Sepanjang perjalanan mereka membelah jalan, hanya kebisuan yang tercipta. Darris sengaja berdiam, memberi ruang untuk Amanda menenangkan fikiran. Tak lama kemudian dia sengaja memegang tangan isterinya yang khayal membuang pandangan ke luar tingkap.
"Tak payah sentuh-sentuhlah." tangannya ditarik.
"Marah lagi ke?"
"Soalan bodoh kau ni tak boleh pakailah. Soalan apa kau tanya ni?"
Cubaan Darris memujuk hati Amanda makin membuatkan Amanda rimas. Bukan kerana tidak suka, tetapi dia takut kecundang sedangkan perbuatan lelaki itu harus diajar.
Pandangannya langsung dihalakan ke wajah suaminya. Biar buta matanya, asalkan wajah Darris tidak menyakitkan matanya.
"Ayra, tolonglah jangan..."
Laju tangan Amanda menekan punat radio. Volume diputar paling maksimum. Saat itu DJ memainkan lagu Clean Bandit-Symphony.
I'm sorry if it's all too much
Every day you're here, I'm healing
And I was runnin' out of luck
I never thought I'd find this feeling
'Cause I've been hearing symphonies
Before all I heard was silence
"Erghhh! Serabut betul lagu ni terjerit-jerit." omel Amanda sendiri.
Tangannya menekan butang, menukar siaran radio. Saat itu siaran betul-betul berhenti pada siaran radio agama.
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
"Haa... jangan tukar. Biar insaf sikit derhaka dengan suami."
Darris bersuara saat ternampak Amanda seakan terkejut dengan lagu yang dimainkan.
"Orang yang patut insaf tu engkau bukan aku. Sedar diri sikit kau tu pendosa sama macam aku. Tak ada jauh beza pun kau dengan aku sama dua kali lima." sindir Amanda.
Darris menggaru kepala yang tidak gatal. Darris berpura-pura tidak dengar.
"Lagu apa ni? Tak pernah dengar pun "
"Lagu untuk suami yang tak pernah taat setia pada isteri dan mati tanpa sempat minta maaf."
Sempat betul Amanda memerli dalam keadaan begitu.
"Tak payah nak perli-perli eh. Kau curang dengan perempuan lain boleh pula? "
"Itu dulu sekarang lain. Tak payahlah ungkit cerita lama." tekan Darris.
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Meremang bulu roma Amanda mendengarkan bait-bait lagu yang dikarang oleh Ustaz Asri daripada kumpulan Rabbani yang pernah popular pada zaman 90-an dahulu.
"Sorrylah. Aku minta maaf okey?"
Akhirnya Darris mengalah. Bimbang kalau betul-betul dia mati tanpa pengampunan isterinya.
"Hmmm."
Tak sia-sia radio ini mainkan lagu Selimut Putih. Tahu kau takut Darris.
segalanya akan terlerai
Share this novel