Chapter 3

Fanfiction - KPOP Completed 2792

Haneul PoV

Tiba di rumah omma ,aku duduk di tepi tasik di belakang rumah . Aku termenung seketika .Kejadian tadi masih lagi memutar di fikiranku . "Andwae! aku tak boleh senang-senang tewas dekat lelaki tu! tak bole tak bole!". Aku menggeleng-gelengkan kepala aku ."Hergh so dia dengan perempuan lain pun macam tu la?asal nak balas dendam je kiss,nak balas dendam je kiss,ingat buat main ke kiss kiss ni huh!! yahh kita kahwin haritu pun awak kiss saya dekat pipi je! tu pun sepantas kilat!".

//End pov//

"Haneul yaa..gwenchana?". Tanya omma sambil membawa dulang di tangan nya.

"D-de? aa nae, gwenchana omma". Haneul tersengih macam kerang busuk."Minta la omma tak dengar apa aku cakap tadi". Bisik Haneul dalam hati.

"Nah,red velvet special punya,omma campur bahan baru,blueberry !". Puan Shin meletakkan satu piring berisi kek kesukaan Haneul di hadapan Haneul.

"Wahh!!!! terliur Haneul tengok!!". Tanpa bercakap banyak Haneul terus menjamah kek itu.

"Haa Neul-yaa bila kamu sampai?". Encik Shin melabuh punggung duduk di sebelah isteri nya.

"Baru tadi je appa ". Kata Haneul sambil mengunyah kek di dalam mulut nya.

"Annyeong! omma, appa". Taehyung duduk di sebelah Haneul sambil menunduk hormat pada Puan dan Encik Shin.

Haneul terkejut sehingga tekena krim kek itu di pipi nya."Apa laki ni buat dekat sini!!!". Jerit Haneul dalam hati.

"Kamu bukan busy dengan hal syarikat ke Tae?". Tanya Puan Shin seraya menuangkan minuman kepada suami nya.

"Busy?Aniyo, harini Tae tak pergi lawat pejabat pun .Si Haneul ni haa keluar tak bagitahu Tae,risau Tae dibuatnya". Taehyung mengusap kepala Haneul sambil tersenyum sinis .

"Lahh,kamu tak bagitahu suami kamu nak datang sini dulu Haneul?".Encik Shin berpeluk tubuh memandang Haneul.

"Aaah wae!! Takkan nak datang sini pun nak kena bagitahu dia". Jerit Haneul dalam hati.Haneul menjeling Taehyung.

"Mianhae omma...Haneul tak nak ganggu Tae je tadi,sebab tu Haneul cakap macam tu dekat omma,mianhae appa ..lepas ni Haneul gitau suami Haneul kalau nak pergi mana-mana". Haneul hanya menunduk memandang kek nya.

"Gwenchana ,omma faham". Puan Shin tahu Haneul masih tidak bersedia nak kahwin,dia yang memaksa anak nya untuk berkahwin.Mana mungkin anak nya boleh jatuh cinta dekat Taehyung dalam masa seminggu saja.

"Gwenchana omma,appa .Tae kasi je dia nak datang sini sorang-sorang,cuma Tae risau je tadi Haneul terus menghilang".Taehyung mencalit krim yang lekat di pipi Haneul dan menjilat nya .

"What the!!". Haneul hanya memandang panas dengan kelakuan Taehyung.

"Haa tengok suami kamu ni Haneul .Baik je orang nya,cuba la bersikap lembut sikit lain kali". Tadi tadi Encik Shin memerhati Haneul tidak memperdulikan Taehyung di sebelah nya.

"Arraso appa ,Haneul bersikap lembut la ni". Haneul menyumbat kek nya ke dalam mulut Taehyung .Taehyung memandang Haneul dengan muka terkejut kerana mulut nya dipenuhi dengan kek .

"Annyeonghaseyo". Seorang lelaki datang duduk di sebelah Haneul .

"Sungjae-ssi! ". Sekian lama Haneul tidak berhubung di mana-mana aplikasi dengan sahabat karib nya selepas perkahwinan dilangsungkan minggu lalu .

"Eh kamu dari mana ni Jae?". Tanya Puan Shin sambil tersenyum memandang Sungjae.

"Saya dari rumah haramoni tadi.Alang-alang dah dekat dengan rumah aunty,so saya singgah la sini ". Sungjae sudah dianggap sebahagian dari keluarga Shin kerana dia tidak mempunyai ibu bapa dan hanya tinggal dengan atuk nenek nya.Kini dia mempunyai rumah sendiri ,jadi dia hanya ulang alik dari bandar Seoul ke kampung halaman rumah nenek nya.

"Yahh kau apa khabar wey! rindu nya kau! ". Haneul menepuk bahu Sungjae perlahan.

"Erghh laki mane pulak nii". Taehyung membuang pandangan melihat tasik .

"Aku sekarang busy kerja je .Nak lawat kau pun tak sempat,mianhae".

"Gwenchana,datang je bila-bila masa rumah aku .Kau tahu kan dekat mana". Haneul leka melayan Sungjae tanpa mengendahkan Taehyung di sebelah nya.

Taehyung meneguk rakus minuman nya.Tiba-tiba dia berapa panas dengan situasi dekat situ .

"Neul yaa". Bisik Puan Shin perlahan lalu membuat isyarat mata memandang Taehyung.

Haneul memegang tangan Taehyung tiba-tiba.Tersentak Taehyung dibuatnya.

"Ni kenalkan la suami KESAYANGAN aku". Haneul menarik tangan Taehyung lalu menyalamkan dengan tangan Sungjae.

Encik Shin dan Puan Shin hanya jadi pemerhati sahaja mereka bertiga.

"Annyeong! Sungjae imnida". Sungjae tersenyum memandang Taehyung.

"Oh annyeong.Taehyung". Taehyung hanya tersenyum tawar lalu menarik semula tangannya .

Setelah beberapa jam berbual,Haneul dan Taehyung meminta untuk pulang ke rumah .

"Lain kali Haneul datang ye omma". Haneul memeluk erat Puan Shin.

"Hati-hati drive nak". Encik Shin menepuk bahu Taehyung sambil tersenyum.Taehyung sekadar mengangguk sambil tersengih.
"Awak naik kereta awak,saya naik kereta saya ye". Baru selangkah Haneul ingin menuju ke kereta nya tangan nya ditarik oleh Taehyung. "Naik kereta aku je". Taehyung membukakan pintu pada Haneul.

"Omma,Tae minta nak tinggakan kereta Haneul sekejap di sini,nanti bila-bila Tae suruh pekerja pejabat datang ambil,boleh kan?Nak malam ni,Tae risau Haneul balik sorang-sorang.

"Ohh boleh je,haa bagus la Haneul balik dengan kamu". Puan Shin sekadar tersenyum memandang Taehyung.
. .
. .
"Awak tahu mana saya datang rumah omma?". Setelah beberapa lama masing-masing berdiam diri di dalam kereta,Haneul terus memulakan percakapan.

"Aku memang nak datang rumah omma, tak tau pulak kau ada dekat sana". Tipu Taehyung

"Yekee?mimpi apa awak nak datang ke rumah omma saya". Haneul mengerling Taehyung di sebelah nya.

"Eh suka hati aku la nak pergi mana pun.Kau sibuk asal". Taehyung masih fokus membawa kereta.

//flashback//

Taehyung pov

Selepas beberapa minit Haneul keluar dari rumah,aku terus masuk ke dalam bilik nya.Niat aku nak cari cincin kahwin aku kalau ada tercicir di bilik Haneul sebab aku dah cari di merata rumah tetapi tak jumpa juga.Mana la tau kut-kut tercicir di bilik Haneul sebab pagi tadi aku datang ke bilik dia.Ternyata betul,cincin kahwin aku ada di atas lantai bilik Haneul.Mungkin tercicir masa aku jatuh tergolek tadi kut sebab aku memang akan buka cincin tu kalau nak mandi.Tiba-tiba aku ternampak telefon bimbit haneul di atas katil nya .Alang-alang dia tidak memasang password di telefon nya,aku pun terus jalankan operasi sportcheck di telefon nya."Kau tak save no fon aku pompuan?haihh". Aku terus set sendiri no fon aku dalam telefon bimbit Haneul.Dan aku membuka mesej.Mesej paling last dihantar oleh omma Haneul.Aku pun membaca mesej itu ."Apa?!aku busy sekarang?kau tipu omma?perghh isteri taguna.Kau tunggu sana,aku datang!".

End pov

//End flashback//

"Nih aku nak pesan.Kau nak bawa kawan kau tu boleh ,tapi time aku ada je.Kalau aku tak ada,jangan sesekali jemput mana-mana lelaki masuk rumah kita,faham?". Taehyung lihat Haneul sekilas.

"Asal lak?awak bawa balik perempuan lain boleh pula". Bidas Haneul.

"Wey mangkuk! aku lelaki lain, ni aku gitau kau ,even aku play, aku tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan.Aku tak pernah cium mana-mana perempuan .Aku ada batas aku tersendiri".

Haneul hanya mendiamkan diri.Ya,Taehyung memang playboy.Tapi satu sikap yang aku tahu pasal Taehyung,dia tak pernah berbohong.Haneul memandang Taehyung. "Takkan aku first kiss dia?". Bisik Haneul dalam hati.

"Apa pandang-pandang?!tau la aku hensem sangat pun.Takyah la pandang macam tu".

"Eiiii suka perasan!!". Haneul mencubit Taehyung.

"Sakit la ketam oii!". Taehyung memegang tangannya yang dicubit.

"Apa-apa pun. Ingat pesanan aku tadi".

"Iya saya tahu lah!". Haneul membuang pandangan di cermin kereta sebelahnya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience