Afiq Raihan melangkah keluar daripada biliknya. Dia sudah lengkap berpakaian kerja. Langkah diatur ke meja makan untuk bersarapan.
Seraya itu, dia mengambil pinggan. Lalu, disendukkan mi goreng buatan isterinya ke dalamnya. Leher dipanjangkan untuk melihat isterinya di dapur.
"Oi mak cik. Dah breakfast ke? Sini lah teman aku." ajak Afiq Raihan.
Dia memandang isterinya. Mi goreng tersebut disuap ke dalam mulut. Namun, Anis Raihanna tidak menoleh. Dia sibuk mencuci pinggan di singki.
"Mak cik..sinilah. Nanti kau basuh la pinggan tu. Makan dulu." kata Afiq Raihan lagi.
Degil sangat isterinya. Ajak makan je pun. Kalau lapar dalam kereta nanti, dia juga yang susah.
"Kau kenapa tiba tiba ajak teman makan bagai. Selama ni makan sorang je kan." bidas Anis Raihanna. Dia menghampiri suaminya.
Anis mengambil tempat disebelah suaminya. Dia hanya memerhatikan lelaki itu menjamu selera. Dia sudah makan terlebih dahulu tadi.
"Suruh teman makan pun salah. Belum aku suruh-" Afiq Raihan memandang isterinya disebelah.
"Uhukkk..Nak...air." kata Afiq Raihan tersekat-sekat. Dia mengurut dadanya beberapa kali. Sakit wei tersedak.
"Nah. Kau kenapa tersedak pulak ni. Makan elok elok la. Pedas sangat ke mi tu aku masak. Rasanya ok je tadi aku makan." balas Anis Raihanna risau.
Dia menepuk belakang badan Afiq Raihan. Segelas air putih diserahkan kepada suaminya. Lantas air tersebut disambut oleh suaminya. Afiq Raihan menghabiskan air tersebut dalam sekelip mata.
"Kenapa kau pakai bedak tebal sangat? Terkejut aku." soal Afiq Raihan sebaik dia berasa lega.
Anis Raihanna tersengih. Dia terpaksa pakai bedak dengan tebal bagi menutupi kesan matanya yang sembap. Tulah siapa suruh tengok cerita sedih lagi kan?
"Kenapa tebal sangat eh?" soal Anis Raihanna berpura pura tak tahu. Padahal jelas lagi nyata bedak di mukanya tebal seinci.
"Kau ni kan. Nak kata buta. Elok je mata tu. Meh sini ikut aku." balas Afiq Raihan. Dia menarik tangan isterinya.
Anis Raihanna hanya menurut langkah suaminya. Kelihatan Afiq Raihan mengambil beberapa tisu basah.
Kemudian, dia kembali kepada Anis Raihanna. Dagu Anis Raihanna didongakkan ke arahnya. Anak mata mereka berdua bertembung.
Anis Raihanna tidak menghalang tindakan suaminya. Dia bagai dipukau dengan panahan mata Afiq Raihan. Jantungnya mula mengepam darah dengan laju.
Manakala, Afiq Raihan mula mengelap raut wajah isterinya dengan berhati-hati. Dielus lembut pipi gadis itu.
Apabila raut wajah itu bersih daripada bedak, dia memerhatikan pula wajah isterinya. Tiada sebarang cacat cela pada muka isterinya. Namun tiba tiba dia tersedar dengan mata isterinya yang sembap.
"Kau pakai bedak tebal sebab mata kau ni ke?" soal Afiq Raihan. Dia mahukan kepastian.
Anis Raihanna yang baru tersedar mengambil langkah ke belakang. Dia tak tahu nak jawab apa pada Afiq Raihan.
"Erkk..haah. Semalam aku tidur lewat sebab tengok tv. Hehe" jawab Anis Raihanna mahu menutup kebenaran. Dia tak nak suaminya tahu yang dia menangis.
"Ye ke? Bukan sebab kau nangis?" kata Afiq Raihan lagi. Dia mengambil satu langkah mendekati isterinya.
"Eh bukanlah. Buat apa aku nangis? Kan?" soal Anis Raihanna pula. Dia menatap wajah suaminya.
Afiq Raihan mengecilkan matanya. Tak tahu mahu percayakan isterinya atau tidak.
"Yelah..lain kali jangan pakai tebal sangat bedaknya. Macam badut dah aku tengok. Tengok betapa tebalnya bedak dekat tisu ni." balas Afiq Raihan.
Dia melangkah satu tapak ke belakang. Tisu tadi ditunjukkan kepada isterinya.
"Ya..lain kali aku tak pakai dah bedak tebal. Ok?" balas Anis Raihanna.
"Dah jom pergi kerja. Lambat dah ni." kata Afiq Raihan. Dia sudah mengatur langkah pergi.
Anis Raihanna menghela nafas lega. Nasib tak kantoi wei! Namun kata kata Afiq Raihan semalam kembali menjengah fikiran.
"Kau fikir setiap cerita akan ada penamat yang menggembirakan? Itu cerita jer la Hana. Dunia realiti tak sama macam tu."
Berulang kali kata kata tersebut bermain difikirannya. Bagaikan pemain DVD yang memainkan lagu yang sama. Dia termenung jauh memikirkan maksud kata kata itu.
"Oi cepatlah. Nak kena tinggal ke mak cik!" laung Afiq Raihan dari luar rumah.
Tergopoh gapah Anis Raihanna mengambil beg tangannya. Dia segera mengatur langkah keluar.
"Ya aku datang! Sabar jap!"
???
"Urmm Encik Ehsan, kenapa Encik nak jumpa saya? Saya ada buat salah apa apa lagi ke?" soal Haiqal Iskandar.
Terkejut dia apabila penyelia mahu berjumpanya. Setahu dia, semua laporan yang lengkap telah disemak oleh lelaki tua tersebut. Dia menunggu bicara dari penyelianya.
"Iskandar, saya nak jumpa kamu bersebab sebenarnya." balas Encik Ehsan. Riak muka yang tegang jelas terpamer.
Haiqal Iskandar menelan air liur. Tak tahu mahu merespons apa. Perasaannya bercampur baur kini. Dia hanya beriak tenang.
"Saya nak cakap.." Encik Ehsan tersenyum sebelum menyambung kata katanya.
"Tahniah sebab kamu berjaya buktikan kamu dapat menjadi pekerja contoh disini. Prestasi kamu kini makin memberansangkan. Saya bangga dengan pencapaian kamu" kata Encik Ehsan. Dia tersenyum lebar.
Tangan dihulurkan untuk berjabat tangan. Lalu, disambut oleh Haiqal Iskandar.
Dia turut tersenyum lebar. Perasaannya sungguh gembira ketika itu. Tak henti henti dia mengucapkan syukur kepada Tuhan atas rezeki ini.
"Alhamdulilah, Encik. Terima kasih sebab bimbing dan dorong saya. Terima kasih juga sebab percayakan saya selama ni dengan memberikan saya peluang" kata Haiqal Iskandar. Dia menguntum senyuman.
"Saya tahu kamu boleh. Saya harap kamu kekalkan prestasi ni. Jangan merosot balik pulak." usik Encik Ehsan.
"Hahaha. Baik encik. Saya akan cuba sedaya upaya untuk kekalkan prestasi."jawab Haiqal Iskandar bersungguh-sungguh.
"Kalau macam tu, baguslah. Saya akan sentiasa pantau kamu. Kamu boleh keluar untuk lunch. Dah masuk lunch hour ni." kata Encik Ehsan. Dia mengerling jam tangannya.
"Terima kasih encik. Saya keluar dulu" kata Haiqal Iskandar sebelum melangkah keluar. Dia sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepada penyelianya.
Bukk!
Haiqal Iskandar terlanggar seseorang. Habis berterabur fail yang dipegangnya. Dia segera mengutip fail tersebut. Kenapalah cuai aku cuai sangat ni? gumamnya sendirian.
Lelaki yang dilanggarnya tadi turut menolongnya mengutip kembali. Mereka saling berpandangan.
"Haiqal?" soal Amirul. Tak sangka mereka dapat ketemu lagi. Dia mengulum senyuman.
"Amirul?" soal Haiqal Iskandar pula. Dia bingkas berdiri.
Haiqal Iskandar membetulkan pakaiannya yang terkena habuk. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Amirul kembali.
"Sorry bro. Aku tak sengaja langgar kau tadi." kata Haiqal Iskandar serba salah. Gembira sangat sampai tak tengok orang sambil jalan.
"Eh tak apa. Mungkin jodoh kot. Hahaha" seloroh Amirul. Dia tertawa kecil.
Haiqal Iskandar turut ketawa. Dia fikir akan dimarah oleh lelaki itu atau apa. Rupanya tidak. Sangka buruk lagi haihh.
"Kau tak pergi lunch ke?" soal Amirul sebaik tawanya reda.
"Baru nak pergi ni. Tapi tulah. Aku jalan tak tengok orang sampai terlanggar kau." balas Haiqal Iskandar. Tangannya memegang belakang tengkuknya. Dia tersengih kerang.
"Ala aku tak kisah pun. Jomlah kita pergi lunch sama-sama. Boleh kenal kenal kan?" pelawa Amirul.
"Boleh juga. Lagipun aku tak ada ramai kawan kat sini." balas Haiqal Iskandar. Dapatlah dia mempunyai kawan baru disini.
"Jom" ajak Amirul. Dia tersenyum.
Haiqal Iskandar mengikuti langkahnya dari belakang.
Sebaik tiba, mereka memesan makanan dan minuman mereka. Amirul yang memulakan perbualan.
"Kau kenapa tersengih dari tadi? Angau ke apa?" tanya Amirul ramah. Rasa ingin tahu dia apabila melihat senyuman lelaki itu.
"Eh mana ada. Aku cuma gembira sebab Encik Ehsan kata prestasi aku makin meningkat." balas Haiqal Iskandar. Dia menunduk kepala.
"Oh patut happy semacam aku tengok. Congrats bro!" ucap Amirul. Ditepuk lembut bahu lelaki itu.
"Terima kasih. Alhamdulilah rezeki aku. Mana tahu lepas ni rezeki kau pulak kan." balas Haiqal Iskandar. Dia tersenyum simpul.
"Amin..ha biar aku yang belanja. Kau order la apa apa. Kita celebrate." balas Amirul teruja.
"Hahaha..terima kasih je lah. Tak apa aku tak nak susahkan kau lah." kata Haiqal Iskandar. Dia menolak dengan lembut.
"Alah, tak menyusahkan lah. Kita kan kawan sekarang ni. Terima lah aku belanja ni sebagai tanda perkenalan kita eh?" pujuk Amirul lagi.
"Ok fine. Aku terima. Nasib aku kawan kau tau. Kau order kan je la apa apa." balas Haiqal Iskandar mengalah. Tak faham dengan perangai lelaki itu.
"Ha macam tu lah bro. Waiter!" panggil Amirul.
Haiqal Iskandar mengeleng kepala. Dia turut mengukir senyuman. Terhibur dengan sikap kawan barunya tu.
Sejak dari hari tersebut, hubungan mereka berdua makin rapat. Pantang jumpa mesti lepak. Gayanya macam dah berkawan setahun dua je.
???
"Wei jom lunch sama-sama. Aku lapar ni." ajak Afiq Raihan. Dia mengosok perutnya yang sudah berkeroncong diminta untuk diisi.
Anis Raihanna mengerutkan dahi. Dah buang tebiat ke suami dia. Semalam kalau Afiq ajak lunch sama-sama dia fahamlah. Itupun sebab ada Adam Syahmi.
"Kau kenapa tiba-tiba ajak aku? Pergi jelah sorang sorang. Sebelum ni, boleh je kau lunch sorang sorang." bidas Anis Raihanna. Dia memandang Afiq Raihan tak puas hati.
"Eh kau. Semalam Adam ajak laju je kan. Bila aku yang ajak, mula lah bagi alasan itu ini." perli Afiq Raihan. Dia berpeluk tubuh.
"Memang la aku laju. Adam tu sekarang dah jadi kawan aku jugak eh." balas Anis Raihanna. Dia tersenyum kemenangan.
Tak sangka dia boleh rapat dengan kawan Afiq Raihan, Adam Syahmi. Seronok dia dapat bersembang dengan lelaki tersebut. Terasa macam dia lepak dengan Aira.
"Sorry sikit eh. Adam tu kawan aku dulu baru kau. Tak payah nak rapat sangat dengan dia, menyampah aku tengok" balas Afiq Raihan selamba. Dia mempamerkan riak muka menyampah.
Anis Raihanna tersenyum nakal. Dia memandang wajah suaminya.
"Afiq Raihan, are you jealous?" soal Anis Raihanna. Dia menjongketkan keningnya sedikit.
Afiq Raihan terkejut dengan tuduhan tak berasas tu. Dia menjeling tajam isterinya. Dia nak cemburu buat apa?
"Hei, tak kuasa aku nak jealous ke apa heh. Suka hati kau lah nak rapat dengan siapa. Aku tak kisah. Hilang dah selera makan aku." kata Afiq Raihan. Dia melangkah pergi.
Anis Raihanna menghamburkan tawa. Baru usik sikit dah lari. Mengada lagikan nak ajak dia lunch. Padan muka! Hahaha.
???
"Oi, kau tersengih tengok telefon kau tu apahal? Apa yang lawak sangat?" soal Afiq Raihan tak puas hati. Dari tadi dia perhati isterinya disebelah.
"Sibuk ah kau. Bawa jerlah kereta tu elok elok. Bawa laju sikit. Boleh sampai rumah cepat." balas Anis Raihanna. Dia kembali melihat telefon pintarnya semula.
"Biar lambat asal selamat. Cakap lah kau tersengih apahal. Nak tau jugak." kata Afiq Raihan lagi. Geram apabila soalannya tak dijawab.
"Ish aku tengah sembang dengan Adam lah." jawab Anis Raihanna selamba.
Afiq Raihan membulatkan mata. Sakit hati apabila isterinya bersembang dengan lelaki lain. Walaupun lelaki tersebut adalah rakannya sendiri.
"Kau sembang apa hah dengan Adam? Sampai tersengih sengih ni. Korang kutuk aku eh?" kata Afiq Raihan. Dia menjeling tajam isterinya sekilas.
"Adalah sikit sikit. Hahaha. Aku sembang pasal Aira dengan dia la. " balas Anis Raihanna. Dia tersenyum simpul.
Afiq Raihan menghela nafas lega.
Adam ni pun satu. Nak kenal Aira tu perlu ke guna isterinya sebagai orang tengah? Tak gentleman langsung.
"Haih korang ni. Dah dah la tu. Kita dah sampai rumah ni. Kau nak tidur luar ke malam ni hah?" soal Afiq Raihan. Dia memberhentikan kereta.
"Ye dah habis sembang dah ni." balas Anis Raihanna. Dia keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah.
Afiq Raihan mengeleng kepala. Nampaknya lepas ni dia perlu nasihatkan Adam untuk berhenti menpergunakan isterinya sebagai orang tengah. Adam,adam.
???
Usai solat maghrib dan isyak berjemaah, Afiq Raihan berehat di ruang tamu. Dia memilih untuk menonton televisyen pada malam itu. Memandangkan esok adalah hari minggu, dia bercadang untuk tidur lewat.
Anis Raihanna turut berehat di ruang tamu. Namun dia tak menonton televisyen tetapi bermain dengan telefon pintarnya.
Sesekali dia tertawa kecil dan tersengih apabila membaca story yang berada dalam . Lagi-lagi bila ada part sweet. Rasa macam nak melompat je. Haihh.
Afiq Raihan mengerutkan dahi melihat tingkah isterinya. Tersengih macam orang gila. Takkanlah malam malam macam ni pun Adam tu nak sembang dengan isterinya lagi. Ini tak boleh jadi!
"Woi, kau tersengih kenapa hah? Sembang dengan Adam lagi ke?" soal Afiq Raihan bersahaja. Dia masih menonton televisyen.
"Kau ni tak payah sibuk lah. Kalau ya pun kenapa hah? Kalau cemburu tu cakap je la. Ini tak. Asyik nak kacau hidup orang je." balas Anis Raihanna tak puas hati.
"Eh aku tanya pun salah ke? Aku nak cemburu? Dalam mimpi pun takkanlah." bidas Afiq Raihan. Dia mendengus.
"Dah tu diam jelah. Tak payah sibuk nak tahu. Kata takkan cemburu kan tadi." perli Anis Raihanna. Dia tersenyum mengejek.
Afiq Raihan membuat riak muka menyampah. Bebola matanya dijulingkan ke atas.
Anis Raihanna kembali menghayati cerita yang dibacanya. Dia hanya mengendahkan Afiq Raihan. Lantak dia lah nak buat apa.
Tidak lama kemudian..
"Tsk..tsk..tsk"
Anis Raihanna cuba menahan tangisannya. Dia tak sangka dengan penamat kisah cerita yang dibacanya. Nampaknya benarlah kata suaminya bahawa tidak semua cerita mempunyai penamat yang menggembirakan.
Cepat cepat dia menyeka air mata yang mengalir dipipinya. Dia tak mahu Afiq Raihan melihat keadaannya yang lemah sebegini. Dipandang suaminya disebelah. Nampaknya, lelaki itu sedang khusyuk menonton televisyen.
Dia cuba menenangkan diri. Akhirnya, dia terlelap disitu. Afiq Raihan mendekati isterinya. Televisyen telah ditutup.
Bukan dia tak dengar tangisan yang ditahan oleh isterinya. Malah dia sempat melihat air mata gadis itu berjujuran jatuh. Dia sendiri tak tahu mengapa gadis itu menangis.
Kalau ikutkan dia mahu menyeka air mata isterinya. Namun ditahan niat tersebut. Dia sendiri tak tahu mengapa dia mahu melakukan sedemikian.
Seraya itu, dia mencempung badan isterinya ke bilik tidur isterinya. Diletakkan perlahan-lahan Anis Raihanna di atas katil.
Satu kucupan diberikan didahi isterinya. Dia membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu.
"Tolong jangan menangis dah. Aku tak suka. Hati aku sakit."
Share this novel