Bab 8

Romance Series 1301

Selesai memarkir kereta, Ashraf menapak keluar lalu mengatur langkah ke Seven Eleven. Pintu ditarik, seiring dgn itu kedengaran suara mesra pekerja menyambut kedatangannya.
Ashraf bergerak ke bahagian air. Dicapai sebotol besar air mineral lalu berganjak ke cashier. Namun tiba-tiba pandangannya tertancap pada sekujur tubuh kecil molek sdg berdiri di bahagian fast food. Dia kenal si gerangan itu. Senyuman terukir lantas kaki bergerak pantas mendekati Airra.
" Tak boleh amalkan selalu fast food ni. Its not good for your health" Pesanan itu singgah di cuping telinga Airra, berpaling lalu pandangannya kaku di situ. Sesaat. Dua saat. Tiga saat...
" Hello. Is anybody there?" Ashraf melayang-layangkan tangannya di hadapan Airra, sedar kehadirannya seolah tampak ghaib di mata gadis itu.
Sudah agak lama mereka tdk ketemu. Kali terakhir adalah ketika Airra dibenarkan keluar hospital minggu lepas. Menatap wajah comel itu, hatinya terputus segala bebanan di dada.
Airra terkebil-kebil lantas tersengih manja. Dia pada masa yg sama turut terkejut apabila disapa oleh doktor yg pernah merawatnya dulu. Tdk menyangka mereka akan bertemu lagi pada situasi yg berbeza. Lelaki itu tampak bersahaja dgn kemeja berlengan pendek berwarna biru tua dan dipadankan dgn jeans. Jauh berbeza dgn penampilannya yg sering mengenakan pakaian formal.
" Doktor. Buat apa kat sini?"
Ashraf menunjukkan botol mineral yg sempat dia gapai sebelum dibawa ke cashier sebentar tadi. Airra mengangguk tanda faham. Ehhh aku nak beli apa tadi?
" Tak perlulah panggil saya doktor. Saya tak merawat awak lagi. Panggil Ashraf je. Lebih selesa"
" Ohhhh okayy" Airra mengangguk lagi. Seketika, keadaan bertukar sepi. Masing-masing tdk berkutik, bahkan kekok kerana berdua-duaan spt itu.
" Ohh tadi nak beli apa? Saya nampak awak mcm tengah pilih snek tadi? Tahu tak, makanan mcm tu tak bagus? Lagi-lagi orang yg sakit mcm awak ni"

Airra terdiam. Semangat pulak doktor ni sekolahkan aku!

" Ehh, taklah. Saya saja je lalu tempat ni. Nak tengok-tengok barang. And tak semestinya kita nak beli kan?"

" Hmmm..." Ashraf seakan tdk percaya. Airra ni kalau dilihat betul-betul, memang mcm budak-budak. Badan yg kecil dan rendah, perangai agak kebudak-budakan, tdk menunjukkan bahawa dia sebenarnya sudah mencecah 24 tahun. Kalau berdiri di sebelahnya, agak-agak orang ingat mereka adik-beradik barangkali!

" Ehh doktor pulak beli apa?"

" Awak dah tanya tadi Airra" Botol mineral yg setia di tgn dilayangkan ke udara. Airra tersengih lagi. Lupa!
" Awak dtg sini dgn siapa?" Ashraf tdk melihat sesiapa di situ kecuali mereka berdua dan seorang lelaki Cina yg sibuk berurusan di cashier.
Airra bergerak ke bahagian air lalu mencapai sebotol mineral dan dua tin air kundur. Niatnya yg hendak membeli beberapa snek terbantut gara-gara kehadiran doktor muda itu di situ. Yg pasti, dia akan terus-terusan disekolahkan jika meneruskan hajatnya yg satu itu. Ashraf membontoti dr belakang. Diperhatikan saja olah gadis itu.
" Sorang je. Tadi along yg hantar. Ingatkan dia dpt hantar balik, tapi ada emergency case so dia rushing ke tempat kerja. Saya ni bosan sebenarnya. Duduk kat rumah memanjang. So tu yg ajak along keluar. Alih-alih, along ada hal pulak. Mereput baliklah di rumah lepas ni" Ada keluhan terdengar di hujung bicaranya. Bosan memanjang di rumah membuatkan dia mengambil keputusan utk makan angin di luar rumah. Tapi niat yg satu itu harus dilupakan kerana along yg diharapkan menjadi tour guidenya hilang dibawa arus kerja!
Ashraf tergelak mendengar omelan Airra. Entah kenapa hatinya tercuit dgn gadis yg satu ini. Ada aura positif yg sering mendekat apabila gadis itu ada bersama.
Mereka sudah di cashier. Airra meletakkan semua barangannya lalu mengeluarkan beberapa keping not berwarna hijau. Namun belum pun sempat dia mengajukan wang tersebut kpd gadis di cashier, Ashraf terlebih dahulu melakukannya. Terkaku sekejap tubuh badannya.
Ashraf dilihatnya mengajukan sekeping kad kredit sambil tersenyum. Minumannya sebentar tadi telah pun dibayar oleh lelaki itu. Tak cukup dgn itu, plastik yg berisi barangannya juga dibawa dgn senang hati oleh Ashraf. Dengan senang hati! Entah kenapa lelaki itu tersenyum bahagia memberikan khidmat pelanggan spt itu kpdnya.
Mereka menapak keluar. " Awak balik dgn saya je. Saya hantarkan awak ye?" Pelawa Ashraf. Tanpa sempat menunggu jawapan balas dr Airra, dia memunggah semua barangan Airra ke seat belakang.
" Ehhhh takpelah doktor. Saya boleh naik grab. Lagipun, saya tak nak susahkan siapa-siapa"
" Tak susah pun. Bahkan saya senang hati. Lagipun saya tak sedap hati kalau biarkan awak naik grab. Sekarang dah macam-macam kes yg melibatkan grab. Awak tu perempuan" Dan sungguh, kata-katanya kali ini mampu membuatkan Airra terkaku lagi, dan terus kehilangan kata-kata!
" And one more thing. Jgn panggil saya doktor. Saya dah bgtau sebelum ni kan? I'm more fit to be called as Ashraf. Atau kalau nak lebih mesra lagi, panggil saya abang" Sempat dia mengusik sambil mengenyitkan mata. Airra hilang arah, utk keberapa kali, dia juga tdk pasti.
" Jom. Abang hantarkan" Sengaja dia tekankan perkataan 'abang' itu utk mengusik Airra lagi, melihat sejauh mana keberanian Airra menjawabnya. Namun melihatkan Airra yg merona merah, dia hanya mampu ketawa sambil menggelengkan kepala.
Airra mengetap bibir lalu masuk ke dlm perut kereta apabila dipanggil berkali-kali oleh lelaki itu. Eeeee dia niiii! Tak menyabar betulllll!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience