Bab 16

Crime Series 28897

Aku melihat pintu ruang tamu yang terbuka luas. Pagar pun tidak dikunci. Barangkali konco Qarl terlupa untuk mengunci pintu.

Ini peluang. Untuk lari dari sini.

Tinggalkan tempat ini. Lari daripada Qarl Lee. Lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku. Membuatkan hidup aku tidak sempurna seperti dulu.

Aku taknak terlibat dengan May atau sesiapa pun.

Aku harus lari. Aku memejamkan mata sejenak.

Lari, Anna. Lari. Tinggalkan Qarl.

Iya. Inilah masanya.

Aku memandang sekeliling. Nampaknya tiada siapa di dalam rumah ini.

Terus aku berlari ke pintu. Baru saja kaki kiri hendak melangkah keluar. Tiba-tiba...

Ada satu suara menerjah ke gegendang telinga aku.

"Anna. Kau nak pergi mana?"

Alamak. Qarl ada rupanya.

Melihat dia yang berpakaian tidur. Baru bangun tidur agaknya.

Aku menelan air liur. Aku jadi terkaku.

Dia menarik lengan aku, memaksa aku menghadap dia.

Matilah.

Sorotan matanya yang tajam makin membuatkan aku gugup.

"I'm asking you. Kau nak pergi mana?"

"Err... Saya... Saya nak tutup pagar besar kat luar tu."

Dia mencengkam lengan aku.

Barangkali sukar untuk dia mempercayai alasan aku.

"Shark tak tutup pagar? Ishh cuai betul la dia tu!"

Aku menunduk. Tidak berani memandang dia.

"Yang kau rajin sangat nak tolong tutupkan kenapa?"

Aku harus mereka alasan agar dia tidak mengesyaki niat aku.

"Tadikan... Saya nampak seekor kucing kuning. Gemuk... Dia menjengah kat pintu ni. Comel sangat. Pastu dia keluar semula. Tu yang saya nak kejar dia. Terpandangkan pagar besar tak tutup."

Ligat aku mereka alasan bodoh.

Aku membuat muka tak bersalah. I'm innocent okay. Konco kau tu yang lembap. Pintu pagar tak tutup. Jangan nak salahkan aku.

Qarl mencekak pinggang.

Ah sudah. Pasti dia tak percaya segala omongan kosong aku.

"Huh. Kucing? Mana pernah rumah besar ni kucing baik hati nak masuk. Jengah pun dia taknak tau sebab ni rumah mafia. Orangnya semua ganas-ganas. Kau nak bodohkan aku ke?"

Damn it.

Aku da agak dia takkan percaya.

"Betul la. Takkanlah saya nak tipu awak."

Segera aku mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Aku tau kau nak lari kan? Nak tinggalkan aku."

"Dah bosan duduk dengan aku? Dunia luar sana lagi kejam, Anna Adriana. Stay dengan aku, kau akan selamat. Aku boleh jaga kau."

Mamat mafia ni tak faham ke? Aku nak life aku macam dulu. Aku nak balik rumah. Nak jumpa Mira. Nak jumpa mak ayah. Nak pergi kelas. Nak kerja part time kat restoran mamak tu.

I want my life back.

"Qarl. Kenapa awak pentingkan diri? Pernah fikir tak yang orang kat luar sana tengah cari saya? Mereka risaukan saya? Awak nak kena tangkap polis ke? Kalau diorang dapat detect awak culik saya, awak rasa awak akan selamat? Tak pernah fikir ke semua tu?"

Mata aku mula berair.

Aku rindukan life aku yang dulu. Sebelum bertemu dengan Qarl Lee.

"I don't care. You stay here. Jangan nak lari. Katalah apa sahaja Anna. Aku taknak dengar."

Dia berpaling berjalan meninggalkan aku sambil menutup kedua belah telinga dia.

What the hell? Perangai...

Dia blah macam tu je menuju ke dapur. Taknak dengar luahan hati aku pun.

Dahlah tak pandai nak pujuk. Geramnya...

Aku mengurut dada. Cuba menahan sabar.

Pintu ruang tamu sengaja aku hempas dengan kuat. Biar dia tahu amarah yang aku pendam.

Takpe... Kalau ada peluang lagi, aku terus lari. Tanpa toleh.

Kau tunggu, Qarl.

Aku taknak tinggal dengan kau lagi. Aku taknak terlibat dengan kau ataupun May. Itu masalah kau, bukan masalah aku.
. .
. Qarl duduk di sebelah aku.

"Nah..."

Dia menghulurkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku mahu menyambutnya.

Handphone kepunyaan aku.

"Kau boleh call orang yang kau rindu."

Aku menyambutnya. Merenung handphone di tangan.

"Sorry. Aku da baca semua mesej kau. Aku send mesej kat Mira dan mak ayah kau. Aku tipu mereka. Aku cakap yang kau pergi bercuti dan taknak diganggu."

What?

Rahang aku jatuh.

Beraninya dia buat macam tu. Privacy aku. Menyamar jadi aku.

"Jadi apa perlunya awak beri handphone ni pada saya?"

Aku tidak memandang wajah dia.

Sedih. Bengang. Diperlakukan sebegini rupa.

"Untuk kau call orang yang kau sayang."

Aku terus bangun.

"Saya minta dilepaskan bukan minta menelefon orang."

Aku memandang Qarl Lee tajam.

"Iya aku tahu. Kau mesti rindu mereka. Orang yang kau sayang."

Qarl bangun. Memegang kedua bahu aku.

"Kau boleh call boyfriend kau."

Boyfriend?

Lepastu kau sibuk nak dengar perbualan aku?

"Aku cuba cari nama boyfriend kau. Tapi tak jumpa."

Memanglah kau takkan jumpa. Carilah sehingga hujung tanjung.

Aku tiada siapa-siapa yang special dalam hidup aku.

"Tak payahlah awak nak sibuk selidik pasal saya."

Qarl mengelus rambut aku tiba-tiba.

"Saja je. Nak tahu banyak benda pasal kau. Salah?"

Aku cuma diam.

"Salah ke Anna Adriana? Aku tak boleh nak ambil tahu langsung ke tentang orang yang depan mata aku sekarang ni?"

Memang salah. Aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau, Qarl.

Aku cuma tebusan kau. Mangsa culik kau. Aku taktau apa perlunya kau simpan aku di sini.

Aku nak dibebaskan.

Dia memagut dagu aku. Memaksa aku mentunakkan mata ke anak matanya.

"Jawab."

"Untuk apa?"

Aku memulangkan pertanyaan.

"Sebab aku perlukan kat sini. Kalau kau takde, aku rasa sunyi."

Sunyi? Aku cuma teman kesunyian dia.

"But, I'm not May."

Sengaja aku menyebut nama May. Mahu melihat reaksi dia.

"Kau bukan May. Kau lain. Tak macam dia."

Qarl nampak tenang harini.

"Jangan pergi ye, Anna. Jangan tinggalkan aku."

Pilihan apa yang aku ada?

"Apa awak merepek ni Qarl? Saya dengan awak takde apa-apa kaitan pun kan? Saya cuma stranger."

Qarl Lee menundukkan wajah. Sepertinya ada air jernih yang bertakung di matanya.

"Anna..."

"Yes..."

Dia memanggil nama aku. Tapi, tidak berkata apa-apa.

Lama aku menunggu bicara daripada dia.

"Kahwin dengan aku."

Gulp.

Wajah aku berubah pucat.

Handphone di tangan tergelincir dari pegangan.

Qarl, tolong jangan bergurau.

Dia mengangkat wajah.

"Kalau itu yang boleh halang kau pergi dari sini. Kahwin dengan aku?"

Ya Allah...

Kau nak ikat aku selamanya di sisi kau? Kau pentingkan diri, Qarl Lee.

Aku tak tahu mahu buat reaksi apa.

Aku terus berlalu pergi. Mahu keluar dari bilik yang hangat.

Rasa malu. Pipi aku mula panas.

Belum sempat keluar, Qarl mendakap aku dari belakang.

Please, Qarl. Jangan paksa aku kahwin dengan kau. Jangan buat gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience