BAB 10

Humor Completed 26855

“Aku pengidap penyakit AIDS” jujur Khalish.

Qisha terkedu, matanya terus merenung wajah pucat Khalish. Merayu akan sebuah penjelasan.

“Kau tahu bukan yang aku pernah terlibat dalam kemalangan sewaktu aku umur 10 tahun. Dalam kemalangan tu aku kehilangan banyak darah dan doktor transfusi darah ke dalam badan aku. Selepas beberapa tahun, doktor sahkan aku mengidap HIV. Darah yang dimasukkan ke dalam sel badan aku adalah darah pengidap penyakit HIV”

“Tidak…” suara Qisha terlalu perlahan, sepertinya dia berbisik pada dirinya sendiri.

“Aku dah tenat Qisha. Doktor beritahu yang aku dah sampai peringkat akhir sebab penyakit ni lambat detect..”

Kenapa kau Khalish? Kenapa kau yang perlu hadapi semua ini? Dan kenapa aku yang ditakdirkan bertemu dengan kau dan…. jatuh cinta pada kau….

…..

Qisha meninggalkan kelas seni, jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sekolah sudah kosong. Sudah dua minggu sejak peristiwa Khalish tertangkap di hospital. Dia tak pernah berbual dengan Khalish, baru hari inipun Khalish datang sekolah. Dia kena tahan kat wad. Mummy dia ada datang sekolah,bagitau yang dia demam panas.Aku cuba untuk elak dia,bukan kerana aku benci tapi kerana….. entah, aku sendiri tak tahu….

“Kenapa kau mengelak daripada aku? Kau nak tahu perkara yang sebenar dan aku dah cakap perkara yang sebenar pada kau” tiba-tiba Khalish muncul dihadapannya. Qisha sudah terkejut beruk tapi dia cuba kawal reaksinya.

“Aku elak daripada kau sebab aku tahu itulah perkara yang au patut buat daripada awal lagi” jawab Qisha.

“Kau jijik dengan aku ke Qisha?” tanya Khalish, suaranya sudah kendur. Qisha terkedu..

Bukan itu sebabnya, jangan salah faham Khalish….. desis hati Qisha. Dia memandang wajah lelaki itu yang suram.

“Aku dah agak, kau pasti jijik pada aku. Aku faham Qisha, aku faham. Aku tak akan ganggu kau lagi”

Qisha tunduk, membiarkan air matanya menitis ke atas lantai.

“Aku cuba untuk jauhi kau Khalish…” Qisha bersuara, suaranya serak seakan-akan dia sedang menangis. Khalish berhenti, dia tidak berpaling terus memandang Qisha. Dia hanya berdiri disitu dan mendengar Qisha meluahkan perasaannya.

“Untuk beberapa hari aku berjaya berhenti fikir tentang kau.Aku senyum dan ketawa seperti biasa tapi perasaan itu tak sama seperti saat-saat aku bersama dengan kau.Dan bila aku terserempak dengan kau, aku berpura-pura tak nampak kau tapi sebenarnya aku toleh dan tengok kau, aku hitung langkah yang kau ambil dan bertapa sempurnanya kau. Aku bagaikan orang gila dan aku sedar, sebenarnya aku rindukan kau”

Khalish sudah sebak, dia mengetap bibirnya menahan sebak.

“Aku cintakan kau” sambung Qisha. Dia menggenggam tangannya, tubuh merayu agar dia berhenti bercakap tapi hati terlalu pedih tatkala ini untuk terus menyimpan perasaan itu, beban itu. Dia ingin Khalish tahu akan isi hatinya, dia ingin Khalish tahu bertapa dia amat mencintai lelaki itu sepenuh hati.

Khalish akhirnya tewas juga, dia melutut di atas lantai dan menangis. Sedar yang dia sudah menyakiti hati gadis yang amat mencintainya dan dia juga sedar yang dia mencintai Qisha.Langit menjadi saksi akan kepiluan dua manusia ini, lantai menjadi bukti bertapa sayunya perasaan mereka…

Aku ingin menjadi kekasih hatimu tapi apakan daya, cinta kita tidak tercatat di Loh Mahfuz….- Khalish

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience