-3-

Romance Completed 77636

Aafi mengangkat tubuh gadis yang basah kuyup naik ketingkat atas dengan dilihat oleh Mak Lia.

" Abang siapa kakak tu? " Tanya Fatihah.

" Oo kakak tu tadi hampir mati ditepi jalan. Jadi Abang Aafi selamatkan dia. " Kata Fattah.

" Betul ke? " Tanya Mak Lia.

" Nanti kitorang bagitahu Mak perkara sebenar. " Kata Fattah.

" Kitorang gerak dulu. Esok aku datang lagi. " Kata Izzat.

Iffat turut berlalu meninggalkan ruang tamu rumah Agam Aafi. Begitu jua dengan Zikri.

" Esok kita jadikan ride? " Tanya Zikri pada Fattah.

" Jadi. " Kata Fattah.

" Ok. Aku gerak dulu. Apa-apa call je. " Kata Zikri.

Hanya tinggal Mak Lia dan Fattah diruang tamu. Mak Lia menapak ke arah ruang dapur. Diikuti oleh Fattah.

" Mak. " Panggil Fattah.

" Siapa perempuan tu Fattah. " Tanya Mak Lia.

" Saya tolong gadis tu Mak Lia. Hampir mati tadi dibelasah Ayah dia. " Kata Aafi muncul dari pintu dapur.

" Hah? Sebab apa? Kesiannya. " Kata Mak Lia.

" Ayah dia nak jual dia dekat Papa. Hanya kerana tak mampu nak bayar hutang. " Kata Aafi.

" Habis tu kenapa Hakim bawak dia kesini? Hakim nak Megat Jalal mengamuk ke datang kesini. " Kata Mak Lia.

" Demi Ibu, Aafi sanggup buat apa je Mak Lia. Walaupun nyawa Aafi, Aafi gadaikan. " Kata Aafi.

" Kenapa dia pengsan? " Tanya Mak Lia.

" Ayah dia minumkan dia setengah tin minuman keras hingga dia mabuk. Jadi Mak Lia tolong Aafi. Buatkan sup herba untuk gadis tu. Lepastu gantikan pakaian dia tu. " Kata Aafi.

" Baiklah. " Kata Mak Lia.

Aafi berlalu meninggalkan mereka diruang dapur dan naik semula masuk kedalam bilik dimana Aisyah ditempatkan.

Melihat wajah Aisyah, teringat akan seseorang yang pernah dicintai lalu menghilang hingga kini tak tahu dimana dia berada.

" Kenapa wajah awak mirip sangat dengannya. Aku ingin melupakan dia, tapi kau muncul. Untuk apa? " Tanya Aafi.

" Kenapa kau tinggalkan aku Monika, disaat aku tak sanggup kehilangan kau dalam hidup aku. " Kata Aafi lagi.

" Kim. " Sapa Fattah.

Aafi mulai menapak duduk disofa yang ada didalam ruangan itu.

" Aku harap kau tak jadikan dia tempat kau membalaskan dendam kau terhadap Monika. " Kata Fattah.

" Kau selalu dapat baca fikiran aku Fat. Apa je yang aku nak buat pada gadis ni, aku punya suka. Aku dah bayar dia lebih 50k." Kata Aafi.

" Kau jangan nak buat gila Kim. Kalau macam ni sama je keluar mulut naga masuk mulut buaya. " Kata Fattah.

" Aku taknak kau masuk campur urusan aku Fat. " Kata Aafi menahan emosinya.

" Apa salah gadis ni pada kau. Yang salah Monika. Bukan dia. " Kata Fattah.

" Dia salah kenapa wajah dia harus sama dengan Monika. Perempuan yang mengukir seribu calar dekat dalam ni!! " Kata Aafi menunjuk dadanya.

" Kau ingat dia nak ke wajah dia sama dengan Monika. Semua tu dah ditakdirkan Kim. " Kata Fattah.

" Aku peduli apa. Yang penting aku dapat balaskan sakit hati aku. " Kata Aafi.

" Setakat wajah je sama, takkan buatkan dia saka dengan Monika Hakim. " Kata Mak Lia.

" Mak. " Panggil Fattah.

" Perempuan ni takkan sama semuanya Hakim. Tak baik balas dendam dekat dia hanya kerana wajahnya sama dengan Monika. Dia sendiri takkan muncul jika Allah tak mengehendaki. Pasti ada sebab kenapa Allah hantar dia disaat Hakim terluka. " Kata Mak Lia.

" Mak Lia urus dulu. Saya nak mandi bersihkan diri. " Kata Aafi.

Aafi meninggalkan Mak Lia dan Fattah didalam bilik itu dan masuk kedalam biliknya. Bersandar dibelakang pintu bilik, Rindu pada Monika menghilang namun bertukar rasa benci yang menebal.

" Kenapa kau mesti muncul dalam kehidupan aku perempuan. Sakit yang kau tinggalkan meninggalkan kesan yang sangat dalam. " Kata Aafi lalu menumbuk dinding disisinya.

" Aku benci kau Monika!!! " Teriak Aafi.

Fattah yang mendengar berlari dari bilik itu dan menuju kebilik Aafi.

" Kim!! Kim!! Kau ok tak? " Tanya Fattah sambil mengetuk pintu bilik Aafi.

" Kenapa aku yang harus terima sakit ni Fat. Sakit sangat. " Kata Aafi.

" Kitorang dah pernah bagitahu kau, Monika tu hanya nak gunakan kau je. Tapi kau tak peduli dengan apa yang kami cakap. " Kata Fattah.

" Kalaulah aku tahu jadi macam ni, Aku takkan nak kenal dengannya. Tak akan. " Kata Aafi.

" Aku dah cakap lupakan dia Kim. Mulakan kehidupan beru tanoa bayang-bayangnya. Kalau macam ni macam mana kau nak lupakan dia. " Kata Fattah.

" Kenapa juga gadis tu muncul saat aku dah mula lupakan Monika. " Kata Aafi.

" Ada sebab kenapa Allah temukan kau dengannya. Percayalah. Mandi lepas tu solat. Jangan lupa minta pada Allah. " Kata Fattah.

Fattah meninggalkan Aafi didalam biliknya dan berlalu masuk kebiliknya ditingkat 1. Dia masuk dan berfikir kenapa wajah gadis tu sama seperti Monika.

" Siapa sebenarnya gadis tu? Dan kenapa Megat Jalal pun nakkan dia. " Kata Fattah.

" Mesti ada kena mengena dengan Monika. Aku mesti cari tahu. Kalau tak memang binasa Hakim dan gadis tu. " Kata Fattah.

Dia mengambil telefonnya lalu menaip sesuatu.

( Kita jumpa esok awal tanpa Hakim. Aku nak discuss tentang gadis tu) - Fattah.

( Aku pun sama. Aku seperti mengenali gadis tu.) - Izzat.

( Sebaiknya kita selidik siapa dia. Aku taknak Hakim ada masalah dengan Megat Jalal.) - Zikri.

( Ok kita jumpa esok.) - Iffat.

Fattah membaca lalu meninggalkan telefonnya dan pergi mandi.

Manakala Mak Lia yang dibantu oleh Fatihah mengelap badan Aisyah. Terasa sejuk menyusuri seluruh badannya. Aisyah mengerang kesejukan. Namun badannya berpeluh dan panas.

" Nak. Bangun nak. " Kata Mak Lia.

" Aisy. Dik. Lari Aisy. Cari Pak Long. " Igaunya.

" Nak bangun. Buka mata. " Kata Mak Lia lagi.

" Kak. Bangun kak. " Sapa Fatihah.

" Aisy. Aisy. Lari Aisy. Ayah jangan. Aisy lari. Aisy!!! " Aisyah tersedar dengan nafas yang laju dan duduk mengejut.

" Nak. Anak okey tak? " Kata Mak Lia.

" Makcik. Saya kat mana? Mana Aisy. " Tanya Aisyah memegang kepalanya yang pening melihat ruangan bilik itu pun terlihat berputar.

" Ya Allah. Kenapa kepala aku ni? " Kata Aisyah.

" Tihah. Panggil Abang Fattah cepat. " Kata Mak Lia.

Fatihah berlari mendapatkan Fattah dibiliknya. Namun tiada jawapan mahupun fattah membuka pintu bilik.

Fatihah naik semula untuk mendapatkan Mak Lia. Namun dia bertemu dengan Aafi di tangga.

" Kenapa ni Tihah. " Kata Aafi.

" Akak tu dah sedar Bang. " Kata Fatihah.

" Habis tu? " Tanya Aafi.

" Mak suruh panggil Abang Fattah. Sebab akak tu meracau. " Kata Fatihah.

" Ok jom. Abang teman. " Kata Aafi.

" Mak Cik mana Aisy. " Tanya Aisyah lalu turun dari katil. Dan berjalan terhuyung hayang.

Keluar dari pintu biliknya, Aisyah hampir tersungkur. Dia merasa kepalanya berpusing. Nasib Aari datang tepat waktu lalu menyambut tubuh lemah Aisyah.

Aisyah terasa lehernya seperti ingin memuntahkan sesuatu. Dan yang terjadi.

" Uweekk!! Uweekk!! " Merah padam mukanya memuntahkan semua yang ada didalam perutnya.

" Ya Allah. Sakitnya. " Kata Aisyah.

" Kau ni kenapa!! Dah takde tempat lain ke kau nak muntah!! Perempuan!! " Kata Aafi.

Dia menjauhkan dirinya dari Aafi. Berundir beberapa langkah kebelakang.

" Mana Aisy? " Tanyanya seperti orang bingung.

" Aisy mana pulak ni hah!!! " Aafi menapak mendekati Aisyah. Dia mula mencekik leher Aisyah hingga Aisyah tak dapat bernafas dan menampar lemah lengan Aafi memohon dilepaskan.

" Hakim!! " Teriak Mak Lia apabila melihat Hakim mencekik leher gadis itu.

" Bagitahu aku siapa Aisy hah!! " Teriak Aafi lagi.

Fattah yang baru selesai mandi dan memakai baju, dia mendengar teriakan dari arah tingkat atas.

" Lepaskan dia Hakim!!! Mati budak tu nanti susah kita!! " Teriak Mak Lia.

Gattah keluar dan berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik dimana gadis itu berada.

" Uhukk uhuk!! Le..pas...kan..a..ku... " Kata Aisyah tersekat-sekat.

" Bagitahu aku apa kau nak!!! Kau hilang lepas tu kau muncul semula!! " Kata Aafi.

" Hakim!!! " Teriak Fattah melihat wajah yang dicekik oleh Aafi merah padam akibat sesak nafas.

Fattah meleraikan dan menarik jauh Aafi dari gadis itu. Telerai dari cekikkan Aafi, Aisyah rebah namun sempat dipegang oleh Mak Lia.

" Nak. Bangun. " Mak Lia menampar lembut pipi Aisyah.

" Kau dah gila ke Hakim!! Mana perikemanusiaan kau hah!! Dia takde kena mengena dengan Monika. Kalau dia mati kau nak kata apa dekat ayah dia!! " Marah Fattah.

" Kau tu yang kenapa. Rumah aku. Ikut suka aku nak buat apa. Walaupun aku bunuh dia malam ni, dia mati dalam rumah aku!!! " Teriak Aafi.

Tap!!!

Fattah memberikan tamparan kuat pada pipi Aafi, agar dia sedar dengan apa yang dikatakannya.

" Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni? Hah Hakim. Mana Hakim yang aku kenal dulu. " Kata Fattah.

" Sah-sah gadis tu tak sama langsung dengan Monika. Kau lihat sendiri takkan berapa tahun Monika hilang, rambutbdia dah sepanjang tu? Kau sendiri tahu gaya pakaian dia macam mana, sedangkan dia ni kau lihat. " Kata Fattah lagi.

" Lagi satu. Mak lihat dia ni ada tahi lalat dekat pipi kanan dia sedangkan Monika bersih tanpa setitik tahi lalat pun. " Kata Mak Lia.

" See. Kau dengar sendiri kan? Mak pun cakap dia bukan Monika. Kau nak nafikan apa lagi Hakim. Sedar-sedar lah dari mimpi kau tu. Monika dah pergi jauh tinggalkan kau. Dan kalau kau nak lebih tahu siapa dia, cari identiti card dia. Pasti kau akan tahu siapa dia. " Kata Fattah.

Aidil menapak mengambil beg sandang yang dibawa gadis tadi. Wallet berwarna hitam dikeluarkan. Ada sekeping gambar gadis sedang bersama seorang remaja lelaki. Dan dia mengeluarkan Identiti dan gambar itu sekali lalu pergi meninggalkan mereka didalam ruangan itu.

" Fatt. Tolong Mak. Angkat budak ni. Kesian Mak tengok dia. " Kata Mak Lia mengesat air matanya.

Fattah mengangkat tubuh longlai Aisyah dan meletakkan diatas katil.

" Dia meracau menyebut nama, siapa nama dia. Mak lupa. " Kata Mak Lia.

" Aisy Mak. " Kata Fatihah.

" Hah. Betullah tu Aisy. Mak dengar tadi, dia cakap, Aisy lari, cari Pak Long. " Kata Mak Lia.

" Takpe Mak. Fatt akan uruskan nanti dengan yang lain. Mak tolong jaga dia dari Aafi. " Kata Fattah.

" Ye mak akan jaga dia. Fatt jangan risau. " Kata Mak Lia.

Nampak raut wajah kasihan dari redup mata Fattah, dia tak sanggup melihat gadis yang terbaring itu semakin terseksa bila terlalu lama didalam rumah Agam itu.

Share this novel

Mrs aish
2023-07-14 15:29:18 

ada coin jugak ke...

Mrs aish
2023-07-14 15:25:05 

Assalamualaikum sis...cita baru pulak yer...tak sabar nk tau perkerjaan Fattah dengan geng


NovelPlus Premium

The best ads free experience