32

Romance Completed 95763

"Siap! Kebab daging lebih, untuk bidadari abang." Pinggan yang berisi tiga potong kebab disorong ke hadapan Anggun Dahlia.

"Terima kasih abang sebab masakkan untuk Dahlia." Dia tersengih lebar. Tangannya mencapai sepotong kebab dan disua ke mulut. Kunyahan demi kunyahan ditelan. Pipinya mengembung. Automatik bibirnya mengukir senyuman.

"Sedap?" Ikram Benjamin duduk bertentangan Anggun Dahlia. Sambil meneguk secawan kopi o ais.

"Sedap! Lebih sedap dari yang jual dekat luar." Dia menyambung lagi suapannya.

"Abang nak?" Dia menyua sepotong kebab untuk Ikram Benjamin.

"Tak apa. Abang tengok sayang makan pun dah kenyang." Bibirnya menyimpul senyum. Jam tangan dipandang sekilas. ada lagi 30 minit lagi waktu rehatnya habis. Solat Zohor masih belum disempurnakan.

"Sayang, abang solat sekejap. Kejap lagi abang kena sambung kerja semula." Dia bangun menghampiri Anggun Dahlia.

"Okey." Nampak berselera. Hanya tinggal sepotong kebab yang tinggal.

Ikram Benjamin menunduk sedikit mendekati pipi kiri perempuan itu. Sebuah kucupan melekat pada pipinya. Kemudian, ciuman beralih ke kanan pula.

Anggun Dahlia tersenyum dalam diam. Dia suka dimanjakan begitu. Dia sukakan lelaki itu. Ah, pokoknya memang semakin hari dia semakin gila bayang dengan Ikram Benjamin. Kebab ditelan dengan penuh rasa cinta. Bahagianya dia dengan kebab ditangan. Dia memerhatikan Ikram Benjamin yang sedang mendaki tangga menuju ke biliknya.

Perutnya yang masih kecil diusap lembut.

"Sayang, ibu rasa ibu jatuh cinta lagi dengan ayah." Seolah-olah dia sedang bercakap dengan anak dalam kandungannya. Pipinya berbahang malu. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Kebab disumbat banyak ke dalam mulutnya bagi menutup rasa malu.

------

Malam itu, usai saja menunaikan solat Isyak Ikram Benjamin turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk. Sebotal air kotak susu DHL dikeluarkan. Kemudian, dia menuju ke kabinet dan mengambil sebiji gelas. Dia menuangkan air susu ke dalam gelas. Potong buah oren dan epal merah dikeluarkan dari peti sejuk. Dulang hitam kecil diambil. Dia meletakkan hidangan tersebut diatas dulang.

Dulang itu dibawanya menuju ke bilik. Satu-persatu anak tangga dipijak berhati-hati. Sampai saja dihadapan bilik, kedengaran riuh suara dari televisyen. Hidangan tadi diletakkan diatas meja sudut.

"Sayang. Kuatnya buka tv. Perlahankan sikitlah." Dia duduk dibirai katil. Anggun Dahlia pula bersandar dikepala katil sambil memegang remote. Dia mengambil remote dari tangan perempuan itu.

"Kenapa tengok cerita Thai? Cerita Melayu tak ada ke?" Dia mencapai buku bacaanya diatas meja.

"Ada. Tapi cerita Melayu tak seronok. Cerita Thai seronok sebab pelakon dia semua hensem cantik. Nanti anak kita keluar boleh ikut muka Thai. Haha." Dia tergelak sendiri mengenangkan zuriat yang bakal lahir nanti.

"Apa pula ikut muka Thai? Kalau macam tu tengok aje abang. Abang ni lebih hensem dari orang-orang Thai." Ikram Benjamin serius.

"Okey. Meh, sini. Dahlia nak tengok muka abang puas-puas." Ayatnya seperti bergurau. Bibirnya menyimpan senyuman.

“Sayang. Hujung minggu ni jom ikut abang.” Dia merebahkan badannya ke tilam. Peha Anggun Dahlia menjadi sasarannya. Kepalanya dibetulkan sambil memandang perempuan itu yang sedang leka dengan dramanya.

“Hm…abang nak ke mana?” Dia memandang sekejap ke arah Ikram Benjamin. Kemudian, pandangannya dialih semula ke televisyen.

“Pergi ke tempat yang boleh kita rasa syurga dunia. Nak?” Dia memainkan jarinya didagu Anggun Dahlia. Tangannya ditepis perlahan. Anggun Dahlia disulami gelak halus kegelian.

“Serius? Tak tipu?” Kini pandangannya diberi sepenuh perhatian pada Ikram Benjamin. Dia seperti tidak percaya dengan ajakan itu.

“Dua-rius. Ya, tak tipu.” Dia turut tersengih dengan jawapannya. Seakan berbual dengan anak kecil saja lagaknya.

“Betul?” Membulat matanya memandang Ikram Benjamin. Dia mahu memastikan sekali lagi.

“Hahaha. Ya. Betul sayang. Abang nak ajak berjalan pun dia tak percaya.” Dia bangun dari baringnya. Pipi Anggun Dahlia dicium berkali-kali. Sehingga rimas perempuan itu dibuatnya.

“Em…kita nak ke mana?” Soalnya teruja. Sengihan dibibirnya semakin melebar. Ah, tak sabarnya!

“Rah…sia.” Cepat saja puncak hidung Anggun Dahlia digigit halus.

“Alaa….kenapa kena berahsia? Macam pergi tempat tak seronok aje.” Mukanya kembali muram. Seiiring dengan moodnya yang semakin menurun.

“Pernah ke sayang pergi ke mana-mana tanpa abang tak seronok? Hm?” Kedua-dua belah pipi putih itu dipegang lama. Mereka saling bertatapan.

Tidak lama kemudian, Anggun Dahlia tersenyum malu. Pipinya dikembungkan sambil melarikan pandangannnya.

“Em…tak. Sentiasa seronok kalau pergi mana-mana dengan abang.” Senyumannya semakin melebar. Mendedahkan lagi keadaan pipinya yang semakin tembam.

“Ya ke? Kenapa?” Soalanya ingin tahu. Rambut yang terjatuh didahi Anggun Dahlia diselak ke tepi.

“Sebab….emm…” Sengihannya semakin melebar menampakkan lagi barisan giginya yang teratur.

“Hmmm…sebab?” Semakin geram pula dia dengan perempuan itu.

“Sebab…” Anggun Dahlia masih lagi bermain kata.

“Huh. Sayang…jangan main-main. Nanti kena dengan abang.” Giginya diketap geram. Pasti ada saja idea nakalnya.

“Sebab…abang kaya! Jadi, Dahlia bolehlah selalu habiskan duit abang beli itu ini. Makan dekat tempat yang best. Hahahaha.” Dia ketawa berdekah-dekah. Lawak sangatlah pada dia. Sehingga naik kemerahan mukanya.

“Ishh! Meh, sini!” Tubuh Anggun Dahlia ditarik ke dalam rangkulannya. Dia mencium geram pipi itu.

“Hahaha….abang! Dahlia gurau….gurau. Hahaha.” Semakin kuat gelaknya ketika ciuman dan gigitan Ikram Benjamin merayap pada batang lehernya.

“Nakal sangat kenapa ni? Hmmm…kan dah kena! Ooo, okey..okey! Lepas ni kalau sayang tanya abang, abang malas nak jawab betul-betul. Selalu sangat main-main.” Pipi Anggun Dahlia dicubit geram.

“Alaa…. Kenapa tak nak jawab? Jawablah. Abang merajuk eh? Okeylah, kalau abang tak nak jawab betul-betul pun tak apa. Jawab main-main pun boleh. Yang penting abang layan Dahlia bercakap. Hahaha.” Dia menyambung lagi tawanya. Idea nakalnya tidak akan pernah kering untuk mengusik lelaki kesayangannya.

“Sudahlah. Malas abang nak layan. Main-main aje dari tadi.” Ikram Benjamin turun dari katil. Dia menuju ke bilik air.

“Abang tahukan Dahlia suka abang? Suka banyak! Suka gila-gil! Sampai buat Dahlia jatuh cinta dengan abang setiap masa. Sebab tu Dahlia suka usik abang.” Dia memeluk tubuh Ikram Benjamin dari belakang. Senyumnya disorok. Tidak mahu lelaki itu nampak.

“Betul? Betul sayang sukakan abang banyak?” Badannya dipusingkan.Dia menunduk memandang tepat ke anak mata Anggun Dahlia. Bibirnya mula menguntum senyuman.

“Hmm...banyak! Tak tipu!” Dia mengangguk laju. Jawapan itu membuatkan hati lelaki Ikram Benjamin semakin cair.

“Kalau macam tu, jom ikut abang.” Dia tersengih nakal.

“Pergi mana?” Soalnya polos.

“Pergi tandas. Hahahaha.” Kali ini gelaknya pula yang bergema disegenap ruang bilik.

“Abang! Ish, tak nak! Pergilah sendiri.” Terus saja dia berpusing balik ke katil.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-05-14 09:40:39 

Bila nak update

@hiemhd
2020-05-13 08:38:46 

sambungannya please


NovelPlus Premium

The best ads free experience