama tidak berhubung. Salahnya juga kerana terlalu sibuk belajar hingga tiada masa untuk bertanya khabar.

Mata mula menatap wajah wanita anggun itu. Mamanya sambung kerja tanpa perasan dengan pandangannya.

Mamanya sentiasa tenang. Berbicara lembut namun tegas.

Jasmine Elvy, puteri dari keluarga bangsawan yang dihormati orang ramai. Malah kekayaan mereka tidak terbatas.

Keluarga L.Tyson dikenali cukup ramai. Mengendali wang dunia selama lebih empat keturunan. Empayar mereka bertebar luas diseluruh negara eropah mahupun asia. Keluarga L.Tyson membangun dinasti megah yang tak tertandingi. Ramai yang bersaing namun kalah ditengah jalan, akhirnya turut dibawah L.Tyson.

Kekayaan mereka diperkirakan melebihi tiga triliun. Kekayaan keluarga ini tidak datang tanpa tantangan. Dikatakan juga keluarga ini memiliki tradisi yang diturun sejak zaman nenek moyang lagi.

Tradisi yang menikahkan anak beranak dengan saudara mereka. Contohnya sesama sepupu atau dua pupu. Bertujuan tak mahu kekayaan dari hasil titik peluh mereka jatuh ke tangan orang luar.

Jasmine sendiri menikahi bapa Rafael yang merupakan sepupunya. Lain pula dengan suami pertamanya yang merupakan orang luar yang berasal dari Italian. Pernikahan pertamanya mendapat tantangan banyak dari ahli keluarga kerana melanggar adat tradisi. Namun dek kerana cinta, siapa boleh menghalang kan?

"Raf nak keluar kejap. Mama nak pesan apa-apa?" Rafael bangun dari sofa.

"Tak ada. Take care, honey. Flight bila? Nanti sampai orang mama sambut Raf di sana." ujar Jasmine penuh prihatin dan tenang.

"Malam ni. Thanks ma."

Rafael melangkah keluar dari pejabat Jasmine. Sepanjang perjalanan, dirinya disapa penuh hormat oleh staff. Dia hanya balas dengan anggukkan saja.

"Tuan Muda,"

"Apa khabar, Tuan Muda."

"Hmm." hanya itu yang meniti dibibir.

Rafael Louis bukan lah pemuda yang angkuh sebenarnya. Hanya sikapnya yang dingin dan malas senyum untuk perkara remeh saja menampakkan dia seorang yang sombong. Ramah? bukan lah dia. Sikap masing-masing kan.

Rafael melangkah masuk kedalam lift. Jam dipergelangan tangan dijeling kejap. Niatnya mahu pergi makan dan pulang ke rumah untuk menyimpan barangnya. Flight berlepas ke Malaysia malam ini.

°°°°°°°°°°

Asrama Putra...

"Yess cuti telah tiba! Hohoho balik kampung! Hohoho balik kampung!"

Luth geleng perlahan melihat tingkah terlebih gula Hazim dan Aniq. Dua tu memang sekepala.

Ya, hari cuti adalah hari paling ditunggu para pelajar terutamanya pelajar yang menetap di asrama. Hanya musim cuti begini dapat bertemu keluarga masing-masing. Cuti dua minggu sungguh bermakna bagi mereka.

Semua pakat menyimpan barang bersiap untuk pulang. Ada yang berniat pulang awal dengan bas malam ini, ada yang pulang esok. Malah kasihan lagi ada yang tak pulang.

"Galak betul kau orang. Lebih orang perempuan pulak! Rugi aku tak rakam." datang satu suara dari muka pintu.

Hazim mencebik. "Eleh kau. Yang kau seminggu dah siap simpan barang! Tak sabar nak jumpa mak ke? Kan Niq?"

Aniq di katil atas, anggukkan saja.

"Mak aku yang tak sabar jumpa aku. Jadi aku sebagai seorang anak jantan kena la tunjuk kesungguhan. Apa? Masalah?" balas Muaz selamba.

Muaz cabut lalu letak dalam loker kopiahnya. Selesai solat asar, dari masjid lagi dengar suara teman-temannya yang teruja nak pulang kampung halaman.

"Kau balik bila, Luth?" tanya Muaz kepada kawannya yang paling matang antara mereka semua.

Luth tutup buku ditangan. Orang ajak berborakkan.

"Esok. Malam ni tak sempat aku ada urusan lagi belum settle." balas Luth mula membaringkan tubuh.

Muaz angguk faham.

"Kau, Niq? Hazim aku tak payah tanya rumah dia belakang sekolah saja." soalan beralih kepada Aniq pula.

Hazim mencebik. Dia seorang saja rumah paling dekat. Ketiga kawannya itu satu kampung. Seronok la mereka dah la sekampung. Tapi bosan juga, sekolah kampung tengok muka sama saja.

" Entah, ada mood aku balik." Aniq angkat bahu selamba.

Muaz tepuk dahinya. Apa punya jawapan.

Aniq, Muaz dan Luth berteman sejak kecil. Dari sekolah rendah sampai la tua bangka saat ini. Mereka bertiga ni boleh dikatakan budak nakal di kampung mereka. Mandi parit, berenang dalam kolah masjid sampai kena kejar dengan bilal. Menggamit rindu dengan kenangan zaman kecil.

"Jadi aku seorang saja lah balik malam ni?" tanya Muaz menanti jawapan dari sahabatnya.

"Hmm," acuh tak acuh Aniq.

"Suka hati kau orang lah. Aku nak balik. Makan rendang mak aku." ujar Muaz tersengih membayangkan rupa lazat masakan ibunya.

"Hati-hati balik, Muz. Takut ada cik ponti ikut atas bas." pesan Luth terselit gurauan kasar.

"Suka hati kau lah, Muz. Asal bahgia." celah Aniq selamba.

Muaz kepal penumbuk. Geram pula dengan rakannya itu.

Melihat Muaz berasap sendiri, ketiga mereka pecah ketawa. Sengaja mereka kenakan. Biasalah usik mengusik.

Ting!

Hazim perasan apabila melihat Luth tersenyum-senyum sendiri bermesej dengan seseorang di telefon.

"Amboi, Luth. Kuat nauu berkasih sayang dengan Cik Rambut Karat. Bercinta ler tuu..." sakat Hazim tersengih kambing.

Luth tersenyum kecil. Telefon diselit bawah bantal. Sudah biasa dengan gurauan.

"Tengkorak kau." tukas Luth sambil geleng kepala.

Muaz kehairanan. "Siapa Cik Karat? Cik Rambut Karat? Pelik-pelik saja lah."

Muaz pandang ke arah Aniq meminta jawapan apabila soalannya tak terjawap.

Aniq yang berbaring di katil tingkat atas itu mula bermain telefon.

"Bella. Roommate Ipah dengan Ayu." jawapnya malas.

Muaz angguk sekali. Membulat mulut bentuk ooo. Meski tak kenal siapa si gerangan. Dikeranakan sepanjang dua bulan ini dia habiskan masa di hospital. Muaz sebagai wakil atlet sepak takraw di sekolah itu. Satu kecelakaan terjadi. Tak dijangka patah kakinya mengambil masa yang lama untuk pulih.

"Niq... kau balik sekali dengan Ayu ke?" tanya Muaz lagi. Tapi kali ini sedikit berhati-hati tak mahu guris hati temannya.

Suasana bilik menjadi sepi seketika. Hazim dan Luth turut pasang telinga sambil buat-buat main telefon.

"Kenapa dengan aku pula?" malah dibalas soalan dari Aniq. Dingin saja suaranya.

"Kau kan-"

"Argh! Lupa aku tertinggal buku kat dewan makan." tukas Luth tiba-tiba memotong ayat Hazim. Sempat beri pandangan sesuatu untuk rakannya faham.

"Haa... ya tak ya juga kan. Aku pun ada tertinggal barang. Gerak dulu lah, chaw!" celah Hazim mengikuti Luth yang sudah keluar dari bilik.

Tinggal Aniq dan Muaz di bilik itu. Suasana hening. Selalunya Aniq paling kecoh mulutnya. Tetapi dia faham kenapa kawannya diam mengunci mulut. Perkara sensitif tak patut diteruskan.

"Niq, kau tak okay lagi dengan Ayu?" tanya Muaz memecah keheningan.

"Okay saja." balas Aniq dengan nada datar.

Dari suaranya Muaz faham. Lelaki itu tak mahu bercakap tentang gadis itu.

"Aku keluar kejap." Muaz turut menyusul keluar.

Dan tinggallah Aniq Mikael sendirian dalam bilik. Matanya kosong menatap siling putih. Sebelah tangan diletak atas dahi. Fikirannya menerawang entah ke negeri mana. Tiada siapa dapat baca dari riaknya.

°°°°°°°°°°

Asrama Putri...

"Ayu, malam ni ke bas?"

"Ha'ah. Tak sabarnya nak jumpa adik-adik." tersenyum-senyum Ayu yang sedang melipat pakaiannya.

"Aku pun nak balik juga la. Kau, La? Ya tak ya kan. Kampung kau kat mana ek? Eh tapi rupa kau macam budak bandar. Mana kau tinggal, La?" soal Ifah beralih ke Bella pula yang tengah santai bermain telefon.

Wajah penuh ingin tahu itu melahirkan tawa kecil dari bibir Bella.

"Tak balik rasanya. Malas! bukan ada orang pun kat rumah." balas Bella tenang. Sedikit sebak bila bercakap hal peribadinya.

Ifah berasa serba salah. "Sorry La. Tak tahu pula macam tu."

Bella membuat tangan tanda 'no hal'. Dia tak kisah pun. Tak ambil hati langsung malah senang ada yang ambil berat tentangnya.

Ayu diam seperti memikirkan sesuatu. Bella dipandang.

"Kalau macam tu... awak nak tak balik kampung saya?"

"Boleh ke? Kang berat sebelah pula bas aku yang naik." seloroh Bella. Mungkin anggap gurauan saja.

Ayu senyum. "Saya tak kisah. Awak fikir-fikir dulu, tapi jangan lama sangat. Bukan apa takut tiket bas habis."

"Lah tak gurau ke. Hm, nanti aku fikir lah." ujar Bella kekok dan malu sedikit. Dia malu sebenarnya. Mahu ke keluarga Ayu memberi tumpang kepadanya? Tak menyusahkan ke?

"Tak apa lah, Yu. Malam ni kau balik dulu. Kalau Bella nak balik, sekali dengan aku saja lah. Kan La?" Ifah menceriakan kembali suasana yang mula hening.

Ayu angguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience