Rezeki

Drama Series 421991

"Pam 5, RM100"
Aku mengangguk dan tersenyum pada lelaki yang bertopi dan berkaca mata hitam itu. Dengan pantas aku menekan butang pada skrin seperti yang diminta walaupun tenaga aku dah habis separuh. Bukannya aku tak minum minuman penambah tenaga, tapi hampa ianya sekadar melegakan tekak saja.

Dan hari ini terlebih sibuk kerana ada seorang pekerja tiba tiba mengambil cuti sakit dan seorang lagi ke tandas. Dari tadi pelanggan keluar masuk, bukan setakat nak membayar untuk mengisi petrol malah membuat pembayaran setelah membeli belah. Ye la macam macam ada terjual di kedai Select.

"Mesin swipe credit card kat semua pump rosak ye?"
'Eh... tak pergi lagi ke isi minyak?', hatiku berbisik bila dengar suara yang sama. Aku merapati semula kaunter terpisah dek cermin dimana dia menghulurkan duit tadi.

"Maaf encik. Hari ni sistem down".

"Nasib baik awak tak down sekali. Dah penat sangat saya tengok".

Aku tersenyum sinis bila diusik sebegitu sebelum dia berlalu pergi. Ada juga yang prihatin padaku.

Mataku memandang pada skrin cctv sambil berkerja seperti biasa. Ada beberapa buah kereta dan motor masih mengisi petrol manakala ada beberapa kereta lagi baru menyusur masuk mencari terminal pam yang kosong.

"Berapa?", tanya seorang lelaki tiba tiba muncul di depanku, meletak  sebotol air soya V-Soy dan dua botol 100 plus di atas kaunter.

Ohh.. lelaki tadi.

Aku menekan skrin untuk merekodkan pembelian.

"Mevius biru satu". Permintaannya aku tunaikan. Setelah dia membuat pembayaran, aku beralih ke kaunter tepi tingkap untuk melayani pelanggan yang beratur di situ.

"Ala.. dia lupa air soya ni", kataku pada Syima baru selesai urusan di tandas. Katanya perut kurang enak. Entah di mana dia beli sarapan pagi, sambal nasi lemaknya Masya Allah, membunuh!

Aku mencari kelibat lelaki tadi di cctv. Aku perasan dia memakai t-shirt merah dengan jeans hitam. Stylo sangat. Ok.. got him.

Aku bergegas keluar meninggalkan kaunter, Syima menggantikan untuk aku seketika. Aku berlari ke kereta berkenaan yang diletakkan di ruang pakir tepi stesen minyak. Cermin tingkap sebelah penumpang kuketuk.

"Encik, tertinggal air ni tadi", kataku sebaik cermin tingkap diturunkan. Mujur aku pantas, kereta itu sudah mula berundur.

"Aku tinggalkan air tu untuk kau". Kata katanya membuatkan aku tercengang. Belikan untuk aku??

"Tapi encik...", responku spontan.

"Nanti nanti dia tinggalkan hati pula", sahut temannya si pemandu. Mukaku memerah bila dia kata begitu walaupun aku tahu itu hanya usikan kosong - dah selalu sangat pelanggan nakal mengusik aku dengan ayat ayat manis yang langsung tak serius. Tapi tak lama apabila lelaki tersebut membuka kaca mata hitam dan topi di kepalanya.

Arghhh.. kenapa aku tak perasan dia? Suara dia? Aku dah lupakan dia terus ke? Baru berapa minggu je kami tak jumpa.

"Haa... suka la kan dapat punchline gitu. Perasan sungguh!". Hidungku yang tak berapa mancung ditarik sebaik habis ayat mengata aku.

"******* la boss ni. Sakit!!", balasku memukul tangannya kemudian mengosok hidung yang perit.

"Ha... mencarut lagi. Penat la aku berdiri depan kau tadi 2 kali. Langsung kau tak kenal. Buruk sangat ke aku sekarang?", ujarnya sambil membuka pintu. Aku berganjak ke belakang sedikit.

"Sorry boss. Sibuk hari ni. By the way, thanks for this. Saya nak masuk. Kawan cover station saya kejap je", balasku lalu berjalan semula ke pintu kedai.

"Nanti". Lenganku dipegang kejap membuatkan langkahku terhenti.

"Habis kerja pukul berapa?", soalnya serius. Aku melarikan anak mata dari terus bertentangan dengannya. Entah kenapa, aku rasa kurang selesa. Aku menggerakkan bahu agar dia sedar yang aku tak senang dengan sentuhannya.

"Sepuluh", jawabku ringkas.

"Jumpa kau kat mamak hujung tu. Aku tunggu", balasnya dan melepaskan pegangan.

"Tapi...."

"Takde tapi", potongnya.

Aku menggaru kepala sambil kaki mengorak langkah, macam mana aku boleh tak perasan itu Arif Fahmi? Beza sangat ke? Tak. Cuma jambangnya kurang kemas, makin tebal.

Aku yang tak beri perhatian. Semua orang aku pandang seolah tembus, senyumanku palsu sekadar mengikut prosedur. Senyum pada pelanggan, cuba kelihatan mesra.

"Eh, tak sempat?", tanya Syima bila nampak aku masih memegang botol air soya tersebut. Aku mengeleng, "dia kata untuk aku".

Syima tersengih, "untung la kau. Hensem tak?"

Soalan itu aku jawab dengan jelingan tajam.
Aku membuka penutup dan terus meneguk kerana tiada pelanggan saat itu. Fikiranku penuh terisi dengan panggilan telefon dari Nuha beberapa hari lalu, meminta aku menaja dulang untuk barangan penjagaan diri untuk lelaki, siap dengan jenama sekali. Dimintanya Paco Rabanne One Million Men yang original bukan gred jual di laman sesawang. Apa, dia ingat aku ni gaji besar sangat agaknya. Pewangi aku pun aku beli di Uptown je. Sepuluh ringgit sebotol. Huh!

Nak tolak, ini perkahwinan adik aku. Satu satunya adik yang aku ada dalam dunia. Penat otak aku memikirkan soal duit. Dah la nasibku kurang baik dalam mendapat pekerjaan. Ada saja kawan yang terus dapat menjawat jawatan baik di sektor sawsta dengan gaji beribu ribu. Aku tidak. Sementara mendapat pekerjaan yang lebih baik, aku mencari rezeki di sini. Asalkan halal.

*********

Aku, Joy dan Aedy jalan beriringan dari kereta ke restoran 24jam itu. Ya, jika aku tamat shift jam 10 malam, Joy akan jemput aku. Katanya bahaya berjalan kaki atau naik Grab seorang diri. Kadangkala hanya Aedy yang jemput. Sememangnya aku banyak terhutang budi pada mereka.

"Joy, dia dah sampai la", bisikku pada Joy, kami jalan beriringan.

"Yang mana?", tanya Joy teruja. Aku mana ada keluar dengan lelaki selain Seth selama ini.

"Baju putih tu", jawabku dan mataku tertumpu pada seorang lelaki yang sedang leka menonton layar putih besar yang diletakkan di sudut kedai mamak.

"Kau pergi la. Aku dengan Aedy duduk meja ni. Takkan aku nak kacau kau dating pulak", kata Joy sebaik kami mendekati meja kosong.

"Wei Joyah. Tu ex boss la. Bukan boyfriend", kataku dengan jariku menyepit lemak pinggangnya.

"Ye lah, ye lah. Siapa boyfriend kau? Seth? Dia dah kawin. Yusri? Dah hanyut dalam dakapan rindu ustazah Jordan", balas Joy. Sengaja la tu nak bagi aku sakit hati.

"Aku tak perlu jantan la", tegasku.

"Opsss.. sorry Aedy", tambahku tersengih campur bersalah bila Aedy tiba tiba memandang aku.

"Kau tak rasa lagi kena jolok. Nanti dah rasa, asyik nak aje", ujar Joy dengan selambanya.

"Ishh.. setan betul la kau ni. Dah la. Aku nak pergi sana. Tah apa la orang tua ni nak". Malas aku nak layan minah Joyah tu, meleret leret nanti.

Aku berjalan menuju ke meja Arif sambil menahan malu dan bengang dengan kenyataan Joy. Nauzubillah... aku tak nak terjebak. Bukannya tak teringin, aku ada nafsu la. Nak nak lagi bila terjaga tengah malam, terdengar suara mengerang Joy dari bilik sebelah. Kadangkala aku rasa Joy dengan Aedy ni sengaja mengeluarkan bunyi kuat, aku kat bilik sebelah jadi tak tenang. Ada masanya aku terserempak dengan Aedy berjalan dalam rumah dengan boxer ketat sewaktu ke dapur untuk minum air. Nampak ada bonjolan besar antara dua kakinya. Tapi aku abaikan perasaan itu. Belum masanya bisikku bagi menguatkan hati.

"Boss". Sapaku sambil menarik kerusi setelah meletakkan telefon bersama sekotak rokok di atas meja sebelum duduk berdepan dia.

Telefon aku dicapai dan dibuka. Aku bukan jenis yang letak kata kunci. Jadi memang mudah untuk Arif melayari telefon aku.

"Boss nak pergi mana?", soalku bila dia bangun dari kerusi.

"Pergi kat tong sampah tu, nak buang telefon ni", jawab Arif dengan muka kering, tiada perasaan.

"Telefon saya tu. Kenapa nak buang?". Terus aku bangun dan merampas dari genggaman Arif. Aku tak mampu nak beli telefon baru la. Duit yang ada tersimpan dua bulan ni pun dah ada jalan untuk dibelanja. Untuk siapa lagi, jika bukan untuk Nuha. Tertangguh lagi cita cita aku nak buat deposit beli kereta.

"Sebab tak reti reti telefon aku", ujar Arif merenung mata aku. Dan aku malas nak berbalah. Aku duduk menghela nafas berat. Sungguh, tak semua orang faham masalah orang lain.

"Takde kredit. Lagipun kenapa saya nak call boss?", tanyaku pada Arif yang sudah melabuhkan punggung. Aku tatap wajahnya. Agaknya Arif sempat pergi grooming tadi. Dah nipis jambangnya seperti dulu. Bersih dan kemas.

Arif fahmi merenung aku. Seperti ada sesuatu yang terbuku.

"Ok kerja kat petrol station tu?", soalnya.

Akku mengangguk.

"Tak penat?". Aku tertawa kecil dengan soalan itu. Jikalaulah dia tahu yang aku ambil full shift setiap hari, pastilah dia tahu betapa letihnya aku. Aku diberi rehat untuk makan dan solat. Itu saja masa aku dapat duduk dan merehatkan kaki. Balik kerja kadangkala tak sempat mandi, aku dah terlena dengan uniform Select.

"Kerja apa yang tak penat", balasku selamba.

"Tak cari job lain?", soalnya lagi.

"Cari. Dah pergi interview tapi tiada jawapan. Saya kerja je ni dulu asal halal. Yang penting saya ada duit, boleh bayar loan, boleh buat simpanan sikit. Kirim duit kat mak", jawabku tenang. Memang itu tujuannya aku bekerja buat masa ini. Dah banyak duit mak keluarkan untuk menyekolahkan aku.

"Ada juga hantar permohonan kat company Mr. Yong. Lepas tu Anitha call. Dia kata May Tan dah dapat tanpa temuduga. Mesti kerja dia masa buat intern tu bagus kan? Mr. Yong puas hati", tambahku sedikit kecewa tapi Arif ketawa besar pula. Aku pelik  berkerut dahiku melihat Arif begitu.

"Kenapa?", tanyaku kehairanan.

"Kau tau kenapa May Tan yang dapat?", soal Arif kembali. Aku menggeleng.

"May Tan tu anak buah bini Yong. Nak mampus tak ambil? Kau tak tau macam mana bini Yong tu. Nampak je sofistikated tapi pemikiran kampung hulu lagi", jawab Arif sesedap hati je mengutuk. Baru aku faham kenapa May Tan dan aku mendapat layanan berbeza.

"Ni kau full shift? Penat?", tanya Arif prihatin.

"Haah", keluhku sambil menggerakkan pinggang ke kiri dan kanan, mengeliat bagi mengurangkan lenguh.

"Patut dah takde pipi gebu", ujarnya tersenyum simpul. Aku terkesima seketika.

"Bagus la. Takde tembam macam dulu", balasku sedikit bangga. Ye la, tak perlu diet, berat dah berkurangan. Ye ke? Aku tak timbang pun tapi dah Arif kata tak tembam dah, kira kurus la kan? Walaupun sekadar pipi.

"Tembam la best".

Aku membesarkan mata memandang Arif yang tersengih.

Aku nak kurus, dia suka aku gemuk pulak.
Aku perasan yang aku dah kurang makan sebab penat. Dalam kedai banyak je makanan sedap sedap tapi semuanya kena bayar. Memang la kan, bukan kedai aku. Kalau kedai sendiri pun, mau bangkrap.

"Kau nak makan apa? Order. Aku belanja", tawar Arif.

Aku menggeleng.

"Tak nak makan. Nak balik tidur", aduku manja tanpa sengaja.

"Jangan la macam ni. Aku dah lama tak jumpa kau. Harap kau telefon aku, memang takkan la", pujuk Arif.

"Kenapa boss tak telefon saya?", soalku mula mengada, merajuk. Bila penat semua deria lari lintang pukang.

"Aku baru balik dari Spain. Raya kedua aku dah ke sana", terang Arif menghulurkan sebatang rokok padaku.

"Kerja?", tanyaku terus mencapai. Orang dah beri, takkan nak tolak pula. Rugi!

"Haah. Takkan cuti makan angin. Habis la duit simpanan kawin aku", balas Arif mengenyit mata sambil tertawa kecil.

'Ooo.. nak kawin dah. Mesti awek yang diidamkan sudah beri kata putus. I am happy for you, Arif', bisik hati kecilku.

"Eh.. order la. Lepak kejap. Nanti aku hantar kau balik. Kau dok area sini?".

"Air kosong je la", jawabku dan mengangguk. Sesekali aku pandang pada Joy dan Aedy, asyik sangat bersuap suap roti nan.

"Air kosong? Ok. Aney... kopi O keras satu. Mee goreng ayam satu", jerit Arif pada seorang pelayan yang baru nak berjalan kearah kami.

Aku lihat atas meja sudah ada 3 gelas. Dua dah kosong, satu lagi masih ada setengah air kopi. Pinggan pun dah licin. Tinggal sisa minyak.

Tak kenyang kenyang lagi ke? Rindu sangat menu Malaysia selepas sebulan lebih tinggal di Sepanyol? Dah tu, air kosong aku bukannya dia order. Hampeh!

Share this novel

aliaakma_
2022-01-10 13:40:37 

novel el selalu reality kehidupan, mcm yg Yang Kedua dekat tu sedihhhh tapi best giler

aliaakma_
2022-01-10 13:27:56 

hahaha sapa tu yg bagi punchline

Hana
2019-10-30 14:01:12 

godaan di mana2..


NovelPlus Premium

The best ads free experience