Kepala Fakhri serasa memberat . Kepalanya berdenyut-denyut . Fakhri seraya duduk . Keadaan bilik dipandang . Sejak bila pula aku sampai rumah ni , fikir Fakhri . Setahunya , dia sedang duduk berborak-borak dengan Sally , wanita yang baru dikenalinya selama sebulan . Namun , tiba-tiba sahaja kepalanya pusing sebaik meminum air yang diberi oleh Sally .
Tubuh Lea yang bergerak mengiring memandangnya membuatkan Fakhri melihat ke sebelah . Alangkah terkejutnya Fakhri apabila melihat seorang wanita yang berselubung dengan selimut sedang berbaring di sebelahnya . Wajah itu diamati . Tak mungkin Lea .
Tubuhnya dibelek . Keadaannya yang tidak berbaju dan Lea yang sedang berselubung di sebalik gebar menyedarkan Fakhri . Kepala Fakhri tiba-tiba sakit . Terlayar segala insinden yang berlaku semalam . Tak mungkin !
Wajah Lea yang masih lena tidur dipandang lama . Satu-persatu milik isterinya ditilik . Kening yang elok terbentuk , hidung yang sedikit mancung , bibir yang merekah kemerah-merahan dan dagu yang berlekuk menyerlahkan kecantikan semula jadi milik isterinya .
Inilah kali kedua Fakhri dapat melihat wajah isterinya yang selama ini terlindung di sebalik purdah . Rambut Lea yang ikal itu kembali mengocak naluri lelakinya . Wajah Fakhri semakin mendekati wajah isterinya . Dia teringin sekali untuk memagut bibir merah itu . Fakhri lantas tersedar . Dia tidak boleh lalai . Aku tak boleh mencintai wanita seperti ini , akal Fakhri menegah .
Fakhri bingkas bangun . Baju miliknya dikutip sebelum dia berlalu ke bilik air , meninggalkan Lea yang masih lena .
***************
Sekeping roti diambil lalu disapu dengan kaya . Sebaik melihat suaminya turun dari tingkat atas dengan lengkap berkemeja , Lea pantas menuangkan air kopi buat suaminya . Kerusi ditarik dan beg bimbit suaminya diletak di kerusi bersebelahan .
“Abang , minum”,ucap Lea sambil menghulurkan secawan kopi gula . Fakhri menyambut dingin .
“Aku nak minta maaf pasal semalam”,ucap Fakhri mendatar . Lea memandang suaminya hairan . Pertama kali mendengar suaminya memohon maaf .
“Semalam?Kenapa?”soal Lea hairan . Dia tahu apa yang Fakhri maksudkan , namun Fakhri tidak sebarusnya memohon maaf kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai suami isteri .
“Perkara semalam tak sepatutnya berlaku . Kita tak saling mencintai . Aku tak mencintai kau dan aku yakin kau juga terpaksa merelakan sebab kau terhimpit dengan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri”,ucap Fakhri sambil memandang tajam kearah Lea .
Bergenang air mata Lea . Ya allah , khabarkanlah kepada suamiku bahawa aku telah lama menyerahkan hatiku kepadanya . Perkara semalam itu berlaku dengan kerelaanku , dengan hatiku yang ikhlas mencintainya , suamiku .
Fakhri bingkas bangun . Dompetnya dikeluarkan . 4 keping not RM50 dikeluarkan sebelum diletakkan di atas meja makan .
“Ni bayaran untuk kau semalam”,ucap Fakhri seraya berlalu pergi . Menitis jua air mata Lea . Tubuh Fakhri yang semakin hilang dari pandangannya dipandang sayu .
Lea terduduk di atas kerusi . 4 keping not RM50 dipandang sepi . Betapa murahnya nilai cintaku di mata suamiku ya Allah . Kau tiupkanlah ketabahan dalam jiwa kau sepertimana nabi Ayub yang tabah menghadapi setiap dugaanMu , ya Allah .
Share this novel