BAB 12

Humor Completed 3969

“Aku bagi kau masa tiga hari, kalau kau tak bangun dalam masa yang ditetap proposal kau aku tolak” Nadhim menayangkan muka serius.

“Kau tahu tak sejak kau jumpa goda aku hari tu hati aku ni macam dah suka kat kau je”

“Kau bangun la aku nak uji hati aku ni, betul ke tak hati aku ni suka kat kau” sambung Nadhim. Kadang-kala dia hairan makin kuat dia melarang gadis itu memasuki ruang mindannya makin kuat gadis itu masuk dalam ingatannya. Dia main sihir ke? ini yang nak kena berubat ni. Nadhim mengeluh. Dia bangkit. Perutnya rasa semacam. Lapar! Tengok muka Tasnif yang tidur bukan boleh kenyangkan perut pun baik cari makan. Sekurang-kurangnya kenyang perut. Belum pun sempat dia melangkah tangannya di tarik.

“Nak pergi mana?” soal gadis itu.

“Makan” Nadhim blur.

“Nak ikut. Aku pun lapar jugak” rengek Tasnif.

“Tak boleh kau kan tengah koma”

“Tak pe. Kejap lagi aku sambung koma” jawapan dari Tasnif membuatkan Nadhim terdiam. Antara sedar dan tidak. Dia terduduk.

“Sejak bila kau sedar ni” soal Nadhim apabila sedar yang dia sudah dimainkan oleh gadis itu. Entah kenapa sedikit pun tiada rasa marah dalam dirinya.

“Semalam” dia bersandar dikepala katil.

“Semua dah tahu belum?”

“Belum ingatkan nak lari dari hospital lepas bangun. Nak M.I.A. Missing in action baru gempak.” Seloroh Tasnif. Jelas menunjukkan riak tak puas hati Nadhim.

“Nak MIA kenapa?”

“Sahaja bosan la”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience