BAB 1

Humor Completed 78160

"BABA dah muak dengan sikap Adam tau tak!Apa lagi yang Adam nak tunggu.Hujung bulan ni Adam kena nikah juga dengan Aisyah!"bergema rumah tiga tingkat dengan suara milik Dato Rais.

Acap kali berlaku pertelingkahan mulut antara mereka dua beranak pasti tiada sebarang kata sepakat yang dicapai.Geram dia dengan sikap anak lelakinya yang seorang ini.Bukan sekali dua di nasihati anaknya malah beribu kali sejak Adam bercinta dengan seorang model terkenal tanahair.

Meluat dia melihat Adam dengan Julia.Banyak gosip tak baik antara mereka.Malah makin teruk.Namanya turut terpalit sekali bila nama Adam dikaitkan dengan model itu.Paparazi ni bukan nya reti duduk diam.Cerita yang sedikit di war-war kan menjadi besar.Berapa kali dah terkeluar cerita anaknya itu dalam media dan majalah hiburan.

Macam mana dia tak naik angin.

"Abang ni cuba cakap elok-elok dengan anak kita,"celah Datin Mazni.

"Nak cakap elok macam mana lagi!?Sampai Adam tua ke nak kena gosip dengan perempuan tu.Dengan pakaian sendat macam sarung nangka.Perempuan macam tu kau nak buat bini!"

"Julia!Nama dia Julia,baba.Apa yang buruk sangat pasal girlfriend Adam tu, sampai baba benci?"Adam mula naik angin.Geram bila kekasih hati tidak mendapat tempat di hati baba.Tengok mummy elok saja dengan Julia.Malah seperti ibu dan anak keakraban mereka.

"Kau ni buta ker Adam?Dah banyak kali dia berpelukan dengan lelaki lain.Macam tu kau suka?"mencerlung merah mata Dato Rais.

Adam dah buta mata buta hati agaknya sampai tak nampak apa yang Julia buat.Semua nampak elok di mata Adam.Peluk jantan sana peluk jantan sini.Dengan pakaian tak senonoh.Macam tu agaknya sikap seorang model.Pakaian dah la berfesyen kebaratan malah lebih teruk dari orang barat sana nun.Mak bapak Julia tak malu agaknya dengan perangai anak mereka.Tak ingin aku nak berkenalan dengan keluarga Julia.Bukan isterinya tak pernah mengajak dia berjumpa keluarga Julia tapi dia sendiri terang-terangan menolak.

"Baba ni kan kenapa tak puas hati sangat pasal Julia.Adam dengan Julia dah lama bercinta.Adam tak akan tinggalkan Julia.Ntah sapa-sapa yang baba nak nikah kan dengan Adam.Adam tak nak!"

"Abang ni pun satu.Adam tak mahu tak usahlah di paksa.Anak kawan abang tu ntah sapa-sapa.Dengar nama pun dah macam ceruk kampung mana datangnya."

Datin Mazni memang menentang habis-habisan bila suaminya bercadang mahu menikahkan Adam dengan perempuan kampung mana ntah.Nama pun Aisyah dah tentu perilaku macam perempuan kampung.Memang jauh beza bagai langit dengan bumi dengan anaknya Adam.

"Kamu berdua ni ada saja kan nak cari pasal.Kamu Maz,jangan nak burukkan Aisyah.Budak tu baik.Dia saja yang sesuai jadi isteri Adam!"

Faham sangat dengan perangai isterinya yang suka bercanggah pendapat dengannya.Dari dulu lagi Datin Mazni suka membantah sehingga menjadi ikutan anaknya, Adam.Aidil adik kepada Adam tidak lah sekeras itu.Malah lebih bersikap sabar.Adella kakak Adam kadang-kadang ada angin juga.Pening kepala Dato Rais memikirkan hal keluarganya.

Dia teringat janjinya pada Haji Hamid pada masa lalu.Ketika itu dia bisnesnya jatuh menjunam.Dia hilang tumpuan dan hampir-hampir membunuh diri.Tanpa sedar keretanya membawa haluan ke sebuah kampung di pinggir bandar.

Fikirannya begitu runsing.Malah tertekan bila isterinya asyik merungut akan keadaan hidup mereka.Dengan hutang makin bertambah.Anak-anak masih berlajar.

Cermin keretanya di ketuk berkali-kali membuatkan dia tersedar.Berdiri seorang lelaki berjubah putih berserta serban putih di kepala bersama senyuman.Sampai ke hari ini dia tak boleh lupakan senyuman ikhlas Haji Hamid walaupun sahabatnya itu telah meninggal dunia.Dia ingatkan yang berdiri itu malaikat kerana tidurnya terlalu lama.Mana tahu ajalnya telah sampai.

Haji Hamid membawanya masuk ke Darul Sakinah dan menyuruhnya membersihkan diri.Waktu itu telah hampir Subuh. Baru dia perasan keretanya berhenti betul-betul di hadapan pagar RUMAH ANAK YATIM DARUL SAKINAH.Kenapa dia tak nampak perasan selama ini.Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya dan kenapa dia terdampar di depan Darul Sakinah.

Selama sebulan dua minggu dia berada di situ mempelajari ilmu agama dan ibadat dari Haji Hamid.Banyak tentang hal agama yang dia telah lupa sejak berkecimpung dengan dunia perniagaan.Dia lupa dan alpa dengan kemewahan sehingga di tarik sedikit demi sedikit keselesaan hidupnya satu keluarga.Mujur Allah masih menyayanginya dan memberi kesempatan untuk dia bertaubat sebelum terlambat.

Di Darul Sakinah,banyak yang dia telah pelajari.Dari bacaan solat yang tergagap-gapap sampai sekarang dia sudah lancar membaca Al-Quran.Dulu dia lalai tapi sekarang dia sudah sedar apa yang dia ada cuma lah pinjaman.Allah boleh tarik bila-bila masa.Dulu dia lupa bersyukur sehingga nikmat dunianya serta merta ditarik.

Sejak itu dia sering berulang-alik ke Darul Sakinah tanpa jemu untuk mempelajari hal agama.Puas dia mengajak Datin Mazni dan anak-anaknya tapi mereka menolak.Dengan alasan masih belum bersedia.Bila-bila pun boleh belajar.Banyak alasan lain lagi yang mereka berikan.Kesal juga Dato Rais dengan sikap tidak ambil peduli isteri dan anak-anaknya.Silap dia juga.Sedih juga rasa hati.

Dato Rais dah berjanji pada Haji Hamid untuk bermenantukan Aisyah sebelum arwah meninggal.Tapi tak sempat ditunaikan bila arwah Haji Hamid meninggal terlebih dahulu.Dia tahu hanya Aisyah yang boleh mengubah anaknya Adam.

Mengenali Aisyah secara tidak langsung membuatkan Dato Rais jatuh sayang padanya.Bukan kerana budi yang Haji Hamid taburkan tapi kerana Aisyah seperti ada sesuatu daya tarikan yang tersendiri.

Selamat membaca! 16/11/2021 Sakura Leo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience