Rate

BR 2 Chapter 4 : Loyal hearts are broken by liars.

Humor Completed 214294

AYDEAN merenung pada telefon bimbitnya yang berdering sejak dari tadi. Wajah Mawar dan Datin Marlia dipandang. Kedua-dua wanita itu sedang sibuk berbual antara satu sama lain di dapur. Di kesempatan itu, perlahan Aydean bangun dari duduknya meninggalkan ruang tamu dan pergi ke halaman rumah untuk menjawab panggilan itu.

Nafas ditarik dalam sebelum panggilan dijawab.

“Hello Aurora,”

“Dean, sorry I ganggu you. Mesti you tengah spend time dengan your family. Ke you dekat restaurant?” Soal Aurora dari hujung talian.

“I dengan my family dekat rumah my mom.” Jawab Aydean dengan tenang.

“So, macam mana? You dah bincang dengan wife you ke pasal tawaran I tu? I really hope that you accept my offer.” Kata Aurora dengan nada yang sedikit lunak.

Aydean diam beberapa detik. “Sorry, Aurora. I can’t. Ada hati yang I kena jaga,” dengan penuh sopan Aydean menolak tawaran gadis itu untuk mengajak dia kembali berlakon.

Aurora juga diam beberapa detik. Terdengar keluhan kecil dari hujung talian. Aydean pasti gadis itu merasa sedikit kecewa.

“I’m truly sorry Aurora.” Ucap Aydean sekali lagi.

“Kenapa? Wife you tak bagi?” Soal Aurora masih tidak berpuas hati.

“Tak. I yang tak nak sebab I perlu jaga hati my wife. Lagipun, kami dah berjanji," Tegas Aydean.

“Biar I cakap sendiri dengan your wife. I pujuk dia,” Aurora masih mendesak.

“No. Please Aurora. Tolong faham. I’m so sorry. I rasa ada je actor lain yang boleh berlakon bersama you.”

“Takda siapa yang serasi dengan I selain you. Kitakan the best couple in drama. Please, Dean,” Rayu Aurora masih mendesak.

Aydean mula rimas. Namun, sedaya upaya dia cuba mengawal perasaannya dari meninggikan suara pada gadis itu. “Sorry, I sendiri yang tak nak. I belum ready untuk kembali ke dunia lakonan,” tutur Aydean dengan nada yang tenang. Dia sangat berharap agar gadis itu tidak terus mendesak.

Beberapa detik Aurora berdiam diri. Kemudian, dia kembali bersuara, “Okay if you said that, I tak boleh nak paksa. Tapi, kalau you dah sedia nak kembali, let me know. I akan carikan watak yang sesuai untuk kita berganding semula,” Ujar gadis itu masih tidak mahu berputus asa.

Aydean tarik nafas dalam. Namun, sedikit sebanyak dia merasa lega kerana gadis itu tidak terus menerus mendesaknya. “Okey. Thanks sebab sudi offer I,” balas Aydean.

Talian ditamatkan beberapa saat selepas itu. Aydean meraup wajahnya dengan perlahan.

Ya, dia rindu untuk kembali ke dunia seni. Tetapi, dia menghormati perjanjian antara dia dan Mawar. Dalam masa yang sama, dia perlu menjaga hati Mawar seperti mana Mawar menjaga hatinya.

“Siapa call?” Soal Mawar yang baru sahaja muncul dari dalam rumah. Dia memegang sebiji mug berisi air kopi ‘o’.

Aydean memusing tubuhnya pada Mawar sambil tersenyum nipis. “Kalau biy cakap jangan cemburu pula,”

“Ex-geli friend?” Tebak Mawar dengan muka selamba. Mug diserahkan pada suaminya.

Aydean ketawa kecil saat mendengar jawapan isterinya itu. Mug diambil dan dia menarik tangan Mawar lantas dia mendorong wanita itu ke gazebo villa.

“Sit,” arah Aydean. Mug diletak ke lantai gazebo dan punggungnya dilabuhkan ke sisi Mawar. Bahu isterinya diraih lembut.

“Perempuan tu bukan ex-geli friend biy. Biy tak pernah couple dengan siapa-siapa after biy patah hati dengan you.”

“Straight to the point. Tak payah nak sweet talker sangat,” Pintas Mawar dengan riak dingin. Walaupun dia sudah dapat menebak gerangan wanita yang menelefon Aydean tadi, tetap sahaja dia mahu mendengar sendiri dari mulut suaminya.

Aydean ketawa janggal. “Aurora call.”

“Dah agak,” balas Mawar dingin.

“Actually, dia offer biy untuk berlakon dalam drama arahan dan lakonan dia. Bergandingan dengan dia.” Jelas Aydean memulakan cerita.

“Dalam ramai-ramai pelakon dekat Malaysia ni, kenapa awak?” Soal Mawar sedikit sinis. Pautan tangan Aydean dibahunya ditolak perlahan.

“Youu... janganlah merajuk. Bila biy terus terang you marah. Kalau biy tak cerita, pun you marah. Biy nak buat apa niiii…” Aydean merengek seperti anak kecil. Kepala yang tidak gatal digaru sehingga kusut rambut dibuatnya.

Mawar melepas tawa tatkala melihat gelagat Aydean. Paha lelaki itu dipukul lembut. Terasa geram, dalam masa yang sama gelagat Aydean mencuit hatinya.

“Biy nak gila dah ni tauu... cakap salah, tak cakap pun salah. Mama membebel tadi, nak menanah telinga biy ni. Lepas tu, mama terus tak bercakap dengan biy. Tak cukup lagi ke you nak seksa biy?” sambung Aydean masih merengek manja.

Mawar ketawa lagi. Rambut Aydean yang kusut masai membuatkan lelaki itu nampak kelihatan benar-benar serabut. “Padan muka kena marah dengan mama. Mama cakap, kalau awak tipu lagi dan jumpa perempuan lain tanpa pengetahuan saya, mama sendiri bawa saya dengan Nadine duduk sini. Mama tak bagi awak jumpa kitorang,” Ujar Mawar dengan riak puas hati kerana mendapat sokongan penuh dari ibu mertuanya sendiri.

“Youuu… Tak kesian dekat biy ke?” Nada manja masih kedengaran dari mulut Aydean. Alis matanya berkerut dengan bibir yang memuncung.

Mawar ketawa lagi. “Kalau ikutkan hati saya, saya bawa Nadine jauh dari awak. Biar padan muka awak!” balas Mawar tiba-tiba dengan nada geram.

“Janganlah macam tu. Ni first time biy buat macam ni. Takkan teruk sangat you nak hukum biy?”

“Lepas pertama kali, mesti ada kedua kali. Kan?” Pintas Mawar dengan cepat.

Aydean terdiam. Dia merapikan semula rambutnya. Kemudian, wajah Mawar direnung lagi. “Sekarang ni, wife biy ni, masih marah pada biy ke?” Soal Aydean mahukan kepastian.

Mawar membalas renungan lelaki itu dengan tenang. Perlahan dia menggeleng. “Tapi, kalau biy buat lagi. Saya tumbuk perut biy macam punching bag dekat rumah tu,” Terketap-ketap bibir Mawar menahan geram apabila melihat respon Aydean yang tiba-tiba memegang perutnya. Seolah telah ditumbuk oleh wanita itu.

Aydean ketawa saat melihat reaksi Mawar terhadap responnya. “Baru sedap telinga dengar you panggil biy semula. Thank you darling sebab maafkan biy,” dia merapati tubuh Mawar sambil menarik wanita itu masuk ke dalam pelukannya.

Mawar membalas pelukan Aydean. “I’m sorry sebab cakap kasar dan keluar rumah tanpa izin biy,” ucap Mawar dengan rasa bersalah.

Aydean tersenyum. Sungguh dia lega apabila hati Mawar sudah lembut sebegini.

“Takpalah. Salah biy sebab tipu wife biy ni,” perlahan tubuh Mawar ditolak menjauhinya. Rambut Mawar diusik dengan hujung jari sambil mata mereka bertaut.

“Cantik isteri biy ni. Tapi, lagi cantik berseri-seri masa tengok you pregnant tau,” Aydean kulum senyum.

Mawar yang tadinya tersenyum, terus mati senyumannya saat mendengar kata-kata Aydean. “I’m not ready for second pregnancy.” Mawar cuba bangun dari duduknya. Mahu lari dari permintaan Aydean.

“Hei, nak lari mana. Biy minta baby je. Bukan minta kahwin lain,” lengan Mawar ditarik dan serta merta Mawar terduduk atas ribaan Aydean.

“No. Saya tak ready. Nadine kecil lagi. Dia perlukan perhatian lebih daripada kita berdua tau,” Bantah Mawar.

Aydean kulum senyum. “Biy nak!” Sengaja lelaki itu mahu mengusik Mawar. Suka dia melihat wajah cemberut isterinya itu.

“Biyyy… I’m not readyyy…” Kali ini giliran Mawar pula merengek manja. Kedua tangannya melingkari leher Aydean. Bibir sengaja dimuncungkan meminta belas kasihan.

Aydean tersenyum lebar. “Manjanya diaaa…” pucuk hidung Mawar dicuit lembut.

Mawar membalas senyuman Aydean.“Biy pun manja. I learned from you,” Balas Mawar sambil memicit hidung Aydean. Hujung bibir digigit lembut.

Aydean kembali memeluk tubuh isterinya erat. Hidung menyedut aroma dari tubuh wanita itu. Tenang.

“If you’re ready, let me know. Biy nak pergi gym. Exercise,” Ujar Aydean. Dia mengangkat tangan kanan menunjuk ototnya kepada Mawar.

Mawar mencebik. Kemudian, dia pula mempamer ototnya pada Aydean sambil kedua kening diangkat berkali-kali.

Aydean memuncungkan bibirnya sambil buat muka manja. “Kalahlah biy macam niiii…” Rengeknya lagi.

“Siapa suruh malas work out,” Selar Mawar bersahaja.

“Tunggulah biy work out nanti. Mesti you kalah dulu,” Aydean kulum senyum.

“We’ll see,” Balas Mawar. Dia bangun daripada ribaan Aydean dan berdiri tegak di depan lelaki itu.

“So, kes tadi dah settle kan?” Soal Aydean mahukan kepastian.

Perlahan Mawar mengangguk. “Jangan buat lagi. Pinky promise,” Jari kelingking dihalakan pada Aydean.

“Alright,” Aydean menyelit jari kelingkingnya pada jari Mawar tanda janji dimetrai.

“Thank you, darling,” ucapnya entah kali yang ke berapa dia sendiri tidak pasti.

Mawar tersenyum segaris tatkala mendengar ucapan itu. Dia tahu Aydean masih rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga tidak mahu memanjangkan isu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience