Rate

Bab 1

Family Series 5108

Awan yang mulai kelihatan gelap itu dipandangnya, sayu. Pasti, hujan akan turun tidak lama lagi. Namun, dia masih tidak berganjak dari kerusi itu. Suasana riang-ria para pelancong yang berkhemah di bawah rimbunan pohon redang membuatkan dia tersenyum sendiri. Namun senyumnya tiba-tiba mati apabila terpandang pulak sepasang kekasih yang sedang bersuapan tanpa memedulikan orang yang memerhati. Pasangan itu kelihatan sangat bahagia sambil sesekali memandang ke arah pantai yang mula bergelora. Qalisha terdiam seketika. Dia mulai mengingati memori lamanya.

Dari jauh, dia sudah terpandang susuk tubuh daniel yang sedang menghampiri bersama dua cawan teh di tangannya. Sedar tak sedar, dia tersenyum sendiri mengingati segala perkara yang sudah dilaluinya bersama lelaki kacukan cina itu. Dia tahu, sejak berada di tingkatan 3, daniel memang sudah berusaha untuk memikatnya namun entah kenapa selepas dua tahun berkawan rapat barulah dia menerima lelaki itu. Walaupun harapan untuk mereka bersama amat tipis tapi Keyakinan daniel terhadap hubungan mereka membuatkan dia juga kuat. Dia sendiri tidak dapat menafikan keinginannya untuk menjadi isteri lelaki itu namun dia tahu semua ketentuan itu milik tuhan. Sejak kecil lagi, dia memang sudah dimaklumkan bahawa dia sudah pun dijodohkan dengan anak kawan ayahnya. Semua itu adalah atas amanat turun temurun keluarganya. Lantaran itu, tiap cinta yang datang menghampiri, ditolaknya dengan cara yang baik. Namun, hatinya yang turut bergelora untuk daniel membuatkan dia tidak mampu. Malah, mereka sudah lama menjalinkan hubungan yang tiada berkesudahan itu. Dia cuma berharap suatu hari nanti, doanya untuk bersama lelaki yang dicintainya itu didengari tuhan.
'Why you smiling so widely, My dear? ' soal daniel sambil menghulurkan secawan teh ke arah Qalisha. Cawan putih itu disambut sambil senyuman masih terukir. 'Nothing.... i just wondering what happen when we broke up. Do we still like this... spend time together, picnic together and..... do you will see me like this when the times is comes?' soal hatinya yang terasa begitu berat. Dia tahu lambat laun perpisahan itu akan tiba. Dia membuang pandang ke arah lautan yang kuat bergelora itu. 'I dont know.. i just can't imagine how my life without you..its will be hurting maybe.... ' balas daniel lalu meneguk teh di tangannya sehingga habis. 'You know.. our story is very unique... every chapter is very wonderful and i can't imagine how with the.... '
tuturnya terhenti sebaik tangannya diraih daniel. 'I will make the ending is wonderful as the chapter that we made together.. ' suaranya penuh keikhlasan dan harapan. Dalam hati, dia sangat berharap tuhan akan menyatukan mereka walau sekuat mana dugaan yang bakal melanda.

Walaupun keputusan Daniel untuk berjumpa dengan ayahnya tidak dipersetujui namun melihat kesungguhan di wajah kekasihnya, dia mengikut saja. Dia sudah bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Dia cuma berharap dia kuat untuk menghadapi perpisahan yang akan terjadi di antara mereka kerana dia kenal siapa ayahnya. Kalau ayahnya sudah membuat keputusan maka ia tidak akan berubah lagi. 'what the black is black and white is white.'
Seperti yang disangkanya, Ayahnya bertegas kepada daniel supaya meninggalkan Qalisha. Walaupun daniel cuba untuk berbicara namun ayahnya tidak lagi ingin berkompromi.
'Uncle harap daniel lupakan niat daniel dan juga Qalisha. Walau apa yang berlaku uncle memang tak boleh menerima kamu. Uncle harap daniel carilah perempuan lain.' suara Dato Ghazali kepada daniel. Saat itu terasa dadanya dihiris-hiris dan dia yakin daniel juga merasainya walaupun lelaki itu masih cuba meluahkan keinginanya.. 'Uncle saya dan Qalisha sudah hampir 4 tahun lebih bercinta. Kami sudah saling kenal mengenali malah saya akan jaga anak uncle sebaik yang mungkin. Saya akan membahagiakan dia, uncle. Saya harap uncle boleh mempertimbangkannya. ' daniel masih tidak berputus asa. Kesungguhan daniel membuatkan qalisha menitiskan air mata kerana dia tahu mereka akan berpisah tapi melihat cinta daniel yang begitu mendalam terhadapnya, dia sangat gembira. 'Uncle memang tak boleh, daniel. Minggu depan Qalisha akan bertunang. Uncle harap kamu faham. Jauhi anak Uncle sebelum ada apa-apa yang buruk terjadi.' kalau tadi wajah daniel cukup tenang tapi kini wajah itu berubah mejadi kecewa. Setelah lama berada di situ, akhirnya daniel balik tanpa memandang ke arahnya lagi. Mungkin dia sudah berputus asa. Jauh di hatinya, Qalisah meraung. Dia menangisi pemergian daniel yang sudah jelas mengakhiri semuanya. Daniel sudah berputus asa. Cinta ini sudah lebur. 'Daniel, terluka ka engkau sebagaimana aq terluka? ' rintihnya dalam hati.

Semenjak Kejadian tempoh hari, Qalisha sudah tidak berhubung lagi dengan daniel. Malah sms, whatsapp, line semuanya tidak aktif bahkan dia tidak dapat menghubungi lelaki itu. Dia ingin berbicara dengan daniel walau apapun yang berlaku. Dia inginkan pengakhiran yang jelas. Namun lelaki itu terus menerus menghilangkan diri. Pelbagai cara sudah di lakukannya termasuk lah menghubungi teman rapat daniel namun semuanya tidak tahu dia berada di mana. Pernah juga Qalisha datang ke rumah daniel, namun semuanya sunyi. Panggilannya tidak bersahut. Dia tahu, daniel terluka namun melarikan diri adalah cara yang tidak wajar. Meskipun Sakit, tapi mereka perlu bersemuka. Semua harus diselesaikan dengan cara yang baik. Sikap daniel membuatkan Qalisha semakin kecewa. Dia masih lagi tidak mempercayai perpisahan yang terjadi antara mereka. Rupa-rupanya malam daniel bertandang di rumahnya itu adalah kali terakhir mereka bertemu. Ah! Qalisha meraung lagi. Bukan saja perpisahan ini yang melukakan hatinya malah sikap daniel turut menyakitkan hati. 'Daniel, if this is the best then please dont show up to me anymore. Forever and never.' Qalisha terjaga dari lamunannya apabila hujan mulai membasahi bumi. Cepat-cepat dia beredar sebelum hujan bertambah kuat. Biarlah pilu hatinya saat itu akan hilang bersama hujan yang akan berhenti nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience