BAB 2

Crime Series 20796

PINTU terbuka luas. Sepantas kilat Nea berpaling ke belakang walau agak sukar dengan keadaan berbalut dengan straightjacket. Tiada lagi suara-suara dari minda.

Yang masuk bukan Dr sara. Misi Alya juga bukan. Kerana jikalau mereka berdua, sudah tentu Warden selalunya akan masuk sekali. Tajam dan lama mata Nea merenung susuk tubuh dalam jubah putih itu.

Dari merenung muka kini mata dia alihkan pada tag nama yang terpin pada jubah. Ian. Dr Ian nama susuk tubuh sederhana tegap itu.

Pun begitu, tiada langsung kerutan pada dahi Nea. Wajahnya tetap lugu tanpa sebarang perasaan. Nea kembali semula pada menungan.

"Kenapa kau bunuh Jefry?” soal Dr Ian terus tanpa sebarang salam mahu pun mukadimah. Kepala Nea langsung tertegak dengan mata terjegil seakan terkejut tatkala mendengar akan sebaris nama itu.

Jefry.
“Aku tanya kau ni, kenapa kau tak jawab? Aku rasa kau belum bisu lagi. Kenapa kau bunuh Jefry? Aku tahu... apa sebab kau dihantarkan ke hospital gila ini. Kau membunuh orang, bukan satu tapi ramai dah kau bunuh. Dan ini, termasuklah Jefry...” ulas Dr. Ian tetap merendahkan nada suara.

Tetap mengawal emosi.

Suara-suara ramai kembali semula ke telinga Nea. Tergeleng-geleng. Mahu memekup telinga tak boleh, tangan terikat sekali dalam baju pasung atau straitjacket.

Dari berbunyi seakan lebah kini makin memeningkan kepalanya.

Dr. Ian sengaja menyoal lagi dan lagi. Dia tahu gadis yang masih dalam proses psikoanalisis itu telah terganggu.

"Aku bunuh dia sebab dia buat aku...” sahut Nea seraya dengan lafaz itu, semerta berpaling kepala ke belakang lalu menghantar renungan tajamnya ke arah Dr Ian.

Gadis itu kini bertutur seperti mereka yang normal. Tiada langsung nada ketakutan seperti selalu. Dari menunduk tergeleng-geleng. Tapak tangan Dr Ian yang sengaja memekup telinga kini dia alihkan dari telinga Nea. Mata Nea menjadi tajam saat mendongak merenung lelaki berjubah putih itu.

Nea tarik senyum senget. Dia bangun dengan begitu mudahnya walau dalam straightjacket, sedangkan tadi mengalami kesukaran. Menapak dalam keadaan berbungkus sedemikian. Tajam melawan tunakkan mata Dr Ian.

“Kau siapa? Aku tahu kau bukan doktor. Kau siapa, hah?” soal Nea berhenti dari melangkah namun menunduk, mendekat pada wajah lelaki tersebut.

Dr Ian juga tersenyum penuh sinis. Dalam masa terhidu bau busuk dari mulut yang tidak bergosok itu.

“Kau tahu siapa aku dan siapa Jefry pada aku?” Soalan Dr Ian cuba bermain dengan minda gadis yang dia yakini sedang mengalami perubahan sikap. Dia tersenyum lagi. Sudah lama dia tahu.

Nea jawab dengan bahu yang terangkat sahaja.

Dengan wajah tanpa ada rasa telah membuat kesalahan merokok di kawasan larangan. Dr Ian memasang api rokok lalu dikebam pada bibir sebelum jari mengepit semula.

Menghembuskan asap tepat ke muka Nea Ameera, pesakit baharu di pusat tersebut.

Dan Nea langsung menarik nafas serta menghirup bauan nikotin tersebut, sebelum dia bergerak makin dekat.

Makin dekat...

Hanya dengan menggunakan bibir, Nea menarik keluar rokok dari dalam mulut Dr Ian. Dr Ian sedikit teruja dengan keupayaan gadis mental di hadapannya itu.

“Siapa kau? Penting ke untuk aku tahu? Jefry, dia memang patut aku bunuh..."

“Hei, betina! Kau tu yang tak sedar diri. Tubuh kau tu dah berapa banyak jantan pakai...”

Puih!

Rokok diludah lalu jatuh ke lantai. Kaki menghentak atas rokok yang masih berbara itu.

Sakit.

Tidak sesakit hatinya kini. Siapa lelaki ini sebenarnya?

Nea tergeleng-geleng. Wajah lugunya kembali semula.

“Tolong! Tolong! Lepaskan aku. Lepaskan aku!” pekiknya tiba-tiba.

Senyuman Dr Ian terbejat apabila Warden masuk sambil terkibas-kibas hidung kerana terhidu bau asap rokok.

“Kenapa doktor? Dia cuba cederakan doktor ke? Dia hisap rokok?” soal Warden bertalu-talu sambil memandang penuh meluat pada gadis yang kelihatan selekeh serta berbau itu.

Nea juga memandang ke arah yang sama namun tidak lama selepas itu, dia kembali merenung dinding semula. Tiada lagi renungan tajam. Mendekati lagi ke arah dinding lalu menghantuk kepala.

Warden mahu mendapatkan gadis yang cuba mencederakan dirinya itu namun laju tangan Dr Ian menghalang dan menggeleng.

Tiada lagi jeritan. Dr Ian memberitahu sesuatu kepada Warden secara bisikan dan kemudian meminta dia agar mengikutinya ke luar bilik.

Sebelum itu, Warden di arahkan untuk menutup pintu dan menguncinya.

Dr Ian dekatkan mukanya ke telinga Warden lalu membisikkan sesuatu. Warden mengangguk. Dr Ian menarik keluar dompet sambil Warden tinggi lampai itu, memerhati.

“Eh, apa ni?” Laju tangan Warden menolak pemberian wang bawah meja dari Dr Ian.

“Ala, ambil sahajalah buat duit kopi...” sahut Dr Ian menarik tapak tangan dan duit dia letak ke dalamnya sebelum di tutup dengan lipatan jari Warden. Dr Ian sempat lagi merenung ulah Nea yang masih lagi menghantuk dahi pada dinding dan kemudian dia berdiri tegak.

Dia ulangi lagi hantuk kepala. Berdiri tegak semula. Dia ulang lagi hantukkan kepala kemudian mematung semula. Mata sebelah dia kecilkan tanpa sebab. Suara-suara itu hadir semula menerjah otaknya.

"Nea... Nea..."

"Kau nak apa hah? Dasar sial!"

"Aku sayang kau, Nea..."

"Nea... Nea..."

Suara-suara itu hadir dengan pelbagai intonasi. Ada merayu. Ada tengkingan. Ada yang bersuara tenang. Nea kembali meronta-ronta seakan mahu menanggalkan ikatan straightjacket.

“DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku fail rujukan yang doktor perlukan,” terang Misi Alya berdiri di tengah pintu.

Mendakap beberapa buah fail berkulit keras. Dr Sara yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak, langsung mengarahkan jururawat Senior pusat itu untuk masuk ke dalam.

Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail.

"Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea. Yelah sebelum ini di bawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berangkat ke Amerika...” sambung Dr. Sara terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang melorot ke bawah hidung.

"Okey aje. Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu doktor," ujar Misi Alya dengan jujur sambil membetulkan duduknya, sesekali matanya mengerling keadaan meja yang berselerak.

Serabut matanya melihat. Tak seperti Dr Ayda ketika dia yang berada di meja itu, dia seorang yang kemas.

"Semasa mula-mula Nea sampai ke pusat ini, bagaimana ya tingkah laku dia? Adakah dia selalu agresif? Atau defensif? Atau agresif bila selalu di provok?” soal Dr Sara sambil bersedia mengambil catatan.

Dia memerlukan beberapa lagi maklumat mengenai pesakit bernombor 4444 itu.

"Nea defensif, dia akan memberontak apabila dia 'nampak’ seseorang dan seseorang itu berkemungkinan dari masa silamnya...” jawab Misi Alya akhirnya dengan tenang.

"Nampak seseorang? Maksud Alya? Halusinasi?" Soal Dr Sara kedengaran teruja mahu tahu lebih lanjut. Misi Alya dengan pantas menganggukkan kepalanya.
“Ada kemungkinan juga menjadi salah-satu penyebab kepada depresi berpanjangan. Penyakit psikiatri ni, sebenarnya ada pelbagai punca dan ia bermula dari perasaan tertekan sehingga menjadi depress lalu membawa kepada kemurungan. Cuma yang perlu kita selidiki sekarang ini adalah untuk mengetahui sama ada...” Dr Sara terhenti seketika tuturnya tatkala terasa mahu bersin.

“Apakah Nea mengalami PTSD, doktor?”

“Berkemungkinan... Namun, selagi dia masih dalam proses psikoanalisis sukar juga untuk kita berikan kata putus. Dalam masa sama, apa yang saya nampak dia juga seperti ada masalah lain. Trauma pada sesuatu...” sambung Dr Sara tatkala teringatkan kejadian beberapa hari lepas.

"Ya, ada kemungkinan juga. Doktor patung beruang itu seakan ada sesuatu maksud...” celah Misi Alya mendapat anggukan dari Dr Sara.

Nea Ameera dan patung beruang tanpa kepala itu tidak boleh dipisahkan.

“Bercakap pasal trauma. Saya mahu laporan kesihatan perubatan Nea...” pinta Dr Sara mendongak merenung wajah Misi Alya. Misi Alya semerta mengangguk sebelum bergerak ke arah almari yang menempatkan susunan fail.

“Post traumatic stress disorder...” ujar Dr Sara sambil membaca ayat di depan mata.

Laju jemari menaip beberapa lagi perkataan saintifik bagi mencari maklumat. Sementara menanti Misi Alya hulurkan fail laporan perubatan Nea Ameera.

“Apakah Nea pernah menjadi mangsa rogol atau dera?" soal Dr Sara sebelum dia menutupi fail bertulisan marker hitam dengan catatan nama NEA AMEERA. Misi Alya hadir dengan dua fail berkulit keras lantas diletakkan atas meja. Dr Sara segera membuka fail pertama sebelum dia menarik pen.

“Alya, duduk dahulu...”

“Baik doktor...” jawab Misi Alya menarik keluar kerusi dari bawah meja. Dr Sara meneliti isi dalam fail tersebut dengan kerutan pada dahi. Sesekali terangguk-angguk. Lembar demi lembaran diselak. Sehingga berasa puas hati barulah dia tutupnya.

“Her vagina got tearing?”

“Ya, doktor. Dia merupakan mangsa sex abusement. Kekejaman sex... Mungkin ia berlaku sudah lama...” Misi Alya sekadar memberi hipotesis kecil.

Dan kemungkinan juga sehingga dia dewasa, memandangkan cara koyakan pada parut tersebut luas sekitar beberapa sentimeter.

Dr Sara mengangguk lalu dia mencapai pita rakaman suara di mana, di dalamnya ada beberapa simpanan rekod perbualan ketika di menjalani proses hipnotis atau pukau pada Nea untuk mengetahui isi hati gadis murung itu.

Hanya cara ini sahaja setiap doktor jiwa boleh mengorek rahsia dan mengenal pasti asbab sebenar kenapa mereka jadi sedemikian.

Pukau menggunakan goyangan rantai untuk melalikan mereka sehingga tidur buat seketika sebelum disoal. Butang menghidupkan di tekan juga nada suara dipusingkan.

Misi Alya juga ingin mendengar. Makin dia rapatkan dadanya ke pinggir meja. Apa yang dia lihat kes kali ini agak istimewa serta ada kerumitan. Setelah tamat pita rakaman di tutup. Kemudian Dr Sara buka pula satu lagi rakaman.

“Jangan buat lagi... tolonglah... aku merayu...
aku sakit... aku sakit...”

“Ya, aku memang bunuh dia. Puas hati aku.
Aku akan bunuh semua orang yang mendustai aku...”

“Jangan pak... tolong pak... Nea sakit... Nea tak nak... Nea tak nak!”

Perakam di tutup seketika. Misi Alya juga merenung tingkah Dr. Sara seperti teringatkan sesuatu. Dr. Sara mengulangi rakaman ketiga berulangkali sehingga apa yang dia mahu sudah dia temui.

"Ini pun rakaman secara sembunyi. Bila saya menyoal dia langsung tidak mahu menjawab. Saya harus lakukan proses hipnotis lagi. Ada beberapa perkara membuatkan saya musykil."

"Apakah dia gunakan helah bela diri doktor?" Dan soalan dari Misi Alya membuatkan Dr Sara kembali berfikir sebelum perlahan-lahan dia mengangguk. Ulah kebiasaan pesakit baharu.

"Apakah perlukan penambahan dose ubat?"

"Risperidone dosage berapa sekarang?" soal Dr Sara lalu memeriksa senarai ubat yang Nea perlu makan setiap hari. Laju kepalanya mengangguk ketika gerakan bola mata meneliti senarai panjang itu.

Ini pun rakaman secara sembunyi. Bila saya menyoal dia langsung tidak mahu menjawab. Saya harus lakukan proses hipnotis lagi. Ada beberapa perkara membuatkan sa musykil." "Apakah dia gunakan helah bela diri doktor?" Dan soalan dari Misi Alya membuatkan Dr Sara kembali berfikir sebelum perlahan-lahan dia mengangguk. Ulah kebiasaan pesakit baharu. "Apakah perlukan penambahan dose ubat?" "Risperidone dosage berapa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience