87

Romance Series 93217

Kemeriahan majlis resepsi yang berlangsung di hotel Pullman Putrajaya pada malam itu memang tidak dapat disangkalkan lagi. Rata - rata tetamu yang hadir dilihat begitu teruja meraikan kedua - dua pasangan mempelai yang begitu segak bergaya dengan busana pengantin yang berkonsepkan tradisional melayu. Malah sejak dari awal majlis berlangsung, kedua - dua pasangan mempelai itu tidak henti - henti menerima pujian dan ucapan tahniah dari para tetamu. Semuanya kelihatan begitu teruja meraikan hari bahagia kedua - dua pasangan itu. Aayra juga tidak terkecuali. Sejak beberapa hari ini, dia dilihat begitu sibuk membantu Sofya menyiapkan segala persiapan perkahwinan. Perasaan teruja dan gembira itu semakin dirasai saat mengenangkan mereka bakal menjadi sepupu selepas ini.

“Tahniah sayang!! I'm so happy for you!! Welcome to our club." Ucap Aayra ketika Sofya datang mendekatinya.

Aayra, Dania dan Sofya dilihat saling berpelukan sambil tertawa bahagia. Ternyata persahabatan yang terjalin sejak dari kecil itu masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Malah hubungan mereka bertiga sudah diibaratkan seperti adik beradik. Jika salah seorang terluka, pasti yang lainnya juga akan turut merasai kesakitan itu.

“Thanks darlings! Aku macam tak percaya je yang aku dah jadi isteri Ezmal sekarang ni. Rasa macam baru je semalam kita orang kenal." Ujar Sofya tersenyum.

“Jangan nak tak percaya sangat eh? Aku sekeh kepala kau tu karang. Ingat! Lepas ni kau dah tak boleh nak nakal - nakal macam dulu lagi. Jaga maruah suami dan keluarga mertua kau ni. Dia orang ni dahla keluarga ternama. Kau tu bukan aku tak tahu. Bukan boleh percaya sangat. Main ikut kepala dia je nak buat apa pun." Tegur Dania berbaur ugutan.

Aayra dan Sofya bagaikan terkedu mendengar bebelan Dania. Kedua - duanya bagaikan terpaku dari berkata - kata. Namun ianya tidak kekal lama. Tiba - tiba tawa mereka terhambur keluar. Keras perut mereka mentertawakan Dania. Begitulah sikap Dania sejak dari dulu. Bibirnya tidak pernah lekang dari memberikan nasihat kepada teman - temannya. Namun cara penyampaiannya itu tidak ubah seperti seorang ibu yang sedang membebel kepada anaknya.

“Ewah! Ewah! Ewah! Mak buyung ni kalau bagi nasihat, bukan main lagi kan? Mengalahkan mak nenek. Even mak aku sendiri pun tak membebel macam kau. Tapi takpe. Aku tahu kau bebel sebab kau sayangkan aku kan? So memandangkan aku pun sayang kau juga, so aku ambil segala tegurau kau tu dengan hati yang terbuka. Akan ku sematkan sedalam - dalamnya jauh di sanubari hatiku ini." Balas Sofya dengan nada yang penuh teruja. Seketika kemudian tawa mereka bertiga terhambur kembali.

“Aku cuma nak ingatkan kau awal - awal. Kau tu bukannya boleh harap sangat. Bila datang angin kuskus kau tu, bapak kau sendiri pun takut." Ujar Dania bersama jelingan maut.

Aayra dan Sofya berterusan ketawa sehingga mengalir air mata. Begitulah ragamnya sekiranya mereka bertiga berkumpul. Ada sahaja topik yang bakal dijadikan bahan ketawa buat mereka. Dari sudut lain, Harraz dan Ezmal dilihat saling berpelukan. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah masing - masing.

“Congrats, bro!! You’re finally getting married too. I'm really happy for you, bro. You do deserve to be happy." Ucap Harraz sambil tersenyum gembira.

“Thanks, Raz. Alhamdulillah syukur. Aku pun tak sangka yang hati aku boleh terbuka kembali untuk bercinta dan menerima kehadiran perempuan dalam hidup aku ni. Perancangan Allah tu memang terbaik kan? Tak sampai setahun aku kenal Sofya, akhirnya kami dah bersatu sebagai suami isteri. Aku harap Sofya adalah jodoh yang terbaik buat aku." Ujar Ezmal teruja.

“Alhamdulillah. In shaa Allah, Ez. Lagi pun aku tengok keluarga Sofya ni memang datang dari keluarga yang baik - baik. So aku yakin yang kedua ibu bapanya pasti sudah mendidik Sofya dengan ilmu yang terbaik. Kau jangan risau sangat ok? Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa merahmati rumahtangga korang berdua selepas ni. So apa plan kau lepas ni? Nak honeymoon ke mana?" Soal Harraz lagi.

“In shaa Allah. Terima kasih, Raz. Soal honeymoon tu, aku dengan Sofya tak discuss apa - apa pun lagi. Tapi aku pernah terdengar Sofya berborak dengan Aayra sebelum ni. Dia ada sebut yang dia teringin nak ke Korea. So, mungkin aku akan bawa dia ke Korea la kot." Cerita Ezmal.

Harraz dilihat mengangguk setuju. Suasana di dalam dewan sudah mula kelihatan sunyi. Para tetamu yang hadir dilihat sudah mula meninggal dewan itu serorang demi seorang. Pandangan Harraz jatuh kepada Aayra dan teman - temannya. Elayna juga turut berada bersama mereka. Wanita - wanita itu dilihat begitu rancak berbual tanpa mempedulikan orang di sekeliling mereka. Tiba - tiba bahu Harraz disapa.

“Raz.." Ezmal kelihatan seperti ingin berkata sesuatu. Namun suaranya seakan tersekat dan bibirnya seakan terkunci.

Harraz memandang raut wajah Ezmal. Lelaki itu kelihatan seperti ingin memperkatakan sesuatu. Namun sehingga kini Ezmal masih diam membisu. Tidak ada tanda - tanda seperti dia akan berbicara. Akhirnya Harraz menegur.

“Ez, kau ok tak ni? Aku tengok kau resah semacam je. Ada - ada apa yang kau nak share dengan aku tak?" Soal Harraz prihatin.
Lama Ezmal diam membisu. Wajah Harraz dipandang kosong. Perasaan bersalah begitu menyelubungi jiwanya saat ini. Akhirnya perlahan - lahan Ezmal menarik Harraz ke dalam pelukannya. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Ezmal bersuara.

“Raz, aku nak minta maaf banyak - banyak dengan kau. Aku tahu selama ni aku salah. Aku sering melukakan hati kau. Aku tahu kau tahu tentang perasaan aku terhadap Aayra selama ni. Dan aku juga tahu yang kau tahu tentang confessions aku terhadap Aayra sebelum ni. Tapi kau tak pernah marah aku, Raz. Malah kau tak pernah simpan dendam terhadap aku. Kau betul - betul sepupu aku yang terbaik, Raz! Maafkan aku. Aku betul - betul rasa berdosa dengan kau. Maafkan aku, Raz!" Ucap Ezmal sebak. Perlahan - lahan linangan air matanya mengalir membasahi pipi.

Harraz bagaikan terkedu seketika saat mendengar luahan hati Ezmal. Namun lama - kelamaan, bibirnya mula menguntum
senyum. Dia cuba menjarakkan sedikit tubuh mereka lalu wajah polos Ezmal ditenung sedalam - dalamnya.

“Let bygones be bygones, Ez. Aku tak pernah salahkan kau dalam hal ni. Malah sepatutnya aku yang perlu minta maaf dengan kau. Aku dah rampas Aayra dari kau. Walhal sejak dari awal lagi aku dah tahu yang kau sukakan Aayra. Cuma kau terlalu ego untuk mengakuinya. Akhirnya kau sendiri yang menderita. Aku tahu kau bawa diri ke Rusia selepas majlis pernikahan kita orang sebab kau terluka kan? Kau terluka bila tengok insan yang kau cintai selama ni berkahwin dengan sepupu kau sendiri. Sebab tu kau sanggup bawa diri sampai ke sana. Betul tak?" Soal Harraz cuba meminta kepastian.

Perlahan - lahan Ezmal menganggukan kepala. Sejujurnya dia sudah tidak sanggup untuk berbohong lagi. Biarlah Harraz mengetahui segala - galanya malam ini. Sekurang - kurang dia tidak perlu merasa bersalah lagi selepas ini.

“See. Sepatutnya aku yang perlu minta maaf dengan kau, Ezmal. Bukannya kau. Aku dah rampas Aayra dari kau sampaikan kau terseksa macam tu sekali. Maafkan aku, Ez! Aku takde niat nak sakitkan hati kau."

“Nope! Kau tak rampas Aayra dari aku pun, Raz. Aayra memang tercipta untuk kau. Dan aku tahu yang Aayra memang betul - betul sayang dan cintakan kau. Korang berdua memang nampak bahagia sangat. Both of you are meant together. So please! Please jaga hubungan tu baik - baik." Sangkal Ezmal laju.

Harraz diam membisu. Wajahnya sedikit menunduk. Entah mengapa perasaan bersalahnya terhadap Ezmal semakin menebal. Harraz tahu tidak sepatutnya dia merasakan semua itu di saat - saat begini. Apatah lagi malam ini adalah malam yang paling bermakna buat Ezmal dan Sofya. Namun Harraz juga tidak mampu untuk menutupi rasa di hatinya saat ini.

“Harraz, please jangan fikir bukan - bukan. Aku luahkan semua ni dekat kau sebab aku dah tak nak tanggung perasaan bersalah ni lagi. Lagipun aku betul - betul nak jalani kehidupan baru aku dengan Sofya. So, sebelum aku memulakan sesuatu yang baru, aku kena pastikan semua perasaan yang tak betul tu dibuang jauh - jauh dari hidup aku. Demi Allah, Raz. Aku berani bersumpah kepada kau yang aku betul - betul takde maksud lain sekarang ni. Aku harap kau faham." Luah Ezmal jujur.

Harraz dilihat sudah kembali tersenyum. Dia menerima segala penjelasan Ezmal itu dengan hati yang terbuka. Akhirnya mereka berdua sekali lagi dilihat saling berpelukan antara satu sama lain.

Tanpa mereka sedari, perbuatan mereka itu telah disaksikan oleh Aayra dan Sofya dari jarak jauh. Masing - masing seakan tertanya - tanya apabila melihat reaksi itu. Namun persoalan itu hanya bermain di fikiran masing - masing sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience