3 hari terakhirku di Paris, aku tidak melihat kelibatnya. sungguh ku rasakan 3 hari itu aman dan bahagia dengan amir disisiku. banyak tempat telah kami singgahi. sungguh cantik pemandangan. memang cunlah orang kata itu kota cinta.
"abang!" aku menjerit sebaik sahaja melihat anjing dihadapan ku. mana datangnya anjing dekat airport ni. aku berlari. tetapi amir mengejarku.
"sayang! stop!" aku toleh kebelakang, anjing tersebut berhenti mengejarku tetapi amir masih berlari menghampiriku. lalu ditariknya tangan ku. "lajunya sayang" tercungap cungap dia berkata.
"liya takut, anjing tu menyalak depan liya" suara ku bergetar, tangan ku sejuk dan bergetak. lututku juga bergetar. ahh, lebih senang, satu badan bergegar.
"kalau liya lari, makinlah anjing tu kejar" aku tersengih. "dah jum angkat barang" aku mengangguk dan memegang tangannya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
setibanya di rumah. aku terus menghempaskan diriku diatas katil. "argh penatnya!" aku menjerit.
"heish syg, tak senonoh betul perangai. suka sangat menjerit" aku tersengih sengih.
kami menunaikan solat fardu zohor bersama lalu terus tidur. mujurlah, perjalanan yang mengambil masa yang lama. mestilah penat.
azan asar berkumandang..
"sayang bangun, dah asar" aku mengeliat dan duduk atas katil. selepas selesai menunaikan solat asar , aku turun ke dapur untuk masak.
"sayang.. masak telur mata kerbau" manja suaranya.
"pergi cari mata kerbau dulu." aku senyum ingin bergurau.
"aaa. masaklah!!" suaranya seperti budak budak. lalu dihentaknya kaki berkali kali sebelum duduk bersila diatas lantai.
"ye ye, saya masak. tu jer?" aku ketawa lalu menanya.
"nak syg jugak" amir memeluk aku erat dari belakang. aku mencuit pipinya
"mengada." lalu ketawa kami tercetus
Share this novel