Bab 3: Kerek

Humor Series 147539

LANGKAH dihayun yakin menyusuri ruangan koridor pejabat itu. Tapak stiletto hitam yang bersarung di kaki bergema tatkala berdentum dengan permukaan lantai. Rambut ikal yang beralun turut sama berkibar-kibar seiring langkah kaki jinjangnya. Wajah manis tersenyum kaku, yakin dan optimis bahwa misinya akan berjalan seperti yang diinginkan.

Langkah masih diteruskan menuju pejabat Dato Othman untuk berkhidmat buat lelaki itu mulai hari ini. Jawatan setiausaha yang dimandatkan ke bahunya perlu digalas sempurna. Ya, walaupun sijil pendidikan tak berapa nan hado, hanya tamatan SPM dengan markah cukup-cukup makan sahaja. Tapi, dia bijak dalam mengatur strategi. Bab yang satu ini otaknya memang cukup berkilat, macam batu cincin.

Berkawan dengan Larasati sejak dua tahun yang lalu telah membuatnya belajar serba-serbi tentang urusan berkenaan career. Pandai juga budak Larasati itu ya?

Haa, itu tak betul! Ya, Larasati memang pandai, pandai menggoda lelaki, lalu mengajarkan kebolehannya itu untuk Sai praktis sekali.

Lantas, apa kena mengenanya dengan kerjaya?

Haa, di sinilah kisahnya!

Di sebuah kelab malam, Sai telah dikenalkan oleh Laras dengan seorang lelaki bernama Tuan Khalid. Inilah gaya hidup baru yang diperkenalkan oleh Laras kepada Sai. Pada mulanya Sai hanya berminat untuk meneman lelaki itu berjimba sahaja. Walaupun sudah berumah tangga, tapi bagi lelaki serupa Khalid tetap tidak puas meliarkan matanya mencari sasaran baru untuk dibawa berkencang di belakang isterinya.

Ish, ish, ish. Tak patut!

Cukup lama Sai menjadi gundik si Khalid ini ketika di kelab dan di luar kelab. Sai setia meneman lelaki itu berkat huluran note berwarna purple yang disuapkan kepadanya tanpa kedekut. Senyum lebarlah Sai, apa lagi?

Tapi, dari status itu lama kelamaan Khalid benar-benar jatuh hati. Mula meminta Sai untuk melayannya lebih namun gadis itu dengan lembut menolaknya.

Penolakan Sai membuat Khalid benar-benar penasaran ingin memiliki gadis itu. Kalau perempuan lain ditawarkan dengan upah yang lumayan, sudah lama dia sendawa kekenyangan.

Tapi, Sai ini lain sikit. "Cukuplah, Tuan Khalid. Saya tak mahu lebih. Jumlah yang tuan berikan untuk saya ia sudah memadai," tolak Sai berbudi bahasa.

Hal itu semakin membuat Khalid menggebu keinginannya. Pelbagai cara Khalid cuba untuk menawan hati Sai agar sudi menjadi miliknya. Bahkah Khalid melayan Sai tidak ubah seperti isterinya sendiri. Tidak jarang juga Khalid mengajak Sai untuk berkahwin. Tapi hingga kini masih tiada jawapan yang signifikan.

"Dear! I nak you berhenti jadi penghibur dekat kelab tu. I tak rela tengok you dengan lelaki lain. I cemburu tau. I nak you jadi milik I seorang saja," kata Khalid yang mula dibayangi rasa cinta.

Oleh itu, Khalid menyarankan agar Sai mencari kerja yang lebih baik dan boleh menjamin masa depan. Walau pengalaman bekerja sangatlah terhad, Khalid bersedia mengajarnya sampai pandai.

Sehinggalah, Khalid memperkenalkan Sai dengan ibu saudaranya, iaitu Datin Rozita. Di situlah bermulanya karier baru seorang Saidah.

Dan, nampaknya tuah kini sedang berpihak pada Sai. Tak kesah sama ada ia hanya kebetulan mahupun suratan. Atau mungkin, ianya sudah dirancang lama oleh Sai. Kalau benar sekalipun, dia tetap perlu menyusun strategi dengan mulus agar jalan yang dia ambil tidak kelihatan terburu-buru.

LANGKAH Sai yang serupa berjalan di atas catwalk itu nampaknya terpaksa terhenti sejenak sebelum tiba di tempat yang dituju. Kelibat seseorang dikesan dan telah mencuri tumpuannya. Dia berniat untuk menghampiri memandangkan orang tu kelihatan seperti sedang memerlukan bantuan.

"Excuse me Miss. May I help?" Sai menegur tampil untuk menghulur bantuan.

"Oh, thank you!" sahut wanita itu sembari membiarkan Sai mengambil alih bebebanan yang dia bawa.

Walaupun sedikit terpinga melihat penampilan Sai yang cantik serupa model, nyata tanpa segan telah menghulur bantuan kepadanya, namun wanita itu lebih memilih untuk tidak berkata apa-apa buat masa ini.

"Nak bawa pergi mana ni?" Sai akhirnya tampil bersuara. Barulah wanita itu mengubah riak wajahnya.

"Erk, nak bawa pergi kereta. Nak bawa balik," jelasnya pasti.

Sai koyak senyum kaku dan terus menghayun kaki lebih deras dengan menampung beban kotak besar yang berisi barangan milik wanita berkenaan.

"Kalau boleh tahu, adik ni siapa ya? Akak tak pernah nampak dekat pejabat ni." Linda menegur ragu-ragu.

Sai menoleh dan melempar sebaris senyum paling manis bagi mengusir keraguan di hati Linda yang sedang sarat mengandung itu.

"Panggil saya Sai. Setiausaha Dato yang baru. Saya akan mula bertugas hari ini," beritahu Sai. Linda terus memperlihatkan reaksi terkejut di mukanya.

"Wah, jadi inilah setia usaha baru Dato? Cantiknya! Akak ingat adik ni model untuk iklan tadi."

"Taklah, saya bukan model. Saya setiausaha pengganti. Dato memberitahu yang setiausaha lama beliau terpaksa bercuti," tutur Sai masih cuba mengekalkan senyum manis di hadapan wanita itu.

"Oh, seronoklah macam ni! Kalau adik nak tahu, akaklah setia usaha yang lama tu. Dah sarat ni dik, tinggal menunggu hari je."

Sai hanya memperlihatkan reaksi 'O' tanpa suara yang disusul dengan sebaris senyum tawar di bibir yang kembali kaku.

"Oh ya, nama adik apa tadi?" Linda kembali bertanya.

"Saidah! Panggil Sai je."

"Sedap nama! Nama akak Linda. Dekat sini akak biasa dipanggil Kak Inda. Family pulak panggil Lin. Husband je panggil sayang." Linda mengekek sendiri selesai menghabiskan kata. Sai pula lorekan senyuman.

"Bagusnya husband Kak Inda. Sayang sangat pada isteri dia. Ciri-ciri lelaki macam tu yang saya suka," sampuk Sai tiba-tiba.

Tidak tahu kenapa tutur gadis itu mendadak telah menghadirkan rasa kurang enak di hati Linda. Senyum di wajahnya tak pasal-pasal sirna. Dia toleh Sai yang masih menanggung barang miliknya dengan rasa hati yang mula was-was.

"Erk, tak apalah dik. Terima kasihlah sebab tolong bawakan barang akak."

Linda terus mengambil alih barangan miliknya yang masih berada di tangan Sai. Walau terpaksa bersusah payah dia sanggup. Lantas dia terus meminta diri dan segera beredar. Mujur sudah tidak jauh dari tempat letak kereta. Wanita itu semakin percepat langkahnya seperti mahu menghindar dari Sai.

Sai pula sudah terlongo kurang faham. Apa kena dengan Kak Inda tu? Salah ke apa aku cakap tadi?Tak lama, ketidakmengertiannya itu diabaikan saja. Tampang kaku kembali dipamer. Sai koyak senyum serong ke pipi. Dia kemudian memilih untuk beredar.

SAI tiba di hadapan pintu pejabat Dato Othman dengan perasaan sedikit berdebar. Ya, sedikit saja. Dia cuba kawal tidak mahu ia berlebihan.

Tapi, kenapa dia harus rasa berdebar? Mungkin kerana ini untuk kali pertama dia akan berusan langsung dengan lelaki itu. Jika semalam isterinya ada sekali, tapi kali ini muka itu yang kau kena hadap sorang-sorang, Sai!

Sai tarik nafas dan hembus perlahan. Lantas dia mula mengetuk pintu untuk memberitahu pada orang di dalam akan kedatangannya.

Tiga kali ketukan berbunyi tatkala belakang jemarinya digunakan untuk memberi isyarat berkenaan. Tak lama, 'bip' berbunyi yang mendakan orang di dalam telah mengalu-alukan kedatangannya.

"Selamat pagi, Dato!" sapa Sai sebaik dirinya tiba di dalam.

Sebatang tubuh sedang berdiri membelakangi yang seakan tidak berapa cerna akan kehadirannya. Sai kerutkan kening pabila sapaannya tidak mendapat jawapan.

"Eight a clock and five minutes! For a first day, kau dah membazir masa sebanyak lima minit. I don't think you are a dedicated persons." Tutur berbau sindiran itu dilontar sinis serentak dengan berputarnya tubuh itu buat menghadap Sai. Sai termpempan teguk air liur.

Sekejap dia cuba cam semula bilik ini dan memastikan adakah ini benar bilik Dato Othman ataupun bukan? Kenapa tiba-tiba muka mamat ini yang tercongok di sini?

Tapi, betullah ini biliknya. Dia belum nyanyok lagi untuk tiba-tiba lupa, padahal baru semalam dia datang ke bilik ini. Sai lalu merujuk pandangannya tanpa menugubah posisi muka pada perspek yang terdapat di atas meja pejabat. Dan benar belaka, bilik ini sememanngnya bilik Dato Othman.

Luftnan sudah berpeluk tubuh seraya menilik raut wajah Sai dengan tenungan kerek. Sai tidak mengerti dengan sikap anak muda ini. Tapi seperti biasa, sikap tenangnya sentiasa menyaduri keseluruhan riak emosi agar kekal ia terlihat profesional.

"Ayah tak ada, dia dah keluar. Tunggu kau lama sangat nak muncul," tempik Luft dingin.

Sai makin tidak mengerti. Semalam bukan main manja lagi sikapnya. Hari ini kerek pulak. Poyo gila! Sai mengomel. Mujur tidak kedengaran. Jika tidak, ia tak ubah seperti mengisytihar perang secara terbuka dengan individu di hadapannya ini.

Tapi ini Sai! Apapun situasi, sikap tenangnya tetap mendahului. Sedikitpun dia tidak tercabar dengan sikap pemuda tinggi bak tiang lampu ini.

"Boleh bagi beberapa sebab tak? Apa yang membuat kau sampai membazirkan ayah aku punya lima minit tadi?" Luft berujar kembali. Soalan kerek dilontar sembari menilik muka Sai macam tak pernah jumpa perempuan.

Sai berdehem. Dengan kekal tenang dia sedia untuk memberi jawapan.

"Maafkan saya Encik..."

"Luftnan!"

"Oh, Encik Luftnan! Saya tadi bantu seorang akak di depan sana, tolong angkatkan barang dia sehingga ke lobi. Saya minta maaf atas kelewatan ini."

Yelah, yelah. Dia kan pekerja, buat silap sikit kenalah minta maaf pada bos kan. Maksudnya, anak bos. Fine!

Tapi, adakah Luft akan menerima alasannya itu?

"Aku tak tahulah kau ni sama ada memang baik ataupun saja nak tunjuk baik. Tapi untuk alasan ni, reason kau tidak diterima! Dekat sini kau kena tahu kau bekerja dengan siapa. Siapa yang kau kena dahulukan? Bos atau orang lain?" Luft bertegas.

"Erk, bos! Bos, Encik Luftnan!" jawap Sai tanpa mendongak.

"Tahu pun! Jadi yang kau pandai-pandai pergi tolong orang lain kenapa? Kau kena dahulukan bos kau sebelum memutuskan nak tolong orang lain. Tak kiralah orang tu dah tergolek ke, jatuh tangga ke, tersepit lif ke. Kau, kena, buat, bodoh!" lantang Luft memberi tasykirah. Sampaikan beberapa bait ayat terakhir dia harus lafaz sebutir-sebutir.

Pergh... Bapak zalimnya. Tak tahu pulak di zaman moden begini masih wujud lagi rule syarikat serupa yahudi mabuk macam ini? Sai membidas padu. Tapi sekali lagi ia hanya terzahir dalam angan-angan. Sementara dia kekal merunduk. Namun anak matanya diangkat ke atas buat mengintai muka kerek pemuda yang memiliki ketinggian 15cm lebih darinya itu.

Kalau Sai sahaja memiliki ukuran tinggi sebanyak 170cm, manakala ketinggian Luft ini pula 15cm lebih daripadanya. Bermakna pemuda ini mempunyai purata tinggi sebanyak 185 cm? Huh, memang patut mak dia gelar hantu galah!

"Kesalahan pertama di hari pertama! Kau mesti didenda. Ia bukan bertujuan untuk menganiaya, tetapi ia adalah satu teguran agar kau lebih berdisiplin di hari kemudian!" Luft menegaskan. Sai mula angkat kepala.

"Denda apa yang harus saya terima, Encik Luftnan?"

"Dendanya kau kena...."

"Ehem! Selamat pagi!"

Tidak sempat Luft menyelesaikan kata-kata, pandangan mereka serentak teralih pada pintu yang telah dibuka oleh seseorang.

Kemunculannya membuat Luft dan juga Sai terperanjat. Buat seketika individu itu hanya terpacak di muka pintu seraya melempar senyum bersahaja. Luft di tempatnya sudah tegang tidak terkata.

TBC

haa tulah, kerek lagi. padan muka hantu galah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience