4

Short Story Series 34508

SHAH keluar dari kereta MPV mewah dengan langkah bismillah. Dia membantu wanny berjalan hingga ke muka pintu. Sengaja dia membiarkan isterinya sendirian di belakang.

"Shah, wanny bukan tak boleh jalan. Tak usah nak pegang-pegang. Dari Shah pegang wanny, baik Shah pegang Lily tu," usik wanny.

"Eh, wanny! Shah lupa ada isteri. Ahoii... mana ya isteri Shah wanny. Shah tak nampak? Tinggal agaknya kat dewan tadi?" seloroh Shah.

Shah menoleh ke belakang dan menjongketkan kening ke arah Lily.

"You dah kenapa?" soal Lily kasar.

Shah menghentikan langkah henunggu Lily. Dia terus memegang bahu Lily dan mencembung tubuh isterinya.

Tindakan Shah yang spontan menyebabkan Lily tidak dapat mengelak dan tersentak.

"I got you baby. Wanny, Shah bawa my princess masuk dulu ya," ucap Shah.

"Elok-elok Shah, jatuh nanti," jerit wanny.

Shah meneruskan langkah berjalan masuk mengendung Lily hingga ke bilik mereka. Pembantu rumah membukakan pintu untuk Shah dan Lily dan menutup pintu sebaik Shah masuk.

Shah langsung tidak mengendahkan Lily merungut. Tubuh Lily dilepaskan di atas katil berhias cantik dengan kelopak bunga mawar bertaburan di atas cadar putih.

"Nampak kecik, tapi semput juga angkat kau. Mujurlah aku ni sado," omel Shah.

Lengannya ditepuk-tepuk sengaja memerli Lily. Mukanya diherutkan seperti kepenatan.

''I tak suruh pun you angkat I," rungut Lily. Terkial-kial Lily bangun membetulkan duduknya.

"You nak pergi mana?" soal Lily.

"Aku nak pergi berbual dengan wanny kat luar. Kenapa? Kau nak aku... hmm.... " Senyum sinis terukir di bibir Shah cuba menduga Lily.

"Jangan perasanlah!"

"Oh, bukan ya! Aku keluar kejap baby. Simpan geram tu nanti aku masuk kau lepaskanya. Aku terima kau nak buat apa pada tubuh aku ni," perli Shah. Shah meninggalkan Lily seorang diri di dalam bilik.

"I know your game girl. Now you see my game too baby," omel Shah.

Shah berjalan menuju ke bilik Puan Normala. Pintu bilik di ketuk deras berharap orang di dalam belum lena.

''Shah, nak runtuh pintu bilik wanny Shah ketuk. Wanny sangka maid tadi. Nak apa?"

Shah menolak pintu dan melompat merebahkan diri di atas katil wanny.

"Ahh, selesanya dapat baring."

"Shah nak apa sebenarnya datang bilik wanny. Shah sengaja mengelak ya?" duga Puan Normala.

"Mana ada elak. Biarlah dia tunggu Shah. Lagipun nanti bila Shah duduk lama dalam bilik tu jadi masalah dengan dia," bebel Shah.

Tubuhnya yang meniarap di pusing. Kini Shah baring dalam keadaan terlentang. Satu cubitan dari wanny hinggap di paha Shah buatkan dia bingkas bangun duduk.

"Apa ni wanny main cubit," rungut Shah.

"Dia, dia... isteri Shah tu ada nama. Cantik dah nama isteri Shah tu secantik orangny."

"Cantik tu memang Shah tak nafikan wanny tapi setakat cantik muka tapi perangai tak secantik dan tak seiring dengan penampilan dia buat apa. Harap ada Shah, jika tak mahu bersusun duda dikerjakan dia," bebel Shah.

"Kiranya Shah nak kata Shah sorang la yang boleh betulkan cucu wanny tu?"

"Shah tak kata Shah boleh tapi Shah cuba," dalih Shah. Tengkuknya digosok berkali-kali dan kedua ibu jari kaki di laga-lagakan memikirkan langkah seterusnya berdepan dengan isterinya nanti.

"Shah jangan lupa janji Shah pada wanny."

Shah mengangguk lemah. Jauh di sudut hatinya merungut dan membebel sendirian. "Sana sini suruh aku ingat janji aku pada mereka. Baik si Wan, Joe, si rude tu, akak Mina, dan sekarang wanny. Habis agenda aku sendiri diorang tak tahu?"

"Sudahlah Shah... pergi masuk bilik. Lily panggil," tegur Puan Normala.

"Pandailah sangat wanny nak kenakan Shah. Mana ada dia panggil, wanny sengaja ya... Shah nak duduk berbual dengan wanny dulu," rengek Shah manja.

"Shah, dah lewat. Wanny penat. Wanny nak tidur."

"Alahai baru 12.30. Rileks dulu. Shah bancuhkan kopi favourite wanny nak. Kita ngopi-ngopi dulu sambil wanny cerita hal abah dan papa," pujuk Shah.

Hidung Shah ditarik Puan Normala kuat hingga merah. "Sengajakan. Shah sengaja kacau wanny."

Shah mengemekkan hidungnya berulang kali. Selang beberapa saat dia menggosok hidung terasa sakit ditarik wanny.

"Baik, Shah siapkan kopi dulu. Thanks wanny, janji jangan kunci pintu. Nanti Shah tidur depan bilik wanny kalau wanny kunci."

"Ya cucu yang kacak lagi tampan dan bulat," sahut wanny.

"Hep... bulat jangan disebut. Bahaya. Nanti dia ingat...habis masak saya. Rosak plan kita nanti."

Shah bangun meninggalkan wanny menuju ke dapur. Dua gelas di capai sambil bersiul riang. Ketika Shah berpusing, nyawa Shah bagai sudah gugur melihat orang gaji terconggok di hada dengan muka dipenuhi bedak sejuk.

"Allahuakbar, mati keras juga saya. Mak Som ni pun. Kenapa terconggok belakang saya?" Shah meletakkan dua gelas di tangan dan mengurut dadanya. Nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Mak Som dengar bunyi orang kat dapur, mak Som keluar tengok."

"Saya buat airmak Som. Bukan nak mencuri."

"Tuan buat kopi malam-malam kenapa? Tak boleh tidur ya malam pertama... gemuruh ya?" usik mak Som.

"Hah, tak gemuruh pun cuma nak muhasabah diri mak Som. Mak Som doakan saya yea biar selamat dengan Puan muda tu. Saya keluar dulu mak Som."

"Mak Som sentiasa doakan Tuan dapat lembutkan hati Puan. Amin."

"Amin, Night mak Som," jerit Shah.

Shah berjalan menuju ke bilik Puan Normala bersama dua gelas kopi o panas. Matanya melirik ke arah Lily yang baru keluar dari bilik menuju ke arahnya.

"You buat apa?!" herdik Lily.

"Tengah main sepak takraw, tak nampak?" balas Shah.

Shah menolak Lily menggunakan sikunya berjalan melintasi isterinya menuju ke pintu bilik wanny. Langsung dia tidak hiraukan isterinya memeluk tubuh memandangnya.

"Shahrizan, you jangan ingat wanny lebihkan you. Berani betul you... you boleh biarkan I sorang-sorang dalam bilik tu!" tengking Lily.

Shah menarik nafas panjang sebelum menoleh ke arah isterinya yang sudah mengenakan baju tidur yang agak nipis dan seksi.

"Hmm... dia mula dah tazkirah," omel Shah.

Puan Normala keluar dari bilik apabila terdengar jeritan Lily. Dua cucunya kini berdiri di muka pintunya.

"Apa ni Lily, terjerit-jerit macam kucing tersepit malam-malam?" soal wanny lembut.

"Cucu menantu kesayangan wanny ni la. Buat perangai," balas Lily. Nada suaranya direndahkan sebaik melihat wajah wanny tegang.

Shah hanya diam mematikan diri. Dia berdiri melihat wanny dan isterinya bersoal jawab. Tangannya masih kemas memegang dua gelas kopi o panas.

"Lily, wanny yang suruh Shah buatkan kopi untuk wanny. Salah ke?"

"Salah! Dia ni husband Lily, bukan husband wanny! Kenapa dia yang buat kopi untuk wanny. Maid dalam rumah ni mana? Dah mati! Apa guna Lily bayar gaji sampaikan kopi pun kena bos yang buatkan!!"

"Astagfirullah, Lily. Mengucap! Tak mati pun I buatkan kopi untuk wanny. You nak ke? I boleh bancuhkan?" pujuk Shah berbau sindiran nakal.

"I tak minum kopi!"

"Ohh, tak minum. Kejap lagi I buatkan susu untuk you. Kopi susu kurang manis tambah gula," seloroh Shah.

Shah menjeling wanny sedang ketawa kecil. Lagak wanny seperti cuba sorokkan tawanya daripad Lily.

Nafasnya dihela perlahan. Puan Normala memegang lengan Lily lembut. "Lily, Lily... lupa ke apa wanny pesan?"

"Lily tak lupa wanny tapi bila orang kacau kehidupan Lily, suami Lily malam-malam siapa tak marah."

Tercantum kening Shah mendengar Lily mengaku dia sebagai suami sedangkan baru tadi dia tak mengaku Shah sebagai suaminya. Jantungnya sudah meletup-letup seperti mercun raya rasa gembira.

Gelas di tangan Shah di ambil. Puan Normala menolak tubuh Shah ke Lily. "Sudahlah Shah, pergi balik bilik Shah. Bingitlah telinga wanny dengar isteri Shah ni bebel."

Shah menghulurkan gelas ke Lily dengan sengaja. Spontan wajah Lily berubah kelat.

"I told you I don't drink coffee!" herdik Lily. Matanya dibesarkan ke arahShah.

"Hek,elehh minah ni... bila pula I suruh you minum. I suruh you pegangkan bawa masuk bilik. I nak ke dapur bancuhkan susu untuk you!" perli Shah. Gelas di tangannya diletakkan ke tangan isterinya.

Shah dapat membaca riak wajah Lily membencinya. Buktinya gelas di tangannya ditarik kasar.

"I nak suam susu tu, jangan panas sangat."

"Baik baby. Tunggu I di bilik yea baby cekci," usik Shah dan sempat mencubit pipi Lily lembut.

Shah beredar dari situ meninggalkan Lily dan wanny. Jelas telinganya mendengar Lily berdecit dan menghentak kakinya tanda protes. Wanny pula membebel memarahinya.

Shah masuk ke dapur sekali lagi, namun kali ini Shah memandang kiri kanan terlebih dahulu. Dia bimbang bertemu mak Som sekali lagi dalam keadaan yang mengerikan.

"Aman, fuhh! Bismillah. "

Shah mencapai gelas dan membancuh susu yang ada di dalam kabinet untuk isterinya.

Seminit kemudian dia sekali lagi memandang kiri kanan sebelum menjinjit mencapai sesuatu di atas kabinet yang sudah diletakkan terlebih dahulu dua hari sebelum pernikahannya.

"Yes, dapat. Kita tengok siapa yang kena," gumam Shah.

Selesai urusannya, Shah meletakkan semula di tempat asal dan beredar dari dapur menuju ke bilik. Siulan menemaninya sepanjang jalan ke bilik. Pintu bilik di buka, Shah masuk dengan senyuman meleret.

"Hello baby, you miss me?"

Shah menghulurkan gelas susu ke Lily dengan penuh sopan.

"Aku nak mandi dulu. Badan berlengas. Kau nak tidur kau tidur dulu."

"You ingat I tak tahu niat you. You saja nak suruh I tidur lepas tu you boleh kerjakan I? Jangan berangan la. I bukan bodoh ."

Shah membuka baju dan seluar di hadapan Lily dengan sengaja l. dia hanya mampu menggeleng mendengartuduhan daripada isterinya.

"Aku tak suka main dengan orang tidur, tak feel."

Seluarnya di baling ke arah Lily dan melangkah masuk ke bilik air disertai siulan.

"Hei, I tak suka bilik air I lantai basah! I tengok basah, siap you!" jerit Lily.

Shah menutup pintu bilik air tanpa mengendahkan Lily. Dia memandang ruang bilik air yang tersusun rapi.

"Perfect sangat bilik air kau. Meh sini aku mesy sikit. Semua benda nak perfect, tak sedar dia tu pun bukan perfect sangat," rungut Shah.

Selang 15minit Shah keluar dari bilik air. Termenung dia melihat Lily sudah terbaring di katil. Pantas dia menuju ke gelas. Matanyaterbeliak memandang gelas susu sudah kosong. Satu senyuman terukir di bibir. Shah dapat rasakan malam ini dia berjaya memenangi pusingan pertama.

"Cool... Tewas juga oyen ni di tangan aku malam ni."

Shah duduk di atas katil dengan perasaan malas. Dia merenung kopi o sebelum diteguk hingga habis. Tuala di pinggang di leraikan. Shah menarik selimut dan merebahkan diri di sebelah Lily. Wajah isterinya ditenung lama. Senyuman segaris muncul tanpa sedar.

"Good night baby Zuyyin. Suprise for you tomorrow."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience