Bab 2

Drama Series 3858

umah Musalmah. Waktu petang.

~Selepas pulang dari kubur.

 

Di rumah, ayah sudah pulang.

          “Ke mana?” Agak keras suara yang bertanya buat Maizurah tundukkan mukanya ke lantai. Musalmah tutup payung di tangan dan letakkan tepi beranda.

          “Ke rumah Cikgu Khairina tadi ayah. Cikgu panggil jumpa.”

          “Cikgu nak apa?”

          “Dia tanya Mah tentang kerja khusus kalau-kalau ada yang Mah tak faham.”

Pak Daim angguk.

          “Dah, pergi mandi! Nanti demam.”

Musalmah angguk kepala. Maizurah sudah berambat turun ke dapur. Mereka sama-sama masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Senyum di bibir Maizurah buat Musalmah cubit pipi adiknya.

          “Adik punya degil, tak fasal-fasal akak yang kena berbohong dengan ayah. Kalau ayah tanya kat Cikgu nanti, mati akak tau.”

          “Ala... ayah takkan tanya punya. Akak mana pernah bohong ayah sebab tu ayah selalu percaya apa yang akak cakap.”

          “Sebab akak tak pernah bohong ayahlah, akak takut.”

          “Tak apa, esok adik jumpa Cikgu Khairina, adik beritahu kat Cikgu tu siap-siap.”

          “Dah cepat mandi. Pastu solat.”

Maizurah angguk kepala. Gayung dicapai dan air di

Terima kasih kerana sudi singgah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience