"Mak Esah, mana Abang Adam? kenapa Emma tak nampak pon dia harini.. harini hari cuti kan..dari pagi sampai petang tak nampak batang hidung .."
"Ouh.. Adam, dia ada dalam bilik. Sakit kepala katanya, tu yang dia tak keluar bilik tu.. "
"Teruk ke Mak Esah?? "
"Teruklah jugak, Adam tu ada masalah migrain, dari kecil lagi.. kalau dia terlalu banyak berfikir.. teruklah sakit kepala dia.. "
"Habistu sekarang ni dia buat apa? "
"Dia tidur je, tadi Mak Esah dah bagi Adam makan ubat, dia cakap jangan kacau..dia nak rehat"
"Ooo.... "
""hurmmm... kesian Adam,mesti terlalu banyak memikirkan hal kerja, aku sebagai seorang isteri sepatutnya membantu suami yang telah penat lelah berkerja.. apalah kau ni Emma.. ""
"Emma.. kamu pergilah makan dulu,Mak Esah dah siap masak.. harini Mak Esah rasa kamu makan sorang-sorang je, Adam kalau dia sakit, dia takkan makan apa-apa.. takde selera.. "
"Alaaa... taknak makan sorang-sorang.. Mak Esah temankan Emma.. kita makan sama-sama.. "
"Mak Esah ada kerja lagi ni.. banyak lagi kerja Mak Esah tak bereskan.. kamu makan la dulu ye"
"Alaa... jom la.. Emma dah lapar ni.. "
"Kamu pergi la makan dulu.. Mak Esah ada kerja yang nak dibereskan.. "
"Mak Esah... jom la.. "
"Emma makan la dulu... nanti masuk angin pulak perut tu "
"Baiklah.. tapi lepas siap semua kerja ni.. Mak Esah datang .."
"ye la... ye la.. nanti Mak Esah datang ye.. "
Mak Esah tergelak kecil melihat perangai Emma..
Selepas makan malam,Emma berjalan untuk memasuki biliknya,tiba di hadapan pintu bilik Adam,langkah Emma terhenti.. Emma seperti memikirkan sesuatu
""Hurmm... kesian Adam,apa yang dia sedang buat dalam bilik sekarang ni?? dah lah migrain.. kesiannya.. takkan aku nak buat tak tahu je.. ""
Emma berjalan mendekati pintu bilik Adam..kedengaran bunyi suara Adam terbatuk.. Emma berasa kasihan dengan keadaan Adam.Emma bergegas memasuki biliknya..
""Mana ubat tu ye.. aku letak kat mana.. atas meja takde.. atas katil takde.. kat mana aku letak haritu.. ""
Emma berusaha mencari minyak angin untuk diberikan kepada Adam..
"""Haa... aku tahu kat mana aku letak.. dalam beg tangan.. ""
Emma mencapai beg tangannya yang berada di sisi katil.
"Haa.. betul lah, ada dalam ni.. "
Emma berjalan menghampiri pintu bilik Adam. Dibuka perlahan-lahan pintu, kelihatan Adam sedang berbaring di atas katil.. Adam tidur mengiring menghadap dinding.. Emma berjalan mendekati Adam dan memegang kepala Adam.
"Kau nak buat apa.. "
Tanya Adam perlahan.
"Saya nak tolong urutkan kepala awak.."
"Tak payah.. aku sakit sikit je.. "
"Takpe.. biar lega sikit kepala.. "
Adam hanya diam, dia tidak larat untuk bercakap panjang-panjang.
Emma menyapu ubat di sekeliling kepala Adam,lantas memicit perlahan-lahan di bahagian kepala Adam.
"Orang migrain perlu dipicit-picit kepala untuk mengurangkan kesakitannya,tapi dia tak boleh buat dengan sendiri, orang lain yang perlu picitkan.. "
Adam hanya membisu, dia tidak menolak pertolongan Emma.
"Takpe.. awak jangan risau, saya picit perlahan-lahan je.. awak sambung lah tidur.. "
Adam masih membisu,perlahan-lahan Adam mula menutup mata.
Emma masih lagi berada disisi Adam.Emma berusaha untuk mengawal rasa mengantuknya, Sesekali Emma tersenguk.
Cahaya matahari pagi masuk menerusi tingkap dan memancarkan sinar di muka Emma.Emma terkejut dari tidurnya.
""Ehh.... apa aku buat dalam bilik Adam ni?? Alamak... aku tertidur dalam bilik Adam semalam.. kesian Adam,apa yang aku buat ni.. macam manalah aku boleh tertidur dekat sini""
Adam sudah tiada di dalam biliknya, tinggal Emma seorang sahaja. Emma bangun untuk keluar dari bilik Adam. Ketika Emma membuka pintu, Adam sedang berdiri di hadapan pintu bilik.
"Ehh... Adam.. "
Adam merenung wajah Emma.
"Emmm... saya minta maaf untuk semalam,saya tak sengaja tertidur atas katil awak.. awak tidur sempit tak semalam?? "
"It's okay"
Jawab Adam ringkas.
Emma berlalu keluar untuk ke biliknya.
"Emma"
Tiba-tiba Adam memanggil Emma.Emma berpaling kearah Adam.
"Ye..."
"Thanks"
Emma tersenyum manis menampakkan barisan giginya. Tak sangka, satu layanan yang baik daripada Adam.. setelah sekian lama..
Share this novel